Thursday, August 12, 2010

Kesesakan lalu lintas


Ramadhan Mubarak ! Ramadhan Kareem! Ahlan ya Ramadhan.

Ini adalah tahun pertama saya berpuasa di kampus PA dan disebabkan banyak urusan sepanjang hari saya terlupa untuk berfikir tentang keadaan lalu lintas dari PA ke Meru. Semalam saya pulang cukup awal-jam 5 petang dan merancang membeli juadah berbuka di satu kedai makan kegemaran saya di Jalan Setia Jaya. Kuih manis akan dibeli di mana-mana sahaja nanti. Petanda awal kesesakan lalu lintas telah dapat dilihat dari dalam kampus lagi...hahaha...manalah saya tahu jam 5 petang itu banyak kereta yang menderu ke pintu pagar utama. 

Setelah membeli lauk pauk yang berkenan di mata, saya pun memandu pulang menyusuri Jalan Iskandar dan kemudian membelok ke Jalan Kopi...alahai...ada pasar ramadhan di situ...sesaklah dengan kenderaan yang pemandunya meletakkan kereta dan motor sesuka hati dan juga orang melintas...ketawa sendirian saya di dalam kereta...maklumlah selama 7 bulan selepas berpindah ke kampus PA, saya membawa kereta dengan tenang-tiada kesesakan melainkan di kawasan sekolah, itupun setakat beberapa minit sahaja.

Tiba di rumah, suami telah menunggu untuk ke bazar ramadhan di simpang empat, Meru. Hasilnya, kesesakan lalu lintas yang lebih dasyat lagi...hihihi...sampai di rumah 15 minit sebelum berbuka..sempat saya menghidangkan lauk pauk dan juga manisan yang dibeli-alhamdulillah tiada makanan berbaki. Makanan berbaki biasanya akan terbuang begitu sahaja kerana saya bersahur dengan segelas oat, kurma dan air kosong manakala suami hanya dengan kurma dan air kosong...jadi adegan masak-memasak di pagi hari untuk bersahur tidak saya alami. 

Selamat menjalani ibadah puasa...dan merebut semua peluang menambahkan saham kita utk syurga yang kekal abadi.

4 comments:

murnie sangat on Thursday, August 12, 2010 at 2:56:00 PM GMT+8 said...

kita nak try lah bersahur ngan oat, ok tak kak?agak2, kenyang tak smpi berbuka?hihi

idasm on Tuesday, August 17, 2010 at 3:59:00 AM GMT+8 said...

selamat berpuasa dan berterawih yea,
sungguh simple sahurnya.. senangkan.

Nor Ramli on Tuesday, August 17, 2010 at 8:31:00 AM GMT+8 said...

murnie: so far alhamdulillah...sbb teori akak berdasarkan sistem badan akak...kalau makan nasik etc masa sahur nanti akan ada fasa lapar melampau dalam pukul 10 pagi tu...hihihihihi...kalau makan oat..selesa sepanjang hari insyaAllah :)
ida: buat ida juga...selamat berpuasa dan bertarawih...senang ida..alhamdulillah :D

umeboshi on Monday, August 23, 2010 at 12:51:00 PM GMT+8 said...

am..mmg simple sungguh juadah sahur nye ek? saya mesti mkn nasi yg ada sayur dan ikan/ayam/daging.. minum nye air milo+oat..kurma..air suam..byk,kan? sbb dok risau nak supply air susu utk baby..huhu..

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino