Semasa kecil, saya tidak pernah terlintas di dalam hati apatah lagi fikiran untuk menjadi saintis. Cita-cita murni saya sebagai seorang budak kampung adalah untuk menjadi tukang jahit. Bukan couture designer atau yang sewaktu dengannya..hanya untuk memiliki sebuah mesin jahit singer yang ada 18 jenis jahitan, mesin jahit tepi (kerana selalu melihat mak terganggu aktiviti menjahitnya kerana rumah makcik yang ada mesin jahit tepi itu sukar untuk dihubungi) dan juga mesin untuk membuat rumah butang- mudah untuk menjahit butang baju melayu atau baju kemeja. Menjadi saintis bukannya mudah...ermm..sebenarnya menjadi tukang jahit juga tidak semudah yang disangka ye. Jika mudah tentu saya boleh meneruskan menjahit baju sendiri. Baju kurung terakhir yang saya siapkan untuk kegunaan sendiri adalah pada tahun 2004- beberapa bulan sebelum menukar status puan.
Kini, apabila saya melakukan penyelidikan, dugaan dan kejutan berlaku pada bila-bila masa. Bukannya 3 kali sehari seperti makan ubat demam atau setiap bulan seperti membayar ansuran rumah dan kereta atau 3 bulan sekali seperti KPT membayar wang elaun sara hidup...tidak..tidak..tidak sama sekali...ianya memang sangat berlandaskan kepada tagline - bila-bila masa. Masalah besar saya kali ini adalah tikus yang sudah disediakan
"Nak membesarkan kamu semua bukannya senang, nak...sampai masanya dah besar...kutu pun kamu tak boleh nak tepis...." dialog inilah yang saya ucapkan pada tikus-tikus tersebut semasa saya memandikan semuanya kelmarin, sebelum diberikan kepada seorang lagi saintis dalam pusat penyelidikan ini.
gambar hiasan: Tiada kaitan dengan tikus atau tangan saya.
Kesimpulannya, kerja tikus tertangguh lagi sehingga semua masalah diatasi. Sekian.
1 comments:
mu tknk upah aku kutip kutu dr mereke ke? rm2 per kutu. yess!
Post a Comment