Thursday, July 22, 2010

Basuh telefon


3 minggu lepas, saya telah berjaya membasuh telefon bimbit suami saya di dalam mesin basuh buat kali kedua dalam tempoh 2 tahun. Selepas saya tiba-tiba menyedari ada bunyi aneh dari mesin basuh, saya telah melancarkan gerak gempur membuat panggilan ke telefon bimbit suami saya. Seperti yang telah saya jangkakan ianya terus ke peti simpanan suara. Saya pun memberhentikan operasi mesin basuh dan mencari objek yang disyaki- jaket suami saya dan saya memang pandai- ianya berada di dalam poket simpanan sebelah dalam jaket tersebut. Suami menyalahkan saya kerana tidak memeriksa dulu pakaian sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh dan saya menyalahkan suami kerana tidak mengeluarkan dahulu semua harta benda di dalam poket. Hahaha...oleh kerana belum mempunyai cahayamata jadi kami tidak menyalahkan 'dia' yang masih belum muncul itu...kurang sedikit adegan menuding jari..hahaha...kesimpulannya...dua-dua hamba Allah yang lemah dan sangat 'prone to mistakes and carelessness'. 
Esoknya kami ke PAS di Shah Alam untuk menghantar telefon bimbit yang telah dikeringkan secara bersungguh-sungguh untuk dibaiki. Langsung tidak saya maklumkan kepada technician tersebut yang telefon bimbit ini mangsa kekejaman rumah tangga...hahaha...si tukang baiki berjanji akan menelefon saya 2 jam lagi untuk memaklumkan harga untuk mengatasi masalah tersebut.
Dipendekkan cerita, RM80 terbang untuk upah membaiki dan juga alat ganti tulen serta RM30 untuk bateri yang ada warranty 6 bulan. Jumlah keseluruhan RM110 untuk kos tersebut. Sehari selepas dibaiki, telefon bimbit itu rosak semula. Saya dan suami terus menuju ke kedai telefon bimbit berhampiran kediaman kami dan membeli telefon bimbit yang sangat asas dengan harga RM105. 
Malam tadi, suami saya tiba-tiba mengambil telefon bimbitnya yang telah berendam air sebanyak 2 kali itu dan cuba menghidupkannya dengan menukar kepada bateri yang lama-yang dikatakan rosak itu. Ajaib...ianya berjaya dihidupkan dan boleh dicas semula. Sehingga ke saat entri ini dikeluarkan, telefon tersebut masih boleh digunakan. Alhamdulillah....telefon asas tersebut akan disimpan untuk kegunaan kecemasan.
Nota 1: Saya teringin makan ayam masak kurma yang ada kentang, lobak merah dan tomato...sedapnyaaaaaaaaaaaa!!
Nota 2: Saya juga teringin makan baklawa..sejenis manisan Timur Tengah..

8 comments:

idasm on Thursday, July 22, 2010 at 10:22:00 AM GMT+8 said...

hehe. lawak pun ada, kesian pun ada. tp syukurlah hp lama tu dh boleh pakai semula kan.

baklava... pernah bc jugak kat blog org lain.. tak pernah makan n x tau pun rupanya camner..

take care...

Nor Ramli on Thursday, July 22, 2010 at 4:13:00 PM GMT+8 said...

ida: Lawak mahal...hahahah...baklava tu gabungan pastry, dan manisan...sgtlah manis tp ada rasa lemak2..kesimpulannya sy yg tak suka sgt manis2 ni boleh jatuh cinta...hihihi

~albazrah~ on Thursday, July 22, 2010 at 4:50:00 PM GMT+8 said...

Baklawa memang sedap...nyum, nyum... Baklawa Sudan biasa aja terlalu manis dan berminyak, baklawa Turki paling best...

Nor Ramli on Thursday, July 22, 2010 at 5:12:00 PM GMT+8 said...

albazrah: akak jatuh chenta dgn baklava di kedai org turki di tanah ratu....memang yummy...

Kujie on Friday, July 23, 2010 at 2:01:00 PM GMT+8 said...

banyak sgt kot dlm tu simpan benda2 yg kena cuci...heheh

umeboshi on Friday, July 23, 2010 at 4:05:00 PM GMT+8 said...

am...jadi berkilat cantik tak tepon yg dibasuh tu? ekekke

Anonymous said...

bakpo mung basuh tepon..meh la dtg umah ktorg byk baju nak kena basuh...ngeee..datangla...datangla..

tentangseseorang on Thursday, July 29, 2010 at 4:07:00 PM GMT+8 said...

kak, lain kali henpon tu kasik adikmu ini. jgn masuk dalam mesin basuh. ahahaha

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino