Monday, August 02, 2010

Pelangi


Suami saya mula bekerja tetap selepas 2 tahun setengah perkahwinan kami. Ianya saat yang sukar untuk ditempuhi dan tika mengenangnya kembali kini, kesyukuran yang tidak terhingga kami panjatkan buat Allah Yang Maha Pemurah atas rezeki yang diberikan buat kami. Suami berkorban melepaskan perniagaan dan juga kerjaya sebagai pendidik bagi penghuni pusat pemulihan akhlak di KT kerana komitmen terhadap perkahwinan. Kami sepakat untuk tidak duduk berasingan kerana ianya mungkin menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar. Akhirnya...suami diterima bekerja di sebuah GLC beribu pejabat di Subang di bawah naungan kumpulan UEM. Awal Julai baru-baru ini, genap 3 tahun suami berkhidmat di sana. Akhir Julai iaitu pada hari jumaat yang lalu, kami dijemput menghadiri majlis berikut:
Syukur ke hadrat Ilahi suami dianugerahkan dengan anugerah berikut:
Tahniah buat suami atas kejayaan yang cemerlang. Moga Allah memberikan kekuatan iman dan juga semangat yang lebih teguh untuk hari-hari mendatang.
Saya? Terharu dan sangat bersyukur. Atas segala ujian kesusahan yang sangat perit, didatangkan pelangi yang cukup indah dengan sinaran matahari selepas hujan turun lebat...Moga Allah merahmati kami sekeluarga. Ameen...

6 comments:

Kujie on Monday, August 2, 2010 at 4:13:00 PM GMT+8 said...

Alhamdulillah - dalah hidup semua jalan yang kita lalui ada kisah tersirat kenapa mengapa terjadi.

Syukur - benih yang baik tercampak ke laut menjadi pulau

( sebenarnya tgh fikir simpulan bahasa yang iras2 macam ni tapi tak pasti betul ke tidak )

sab2 on Monday, August 2, 2010 at 11:47:00 PM GMT+8 said...

Salam Epelijau,

lama tak 'komen'... TAHNIAH di atas pengorbanan yang membawa keberkatan! Alhamdulillah. Semoga hidup berkeluarga dalam perlindunganNYA sentiasa. Amin

nak tanya: masih perlukan lagi anak pokok belimbing tu?... dah ada sekarang sepokok yg sempat tumbuh dari bijinya...

salam hjSab2

idasm on Tuesday, August 3, 2010 at 5:32:00 PM GMT+8 said...

salam, tahniah utk suami. nampaknya tak sia2 pengorbanan suami. insyaallah.. semoga sentiasa murah rezeki...

Nor Ramli on Thursday, August 5, 2010 at 6:15:00 PM GMT+8 said...

kujie: TQ Kak Jie..syukur alhamdulillah..
Tn hj Sabtu: Pokok belimbing? Menarik tu..nanti sy tanyakan cik abang ye. Terima kasih atas doa
Ida: Terima kasih..itulah...berliku jalannya.. :)alhamdulillah

umeboshi on Monday, August 9, 2010 at 4:53:00 PM GMT+8 said...

alhamdulillah!! tahniah buat hubby am dan am sekeluarga!!!

murnie sangat on Thursday, August 12, 2010 at 12:35:00 PM GMT+8 said...

tahniah buat suami akak dn akak sekali..berbaloi untuk pengorbanan yang telah dilakukan.

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino