Wednesday, December 29, 2010

Tahniah...Malaysia!


 Perlawanan terakhir bola sepak yang kuat melekat dalam minda saya adalah perlawanan akhir Sukan Sea tahun 1989. Ketika itu, Malaysia menewaskan Singapura dengan 3-1.

Malam ini, saya dan suami bersama seluruh rakyat Malaysia agaknyalah...heheheh menonton perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 dan Alhamdulillah berjaya juga pasukan bola sepak Malaysia yang teruk dikutuk beberapa tahun kebelakangan ini. Mungkin pasukan yang dibarisi pemain-pemain muda ini adalah pengganti bagi pasukan Malaysia yang cukup digeruni satu ketika dulu. Pasukan Malaysia pernah layak ke Sukan Olimpik 1980 tau! Akan tetapi tidak dihantar atas alasan politik- Rusia serang Afghanistan...jadi Malaysia boikot kejohanan yang berlangsung di Moscow.
Walaupun tewas dalam perlawanan di Jakarta ini, akan tetapi bekal yang dibawa sebanyak 3 jaringan semasa bermain di laman sendiri mencukupi untuk pasukan kebangsaan memenangi kejohanan kali ini dengan agregat 4-2. Wahhh.....macam pengulas sukan pula rasanya....
Akan tetapi!!! Saya macam nak marah sebab gol pertama jaringan Safee Sali tu, saya tak sempat saksikan- boleh pula pergi basuh pinggan kat dapur...alahai....suami menjerit penuh perasaan...saya pula menjerit separuh jalan dari dapur ke ruang tamu yang tak sampai pun 4 meter jaraknya itu.
Lihat! Kita tak perlu pun jurulatih luar untuk membimbing skuad kebangsaan...Hebat juga Encik Rajagopal kerana berjaya menghasilkan pemain-pemain yang bertaraf juara dan juga taktik yang berkesan...takdelah kita penonton yang kebanyakannya...undang-undang bola sepak pun tak hafal...kaki pun berkembar bangku menjadi jurulatih dan pengulas perlawanan tak terlatih...hahahaha....
Penjaring terbanyak pula, Safee buat encik suami: 'takde H ye selepas S tu'  Sali yang berusia 26 tahun menghasilkan 5 gol sepanjang kejuaraan...Saya kagum melihat gol yang dijaringkan pada pelawanan malam ini. 

Kesimpulannya.....Malaysia menang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Nota 1: Penatlah tengok bola ni....saya sudah tua
Nota 2: Hari ini juga banyak kerja yang saya lakukan...penat juga....
Nota 3: Sempatkah? InsyaAllah....usaha hingga jaya!
Nota 4: Gambar ni semua saya rakam guna kamera telefon sahaja. hihihihi..ye! Semangat ok!!

Friday, December 24, 2010

Saya kehilangannya....


Terlalu lama meninggalkannya membuatkan saya kehilangannya sedikit demi sedikit....pepatah sedikit sedikit lama lama jadi bukit sangat tidak sesuai dengan situasi saya ini....pada saya, sedikit sedikit lama lama ratalah bukit...isk isk isk. Lama saya mempelajarinya, menelaah, menghafal, diuji, dimarahi, diperli semuanya lengkaplah...akan tetapi, namanya pun manusia biasa....saya tidak mampu menyimpannya lagi...sedihnya.....
Apa yang saya hilang itu ye? 

v
v
v
v
v
v


v

v
v

v
v

v
v
Nama ubat, indikasi, kesan sampingan, mekanisme tindakan, nama dagangan dan penggunaan secara klinikalnya. Ya Allah..lemahnya saya. Benar, saya ahli farmasi berdaftar....namun terlalu lama meninggalkan praktis di premis farmasi, tidak mengikuti ward round di hospital dan tidak bertugas mendispens ubat....seriously i'm losing it....sekarang saya selesa dengan peralatan di makmal....aduhaiii...dimanakan ku cari ganti....sob sob sob..... Lebih teruk lagi, apabila dirujuk oleh saudara-mara, rakan-rakan dan sebagainya, saya perlu memohon masa untuk mencari bahan rujukan sebelum jawapan yang mantap boleh saya berikan....sedihkan....tidak mengapa, semuanya hanya pinjaman....yang kekal abadi hanyalah al-Khaliq yang Maha Menjadikan....

Pantang....kasihannya


Berpantang bagi orang melayu adalah proses yang dilalui selepas bersalin. Ibu berpantang (mengikut pengamatan saya melihat kakak-kakak saya berpantang dalam jagaan mak) perlu memakai stokin, menyumbat lubang telinga dengan bawang putih/lada hitam yang dibalut dalam muslin cloth. Setiap pagi, selama 3 hari berturut-turut seorang tukang urut wanita akan datang dan mengurut ibu yang baru lepas melahirkan- untuk membetulkan urat-urat yang tersimpul, melepaskan angin yang terperangkap dalam urat dan juga menaikkan/membetulkan kedudukan rahim. Ini pengalaman secara langsung ye para pembaca, kerana saya juga tidak pasti amalan berpantang sebenar. Mungkin juga lain tempat/keluarga lain caranya. Saya pula belum pernah melalui sebarang proses berpantang setakat ini. Melihat pengalaman yang dilalui kakak-kakak saya dan juga mendengar pengalaman sahabat-sahabat saya membuatkan saya berfikir mencari logik setiap perlaksanaan semasa berpantang lebih-lebih lagi melibatkan pengambilan makanan.

Saya tertarik untuk menulis tentang topik ini kerana seorang sahabat mengadu tentang menu sajian semasa pantangnya yang sangat tidak menarik dan membuatkannya hilang selera makan. Ermm..nasi putih, ikan kering gelama yang dibakar dan garam ditumbuk dengan lada hitam. Hidangan berkuah, sayur, buah-buahan dan ayam serta daging adalah tidak dibenarkan sama sekali serta pengambilan air dicatu. Alasan pengambilan air dihadkan adalah untuk mengelakkan urat kembang dan dipercayai akan menyebabkan luka lambat sembuh apakah??.  Kasihannya saya mendengar apatah lagi selepas melalui saat-saat genting bertarung nyawa melahirkan seorang bayi secara normal. Terpaksa pula melalui tempoh berpantang sebegini rupa. Disebabkan sayur dan buah tidak dibenarkan langsung, diterukkan pula dengan pengambilan air yang dicatu ada catuan airkah?, sahabat saya ini mengalami buasir pula akibat sembelit yang teruk. Banyak yang saya fikirkan semasa sahabat saya ini berkongsi cerita dengan saya. Beliau walau bagaimana pun bersyukur kerana tetap ada penjaga dalam tempoh pantangnya tambahan pula ini pengalaman pertama beliau. Aduhai...besar sungguh pengorbanan seorang ibu, bukan....segalanya yang terbaik untuk si anak....

Saya pun memulakan pencarian diet sempurna dan dibenarkan untuk ibu dalam pantang. Tentu orang pertama yang ditanya adalah bonda saya. Berpantang sebanyak 7 kali secara sendirian dan melalui kesukaran hidup untuk membesarkan kami semua. Kata mak, arwah nenek (sebelah arwah apak) juga mempunyai menu berpantang lebih kurang dengan menu berpantang yang sahabat saya perlu nikmati. Akan tetapi, mak lebih selesa memasak sendiri makanan yang sesuai kerana kata mak lagi, tenaga amat diperlukan untuk wanita lepas bersalin apatah lagi untuk menyusukan bayi. Mak menambah lagi, apa sahaja yang dibeli oleh arwah apak akan mak masak dan sesuaikan dengan keadaan dirinya yang sedang dalam pantang. Ermm...sayu mendengarnya...tak terbalas jasa mak. Moga Allah merahmati mak, dipanjangkan usia dan dianugerah kesihatan yang baik. Ameen.

Kemudiannya mak bercerita pula tentang makanan dalam pantang untuk 3 orang anak perempuan mak yang berpantang di bawah penyeliaan mak...hihihi...Menu untuk kakak-kakak saya yang berpantang termasuklah ikan tenggiri di masak dgn halia, bwg putih, kunyit dan lada hitam. Kadangkala berganti dengan ikan parang  ada juga yang tidak menyarankan ikan parang sebagai sajian dalam pantang atau ikan jenak yang enak itu. Ikan haruan yang pernah dibuktikan mampu mempercepatkan penyembuhan luka secara saintifik juga di jadikan hidangan. Sup ayam kampung, hati lembu masak lada hitam dan juga daging yang juga dimasak dengan lada hitam. Sayur-sayuran juga diberikan seperti sawi, lobak merah, lobak putih dan tentunya buah-buahan untuk bekalan vitamin. Semasa saya melalui pembedahan appendisectomy, saya juga berpeluang berpantang serentak dengan along saya. Memang enak dan menyelerakan makanan dalam pantang yang mak sediakan..hhihihi...cuma syaratnya, makan nasi tak boleh bertambah. Saya tidak pasti pula rasionalnya apa. Errmm..kakak saya je yang tidak boleh tambah nasi...saya boleh atas alasan saya bukan pantang bersalin...hihihihi

Banyak lagi menu dalam pantang yang pada hemat saya 'selamat' dan 'sesuai' untuk ibu baru melahirkan. Tanya sahaja makcik google. Saya yakin ibu yang baru sahaja melalui proses bersalin yang selalu diibaratkan seperti 'nyawa di hujung tanduk' memerlukan zat makanan yang seimbang bagi mengelakkan kelesuan, kekurangan penghasilan susu dan juga untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Saya mohon maaf andai ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini...jujur saya katakan bahawa walaupun tidak pernah melalui pengalaman berpantang tetapi secara logiknya, ikan gelama bakar yang masin ditambah pula dengan garam dan lada hitam serta kurangnya pengambilan air boleh menyebabkan dehidrasi sel-sel badan. Semoga sahabat saya kuat menempuhi proses berpantangnya.

Nota 1: Saya penat....moga diberikan kekuatan utk saya meneruskan saki baki perjuangan ini...
Nota 2: Saya mahu masak ayam kacang ma yang dibeli oleh kakak ipar saya di Sarawak...bagaimanalah rasanya agaknya ye...

Wednesday, December 15, 2010

Membebel itu nikmat (!/?)


Saya sedang sibuk...tetapi benar seperti kata Puan Ainon, sifu PTS...hanya orang sibuk mempunyai masa. Apabila sibuk, otak saya pantas berjalan untuk merungkaikan semua persoalan dan juga merancang kerja. Hari ini saya sedang sangat sibuk. Senarai kerja yang perlu dibuat sangat panjang. Merayau-rayau di alam maya menemukan saya dengan kata-kata hikmah dari Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A ini:

"Jika memberi nasihat, biarlah ringkas. Lebih banyak perkataan, lebih mudah dilupakan."


Ibu-ibu sekalian, bagaimana?
Marilah kita berlatih untuk mengurangkan bebelan.
Situasi: Anda masuk ke bilik anak bujang anda dan mendapati tuala yang separuh basah bergelung molek di tepi katil. 

Gantikan ini 
 
"Tuala ni tak disidai juga, berapa kali nak cakap, nanti tuala yang basah ni berbau...takkan nak cuci tuala hari-hari....sabun basuh bukan murah, tarif air pun dah naik, nanti belum habis setengah bulan, duit dah habis, sapa nak bagi duit nak bagi makan?...bla bla bla bla..."

Dengan ini

"Tolong sidau tuala nak.." sambil terketar-ketar mengetap bibir dan menggenggam tangan untuk mengelakkan ayat-ayat cinta seterusnya terkeluar hahahaha...


selamat mencuba! :D

Sunday, December 12, 2010

Aktiviti menghilangkan sakit kepala


Cuti sekolah datang lagi...err...sebenarnya dah lama bermula, cuma agak tidak signifikan untuk saya kerana rutin harian saya tetap sama. Seperti biasa, kaklang akan pulang bercuti ke Seremban....dan kali ini, mereka berhajat untuk berjalan-jalan di Taman Pertanian Bukit Cherakah...saya juga sudah lama tidak ke sana dan sudah agak lama tidak berpeluh sakan. Lantas ajakan kaklang dan kakcik saya terima dengan hati terbuka sambil kalut mencari kasut sukan dan beg sandang belakang yang dah lama bercuti...hihihi.
Kucing ini erm...merenung nasib...hihihi


 Ini Harith...yang sangat suka senyum.
Kami berjalan sepanjang perjalanan
 ke rumah 4 musim...hanya menaiki bas semasa perjalanan pulang sahaja.


 Penat berjalan. berhenti dulu untuk membeli aiskrim :)....dan anak-anak ini begitu bersemangat menyerbu kawanan merpati...hihihi.. mak sedara pun sama sebenarnya...hihihi

 Rumah 4 musim sedang dilanda salji... owhhh...I miss London...erkkk..tetiba sangatkan makteh ni...



Kesimpulannya...aktiviti yang sangat bagus untuk menghilangkan stress dan sakit kepala....hihihi...dan bergembira bersama anak-anak saudara yang sudah sama tinggi dengan saya.

Nota 1: Malamnya pula kami ke i-city...
Nota 2: Suami saya sedang menduduki peperiksaan akhir semester...setahun lagi sebelum tamat pengajian, insyaAllah.
Nota 3: Time really flies...very fast....I'm catching up with so many things yet sometimes I feel I'm losing so many things...May Allah eases things for me...and my family..

Wednesday, December 01, 2010

Selamat datang...


Selamat datang si kecil....semoga menjadi anak solehah ye...
Si kecil ini baru sahaja menjejak dunia jam 3.28 am hari ini. Ibunya adalah labmate saya, juga sedang menyiapkan pengajian PhD. Ayahnya juga pelajar PhD tetapi di lab tingkat atas. Comelkan...seperti sudah sangat cerdik rupanya. Tahniah buat Puan Khaizan dan Encik Nazif...

Nota: sifu saya mempunyai 4 orang student PhD ketika ini..semuanya sudah berkahwin

Monday, November 29, 2010

Kakak misses makteh


Telefon bimbit berbunyi.
Kakak : Hello, makteh ke ni? (dengan slanga klate terkawal dalam bahasa melayu standard)
Makteh: Ye kakak...
Kakak: Kakak nak bagitahu, hari Friday ni kakak balik rumah nenek.
Makteh: OooOoo...ok....kakak dah tak sabar nak balik ye?
Kakak: Aah...kakak dah tak sabar nak balik...abang pun dah tak sabar nak balik, hari tu kan abang dapat 5A, jadi abang kata mesti seronok balik rumah nenek.
Makteh: Ooo..ok....kakak call dari rumah ke ni (saya tak pasti kakak menelefon dari telefon mana kerana saya menyimpan nombor telefon kakak saya untuk rumah dan telefon bimbit dengan nama yang sama)
Kakak: Kakak dekat rumah
Makteh: Mana kakak dapat nombor makteh ni?
Kakak: Kakak tanya mama nombor makteh lepas tu kakak telefonlah...
Makteh: OoOO...kakak telefon siapa lagi ni?
Kakak: Makteh jelah...kakak miss makteh laa...
Makteh: ......(speechless sekejap...) ooo...ok kakak...i miss u 2 (sebab pelakon airmatakan, haruslah makteh tersebak sikit...hahahah)
Kakak: Ok makteh...nanti makteh balik rumah nenek tau.
Makteh: Ok kakak..insyaAllah makteh balik Saturday ye sbb Friday makteh kerja
Kakak: ok makteh...see you...

Kadangkala bukan wang, kemewahan atau pangkat yang membuatkan kita gembira. Panggilan telefon dari anak kecil yang polos sebegini pun mampu membuatkan saya terawang-awangan kegembiraan. Maaflah, sayakan isteri yang belum bergelar ibu...jadi tentunya kasih anak-anak saudaralah yang saya tumpang :)

Nota 1: Kakak adalah Nur Amirah Imanina, anak kedua kakak saya yang menetap di Kubang Kerian, Kelantan
Nota 2: Saya sakit kepala pula hari ini... :)

Saya menang motor KEK...hihihi


Saya gemar sekali merayau-rayau di blog pakar-pakar kek terkemuka di alam maya ini. Ini kerana, saya tidak pandai untuk menyediakan kek-kek yang indah seperti yang mereka sediakan. Saya hanya mampu 'wooww cantiknya...uiii kreatifnya' dan sebagainya... :)
Khamis lepas saya terbaca blog Kak June yang beliau sedang mencari pengunjung yang ke 300 000. Saya terfikir...ermmm...bestnya kalau dapat....tambahan pula saya memang sedang dalam keadaan 'tidak tentu hala' gara-gara stress...ermm...tak habis-habis stress....
Jumaat tengahari usai solat zuhur dan kebetulan pula saya tidak keluar makan tengahari kerana sarapan pagi agak berat, saya pun masuk blog Kak June. Apabila saya tengok counternya...uishhh..dah dekat ni...299600+....saya pun mencuba nasib...dan alhamdulillah....sayalah pengunjung ke 300 000 tersebut. Lihat imej yang saya saya rakam ini:
Terkejut adik-adik di makmal kerana tiba-tiba sahaja saya ketawa gembira....Alhamdulillah...rezeki saya kali ini. Sila rujuk entri ini.  Selalunya saya kurang bernasib baik apabila tiba bab-bab menyertai pertandingan sebegini. Jadi sekarang ini, saya perlu menunggu tarikh yang Kak June akan tetapkan untuk saya menjemput ganjaran kemenangan saya itu...hihihi....owh ye...kakcik saya pernah menempah kek Ben 10 untuk Azri bulan Mei atau Jun yg lalu.
                                                Inilah kek yang ditawarkan itu...hebatkan? :D

Nota 1: Sifu ke Korea esok membawa produk bertuah itu. Moga mencapai kejayaan yang diharapkan di sana. Saya tidak dapat pergi kerana tidak mendapat pembiayaan...mak memberitahu saya pagi tadi yang mak sangat lega kerana saya tidak dapat pergi kerana mak risau keadaan bergolak di Korea ketika ini...saya pun tidak pasti kedudukan geografi lokasi yang dituju dan juga lokasi bergolak tersebut...hihihi.
Nota 2: Kertas penyelidikan saya telah diterima untuk penerbitan. Masih dalam status Article in Press. Alhamdulillah :)
Nota 3: Bukit Cerakah sekarang sedang musim apa ye? :p

Saturday, November 27, 2010

Tahniah!


Syukur Alhamdulillah. Tahniah diucapkan buat para graduan sarjana muda farmasi (kepujian) dan juga diploma farmasi atas penganugerahan ijazah sarjana muda dan diploma mereka pada hari ini. Para graduan ini adalah:
1. Kelompok pertama para pelajar yang memasuki fakulti menerusi program pra ijazah (sy menjadi ibu mereka). Penuh dugaan dan saya menimba begitu banyak pengalaman pentadbiran akademik ketika itu.
2. Kelompok pelajar diploma pertama yang menjadi pelajar saya hampir 7 tahun lalu ketika saya mula melapor diri.
3. Para pelajar kolej usahasama yang juga merupakan pelajar saya untuk beberapa kursus farmaseutiks.

Kesimpulannya, selaku seorang yang sangat mudah mengalirkan airmata...ermm...sahabat saya yang juga turut serta meraikan para graduan ini hari ini hampir menyekeh saya...hahahah...betul, ianya mungkin perkara kecil bagi orang lain tetapi amat bermakna buat saya...tahniah buat semua yang berjaya, ibu bapa yang banyak berkorban dan keluarga yang memberikan sokongan. 

Buat para graduan: Menuntut ilmu tiada noktahnya. Apabila semakin tinggi ke langit biru, rumput hijau di bumi jangan dilupakan. Moga diberkati Allah. 

Nota 1: Bila pula majlis konvokesyen saya ni?
Nota 2: Minggu hadapan, banyak perkara perlu dilakukan....semangat!!!

Friday, November 26, 2010

Ehemmmm eheemmm....


Sedari awal minggu, saya asyik terkenang kek red velvet. Saya lihat kek hasil tangan irmadilondon.blogspot.com membuatkan saya merasa yakin untuk mencubanya....tapi apakan daya. Sayakan belum mempunyai ketuhar pembakar di rumah. Ketuhar pembakar di lab adalah...besar lagi...untuk mengelakkan adegan di buang dari lab oleh sifu saya, lebih baik jangan mencuba-cuba nak membakar kek red velvet pula di dalamnya ye....Hihihi....

Tengahari tadi, dalam meladeni kesusahan dan kesedihan hati (bukan kerana tak boleh buat kek red velvet ye) saya telah melakukan sesuatu....yang menghasilkan sesuatu juga...apakah sesuatu itu? Ishhh...sesuatu sungguh. 

Nantikan pengumuman rasmi...chewaaa...macam apa je...
Ianya membuatkan saya ketawa seorang diri dan tersenyum lebar sehingga lenguh pipi saya.

Terima kasih daun keladi ye Kak penganjur yang budiman..walaupun saya tak dapat pergi Korea, namun...ianya begitu berharga....hihihi...


Nota:  Kakak penganjur yang budiman tu tak sebut pun kek red velvet...saya je yang melebih-lebih...hihihi

Harta Karun


Saya dilanda tekanan yang hebat sejak minggu lepas. Banyak perkara merunsingkan saya. Tidur malam saya terganggu. Selepas pukul 1 pagi barulah mata ini boleh lelap. Saya boleh melihat katil dan merasakan ianya akan menelan saya...hahahah...sungguh terseksa...
Apabila dalam keadaan begini, saya menyelesaikannya dengan mengeluarkan koleksi manik dan labuci yang memang saya simpan untuk digunakan dalam keadaan penuh tekanan jahit pada baju. Kebetulan saya baru menerima baju kurung hitam plain saya dari tailor tersayang- Kak Nor di Meru. Puaslah saya kerjakan...dalam tempoh kurang 2 jam sudah selesai saya merias sebelah tangan. Errmm...jangan kagum kerana ianya jahitan asas manik sahaja dan sambil menjahit saya leka menonton Asmara, membuat kopi, makan muruku dan juga menonton ulangan Top Chef....hihihi....suami saya pula memang sudah mengerti isteri tersayang ni akan membuat perkara-perkara pelik tapi benar tika berada dalam tekanan. Terima kasih ye yang kerana memahami. Hihihi....
Akhirnya siaplah sebelah tangan...dan esoknya pula, tekanan saya berkurangan sedikit....ermmmm...jadinyakan...bagaimana saya mahu memakai baju kurung tersebut...hanya sebelah tangan sahaja berhias manik...hahahah....epel...epel....tak berubah rupanya....

Apa ada dengan cinta


Saya mahu membuat update secara serentak. Saya belum lagi dipanggil untuk viva malahan menghantar thesis pun belum lagi. Masih membuat kerja di makmal dengan kelajuan siput sedut sahaja. Ermm....mencari semangat yang hilang ini agak susah...tapi apabila mengingatkan borang memohon tambahan tempoh cuti belajar kali kedua yang dihantar 2 minggu lalu membuatkan saya ingin 'overhaul' besar-besaran sistem badan saya yang semakin lemau dan banyak ragam ni..heppp....biasa dia tu...

Aidilfitri 2010.

Tahun ini giliran bermalam raya di rumah bonda si Seremban...jadi seperti biasa, saya yang paling akhir sampai, maklumlah nak meninggalkan anak-anak di dalam sangkar itukan perlu perancangan teliti...moga doa saya agar Ramadhan akan datang, saya tidak lagi bergelar pelajar dimakbul Allah..Ameen.
Raya dimulai dengan solat maghrib, isya dan hajat berjemaah-ketika itukan UPSR, PMR dan SPM belum bermula..jadi solat hajat khusus untuk anak-anak saudara yang akan menduduki peperiksaan semasa entri ini ditulis, peperiksaan SPM telah pun bermula dan calon UPSR sudahpun memperolehi keputusan mereka. Kemudian bertakbir beramai-ramai sebelum menanti rombongan takbir dari surau menziarah rumah bonda pula. 29 orang dewasa dan kanak-kanak dalam sebuah rumah memang sesak...hahaha...namun alhamdulillah...moga ukhuwah berpanjangan. Adat bersaudara, mengalah, memberi dan menerima untuk mengelak sengketa...dan di pagi raya inilah wajah yang terakam.

Pagi hari raya kedua sebelum lalat bangun saya dan suami telah memulakan perjalanan pulang ke Kuala Terengganu pula. Di R&R Kemasik kami berkelah dengan keluarga abang ipar yang dalam perjalanan pulang ke Meru pula. Suami saya cuma dua beradik...begitulah jadinya...hihihi....

17 Syawal
Kami sekali lagi pulang ke Kuala Terengganu kerana suami kepada sepupu suami saya meninggal dunia. Rekod baru tercatat..11 pagi bertolak ke KT, 5 petang tiba, 11 malam bertolak dari KT, 5 pagi sampai di rumah. Penatnya badan namun kami bersyukur kerana dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai saudara. Mereka dalam kesedihan kerana arwah pergi mengejut.

15 Oktober 2010
Along menelefon, "rumah Angah terbakar!"
Dugaan untuk Angah sekeluarga di saat anak sulung Angah bakal menduduki peperiksaan SPM, kediaman mereka di Nibong Tebal terbakar kerana litar pintas/overloaded current (saya pun tak pasti sangat kerana laporan bomba lambat diterima). Kesimpulannya...ianya dugaan untuk Angah dan kami semua juga. Sangat bersyukur kerana kita tahu bahawa di kala susah dan senang, keluarga kita akan tetap berada disisi....Alhamdulillah...

1-3 November 2010
Sifu dan saya menyertai pertandingan rekacipta BioMalaysia di KLCC. Alhamdulillah.




Hari raya AidilAdha
Saya berdoa semoga Allah akan menjemput saya dan suami menjadi tetamu di kala musim haji secepat mungkin. Moga murah rezeki saya dan suami. Sebak berpanjangan melihat klip haji dan juga siaran langsung dar Tanah Suci Mekah. 
Oleh kerana suami saya tidak mempunyai baki cuti lagi OUM mengubah sistem penilaian/peperiksaan, setahun kini, suami saya memerlukan 18 hari cuti untuk menduduki peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir...tolonglah OUM...kasihan suami saya. Cuti setahun pun hanya ada 15 hari sahaja, maka kami hanya pulang ke rumah bonda di Seremban. Juadah istimewa antaranya nasi minyak, kurma ayam, sambal goreng kacang tanah dan ikan bilis (kegemaran saya) dan juga jelatah. Selain kek coklat dan brownies buatan saya dari kotak tepung kek dan brownies segera...hihihi...saya? buat kek? ish ish ish.....
Selepas solat aidiladha, saya mengikut mak ke surau untuk membantu perlaksanaan ibadah korban. Lama betul saya tidak menyertai aktiviti mak di surau. Kalau dahulu semasa undergrad di USM, cuti semester akan dipenuhi dengan mengikut mak ke surau apabila ada aktiviti. Inilah wajah-wajah pasukan gerak khas memasak untuk ahli karyah yang menyertai ibadah korban. Ayu-ayu belaka walaupun sudah berusia. Anak-anak muda mana? Ermm..seperti saya di tahun-tahun yang lalulah. Duduk di rumah sambil bersantai dan menonton siaran televisyen. Ironikan?



Hari tasyrik ketiga barulah menziarah ibu mertua di kampung. Wahhh..menunya daging, daging dan daging lagi. Ikan singgang dan ikan goreng pun ada juga...sebetulnya, jika pulang ke KT saya akan meratah ikan minta maaf kucing...i tak sengaja...hihihi dengan agak melampau. Pelabuhan perikanan sangat hampir dengan rumah keluarga suami...ikan segar semuanya...manis dan darah masih mengalir segar...hihihi....

Cepat sungguh saya simpulkan cerita 2 bulan saya. Itu sahaja yang 'bertanda' dan relevan untuk saya catatkan. 2010 hampir ke penghujung.....masa...pantas berlalu...seperti pepatah arab ' masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita....

Ada apa dengan cinta? Ermm...sebenarnya itu tajuk lagu yang sedang berkumandang ketika saya menaip entri yang tertangguh lama ini :)

Nota 1: Produk saya ke Korea bersama sifu. Saya tinggal menyiapkan kerja makmal yang bertimbun. Sob sob sob....takpelah..saya sudah 'melancong' ke Korea semasa membaca novel 'Selagi ada dia'.
Nota 2: Tahniah buat anak saudara saya, Amirul Izzan dan Intan Nor Mardhiah yang masing-masing memperolehi 5A dan 4A 1 B dalam UPSR baru lalu.
Nota 3: Tahniah juga buat Nurin (anak sahabat satu kelas saya semasa dalam menengah rendah) kerana memperolehi 4A 1B. Anak sahabat sebaya saya sudah besar....saya? Allah Maha Mengetahui....

Saturday, August 28, 2010

Kasut raya


Saya membaca kisah ini di blog Prof. Kamil. Ia mengimbau kenangan saya ketika zaman kanak-kanak.
Adik-adik beradik kami 7 orang. Along, Angah, Alang, Acik, Ateh, Uda dan Boboi. Anak kedua dan ketujuh lelaki. 7 orang tidak boleh dimuatkan untuk menaiki kereta apatah lagi motorsikal. Kadangkala semasa menyambut hari raya, kami tidak di bawa ke kedai untuk membeli kasut sebaliknya, kaki kami akan diukur dengan tali plastik dan arwah Apak akan membawanya ke kedai untuk dicarikan kasut yang sesuai. Memori saya singgah semasa saya berada dalam darjah 3. Saya amat terkilan kerana kasut kami sama sahaja- sesuai untuk lelaki dan perempuan, cuma saiznya berlainan. 
Lebih kurang beginilah sandal yang dibelikan..tentulah saya, kanak-kanak perempuan yang mengharapkan kasut bercirikan pink kecewa..hihihihi
Ketika itu, perasaan terkilan, sedih marah dan kecewa bercampur-baur. Apakan daya, hanya itu sahaja yang mampu disediakan oleh arwah apak dan mak namun tentu sekali kami lebih bertuah dari mereka yang langsung tidak mampu membeli kasut baru. Untuk membeli selipar dan kasut serentak adalah hampir mustahil. Kerana itu agaknya, sehingga kini saya hanya pandai memiliki dan menggunakan sepasang kasut sahaja. Apabila sudah koyak/rosak/menyebabkan saya tergolek barulah saya membeli kasut baru.
Mengenangkan itu semua saya amat bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Maka benarlah dalam setiap ringgit yang Allah berikan buat kita, ada bahagian untuk orang lain. Marilah kita sama-sama meringankan tangan kita untuk memberi apa yang termampu kepada yang memerlukan. Ianya mungkin kelihatan sedikit, akan tetapi impaknya sangat besar. Moga Ramadhan ini berjaya mendidik jiwa-jiwa kita menjadi jiwa yang lebih baik. Ameen.

Nota 1: Kerja tikus saya bermula. Moga keputusan yang diperolehi bagus. 
Nota 2: Hari ini saya dapat bercakap dengan mak di Tanah Suci. Gembiranya saya. Sebak pula rasanya kerana rindu menyesak di dada. Alhamdulillah mak kedengaran gembira dan sihat. 
Nota 3: Hari ini kami mendapat jemputan berbuka puasa di rumah sepupu suami saya.

Wednesday, August 25, 2010

Telah kembali atas permintaan ramai


sedang menjamu selera
Sistem sangkar 'mereka'
Alhamdulillah...'Budak-budak kecil' ini sudah sampai. Saya jadi senang hati mengatur kerja yang perlu dilakukan. Apabila tiba musim raya nanti, sebahagian 'mereka' sudah tiada di dunia yang fana dan sebahagian dari 'mereka' terpaksa saya tinggalkan dgn bekalan makanan dan minuman. 1 sangkar tidak boleh diisi padat tapi perlu diisi seekor sahaja. Kalau 'ramai-ramai' nanti jadi kisah makan daging saudara sendiri pula.
Dugaan datang dan pergi...syukur saya melaluinya walaupun selalunya terlepas juga keluhan..Astaghfirullah. Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya.
Puan J dan 'anak kecil'
Vi junior mengalami masalah kehabisan bateri..hihihi...terpaksa ditunda kerana jump start gagal. Pertama kali dalam sejarah saya memiliki kenderaan melihat kereta sendiri ditunda...sedih wooo.... :D
Nota 1: Sudah sebahagian Ramadhan berlalu...pantasnya masa berlalu
Nota 2: Minggu ini Selangor cuti hari Jumaat....tetapi saya tidak bercuti...Isnin sehingga Rabu hadapan saya berkampung di makmal...terima kasih suamiku sayang kerana memahami. 
Nota 3: Kaki saya sudah beransur surut bengkaknya...dan sudah boleh solat berdiri seperti biasa. Alhamdulillah.



Tuesday, August 24, 2010

Apabila kura-kura terbalik..KISAH BENAR


                                                              kredit foto: http://blog.firstari.com

Pernahkah anda melihat kura-kura terbalik seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas?
Imaginasi anda diperlukan untuk mengetahui mengapa kaki saya bengkak, tangan dan lutut lebam-lebam dan juga kepala saya agak pening.
Tukarkan sahaja imej kura-kura tersebut dengan seorang pelajar pasca siswazah yang dengan penuh semangatnya membuat kerja makmal di dalam bilik bersih dengan kedua-dua tangan memegang schott's bottle berisipadu 1 liter yang sudah terisi dengan strain bakteria, memakai pakaian ala-ala angkasawan dan juga dengan sepenuh jiwa raga cuba menyelamatkan botol kaca tersebut dari pecah. Pecah bermakna- kerja yang sangat banyak kerana di dalam botol ada bakteria ye..bukan bakteria baik seperti yang dijumpai oleh saintis Shirota di Jepun tu ye...ini bakteria tak berapa nak baik...Ngerinya...
Hasilnya seperti yang saya nyatakan di awal tadi, buku lali kanan bengkak, tangan kanan lebam, lutut kiri lebam, belakang saya sakit juga dan kepala pening-pening kerana terhantuk di Biosafety Cabinet atau lebih popular dengan nama BSC. Syukur Alhamdulillah suami saya yang menghantar ke makmal pada hari Ahad yang indah itu...jika bersendirian, bagaimana saya mahu memandu...huhuhu...
Kesimpulannya:
1. Apabila kasut anda tapaknya sudah licin, jangan bertagak-tagak untuk membeli yang baru walaupun ada menyayangi kasut tersebut sepenuh jiwa dan raga.
2. Apabila berada di dalam situasi membuat pilihan, buatlah pilihan yang tepat- pilihan saya menyelamatkan botol bakteria pada hemat saya tepat dan sesuai.
3. Setelah jatuh dan sakit, anda akan memaksa diri anda untuk membeli sepasang sepatu baru tanpa memikirkan gaji belum masuk ataupun jarak kedai kasut dengan rumah anda dan meminta kakak anda beserta 2 orang anaknya yang juga mendapat kasut baru walaupun kaki mereka tidak bengkak akibat jatuh  untuk menghantar anda ke kedai kasut tersebut. :D


Nota:
1. Ia telah selamat dihantar. Moga dibukakan pintu hati penilai untuk diterima. Ameen.
2. Mak sudah selamat tiba di Mekah. Moga mak dapat beribadah dengan tenang.
3. Kumpulan pertama mini popia hasil tangan Along sudah siap. Saya sudah memulakan penghantaran.

Saturday, August 21, 2010

I need to go back to Cambodia


Pagi tadi saya tertidur semasa menunggu waktu Dhuha. Saya perlu menyertai tadarus Al Quran yang diadakan untuk kaum hawa di surau AP pada jam 9 pagi. Akibat suasana yang sungguh indah dan suhu bilik pula agak dingin, saya tertidur sehingga jam 9.30 pagi itupun kerana sifu menghantar pesanan ringkas mengandungi perkataan 'serious mistake' di dalamnya. Ada rasa terkilan di dalam hati saya kerana tidak dapat mengikuti program tersebut. Terus saya bersiap kerana memang rancangan saya, selepas ke surau saya perlu pergi ke makmal untuk menyambung kerja. Usai bersiap ala kadar, saya pun keluar dari rumah dan meletakkan barang di dalam kereta.
Tiba-tiba saya terdengar satu suara yang sangat hampir dengan saya, "madam please help me madam, i want to go back cambodia." 
Hampir gugur jantung saya dibuatnya kerana saya memang agak fobia dengan orang yang tidak dikenali dan menegur pula dengan cara begitu. Saya pantas berkomunikasi dengan pemilik suara berkenaan dalam bahasa inggeris yang sangat terbatas. Katanya, dia pembantu rumah di rumah majikan cina satu kawasan perumahan dengan kami dan dia ingin pulang ke Cambodia (Kemboja) kerana ibunya sakit, dikhuatiri ibunya meninggal dunia sebelum sempat dia tiba. Pasport dan pengenalan diri semuanya bersama majikan katanya. Saya pantas memerhati betis, tangan dan mukanya jika ada sebarang kesan kecederaan dan saya bersyukur kerana tiada. Setelah berbincang dengan suami, kami bersetuju untuk membantunya menelefon ajennya. Dia ada memberikan nombor telefon ajen tersebut. Nombor pertama gagal dihubungi dan nombor kedua barulah dapat dihubungi. Ajen itu meminta saya menyerahkan telefon bimbit kepada pembantu rumah tadi (saya gelarnya kuna-kerana itu sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya apabila saya bertanyakan namanya) kepada kuna yang masih berada di luar pagar rumah saya. Saya tidak bersetuju dan menukar mode telefon bimbit antik saya itu kepada 'loud speaker mode' dan mereka berbincang dalam bahasa ibunda mereka. Kemudian ajen itu meminta untuk bercakap dengan saya. Ajen itu meminta saya menghantar kuna ke kedutaan Kemboja. Uikkss...terkejut saya dibuatnya dengan permintaan tersebut kerana saya masih ragu-ragu dengan kebenaran situasi Kuna. Saya lantas menyarankan cadangan suami saya supaya Kuna dibawa ke balai polis berdekatan sebelum ajen tersebut menghantar wakil mereka untuk menjemput Kuna di sana. Mereka bersetuju dan saya pun menelefon balai polis berhampiran. Sementara itu kami meletakkan sebuah kerusi di kawasan letak kereta yang lebih teduh dan Kuna duduk menanti di situ bersama sebotol air minuman yang kami berikan. Kuna enggan makan kerana katanya tidak ada selera. 
10 minit kemudian kereta peronda polis pun sampai dan pada mulanya mereka menyangka Kuna adalah pekerja saya yang telah membuat kesalahan dan setelah diterangkan, Kuna pun dibawa pergi. Setelah berada di dalam kereta peronda, Kuna tidak berhenti melambai dan mulutnya terkumat-kamit menyebut 'thank you'. Semoga Kuna selamat pulang ke tanahairnya.
Nota 1: Sudah hari ke 11 Ramadhan. 
Nota 2: Mak sudah berangkat ke Tanah Suci pada hari khamis untuk mengerjakan umrah. Semoga emak sihat-sihat sahaja di sana.
Nota 3: Hikmah saya tertidur tadi rupanya supaya saya bertemu Kuna. Subhanallah.

Tuesday, August 17, 2010

7 Ramadhan


Saya baru selesai bermesyuarat dengan penyelia. Temujanji dilakukan seawal jam 7 pagi. Walaupun sudah lebih 4 tahun, namun apabila ada sahaja perbincangan dengan penyelia, darah gemuruh saya tidak pernah hilang. Ada sahaja debaran yang melanda. 
Selepas perbincangan, saya menarik nafas lega. Alhamdulillah. Mudah-mudahan perancangan ini diberkati Allah. Kerja saya sudah banyak kali tertangguh kerana tikus-tikus mendapat jangkitan kutu, kelewatan kerja-kerja teknikal untuk sistem sangkar tikus dan juga syarikat pembekal bakteria yg ingin digunakan telah melakukan kesilapan membekalkan produk yang diminta. Aduhai....rancangan awal saya, Jun dan Julai siapkan peringkat 'hampir akhir' ini dan Ogos/September analisis data dan juga menulis. Kini, saya membuat perancangan baru yang termampu dimampatkan untuk disesuaikan dengan cuti menyambut Aidilfitri nanti. Penyelia bersetuju dan menyokong serta memberikan saya tempoh cadangan menghantar draf pertama. Saya ada 7 bulan lagi...insyaAllah, akan saya usahakan sedaya upaya. Tolong doakan saya diberikan kesihatan dan kesempatan serta dipermudahkan segala urusan. Pengajian ini sudah menjadi satu perjalanan yang panjang dengan pelbagai onak dan duri. 
Nota 1: "Ianya" akan dihantar minggu hadapan. Semoga dilembutkan hati para penilai untuk diterima. Ameen...
Nota 2: Mak insyaAllah akan berangkat Khamis ini. Moga semua urusan mak di Tanah Suci dipermudahkan. Ameen.
Nota 3: Ramainya orang menjual kuih raya. Saya order sampai tak ingat berapa banyak kerana saya membeli jenis berlainan untuk 3 rumah. Rumah kami, rumah mak dan mertua. 
Nota 4: Lusa suami saya akan menduduki peperiksaan kertas terakhir untuk semester ini...moga berjaya! :D

Thursday, August 12, 2010

Kesesakan lalu lintas


Ramadhan Mubarak ! Ramadhan Kareem! Ahlan ya Ramadhan.

Ini adalah tahun pertama saya berpuasa di kampus PA dan disebabkan banyak urusan sepanjang hari saya terlupa untuk berfikir tentang keadaan lalu lintas dari PA ke Meru. Semalam saya pulang cukup awal-jam 5 petang dan merancang membeli juadah berbuka di satu kedai makan kegemaran saya di Jalan Setia Jaya. Kuih manis akan dibeli di mana-mana sahaja nanti. Petanda awal kesesakan lalu lintas telah dapat dilihat dari dalam kampus lagi...hahaha...manalah saya tahu jam 5 petang itu banyak kereta yang menderu ke pintu pagar utama. 

Setelah membeli lauk pauk yang berkenan di mata, saya pun memandu pulang menyusuri Jalan Iskandar dan kemudian membelok ke Jalan Kopi...alahai...ada pasar ramadhan di situ...sesaklah dengan kenderaan yang pemandunya meletakkan kereta dan motor sesuka hati dan juga orang melintas...ketawa sendirian saya di dalam kereta...maklumlah selama 7 bulan selepas berpindah ke kampus PA, saya membawa kereta dengan tenang-tiada kesesakan melainkan di kawasan sekolah, itupun setakat beberapa minit sahaja.

Tiba di rumah, suami telah menunggu untuk ke bazar ramadhan di simpang empat, Meru. Hasilnya, kesesakan lalu lintas yang lebih dasyat lagi...hihihi...sampai di rumah 15 minit sebelum berbuka..sempat saya menghidangkan lauk pauk dan juga manisan yang dibeli-alhamdulillah tiada makanan berbaki. Makanan berbaki biasanya akan terbuang begitu sahaja kerana saya bersahur dengan segelas oat, kurma dan air kosong manakala suami hanya dengan kurma dan air kosong...jadi adegan masak-memasak di pagi hari untuk bersahur tidak saya alami. 

Selamat menjalani ibadah puasa...dan merebut semua peluang menambahkan saham kita utk syurga yang kekal abadi.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan 1431H


Salam Ramadhan buat semua. Moga ia menjadi Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya. 
Epelijau ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan sepanjang bersiaran.

Ramadhan
Kedatanganmu kali ini
Kusambut dengan perasaan berbeza
Mungkin kematangan makin ketara
Moga dapat kupenuhi temujanji ibadah seperti dirancang sejak lama
Moga ibadahku diterima
Menjadi istiqamah dilaksana sepanjang usia
Moga diizinkan pula untukku temui lebih banyak Ramadhan yang bakal menjelma

Ramadhan Mubarak! Ramadhan Kareem!

Friday, August 06, 2010

2 hari lagi 33


Hari ini kepala saya sakit berdenyut-denyut selepas terserempak dengan big bos di pejabat pagi tadi. Soalannya mudah, saya boleh menjawab tapi impak dari bahasa tubuhnya membuatkan saya menjadi hilang punca terus sakit kepala...hahahaha.
Sambil mengedit kertas penyelidikan saya, loceng pintu makmal berbunyi nyaring dan banyak kali pula tu...rupanya makmal kosong. Yelah, terlalu fokus dengan kerja sehingga saya tidak perasan tiada siapapun berada di dalam makmal...Apabila pintu dibuka, terjengul muka EJ di luar pintu dengan kad akses makmal tergantung di leher...ishhh...naik darah juga saya dibuatnya kerana terganggu konsentrasi membuat kerja. Buka sahajalah pintu menggunakan kad akses tersebut. Wajah EJ pelik sungguh dan kemudian saya melihat hampir semua adik-adik lab berada di luar pintu...dan semuanya terjawab apabila saya melihat kotak kek....yang diatasnya tercatat: happy birthday my sweetheart.

Amboi! Suami saya sudah pandai 'menyentuh hati' isterinya ini. Tentulah saya sangat terharu...bukan kerana kek ataupun kejutan...tetapi kerana ingatan. Ulangtahun kelahiran saya 2 hari lagi...kejutan hari ini amat bermakna...terima kasih suamiku.. :)
Moga Allah mengizinkan usia saya dipanjangkan dengan berkat dan rahmat berterusan...diampunkan dosa-dosa saya dan kedua ibu bapa saya. Terima kasih suami...terima kasih mak kerana susah payah membawa saya di dalam kandungan dan melahirkan serta al fatihah utk arwah Apak....Sedih pula rasa di hati :)


Monday, August 02, 2010

Pelangi


Suami saya mula bekerja tetap selepas 2 tahun setengah perkahwinan kami. Ianya saat yang sukar untuk ditempuhi dan tika mengenangnya kembali kini, kesyukuran yang tidak terhingga kami panjatkan buat Allah Yang Maha Pemurah atas rezeki yang diberikan buat kami. Suami berkorban melepaskan perniagaan dan juga kerjaya sebagai pendidik bagi penghuni pusat pemulihan akhlak di KT kerana komitmen terhadap perkahwinan. Kami sepakat untuk tidak duduk berasingan kerana ianya mungkin menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar. Akhirnya...suami diterima bekerja di sebuah GLC beribu pejabat di Subang di bawah naungan kumpulan UEM. Awal Julai baru-baru ini, genap 3 tahun suami berkhidmat di sana. Akhir Julai iaitu pada hari jumaat yang lalu, kami dijemput menghadiri majlis berikut:
Syukur ke hadrat Ilahi suami dianugerahkan dengan anugerah berikut:
Tahniah buat suami atas kejayaan yang cemerlang. Moga Allah memberikan kekuatan iman dan juga semangat yang lebih teguh untuk hari-hari mendatang.
Saya? Terharu dan sangat bersyukur. Atas segala ujian kesusahan yang sangat perit, didatangkan pelangi yang cukup indah dengan sinaran matahari selepas hujan turun lebat...Moga Allah merahmati kami sekeluarga. Ameen...

Thursday, July 22, 2010

Basuh telefon


3 minggu lepas, saya telah berjaya membasuh telefon bimbit suami saya di dalam mesin basuh buat kali kedua dalam tempoh 2 tahun. Selepas saya tiba-tiba menyedari ada bunyi aneh dari mesin basuh, saya telah melancarkan gerak gempur membuat panggilan ke telefon bimbit suami saya. Seperti yang telah saya jangkakan ianya terus ke peti simpanan suara. Saya pun memberhentikan operasi mesin basuh dan mencari objek yang disyaki- jaket suami saya dan saya memang pandai- ianya berada di dalam poket simpanan sebelah dalam jaket tersebut. Suami menyalahkan saya kerana tidak memeriksa dulu pakaian sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh dan saya menyalahkan suami kerana tidak mengeluarkan dahulu semua harta benda di dalam poket. Hahaha...oleh kerana belum mempunyai cahayamata jadi kami tidak menyalahkan 'dia' yang masih belum muncul itu...kurang sedikit adegan menuding jari..hahaha...kesimpulannya...dua-dua hamba Allah yang lemah dan sangat 'prone to mistakes and carelessness'. 
Esoknya kami ke PAS di Shah Alam untuk menghantar telefon bimbit yang telah dikeringkan secara bersungguh-sungguh untuk dibaiki. Langsung tidak saya maklumkan kepada technician tersebut yang telefon bimbit ini mangsa kekejaman rumah tangga...hahaha...si tukang baiki berjanji akan menelefon saya 2 jam lagi untuk memaklumkan harga untuk mengatasi masalah tersebut.
Dipendekkan cerita, RM80 terbang untuk upah membaiki dan juga alat ganti tulen serta RM30 untuk bateri yang ada warranty 6 bulan. Jumlah keseluruhan RM110 untuk kos tersebut. Sehari selepas dibaiki, telefon bimbit itu rosak semula. Saya dan suami terus menuju ke kedai telefon bimbit berhampiran kediaman kami dan membeli telefon bimbit yang sangat asas dengan harga RM105. 
Malam tadi, suami saya tiba-tiba mengambil telefon bimbitnya yang telah berendam air sebanyak 2 kali itu dan cuba menghidupkannya dengan menukar kepada bateri yang lama-yang dikatakan rosak itu. Ajaib...ianya berjaya dihidupkan dan boleh dicas semula. Sehingga ke saat entri ini dikeluarkan, telefon tersebut masih boleh digunakan. Alhamdulillah....telefon asas tersebut akan disimpan untuk kegunaan kecemasan.
Nota 1: Saya teringin makan ayam masak kurma yang ada kentang, lobak merah dan tomato...sedapnyaaaaaaaaaaaa!!
Nota 2: Saya juga teringin makan baklawa..sejenis manisan Timur Tengah..

Monday, July 19, 2010

Finale


I have never met her. I followed her blog and facebook constantly. At times when she didn't update her blog, I was worried and hoping that the blog would be updated the next time I click on the link. Today, I read in friend's blog- Kak Dalilah Tamrin, passed away this morning around 8.50. May Allah blesses her soul and gives her the mercy and shower her with His many rahmah for the good deeds. Ameen.

Reading her final entry makes me sob quietly...This was her last sentence in her finale..
Let's hope this is not the final entry. Should it be, I hope it becomes an avenue that people seek for some good guidance, InsyaAllah.

InsyaAllah kak...it will forever be...
Al Fatihah for Kak Dalilah Tamrin.

Wednesday, July 14, 2010

Cahaya



Saya sedang marah. 
Saya menulis tentang tikus saya di sini. Setelah sangkar dibersihkan dan keseluruhan sistem disanitasikan oleh pihak pembekal sistem sangkar tersebut, saya perlu memohon dari pihak penjaga bangunan untuk memasang sistem ekzos bagi memastikan udara bersih dapat dibekalkan ke dalam sistem tersebut. Sistem ini pada mulanya di Shah Alam dan setelah berpindah hampir 6 bulan dari sana, rupanya masih perlu memohon semula untuk pemasangan. Saya fikirkan, ianya 1 pakej- selepas di buka dari sana dipindahkan dan dipasang semula. Tidak mengapalah, saya akui itu silap saya yang terlepas pandang. Setelah hampir 3 minggu menanti dan menelefon, 2 hari lepas saya menelefon lagi dan mereka memberikan penyelesaian masalah berkenaan. Oklah-saya terima kerana saya memang tidak tahu prosedur teknikal. Mereka beri cadangan, pihak perlaksana/pembekal teknologi setuju, saya kira semuanya ok. Hari ini saya mendapat panggilan telefon dari pembekal teknologi/perlaksana sekali lagi. Cadangan penjaga bangunan tidak boleh dilaksanakan kerana ianya akan menyebabkan masalah pencemaran udara sekeliling dan juga udara di dalam sistem sangkar tikus. Dari sudut teknikal, cadangan penjaga bangunan sama dengan cadangan pembekal...akan tetapi apabila masuk pula unsur perekabentuk bangunan, cadangan itu tidak boleh dilaksanakan kerana akan menjejaskan struktur kosmetik luaran bangunan...Yang membuatkan saya membara kerana saya menjadi orang tengah antara penjaga dan pembekal..tiba-tiba saya rasa marah pada orang yang menggunakan alat solek...sebab luaran sangat tak benarkan sistem tersebut dipasang sebegitu rupa......(maaflah andainya anda yang membaca entri ini tidak dapat memahami butir luahan hati saya...saya memang sangat berserabut...)..Beauty lies on the eyes of the beholder...tiba-tiba sangat..apakah???
Saya tertekan dan sedih..marah bercampur baur....tiba-tiba terbaca tafsir ayat 35 surah An Nur:
Allah (Pemberi) cahaya kepada langit dan bumi. Perumpaan cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang didalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak barkahnya (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya (sahaja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Ya Allah...berikanlah cahaya itu buatku...buat si penjaga bangunan juga- moga mereka faham keadaanku ini...bersabarlah wahai Cahaya Harapan yang Nyata....

Nota 1: Tahniah buat sahabat-sahabat saya yang telah berjaya melepasi halangan viva utk thesis sarjana dan juga PhD- Ekha, Zab dan juga Dr. Rushdie. Moga Allah memberkati kalian.
Nota 2: Dugaan datang pelbagai cara...namun terlalu banyak nikmat yang Allah berikan...syukur...Alhamdulillah
Nota 3: Saya sedang update/siapkan kajian literatur...doakan saya.....LR biasanya tidak siap sehinggalah thesis sudah hampir siap...tp saya sdg kemaskinikan sehingga tarikh ini...owhh...jangan panik/teruja sangat...thesis saya belum siap..kerja makmal masih berbaris panjang seperti penggemar ayam pakcik bob di pasar malam Puncak Alam berbaris menunggu ayam goreng enak itu...
Nota 4: Hari ini suami saya masuk studio amik gambar...mudah-mudahan berjaya...ameen.
Nota 5: Tiba-tiba saya macam nak pujuk suami belikan saya ketuhar pembakar...saya terasa macam nak buat kek...pizza...roti...ayam panggang...daging panggang...pai ayam...pai epal...ermm...yummy....
Nota 6: Saya nak pergi beli kain untuk baju melayu suami...masih belum sempat/bernafsu untuk pergi memilih kain.
Nota 7: Saya suka makan durian.
Nota 8: Saya akan berhenti sekarang.
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino