Monday, December 31, 2007

Survival...


Hubby selalu risau kalau tayar wheelchair pancit samada akibat kebocoran tertusuk apa-apa ataupun ianya sebab lama tak dipam.
Aku tak penah tengok lagi hubby buat tyre mantainance mcm ni. Since kami ubahsuai kereta (boleh baca di SINI) dan hubby lulus ujian memandu dan dapat lesen (boleh baca di SINI), aku dah tak keep track tentang keadaan tayar wc yang hubby guna.
Semalam kami gi jalan-jalan kat Alamanda...baru first time aku tengok...hubby guna pam tayar yang portable ni...hihihi..bagus gak...bila-bila dan di mana jua boleh melaksanakannya...Pasang dulu kat air inlet tu...Pam secukup rasa...Done!!

Patutlah dah lama aku tak payah isikan angin tayar wc kat stesen minyak...hihihihi

Mesin rumput...


Depan rumah sewa kami ada kawasan berumput yang kami suka sebenarnya...
Akan tetapi, disebabkan rumput sangat cepat panjang dan kucing jiran kami suka tukar laman kami jadi tandas...kami agak mengeluh juga kadang-kadang.
Selalunya kami panggil pakcik tukang mesin rumput. Yang kami panggil tu warga tempatanlah.



Semaknya kawasan ni kan..rumput panjang...rumpun serai dah melampau-lampau jurainya...


Selepas 2 kali kami panggil dengan upah yang dia tetapkan iaitu RM15 sekali mesin dan sapu..pakcik tu tak nak datang dah rumah kami. Katanya dia dah tak buat keje mesin rumput...nak panggil warga asing yang selalu lalu-lalang depan rumah ni sambil membunyikan hon untuk menarik perhatian kami malas plak rasanya..ntah kenapa.

Last weekends...
Aku gi rumah kaklong..saja jenjalan. Hubby ada urusan lain. Tengok uda potong rumput kat rumah along guna mesin rumput elektrik. Aku tak tahu pun wujudnya gajet ni.

Lepas uda siap buat kerja, aku pun sengeh-sengeh mintak pinjam mesin rumput ni dari along.
Sampai rumah hubby pun dah balik..terus buat projek pembersihan besar-besaran. Mesin rumput...hubby cuci kawasan letak kereta...sampai bersih sungguh...Alhamdulillah...laman bersih..peluh pun keluar...satu cara menangani stress...heheheh...

Berupa lamanlah sket laman ni kan...kan? kan? kan???

Sunday, December 30, 2007

Berdebar..


Dah hampir seminggu aku rasa teruk sangat.
Aku takleh nak tidur awal malam-malam wp takde keje nak buat ataupun aku tak rasa nak buat keje pun.
Jantung asyik berdegup kencang...kadang-kadang tetiba rasa berderau darah. Aku ni stress ni...

Since lepas raya haji aku started preparation nak buat animal procedure. Banyak yang nak dibuat. Ada 40 ekor...sehari aku boleh buat dlm 10 ekor (sepatutnyalah). Bila aku start buat last thursday...lepas seharian bertungkus lumus...tetiba 90% mati. Ermm...terduduk aku dibuatnya. Bekalan bukan senang nak dapat...pastu nak tunggu beso..dah beso aku buat hati2...mati plak...

Apa lagi yang aku ada melainkan sabar?

Syukur alhamdulillah hubby bagi sokongan penuh walaupun bila dia balik selalunya aku belum sampai rumah...dah seminggu jugak dapur tak berasap...beli je semuanya. Bukan aku taknak masak tapi aku...gas masak abes daa...huhuhuhuntahlah....Bila discuss ngan SV aku..dia cuba nak tenangkan aku yang dah gabra...mana taknya...method tu aku dah developed...dah terbukti bule digunakan sebanyak 3 cycles sebelum ni..tetiba kali ke4 ni tak jadi...sapa yang tak berdebar gilakan.....dan aku ada masa lagi 2 bulan...utk abeskan first stage ni...2 bulannnn...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kepada supplier tu...cepat2lah anto ubat pelali tu ye...aku dah order 2 bulan lepas tapi staf yang incharge tu tak proceed..aku tak marah pun staf tu...sbbnya...aku rasa...kalau aku marah pun yang blood pressure naik aku gak...so biarlah...let it be...let it be....

Aku dalam proses pembelajaran yang sgt memedihkan...yang perlukan pengorbanan yang besar....moga Allah mudahkan urusan aku....ameen....

Wednesday, December 26, 2007

DIJEMPUT KEMBALI DAN BAKAL TIBA...


Minggu ni bermula minggu sibuk yang sangat sibuk.
Tikus semuanya dah capai berat yang diingini malahan ada yang terlebih...kuat makan seperti tuannya dan aku sedekahkan pada Jay...Tak boleh tangguh lagi, procedure kena buat secepat mungkin. Hari ni dari pagi sampai ke tengahari dok sibuk pindahkan semuanya ke sangkar berlainan..penat...sungguh penat.
Lepas lunch tangan gatal godek sana-sini blog kawan-kawan...

Bila masuk blog kak wan..

Aku terkesima..Kak wan kehilangan anak perempuannya, Siti Sarah dalam kemalangan jalanraya berhampiran Lipis semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Eidul Adha Mubarak. Tenang kak wan mengungkapkan cerita. Aku pulak yang menangis tak cukup airmata...ermm...

Moga kak wan tabah..kuat..dengan dugaan ini. Bila aku baca ayat kak wan...
Saya sedar dia dipinjamkan kepada saya untuk 10 tahun 10 bulan. Adat meminjam maka suatu hari saya kena redha apabila Tuan Punya memintanya balik. Terima kasih ya Tuhan kerana memberi peluang melahirkan, membesarkan anak; Siti Sarah.
aku makin sedih...
Redha...itulah ubatnya...salam takziah buat kak wan sekeluarga..moga roh Siti Sarah dicucuri rahmat..dan tenang di sana...Ameen..

Teringat pula pada sahabatku Puan Keshi,
Puan keshi dah masuk ward Sabtu lepas untuk bersalin secara pembedahan atas masalah kesihatan Puan Keshi..InsyaAllah esok Puan Keshi akan disorong masuk ke dewan pembedahan. Moga Allah permudahkan urusan kelahiran cahayamata kedua Puan Keshi dan suaminya. Ameen....


Wednesday, December 19, 2007

Eid ul Adha Mubarak!!


Selamat menyambut kedatangan Eid ul Adha...
Semoga semua pengorbanan kita dijalanNya di terima...Ameen...
Semoga juga dimurahkan rezeki dan diberikan tiket jemputan istimewa (pembaca travelog haji by Prof Kamil pasti faham maksudnya) untuk mengerjakan ibadah haji dengan segera...Ameen...

We are going back to Seremban petang ni pas opis...
Esok pas solat raya and makan2...balik KT...
At first tak plan nak balik KT with the rats and kerja yang melambak-lambak...tp since mak tak berapa sihat..tanggungjawab sbg anak menantu kenalah balik menjenguk..moga-moga mak cepat sembuh...Ameen.

Thursday, December 13, 2007

Konvoi di Elite


Hari Selasa..
Aku balik Seremban dengan along, acik n uda untuk ziarah pusara arwah apak...
Hubby keje sbb alamat opis hubby area KL..in fact, yang dah bersuami kecuali uda semuanya keseorangan sebab hubby masing-masing keje..
Dalam perjalanan masa di hi way Elite, aku perati kat cermin pandang belakang ada siren motor polis menyala-nyala...ada konvoi bas...Aku dah berteka-teki dalam hati..sapa plak nih...
Aku dah gak memang alahan kalau kenderaan di eskot oleh polis...susah nak xplain perasaannya cemana tapi aku rasa insecure..
Aku pun ketepilah bila polis bermotor dah start hayun-hayun tangan suruh ke tepi.
Sambil memperlahankan kenderaan, aku cuba gak tinjau-tinjau..sapa yg ada dalam bas ni...bila aku tinjau lagi cermin..aik...ambulans pun ada...dalam fikiran aku terpikir...ni bas bawak rombongan artis tersohor gi mana-mana ke? Dulu penah aku tertahan tengah jalan sebab rombongan chit porah chat Azuwan Ali nak ke royal adelphi kat seremban...
Aku memang bawak slow dah kereta...nampak plak bayangan-bayangan peserta-peserta rombongan tu kebanyakannya berbusana berwarna putih...
Akhirnya ada sebuah van yang di belah belakang sekali ada signage ' for Haj Flights only'
AllahuAkbar!!
AllahuAkbar!!
AllahuAkbar!!
MasyaAllah..Subhanallah....Rombongan dari Kelana Jaya ke KLIA rupanya...
Aku tak tahu kenapa aku terus menangis teresak-esak...sayunya hati aku...
Apa yang aku fikir waktu tu?
Moga Allah permudahkan urusan rezeki aku..moga cepat aku mendapat 'tiket jemputan' ke Baitullah...menjadi tetamuNya...menunaikan tanggungjawabku...ameen....
Subhanallah...Subhnallah...Subhanallah...
Teringat sms yang diterima dari Farah Butt (former coursemate at KCL) seminggu selepas Raya baru ni " Assalamoalaikum Nor, it's official! Subhanallah, I'M GOING HAJJ THIS YEAR! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdullillah.."
Doaku untuk semua bakal haji seluruh dunia....Semoga dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna..dan diterima amalan mereka oleh Yang Maha Pencipta.

Tuesday, December 11, 2007

Yang ke TIGA dan Yang ke DUA



Pantasnya masa berlalu...
Dah yang ke 3 tahun...
Semoga kasih sayang dan persefahaman antara kami kekal berpanjangan selamanya...
Dengan izinNya..Yang Maha Melimpah Kasih SayangNya...

Pantasnya masa berlalu...
Dah 2 tahun apak pergi meninggalkan kami semua..ye..tarikh yang sama..setahun kemudian...

Akulah anak perempuan yang terakhir arwah apak walikan...
Sebelum arwah dijemput pulang kepada Yang Maha Pencipta...Penguasa Sekalian Alam...
Moga rohnya tenang dan damai di sana...dijauhkan dari seksa dan azab kubur...

Al-Fatihah untuk arwah Apak...



Monday, December 10, 2007

Kalau tak faham, kenapa baca??


Received this article from Ayong Afzan..I have read it quite few times and would like to share this wonderful article with the readers.

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word????
An old man lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?'

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, 'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.'

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!' 'So you think it is useless?' The old man said, 'Look at the basket.'

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

'Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.'

Otak Vs Suara


Sempat menonton kunci khazanah musim ke berapa tak tahulah plak tapi pengacaranya Azhar Suleman dan agent hotnya adalah Adib.

Aku pun tengok, aku memang minat kuiz ni cumanya, masa musim awal2 dulu aku tak tengok sebab kat umah baru pasang asetero last year..macam-macam soalan. Berasap gak kepala nak pikir jawapannya sebab memang memerlukan pengetahuan am yang sangat dasyat.

Aku tengok hadiah yang diwar-warkan...lahaiiii....
Cash ikutlah..ada agen yang dpt hadiah RM20 je...adalah hadiah iringan dari Dunia Kurus..
Pastu untuk peserta, hadiah ikut cash yang diorang dapat hasil dari jawapan yang diberikan. Paling tinggi pun dalam 2K laa...tu pun kalau dapat jawab banyak soalan dan agent tak amik banyak duit diorang. Lepas tu..the best part, bagi yang dapat membuka pintu khazanah tu, dapatlah hadiah bernilai RM100 K...tu pun kete Kia Spectra...(kalau siaran lain ada yang dpt Swift laa....perdana laa..kita optima laa...rantai mutiara labuh laban laa..)

Aku pun bandingkan dengan rancangan realiti nyanyi-nyanyi melalak-lalak kat TV. Contoh yang ada kat TV 8 tu haa..sampai RM One Juta hadiahnya...ish ish ish ishhhhhhh....!!!
Yang kat channel 104 asetero tu haa plak..sampai dekat nak setengah juta hadiah..yang ramai anak-anak bangsa sanggup beratur panjang nak join. Sanggup letak jawatan, tinggalkan keluarga berbulan-bulan... Yang memupuk semangat menangis-nangis dan berpeluk-pelukan tanda kesedihan, sampai keluar air mata idung semua.. yang selalunya ucapan buat rakan-rakan masih tinggal...teruskan perjuangan..Banyaklah korang punya perjuangan...!! Yang penonton plak tak abes-abes tekan keypad telefon bimbit..teruskan mengundi...sampai ujung bulan takde duit nak bayar sewa bilik sendiri..Yang menonton plak bukan setakat yang muda remaja malahan makcik-makcik bergelang (j(zh)ulian emas sampai ke siku pun ada gak. Senget-senget tudung makcik bila tepuk tangan kuat sangat..

Kat situlah letaknya perbezaan mentaliti masyarakat. Syarikat penaja akan taja rancangan yang dapat menarik jutaan penonton. Kalau takde penonton buat apa nak taja..mengabihkan bogheh yo bak kata oghang kampung den.

Ermm...bila ye masyarakat ni nak berubah?

Thursday, December 06, 2007

Life by a Formula of Success


Me n frens masa konvo 2nd batch hari tuh. Semuanya tahu ianya akan menjadi sangat bosan tapi since nak raikan students...gagahkan jugaklah wp ada orang yg tak bg aku attend konvo sbb cuti blajo

The result of Your Life = Ability x Effort x Attitude x Doa

notes: (weightage of each depends on you)



Thus, people of average ability (like me) who realise their shortcomings and try very hard to compensate for them, may actually outperform those who are naturally gifted who have grown accustomed to not working especially hard.



Conclusion: Work harder epel...harder then you thought you are...!!

Wednesday, December 05, 2007

Hampa...


Asalnya nak pergi lunch dengan cik senyum..tersesat lunch kat BPP plak. Terjumpa bos (atau bakal) baru BP. Sejak cuti blaja sebenarnya aku dah lost contact dengan perkembangan di sini..
Ceritalah masalah aku yang nak gi conference kat Spore tapi tak dpt kelulusan. Sepanjang tempoh pengajian cuma boleh dapat sekali ke luar negara dan juga ada bajet yang terhad which is RM3200...(nak beli tiket ke mana yang cukup ye dengan jumlah itu?..mesti takleh gi negara 4 musim..). Agaknya kalau 'angkasaman' dpt bajet macam tu tak merasalah dia beraya di bulan ye..tak sabar gak nak tunggu hasil penyelidikan di angkasaraya nun tu haa...crystallisation protein apa ye yang dikaji tu?
Kami kemudiannya menuju ke Bhg Latihan..
Aku dan cik senyum hantar 3 full papers utk persidangan di Singapore January nanti..
Banyaknya prosedur baru yg belum di'pekeliling'kan tapi dah diimplementasikan. Surat dan borang kami dah hantar since October. Aku memang sah2 takleh pergi. Nak pergi sendiri fulusnya nggak cukup. Aku mana ada banyak duit. Takat nak gi conference kat KLCC/PWTC atau mana-mana tempat di Lembah Klang ni bolehlah aku korek-korek tabung ayam bentuk pasu bunga dalam bilik tidur tuh.
Kesimpulannya...
Cik senyum bule pegi..tp kena dpt limpah perkenan bos dulu.
Aku tak boleh pergi walaupun aku adalah main author 1 daripada paper tersebut.
Cik senyum tanya aku 'kau frust ke epel?'
Aku bagitau cik senyum 'ermm..aku dah bersedia..kan aku selalu je tak dapat apa yang aku nak? Adalah tu sebabnya...'
Selain dari conference kat Singapore tu...aku jugak tak dibenarkan pergi conference di UPM je pun (yang jugak ada 2 full papers aku (1 aku main author 1 lagi cik senyum)..sbb sedang cuti belajar..ermm..ko blaja jelah epel...publication tu ko simpan dulu. Simpan sampai jadi pekasam. Untung-untung pas 3 tahun kang bule jual kat pasar malam..........!!
Aku marah ke? Tak...bukan marah...cuma hampa...
Aku perlu sabar dan pujuk hati. Bukankah marah itu menunjukkan kejahilan??
Hampa...nak hampa dengan siapa? Kan Allah tetapkan begitu yang terbaik??
Lalu aku pun balik ke lab...sarung lab coat dan terus animal holding room..
Apa agaknya khabar tikus-tikus ku hari ni?

Family 'red' Day


Family day fakulti ni dah 6 bulan berlalu tapi aku tak perasan aku ada amik gambar dan juga dah upload ke PC...Theme color : RED


Family day kat Bukit Cahaya Seri Alam, Seksyen 8. Banyak improvement tempat ni banding dengan dulu.


It was fun and tiring ...tapi for Ahmad Hazim and Azri Izzat (anak kakak aku yang aku 'pinjam' untuk attend family day ni, hubby keje masa tuh..) it was superb. Ahmad Hazim semangat main untuk semua games and he won quite a lot. Aku jadi supporter over sangat. Hihihi...







Wajah-wajah ceria dan semangat... ye ke??



Ahmad Hazim menanti giliran dengan penuh semangat..caiyok caiyok...




Saat yang paling menyeronokkan for the 2 heroes.
Azri siap bisik2 lagi dengan bos aku tu (Uncle J kenal ke bos i nih? hihihi)
Aku tanyalah...bisik apa?
"Uncle bos makteh, boleh tak Ajat nak mintak lagi 1 untuk abang Arif..dia school hari nih..."
Bos aku senyum je..takde lebihlah Ajat..cukup2 je..hihihi
Kids...always have their own special thoughts dan aku bangga sebab anak-anak sedara aku ni prihatin dan ingat sokmo pada saudara mereka....ermm...do we have that kind of thoughts and do we care for others?

Tuesday, December 04, 2007

Sup Panas


Semalam dapat call dari kakak di puchong..

'Ni saja nak bagitahu...arif melecur kena sup panas...'

Tergamam aku dibuatnya...

'Kalau u free datanglah kejap tengahari ni..kaklang kata tak payah bawak gi klinik, bersihkan dan sapu jel gamat je.' Kaklang aku pakar tabib kanak-kanak di HUSM.

Betul gak..kalau pi klinik pun sama je..or worse if klinik tu takde staf yang betul-betul tahu apa yang perlu dilakukan..makin teruk luka tu nanti...

Lepas discussion dengan supervisor pagi semalam, aku maklumkan pada sifu yang aku perlu ziarah anak sedara yang ditimpa kemalangan. Si fu angguk dan kata 'ok'.

Aku pun gi ziarah Arif. Ni gambar arif masa sihat..tak sampai hati aku nak amik gambar waktu dia sakit-sakit nih.

Masa sampai dia sedang tidur..pucat mukanya...dan memang agak teruklah melecur di paha kirinya...alhamdulillah tak kena di bahagian sulit...memang penuh bahagian peha kiri...lebih kurang sejengkal orang dewasa panjangnya kawasan tu.

Adik-adiknya yang bertiga bising bercerita kisah abang arif kena sup. Macam-macam versi...yang aku pasti dan yakin...ada hikmahnya nih...

Bila arif terjaga dia minta disapukan jeli lagi. Satu panduan menjaga luka samada luka terbakar, terpotong dan sebagainya adalah ianya perlu dilembapkan. Bila lapisan kulit kita terkoyak/tercedera, air akan hilang dengan banyaknya dari cell...penyembuhan akan menjadi lebih perlahan.

Lama aku berfikir. Projek PhD aku ada kaitan dengan luka dan penyembuhan. Aku kerja dengan tikus. Sebab tu kadang-kadang lama tak update sebab berkejar menjaga tikus, buat monitoring, buat treatment..dan aku takde cuti weekends...bila keje dengan tikus bermula maknanya takleh ke mana-mana. Dan keje dengan tikus akan bermula semula selepas aku tamatkan 4 hari sebelum raya tempoh hari.

Arif tanya aku...'makteh, camni ke makteh buat kat tikus makteh tu?'

Aku diam je....Tatau nak jawab apa. Kesian anak sedara aku..mesti sakit...sama macam aku buat kat tikus-tikus tu....tapi aku takleh simpati pada tikus-tikus aku. Their lives are meant to be devoted for research....truly for research..aku takleh kesian..takleh simpati...cumanya..aku perlu berhati-hati ketika buat procedure...ermmm...moga Allah mudahkan kerja-kerja aku. Ameen.


Monday, December 03, 2007

"maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"


Aku sedang bersiap untuk ke lab pagi ni bila banyak kali terdengar perkataan 'maut, dikebumikan..LIMA...LIMA...LIMA...
Tanya pada hubby...hubby maklumkan berita ini..yang sangat menyayat hati..perlukah semua ini dilakukan? Perlukan diteruskan? Adakah Yang Maha Esa cuba menyampaikan sesuatu?
"maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan""

Ada juga lagi beberapa perkara yang berlaku yang menggusarkan hatiku ini. Hiburan melampau, nilai Islam yang makin menyusut..Sampaikan majlis meraikan para graduan juga penuh dengan nyanyian dan unsur hiburan? Bilakah akan adanya perubahan? Ermm...aku pandang dua belah tanganku...mampukan aku? Biarlah aku fikirkan sendiri..Jika terlalu banyak perkara lagha dalam sesuatu masyarakat tu..jika Allah nak turunkan ujian..bukan pada si pelakunya sahaja..malahan pada semua... "maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"

Moga roh para penerjun ini dirahmatiNya dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.. Al Fatihah...

'petikan dari Berita Harian online'
3 penerjun raptai Lima maut
Oleh Abdul Razak Raaff dan Hamzah Osman


PENDARATAN TERSASAR: Seorang penerjun terbaring kesakitan selepas terjatuh berhampiran tempat letak pesawat ketika membuat penerjunan pada raptai penuh menjelang perasmian Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2007 (Lima 2007) esok.



20 tersasar jatuh ke dalam laut, tersangkut di pokok

LANGKAWI: Tiga anggota tentera, termasuk dua wanita maut manakala 11 lagi cedera selepas terjunan mereka tersasar, ketika menjalani latihan untuk pertunjukan Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi (Lima 2007), di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, Prebet Nurul Wahida Mohamad Yunus, 20; Renjer Siti Hajar Yakub, 24; dan anggota lelaki, Trouper Raimon Duncan, 25, terbunuh dipercayai lemas selepas terjatuh ke laut berhampiran Pantai Cenang.



Semua mereka ialah daripada Pasukan 10 Briged Para Kem Terendak, Melaka. Ketika kejadian, mereka adalah antara 138 anggota pasukan itu yang menjalani latihan untuk membuat pertunjukan sempena pembukaan Lima 2007, esok.

Nurul Wahida yang berasal dari Tanjung Malim, Perak menganggotai Pasukan 17 Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia Para; Siti Hajar dari Masjid Tanah, Melaka adalah anggota 8 Renjer Para manakala Raimon dari Simunjan, Sarawak ialah daripada Skuadron Armour Para.

Dua lagi anggota wanita, Suraya Ali, 23, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Langkawi manakala Zaliza Zakaria, 23, dibawa ke ICU Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah menggunakan helikopter petang semalam, selepas parah apabila tulang rusuk mereka patah dan tertusuk ke paru-paru.


JODOH TAK SAMPAI: Siti Hajar bersama tunangnya Abdul Suffi dijadual melangsungkan perkahwinan pada Mac tahun depan.


Sementara itu, lima lagi anggota yang cedera dipercayai wanita manakala empat yang lain lelaki. Kebanyakan mereka cedera ringan dan mengalami patah tulang tetapi keadaan mereka tidak membimbangkan.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, berkata Siti Hajar terkorban di tempat kejadian manakala Nurul Wahida dan Raiman disahkan meninggal dunia di Hospital Langkawi.

Katanya, semua mangsa yang berpengalaman luas dan sudah banyak kali melakukan terjunan adalah sebahagian daripada 138 anggota Pasukan 10 Briged Para Kem Terendak, yang menjalani latihan simulasi demonstrasi operasi mengambil alih semula lapangan terbang.

"Mereka sebelum itu menaiki dua pesawat C-130 milik TUDM untuk terjunan dari ketinggian 300 meter dengan kelajuan angin ketika itu ialah kira-kira lapan knot. Mereka juga sudah memenuhi semua langkah keselamatan.


BERNASIB BAIK: Seorang penerjun yang cedera dibawa ke hospital.

"Bagaimanapun, 20 daripada mereka tersasar daripada lokasi pendaratan yang ditetapkan dengan ada yang terjatuh ke laut atau tersangkut di pokok," katanya pada sidang media, di sini, semalam. Hadir sama, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin.

Daripada jumlah itu, 14 dikatakan jatuh ke laut manakala selebihnya tersangkut di pokok selepas tersasar kira-kira 100 meter daripada lokasi sebenar pendaratan. Semua mereka kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.

Azizan berkata, punca kemalangan itu masih belum diketahui dan Lembaga Siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menyiasat perkara itu walaupun ketika kejadian, keadaan angin adalah tidak menentu.

"Kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai punca kejadian dan siasatan terperinci perlu dilakukan," katanya.

Angin kencang sejurus selepas anggota itu membuat terjunan dari pesawat menyebabkan ada yang tersasar dan jatuh ke laut di Pantai Cenang atau beberapa tempat berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Katanya, jenazah semua mangsa akan dibawa pulang ke kampung masing-masing dengan pesawat TUDM secepat mungkin selepas bedah siasat selesai. Sementara itu, jenazah ketiga-tiga mangsa tiba di Pangkalan TUDM di Subang, jam 11.25 malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, turut berada di sana menunggu ketibaan ketiga-tiga jenazah berkenaan.

Sepuluh minit kemudian jenazah Nurul dan Siti dibawa menaiki van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk dihantar ke kampung halaman masing-masing di Melaka dan Tanjung Malim

Pada jam 12 tengah malam pula mayat Raimon dibawa menaiki pesawat M30-12 untuk ke Kuching.

Saturday, December 01, 2007

Jom jenjalan...zoo melaka..


Dah lama tak pergi zoo. Kali terakhir adalah 5 tahun dulu. Kali ni pergi dengan 9 orang anak saudara..8 nephews and 1 niece...wahh..meriah dan riuh-rendah. Those are pictures that I captured. Tak larat nak tangkap semua gambar..sket2 je...

Thursday, November 29, 2007

Saya adalah rumput yang hijau...atau sehijau rumput?


You Are Grass Green

Down to earth and a bit of a hippie, you are very into nature and the outdoors.
You accept the world and people as they are. You don't try to change things.
You are also very comfortable with yourself, flaws and all.
Optimistic about the future, you feel like life is always getting better.

Boston Creme Donut...


You Are a Boston Creme Donut

You have a tough exterior. No one wants to mess with you.
But on the inside, you're a total pushover and completely soft.
You're a traditionalist, and you don't change easily.
You're likely to eat the same doughnut every morning, and pout if it's sold out.

The Drama Called Life...


Sifu always have motivational article to share with 10 of us...hari ni nak jadi rajin sikit dan menaip article tersebut untuk dikongsi bersama...
Life is a drama in which each one of us plays our own starring role. But in the drama of our own lives, we do more than simply act-we actually write the script. Unlike a play which must lead to a predetermined conclusion, the outcomes of our lives are in our own hands.
Some people believe that our lives are determined by destiny at birth. I disagree. I believe that our destiny can be altered by raising our minds and our way of thinking.( Please refer to Quranic verses saying that-tidak akan berubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mahu mengubahnya)
Instead of fightung our destiny, we should shape our minds to write our own script for the starring role we wish to play. The sooner we do, the sooner we can start living every moment of every day to its fullest by taking control of our own lives.
Opportunities await us at every corner of life. If we are striving for a chance, we can seize them. But unless we have a clear mission and purpose in mind, we will miss even the most obvious and extraordinary prospects.
In the drama of life, there is a HUGE difference between those who have written themselves a starring role and those who idle through life without aim.
-(Author)-

Wednesday, November 28, 2007

Budi Pada Tanah


Mak mempunyai hobi menanam tumbuhan. Kalau tengok halaman depan dan tanah di belakang rumah, penuh dengan tumbuhan menghijau. Lepas arwah apak meninggal, mak makin menyibukkan diri dengan menanam segala macam jenis tanaman. Pisang ni pisang 40 hari/susu yang mak tanam dengan along...suburnya..sihat dan bulatkan...hihihi...sedap sangat...kami semua excited dengan pisang nih...






Orkid...ni hobi baru mak sebab dipengaruhi kawan baik mak yang duduk selang sebuah rumah dari rumah kami. Mak tanam pokok ni sebab cuba-cuba je..kawan mak yang 'paksa' mak tanam orkid ni...tengok-tengok..mak punya orkid berbunga dulu dari orkid kawan mak...kawan mak tarik muka masam...jeles katanya...mak..mak...






Buah naga..ada posting tentang kebun pokok naga mak di dlm blog ni jugak..tak sampai setahun hasil dah mula dituai. Mak seronok sangat menjenguk kebunnya yang ada 35 batang pokok naga. Dibalut rapi setiap buah yang masih kecil supaya tak di'robek' serangga...rasa buah ni manis...dan kat pokok sekarang ni ada lebih 10 biji yang menanti masa untuk dituai...





Jemput...makan buah naga yang manis dan segar ni..baru je petik buahnya dari pokok tadi :)



Mak with her friends during her 64th birhday last November. Beria makcik-makcik ni datang raikan hari ulangtahun kelahiran mak...Mereka nilah kawan-kawan mak ke surau, ke kenduri kawen, ke kenduri orang nak pergi haji dan segala jenis kenduri...Mak...Mak... :)
Mak sunyi...moga mak beroleh kebahagiaan dan ketenangan dengan aktiviti berbudi pada tanah. As her daughter, it's not possible for me to be with her every seconds not even every weekends..my duaa for my beloved mak..May Allah grants her happiness in her journey of life...I love u so much mak...

Tuesday, November 27, 2007

Lagenda Parit Puteri Menangis...


Tajuk tu saja je...buat gempak..hikhikhikhik...

Walimatul urus labmate aku, Puan J dan suaminya yang juga rakan sepejabat aku, Encik Rozi telah selamat berlangsung pada 18 November 2007 di Parit Puteri Menangis, Benut, Pontian Johor. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke negeri Johor. Menarik tempatnya...sangat menarik dan kerepeknya sedap. Hihihihi....


Nilah pasangan pengantinnya...ehhh...bukan...ni gosip terbaru di lab kami. hihihi...jangan marah ye adik2 berdua....sporting diorang ni. Manalah tahu..masin mulut kami semuakan...ke Peraklah pulak kita ye...
Semua ahli pharm tech research lab ke Johor kecuali Cik Zab yang akan melangsungkan pertunangan hujung bulan ni..dia balik Kedah, buat kuih..hihihi...Ironinya...Sifu ke India dari Jumaat sampai khamis depannya..hihih...so plan2 kalau keletihan bulelah 'ponteng'...tp kami semua semangat waja...Isninnya semua org ada kat lab macam biasa....
Nasik, lauk-pauk dan kuih muih serta kerepek dan tak lupa juga layanan yang diberikan memang superb. Ayam kampung lagi tu...kami semua makan dengan penuh semangat dan takde malu-malu langsung..mintak tambah lauk, nasik air, kek, kerepek...huhuhu...jauh gak perjalanan..lebih kurang 3 jam...perut pun lapar je...

Nilah pengantinnya (Sebelum dan selepas make over...) Actually mereka ni dah bernikah
Puan Jay ni student PhD pertama sifu kami di lab ni...Tak lama dah tu nak abes..


Ni pelaminnya...simple and sweet...


Aku dah lama tak tengok adat tol2 kat pelamin ni. Sebabnya aku dah lama tak gi kenduri kawen yang aku akan betul-betul tunggu pengantin dan lepak lama-lama. Selalunya pergi, salam kaut, makan, salam, balik. Enjoy sungguh rasanya. Nilah anak-anak dara yang duduk depan pelamin. Aku pun mcm nak join tapi bila fikir lagi sekali...ehhh...aku ni dah mak dara...hihihihi...

Main ba ba cak plak mak andam nih..toll gate girls kat depan tu sengeh2 dan sebenarnya diorang tu tak tahu nak buat apa...hahahah..sudah ku jangkakan....
Pakcik tu bagi envelop isik duit kat mak andam..seb baik lepas (of courselah...takkan mak andam nak dok bersanding ngan Puan Jay kan...aku pun takmo tengok..hahahah)


Akhirnya this sweet couple bersanding berdua...yang gambar bawah ni kami menyebuk sama. Ramai tu...kak Fida pun ada...ngan anak comei dia...



Makcik bertudung oren ni sangat sporting...beria dia posing..Mak sedara Puan Jay rasanya...yg bertudung biru dan ijau kat belakang tu...ermm...SANGATLAH enterprem korang berduakan....Selamat berbahagia adinda berdua. Moga Allah melimpahkan rahmat buat kalian berdua dan bahagia sehingga ke akhirnya...Ameen...

Penghargaan yang tak terhingga buat hubby yang sudi drive sampai johor dan balik ke shah alam hari yang sama...
Terima kasih juga buat Keshi sekeluarga yang sudi menerima kami wp hanya sempat singgah tak sampai sejam di kediaman mereka yang besar dan sempurna itu.

Friday, November 23, 2007

Hikhikhikhik....


Notis pemberitahuan:
Saya, epel, sedang dalam mood nak ubahsuai template...
Saya, epel, sedang cuba belajar bahasa HTML yang memang saya tak pernah pandai...
Saya, epel, dah penat...
Nanti sambung edit ek...hihihihi...

p/s: sorry, chatbox terhilang sempena 'kepandaian' baru mengubahsuai saiz segala ni...sila tinggalkan jejak di ruangan comments secara manual

pp/s: saya, epel sedang melepaskan tension dengan bebanan kerja yang banyak selepas discussion dengan sv ptg tadi...rasa mcm nak kongsi dengan kakak Zlaa yang di Notts nun...Kak!! Help!!

ppp/s: Maaf kepada semua pengunjung sebab lama tak update..thanks utk semua komen....

Tuesday, October 30, 2007

SYUKUR ALHAMDULILLAH...


Syukur Alhamdulillah atas kurniaanMu.
Moga mendapat keberkatan di setiap langkahanku di masa mendatang.
Tahniah juga buat Cik UST.
Terima kasih buat hubby tercayang n family...Cik Senyum and DrKay yang membantu.
Alhamdulillah...
Actually..last May aku menduduki Pee Tee Kay. Kakitangan gomen tahulah sistem evaluasi tahap kompetensi utk kami ni. Aku amik tahap III. Alhamdulillah...lulus...dapat aras IV. Aku tak sangka walaupun berharap sebab kali pertama format berubah. Kalau batch sebelum kami ni ada 30% tugasan dan selebihnya exam bertulis...tapi kami...
ada 30% penilaian berterusan termasuklah pakaian dan keterampilan..pastu ada 2 presentation dan 1 written assignment. Untuk ujian, ada 3 presentation dan 3 written assignment yg perlu dilaksanakan. Masa ada 5 hari..yaa...5 hari yg sgt kronik dlm hidup ini...hihihi...Apa yang aku bule dapat lepas lulus ni? Aku pun baru je tahu...
1. Anjakan gaji
2. Bule mohon naik pangkat (ni aku blom nak buat sbb ada byk syarat lain..dan aku blom yakin utk ini....nantilah...aku penuhi syarat2 lain tu lebih dari tahap minimum...baru aku mohon....)
Tulah kisahnya....Alhamdulillah....syukur...

CITE RAYA


Raya...
Banyak gak citenya...tengok gambar jelah..
Raya tahun ni...
2 hari sebelum raya balik KT.
Raya 1: KT
Raya 2: KT
Raya 3: KT to KB
Raya 4: KT to SA
Raya 5: SA to Sban
Raya 6: Sban
Raya 7: Sban to Selayang to Puchong to Nilai to SA
Raya 8: Dok dendiam kemas umah, iron baju etc etc




Sepagi di kebun pokok naga bondaku..



Majlis pertunangan adinda bongsu...

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino