Wednesday, December 15, 2010

Membebel itu nikmat (!/?)


Saya sedang sibuk...tetapi benar seperti kata Puan Ainon, sifu PTS...hanya orang sibuk mempunyai masa. Apabila sibuk, otak saya pantas berjalan untuk merungkaikan semua persoalan dan juga merancang kerja. Hari ini saya sedang sangat sibuk. Senarai kerja yang perlu dibuat sangat panjang. Merayau-rayau di alam maya menemukan saya dengan kata-kata hikmah dari Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A ini:

"Jika memberi nasihat, biarlah ringkas. Lebih banyak perkataan, lebih mudah dilupakan."


Ibu-ibu sekalian, bagaimana?
Marilah kita berlatih untuk mengurangkan bebelan.
Situasi: Anda masuk ke bilik anak bujang anda dan mendapati tuala yang separuh basah bergelung molek di tepi katil. 

Gantikan ini 
 
"Tuala ni tak disidai juga, berapa kali nak cakap, nanti tuala yang basah ni berbau...takkan nak cuci tuala hari-hari....sabun basuh bukan murah, tarif air pun dah naik, nanti belum habis setengah bulan, duit dah habis, sapa nak bagi duit nak bagi makan?...bla bla bla bla..."

Dengan ini

"Tolong sidau tuala nak.." sambil terketar-ketar mengetap bibir dan menggenggam tangan untuk mengelakkan ayat-ayat cinta seterusnya terkeluar hahahaha...


selamat mencuba! :D

5 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, on Wednesday, December 15, 2010 at 1:54:00 PM GMT+8 said...

Am, akak dengan anak-anak buah dia orang kalau kena suruh dengan akak, jarang tak buat. Akak senang sahaja contohnya begini.
"Sayang, tolong andak buang sampah boleh.."
"Sekejap lagi andak.."
"Berapa minit lagi?"
"5 minit.."
"Okay.."
Dan 5 minit kemudian akak datang balik dan pasti anak-anak buah ini akan bergesa pergi buang sampah. ha ha ha..(qaisara setakat ini suruh terus dia buat..tak tahulah bila besar nanti)

zanna on Wednesday, December 15, 2010 at 4:58:00 PM GMT+8 said...

Salam...
Kadang -kadang kanak-kanak ini suka bila lihat kita membebelkan? tapi semangat kita kena kuat nak hadapai karenah diaorang

Nor Ramli on Wednesday, December 15, 2010 at 6:30:00 PM GMT+8 said...

kak yati: Bagus cara kak Yati tu, sekurang-kurangnya mereka tidak lepas tangan. Biasanya bila ibu membebel, tangan dan kakinya pantas menyelesaikan kerja yang tidak dilakukan si anakkan...
Puan Zanna: mungkin betul...saya tiada pengalaman menangani anak sendiri lagi:)

idasm on Thursday, December 16, 2010 at 8:16:00 PM GMT+8 said...

hehe.. bagus jugak cara kak yati tu kan...

akubiomed on Saturday, December 25, 2010 at 9:38:00 PM GMT+8 said...

Mana ibu mempunyai tabiat bebel walau se moden mana si ibu muda ini

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino