Thursday, December 28, 2006

Aku dan Tin Milo...Nostalgia Di Eidul Adha....


Hari Ahad ni umat Islam di Malaysia akan meraikan hari raya aidil adha/korban/haji..semuanya membawa satu pengertian yang serupa iaitu PENGORBANAN. Sebut pasal pengorbanan ni takkan ada akhirnya. Kita cuma perlu tutup mata sebentar dan fikirkan dengan akal berlandaskan keteguhan iman, nescaya kita akan mengakui pengorbanan semua yang berada di sekeliling kita untuk membolehkan kita berada dalam keadaan sekarang.

Hari Raya Eidul Adha ni membangkitkan nostalgia buat diriku dan keluarga. Keluarga kami memang keluarga yang susah. Arwah apak bekerja sebagai pembantu technician di Telekom Malaysia (dulunya dikenali sebagai Jabatan Telekom) manakala ibu berniaga nasi lemak di hadapan rumah setiap pagi. Dengan pendapatan inilah, mereka menyara kehidupan keluarga kami, 7 beradik. Mereka cuba menyediakan kelengkapan kami supaya segalanya cukup. Itulah pengorbanan yang paling tulus buat anak-anak mereka ini. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa dan pengorbanan mereka dalam membesarkan kami.

Oleh kerana kehidupan yang serba kekurangan, kami tidak mampu bermewah apatah lagi untuk berbelanja seperti orang lain yang lebih mewah. Namun, dengan izinNya, Alhamdulillah, kesusahan itu jugalah menjadi 'guru' yang paling berkesan dalam menyampaikan ilmu kehidupan buat kami bertujuh. Semasa kecil, mak dan apak tidak mampu untuk melaksanakan ibadah aqiqah untuk kami. Semasa dalam darjah tiga jika tidak tersilap maklumat dalam lipatan memoriku, mak dan apak tiba-tiba memaklumkan bahawa kami akan melaksanakan ibadah korban tahun itu. Puas ku memikirkan, dari mana datangnya duit yang agak banyak, jika tidak silap ingatanku, harga seekor lembu yang dibeli ialah RM700.

Di dapur tempat mak selalu memasak, ada sebuah tin milo bersaiz paling besar dan sudah berkarat, mak sering mengingatkan kami, jika ada duit lebihan, masukkan ke dalam tabung itu. Mak juga sering menabung duitnya ke dalam tabung itu. Rupa-rupanya itulah 'bank' buat kami sekeluarga dan hasil tabungan itulah mak dan apak mengusahakan supaya ibadah korban dapat dilaksanakan buat kami 7 beradik. Ketika itu, kaklong berada di Canada kerana melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda. Ketika itu, aku tidak begitu mengerti ertinya pengorbanan, ertinya seekor lembu yang sedia tertambat talinya di batang pokok delima di halaman rumah sehingga susah untuk aku keluar dari rumah sebabnya aku takut lembu tu. Hehhehe..almaklumlah, kanak-kanak.

Arwah apak memilih untuk melaksanakan ibadah korban di halaman belakang rumah. Ramai jiran yang datang membantu ketika itu. Aku masih ingat kami berenam dipanggil oleh tok imam yang akan menyembelih lembu itu, tok imam tu pun sudah meninggal dunia lebih setahun yang lalu, awal 6 bulan sebelum arwah apak dijemputNya, tok imam tu kata pada kami, suruh pegang lembu tu. Aku dah panik, erkkk..cemana nak pegang, aku dahlah takut. Rupanya tok imam maksudkan sentuh sahaja lembu tu. Adik perempuanku, Uda pegang lembu tu sesungguh hati, tak nak lepas, siap dia mencangkung sekali dengan pakcik-pakcik yang membantu menumbangkan lembu tu ke tanah. Uda ni aksinya memang lebih menyerupai budak lelaki. Dia kemudian merajuk sebab semua orang tak bagi dia pegang terus lembu tu. Selamat disembelih, aku lihat jiran-jiran membahagi-bahagikan daging korban itu dan hanya sedikit ditinggalkan di rumah. Selepas peristiwa korban tu, hampir 2 minggu aku tak berani ke halaman belakang rumah sebab ternampak-nampak lembu yang disembelih tu. Hehehe..memang pun aku ni penakut.


Bila kurenung kembali di saat ini, saat aku sudah dewasa, sudah berumahtangga, ada kehidupan sendiri, aku bersyukur kerana dikurnai mak dan apak yang sanggup berkorban apa saja untuk anak-anak. Mungkin kini aku lebih mengerti maksud sebuah pengorbanan walaupun mungkin tidak sepenuhnya. Tin milo di tiang dapur tu adalah akaun simpanan keluarga kami, tiada akaun bank, tiada sijil saham, tiada juga sijil simpanan. Hanya tin itu, dan isinya hasil keringat mak dan apak yang tak jemu berusaha dan berkorban....arghh...tak mampu kuluahkan dengan kata-kata.

Ingatanku juga singgah pada arwah apak, ini kali kedua kami menyambut eidul adha tanpanya. Moga rohnya tenang di sana. Berkati rohnya Ya Allah. Tempatkan rohnya dalam golongan orang-orang mukmin.

Akhir kalam, pengorbanan itu boleh lahir dalam berbagai bentuk dan cara. Untuk membantu orang lain, walaupun pada kita ianya sangat kecil nilainya, tetapi ianya boleh jadi sesuatu yang amat besar bagi orang lain.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya.

Eidul-Adha mubarak!!

Tuesday, December 26, 2006

Fia Lia


Berdesah bayu hujan tak jadi
Terarah awan muncul mentari
Nursyafiah Aliah nama diberi
Wajah berseri menawan hati

Awan terarah hujan tak jadi
Tersasar di balik rembang merah
Dialah permata ayah dan umi
Penawar hati di kala gundah

Gambar-gambar ni sebenarnya bukan anak aku...hehehe...ni gambar anak best friend aku masa undergrad dulu. Umi dia ni bijak bestari..best student lagi. Aku numpang jelah anak dia..

Semalam diorg dtg umah, so first time le kami jumpa Fia ni tapi walaupun kali pertama jumpa, dia sangat manja dan peramah dengan kami. Siap boleh kiss pipi aku ngan hubby lagi. Petah jugak walaupun takde sapa boleh interpret apa yang dia cakap guna bahasa dia sambil menayangkan gigi dia..hihih..sangat comel.

Hari ni, aku kenen-kenen ngan umi dia untuk jadikan budak kecik ni anak angkat kami. Ummi dan ayah dia pun dah setuju. Hihihi...aku tahu, hubby pun mesti setuju sebab sampai malam tadi pun kami dok teringat-ingat kat Fia ni. Comelkan? Hmm...hubby plak siap bagi bluppy kat Fia ni sebab dia minat sangat ngan bluppy. Bilalah plak kita nak gi ziarah umah Fia ni ek...

Wednesday, December 20, 2006

Pearl Diamond Gold..A perception from a father...


Denbigh High School banned Shabina Begum from wearing jilbab for political reasons - the head teacher associated it witha more "radical" Islam than theshalwar kameeze which it allowed.
An article form tazkeerah.com for us to read and understand ....

"If memory serves me correctly, I was wearing a little white tank top and a short black skirt. I had been raised Orthodox Muslim, so I had never before worn such revealing clothing while in my father's presence. When we finally arrived, the chauffer escorted my younger sister, Laila, and me up to my father's suite. As usual, he was hiding behind the door waiting to scare us. We exchanged many hugs and kisses as we could possibly give in one day. My father took a good look at us. Then he sat me down on his lap and said something that I will never forget. He looked me straight in the eyes and said, "Hana, everything that God made valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground, covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock. You've got to work hard to get to them." He looked at me with serious eyes. "Your body is sacred. You're far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too."

Hiasan Dinding Itu....


Hiasan dinding itu
Rupanya telah lama tidak di sentuh
Rupanya telah lama tidak ku gilap
Rupanya telah lama dihias debu

Hiasan dinding itu
Amat mudah untuk kulupakan
Amat mudah untuk kuabaikan
Amat mudah untuk tidak dipedulikan

Hiasan dinding itu
Menanti penuh syahdu
Menanti tanpa jemu
Menanti penuh sabar dan hati penuh rindu


Hiasan dinding itu
Jangan sampai ianya tidak berseri lagi
Jangan sampai ianya melonglaikan diri
Jangan sampai ianya terdampar bersama pilu di hati

Kerana sesungguhnya
Setelah perginya seorang hamba manusia
yang tinggal hanyalah tiga perkara
ilmu yang amalkan
sedekah yang diberikan
dan anak solehah yang mendoakan

Lantas wahai anak
Jika benar kau anak solehah
Kau gilaplah hiasan itu setiap detik
Kau gilaplah tanpa rasa jemu
Kau gilaplah sehingga ianya berkilat dan bersinar seperti dulu

Sunday, December 17, 2006

Selamat Hari Lahir yang ke Sembilan...


Sedap gak kek kat atas tu kan..hihihi..
Semalam kakak aku msg bagitau hari ni dia nak buat makan-makan sikit untuk raikan hari lahir anak sulungnya yang ke-9.
Namanya Arif Isyraf.
Arif ni masa usianya 3 bulan, takde babysitter nak jaga dia. Kebetulan waktu tu aku sedang cuti semester, jadinya secara automatik aku jadi babysitter dia..bergaji lagi..makan tanggung..hihihihi...
Pengalaman yang takkan aku lupakan sebab umur dia 3 bulan dia dah pandai tengok cerita Teletubbies. Aku pun waktu dia leka tengok tv jelah yang aku boleh rehat kejap. Waktu lainnya, semua kena alert dengan dia. Arif ni masa kecil dia tak pandai isap botol, kalau breastfeed cepat plak dia. Since dia takleh/taknak guna botol susu, so aku kenalah gunakan innovasi sket nak susukan dia ni. Mama dia akan tinggalkan susu badan dalam peti yang diletak dalam bekas plastik kecil. Aku akan panaskan susu tu dengan rendamkannya dalam air panas dan sudukan pada Arif ni guna sudu plastik yang size kecil..biasa kita dapat dari McD utk makan sundae strawberry tu..nyum nyum...sodapnya sundae tu..ihihih...
Sampai aku habis cuti, mama dia dapat cari babysitter, bila aku balik ke USM, mama dia bagitau aku yang babysitter tu dah give up nak jaga dia sebab dia tak nak terletak langsung..memanglah...3 bulan aku jaga dia...3 bulan dia tak nak terletak kalau dia berjaga. 3 bulan aku suapkan susu guna sudu. Babysitter tu takde masa nak layan sampai macam tu. Babysitter tu ntah camana kesian kat kakak aku dan setuju juga jaga Arif walaupun dia amik masa hampir 2 minggu nak biasakan Arif dengan dia...
Dah 9 tahun dah Arif hari ni. Dia pun dah membesar menjadi anak yang bijak dan keletah. Besides that, he is now abanglong for 3 younger brothers. Time flies.
Happy birthday my dear Arif Isyraf..May Allah bless you...Be a nice little boy in town.

The fair and cute little guy kat atas ni is him..my dearest nephew...

Thursday, December 14, 2006

Alahai....Naik lagi...


Hmm...ni gambar lebuhraya utara selatan....
Selama 6 tahun (1995-2001) aku dok berulang-alik dari utara ke selatan tanpa amik tahu berapa tol yang dikenakan untuk kenderaan. Apa yang aku tahu, aku nak balik, aku beli tiket bas dan balik.

Kenyataannya bila bekerja..semuanya kena dibayar, semuanya kena ditanggung. Hari ni menteri kerja raya buat pengumuman kenaikan tol lagi. Aku pun tatau apa nak fikir. Marah? Geram? Kecewa? Sakit hati? Menyampah?

Pastu aku terfikir plak. Setakat hari ni laluan nak ke tempat kerja tak perlu bayar tol..alhamdulillah. Cuba aku bayangkan orang yang kena lalu tol. Contohnyalah. Macam dulu aku dok rumah kakak di Puchong, tol pergi balik ialah RM2 (laluan LDP) dan RM2.00 laluan Tol Batu Tiga. Sekarang kalau itulah tol yang aku kena lalui lagi, jumlahnya ialah RM2.00 (laluan LDP) dan RM 2.20 laluan Batu 3. Akan datang, tol naik jadi RM2.20(Batu 3) dan RM 3.20 (LDP-kenaikan 60%)

Katalah hari bekerja ialah 25 hari sebulan dan weekends memang dok rumah je berkebun di kawasan rumah yang sekangkang kera. Nak jimatkan duit beli sayurkan.
Perkiraannya:

Dulu (2004, February) : RM100
Sekarang : RM105
Akan datang (2007, January) : RM135

Maknanya, setiap orang kena tambah RM30 untuk bayaran tol jika laluannya macam yang aku sebut tadi. Tak boleh nak dibayangkan kalau orang bekerja jauh dan melibatkan tol KESAS, LDP dan sebagainya. Macamana nak survive, RM30 bagi golongan marhaen besar ertinya, boleh bayar duit setin susu untuk anak berusia 3 tahun yang mungkin akan tahan 7-10 hari? Maknanya, setin susu sudah dirampas dari golongan marhaen.

Aku pun tatau kenapa aku jadi sedih, marah, geram dan macam-macam perasaan lagi. Aku rasa...ianya melampau. Lebih melampau bila melihat si pembuat pengumuman tersengih-sengih tayang gigi (asli ke palsu?????)

Wednesday, December 13, 2006

My Fair Queen...


So sweet...
Hihihi...aku pun tatau kenapa tapi aku sangat seronok dengan pertabalan DYMM YDP Agong yang baru ni- Sultan Mizan from Terengganu. Maybe sebab hubby and mertua selalu cerita betapa down to earthnya baginda Sultan Mizan ni kot. Sekolah pun sekolah biasa macam anak orang kebanyakan.

Anyhow..aku nak coret skit (coret? hahahaha) tentang DYMM Raja Permaisuri Agong yang baru ni. Lepas Sultanah Aisyah from Selangor dulu, aku rasakan bahawa lambat lagilah kot aku nak tengok pemimpin diraja yang bertudung litup dan sepanjang masa, bukannya bertudung separuh separuh masa. Boleh komen ke pasal isu ni? Yelah suruhan Allah SWT sama je pada setiap makhluknya despite of who we are.

Gambar kat atas tu adalah gambar DYMM Raja Permaisuri Agong masa dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat KUSTEM. Sultan Mizan is/was? the Chancellor of KUSTEM. Ahaaa....tetiba aku terfikir..Sultan Mizan Chancellor KUSTEM, pastu, as DYMM YDP Agong, baginda akan dilantik sebagai Chancellor UiTM. Macam Raja Perlis yang jadi DYMM YDP Agong sebelum ni, baginda adalah Chancellor USM, bila jadi Agong, Raja permaisuri yang naik jadi Chancellor USM, tak pasti plak aku bila dah abes ni, Raja Perlis jadi Cancellor balik kot. Maybe, Permaisuri Nur Zahirah yang cantik manis bertudung ni akan jadi Chancellor KUSTEM and Sultan Mizan akan jadi Chancellor UiTM. Hihihi..ni yang tak sabo nak grad nih. Gambar bawah ni plak..gambar Cik Puan Siti Aisyah waktu jadi Raja Permaisuri Agong dulu


Comel gakkan Cik Puan Siti Aisyah ni. Ermm..sekali pandang macam bulan purnama..dua kali pandang, tiga kali, empat kali, lima kali, berkali-kali...comei ...comei macam epel. Hahahahahahahhaha...


Sambung lagi pasal Cancellor dan Konvo ni..Biasanya (biasa lagi..kalau luarbiasanya cemana? hihihi)..Tuanku Cancelor akan datang pada sidang pertama untuk anugerahkan ijazah kepada para graduan Pasca Siswazah. Best gakkan kalau gambo konvo aku dengan Sultan Mizan. Ahakss...angan-angan...baik punya. Realitinya??


"Epel, ko tu dah 3 minggu tak masuk lab, janganlah bercakap pasal konvo sangatkan. Apa kata esok..ko gi ziarah SD rats yang ada kat lab tu. Tengok-tengokkan, hidup lagi ke dah mati ke..apa ke"
Errmmm..........

Sunday, December 10, 2006

Rindu



1989
Aku akan menduduki peperiksaan UPSR...
Kalut takut ribut segalanya bercampur baur...
Dia menghantarku ke sekolah...
Dengan sebaris ayat...
"Buat elok-elok, jangan lalai"
Dengan bekalan ayat itu serta doanya, 5 A dalam genggaman..dengan izin Allah pastinya...
Wajahnya selamba tika menghulurkan keputusan buatku...
Tapi diruang matanya kulihat sinar kepuasan...
Ingin aku ucapkan padanya..'Ateh sayang apak.." tetapi tidak mampu kuzahirkan...tersimpan kemas di lubuk hati...

1992
Kali ini, peperiksaan SRP pula...
Masih aku runsing risau ragu...
Kusalami dan kukucup tangannya tika ingin melangkah ke sekolah...
Dengan sebaris ayat juga...
"Buat yang terbaik..jangan leka"
Bibirnya mengukir senyum tika kuhulurkan keputusan peperiksaanku..
8 A pula yang kucapai kali ini...
Ucapan yang sama ingin kulafazkan namun aku simpan saja seperti sebelumnya...

1994
SPM menjelmakan diri...
Aku tetap aku...gundah gulana kalut ribut...
Dilawatinya aku di sekolah...
Dengan sebaris ayat tentunya.
"Jangan main-main..peluang hanya sekali,"
Namun kali ini aku seakan melihat kehampaannya..
Hanya gred 1 dengan 13 aggregat mampu kuhadiahkan buatnya...
Kurasa tak layak untuk kuucapkan sayangku padanya kerana mengguris hatinya...

1999
Tika peperiksaan semester ke empatku di menara gading
Khabar duka kuterima..
Dia diserang angin ahmar...
Tiada kata untukku...
Kugagahkan hati melalui peperiksaan walaupun serasa ingin terbang kembali ke kampung halaman untuk melihat keadaannya..
Bila kupulang...
Dia nampak lain...
Tidak boleh lagi memandu...
Koordinasi tangan kirinya merosot...
Hanya yang mampu dilakukan, menangis..menangis dan menangis..
Terlalu murah airmatanya tika itu...
Saat itu, aku teringin memeluknya dan mendamaikan hatinya..
Ingin kulafazkan yang anaknya ini menyayanginya..namun...ianya tetap terpahat di hatiku saja..

2001
Di hari konvokesyenku...
Kata bonda...
Saat namaku disebut...
Airmatanya laju menitis...teresak-esak dia menahan sendu...
Keluar dari Dewan Tuanku Syed Putera...
Tangannya kukucup lagi...
Kali ini aku dan dia sama-sama menangis...

Ingin kudakap tubuh uzurnya...
Tetapi...aku tak mampu...dan ucapan itu juga tidak mampu kulafazkan untuk kesekian kalinya....

2004, Februari...
Tubuh itu semakin uzur saat menyambut kepulanganku dari rantau orang dengan kejayaan...
Airmatanya menitis lagi...
Kali ini, tubuhnya kudakap erat..
Tika aku lihat dia membingkaikan sekeping sijil hasil kejayaanku...
Aku terpaku...Besar rupanya erti kejayaanku buatnya...
Aku tahu dia menyayangiku...namun, untukku mengucapkan sayangku padanya...entahlah..masih tidak mampu...

2004, Disember 11..
Airmatanya menitis lagi...
Kali ini, tatkala dia melepaskan aku dari tanggungannya..
Tika itu juga kudakap tubuhnya..tanda kasih sayang dan terima kasih
Kerana membesarkanku..menjagaku..menyayangiku...
Aku harap dia mengerti walaupun aku masih tidak melafazkan ucapan keramat itu...

2005, Disember 10.. 8.05pm
Kali ini, berat dia untuk melepaskanku dan suami pulang..
Pintanya di ruang tamu itu, "pulanglah esok saja, pagi hari pun tidak mengapa.."
Kerana tugas, aku gagahkan...
Walaupun detik hati tidak enak...
Sehingga ke rumah, aku masih terbayang sayu pandangan matanya...
Seolah meminta aku mendakap tubuhnya...namun aku tidak berbuat begitu...
Dan ucapan itu masih kekal disimpan kemas dalam kotak hatiku ini...

2005, Disember 11, 10.55am
"Apak sudah tiada,"
Kata-kata itu merenggut jantungku..semangatku...segalanya...
Allah...mana mungkin aku lafazkan lagi kasih sayangku padanya...
Berderai airmataku..penuh sesalan dan kesedihan....
DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali....
Saat kutiba di ruang tamu itu, dia di situ..
Wajahnya seakan tersenyum...
Diselimuti kain putih...
Saat itu juga kusedar...
Aku takkan berkesempatan lagi memeluk tubuhnya...
Aku takkan mampu lagi mengucapkan kata..
Ateh sayang apak...
Allah...tabahkan hati hambaMu ini...

Pagi ini...
Genap setahun....
Pusaranya kukunjungi..
Cuba melerai rindu yang sarat terukir di sanubari...
Kupegang kukuh nisannya dengan kerinduan yang tak bertepi...
Betapa kumerindui...Bayangan wajahnya...
Betapa kumerindu...Bayangan senyumnya...
Betapa kumerindui....Bayangan tangisnya...
Yang kini hanya tinggal kenangan..
Di angin lalu kutitipkan salam kerinduan buatnya...
Kutitipkan dalam setiap doaku tanpa jemu.....
Moga damailah apak di sana...
"Ateh sayang sangat kat apak..."

Al-Fatihah buat almarhum ayahandaku..Haji Ramli bin Osman..

Happy Anniversary Ayang!! Hihihi



Buat suami yang kucintai...
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang Ke... DUA
Semoga hidup kita diberkatiNya dan dipermudahkanNya atas segala urusan kita, murah rezeki dan diberikanNya kesihatan tubuh badan dan akal fikiran.
I lebiu yang... hihihihi

p/s: kena ikut warna kegemaran cik abang le hari ni..hihihi...bestnya tetiap kali anniversary..selangor cuti..ahakss...moral: lain kali pilih tarikh walimah yang jatuh pada cuti umum ye..

Saturday, December 09, 2006

OooOO Shoutbox ku sayang...


Ermm...akhirnya aku kena letak shoutbox baru. Ramai ghopenye orang tak boleh conteng kat blog ni. Napa ntahlah.
Selamat menconteng untuk pengunjung. Make yourself at home!!!

Friday, December 08, 2006

Aku..Kulat dan Anggur..


Akhirnya..dapat jugak aku upload semua gambar ni. MasyaAllah..it takes me 1 hour. Kalaulah aku baca literature lama macam ni dengan gigihnya, mesti supervisor aku sayang bangat kat aku. Hahahah...
Title kat atas tu takde kena mengena sangat pun ngan cite hari ni. Hihihihihi
Semalam, hari ini dan esok ada pameran BIO MALAYSIA kat KLCC. Ada persidangan sekali tapi sebab aku tak alert masa tarikh hantar borang hari tu so aku setakat dok kat booth and terangkan pada orang jelah produk yang aku dan UST usahakan. Ermm..penat dan letih. Keseluruhannya ok sebab kali pertama join exhibition macam ni walaupun bukan pertandingan.
Aku takleh explain sangat apa kitorang buat sebabnya aku belum publish paper lagi. Hahahaha. Pengunjung yang datang kebanyakannya tahu secara general yg chitosan ni gunanya utk kuruskan badan sambil senyum-senyum tengok aku. Aku dah immune dah..katalah apa saja. Aku gemuk? Aku obese? Aku overweight? Aku memang tak pernah kurus pun. Hahaha..sering saja jadi bahan gurau senda orang yang kurus dan punya badan menawan. Lantaklah. Nak buat cemana.
As usual..credits go to Cik Ust for her camera. Aku? Belum beli lagilah...yang ada pixel rendah sgt. Dah lama kan..Gambar pun blur2, tak comei..
Ni pandangan depan produk kami. Simple and cheap. Simple? Ermm..bukannya senang nak cari the correct concentration to dissolve and form the film kan Cik Ust? hihihi...Semua layout and design dibuat oleh Cik Ust yang dedikasi dan dibantu oleh RA aku yang rajin. Keje rerajin tau..kang tak nak sign borang claim gaji kang. Ahakss..

Ehh....

Mahathir Lokman. The famous voice. Aku suka dengar suara dia dan karisma dia semasa mengendalikan majlis. Bule ke aku jadi macam dia jugak? Ermm..aku cuma pandai cakap melayu and sket-sket English. Arab bule laaa...sket sangat..lain-lain aku tatau. Time to catch up with Language Classes? Bonjour..!!

Gambar Mahathir Lokman diambil selepas lawatan Pak Lah. Pak Lah tak singgah pun kat booth kami. Mujur jugak kami tak gedik-gedik sangat nak jumpa Pak Lah. Cukuplah tengok dari jarak kurang 5 meter. Pak Lah ni pada aku nampak muka lembut tp he rules the country. Ermm..bule ke aku buat macam dia? Rilek je bila orang kutuk aku? Semalam pun kena kutuk ngan Kak C. Ahakss. Ayat biasa dia..

"Bijak ye u all ni. Buat keje mudah je. Takde scientific research tapi keluar product,"

"Ye kak C. Cuba tengok poster. Ni ada FTIR, ada SEM photomicrograph,"

Macam biasalah. Apapun aku explain dia takkan terima jugak. Biar jelah. Dulu aku kena lagi teruk dengan dia..biarkan aje. Dia dah tahap tinggi sangat banding ngan aku. Aku baru nak mula, dia? Ermm....no further comment. hihihihi

Lagi gambar produk yang kami pamerkan.



Last but not least. poster kami sumbangan sedekah dari Uni. Ahakss.. Best best. Bule hantar gi IID terus.

Hari ni plak gi training pagi tadi. Lapor diri, aku and cik senyum gi bekfas yg diorang provide. Cam best. Makan-makan pastu masuk dewan. Dengar sket ceramah pastu aku gi plak opis pendaftar dan bendahari dan juga bank. Macam-macam diuruskan. Last-last masuk balik dewan tu, ceramah dah abes and QnA session berbaki 2 soalan.Wahhh...best!! hihihi...

Esok Jumaat dah..cepatnya masa berlalu.........................

Thursday, November 30, 2006

Bunga untuk suami...hihihihihi








Hari ni merupakan hari yang amat bermakna bagi aku dan suami. Buat kali pertamanya selepas hampir 20 tahun bergelar OKU selepas kemalangan jalanraya pada tahun 1987, dia memandu kereta. Mula-mula kami ke stadium shah alam, cari tempat letak kereta yang terbuka palangnya dan kami bertukar tempat duduk. Aku biarkan dia biasa dulu walaupun aku menjangkakan dia takkan amik masa lama nak mahir. Selepas setengah jam, dia dah makin biasa dan mahir mengendalikan stereng dan accelarator dan brek yang dikawal di tangan. Lepas sejam, aku dah boleh tido di tempat penumpang sementara dia berpusing-pusing di mana-mana lorong dan simpang di tempat letak kereta tu. Ada juga 2,3 orang belajar memandu sepertinya. Jam menunjukkan hampir pukul 12.45 pm, aku suarakan hasrat nak pulang dulu kerana kepalaku makin berdenyut. Dia kata..ok..nak drive ke Giant ek? Pastu nak drive sampai rumah. Aku terus bersetuju. Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah tanpa banyak masalah.
Lupa plak nak cite lagi satu kisah. Masa di Giant tadi, kami letak kereta di tempat untuk OKU. Tiba-tiba ada kereta MyVi warna oren kot berhenti and hon. Pemandunya seorang wanita berambut pendek.
"Ni letak kereta kat sini ni, handicap ke?"
Hihihi..aku terpinga-pinga
"Yelah..handicap driver, ada masalah ke?"
Dia mengangguk-angguk dan beredar. Hahaha..mungkin dia takut kami amik parking OKU suka-suka hati kot. Bagus jugak. Public dah ada kesedaran macam tu kan. Teringat plak kereta belum ada sticker OKU. So pinjam jap lah kat blog KS..hihihi..jangan mare aaaa..!!


Nanti nak pi beli sticker ni, lekat kat cermin depan dan belakang kereta. Supaya takde orang marah atau hon bila lambat turn kat simpang.

Untuk suamiku..tahniah. Kita bangga tau. Hikhikhikhik. Semoga lebih rajin belajar and.. Don't speed!!

Kantan dan Kawan-kawan


Semalam adalah hari aktif. Ahahaha..bukanlah aku ni penyokong setia hotlink. Petang semalam, ditemani cik Ust dan seorang student, aku ke umah kak Awwa, amik pokok. Ahakss..bunyi cam pelik je. Kesimpulannya, aku amik pokok bunga kantan dan aku kebas sekali semua bunga kantan kat umah kak Awwa. Hihihi..mekasih kak..selalu je nyusahkan akak dan keluarga. Ni gambar-gambar yang diambil selepas pulang dari umah kak Awwa sebab lupa bawak digital camera. Credit to cik Ust dan cameranya.

Bunga apa ek yang warna kuning tu..tapi cukup senang dan banyak tumbuh. In fact tadi masa jalan-jalan dekat perumahan sebelah nampak ada 1 umah buat pokok ni jadi pagar, rimbun betul pokoknya. Lihat semua bunga sedang kembang yang cantik gemilang siapa memandang. Hihihi..tu lirik 1 lagu dalam citer klasik. Aku tak ingat tajuk lagu tu. Cantikkan. Sekarang orang dah buat bunga kantan ni jadi hiasan. Memang cantik, aku pun dah buat gubahan bunga kantan dan daun pandan. Jadi aromatherapy..back to nature. Menyegarkan...
Ni khasiat bunga kantan. Credit to melur.com
Bunganya boleh mengawet muda.Pokoknya juga boleh menghilangkan bau badan terutamanya bagi wanita yang baru lepas bersalin.Untuk menghilangkan bau badan, ambil beberapa batang pokok kantan yang segar, potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat, Rebuskan hingga mendidih dan gunakan air rebusannya untuk mandi apabila telah sejuk.Untuk menghilangkan rasa kurang bermaya dan hilang selera makan, bijinya ditumbuk hingga lumat, toskan untuk mendapatkan airnya dan dicampurkan dengan segelas air suam dan diminum pada waktu pagi dan sebelum tidur.Amalkannya untuk beberapa kali.Buahnya juga dikatakan dapat menguatkan tenaga batin bagi lelaki dan menghilangkan lendir dalam badan dan kahak juga
Ni plak..saja je letak. Buah pelam putik/pauh rengan/mangga putik. Sodap dibuat sambal. Nyam-nyam.....Hihihi...
Ni plak pandangan lain gubahan ni. Cantikkan. Jimat pun jimat. Aku rasa bersesuaian dengan dasar Pak Lah nak majukan balik tanaman. Boleh kita perkenalkan bunga kantan ni di luar negara, bule gantikan lily dan tulip mungkin? Segalanya mungkin...insyaAllah.

Tiram...Bukan...Tiramisu...



Dessert ni disediakan untuk majlis perpisahan PA bos. Hihih..aku cuti hari ni so aku sediakan petang semalam lepas office hour. Majlis pun dah selesai. Ni aku abadikan gambarnya di sini. Silalah rasa sorang sikit. Ahakss....

Aku, Dia dan Bas...Peristiwa di Federal Highway


Masa aku dok melelong baru bangun tido petang tadi, tiba-tiba teringat kisah ni. Kisah yang berlaku masa aku bekerja sebagai part time pharmacist di G. Chemist di Section 14 PJ, Julai 2002. Aku pun tatau ada lagi premis tu sekarang, yang aku tau masa aku balik dari luar negara pada 2004, company tu macam nyawa-nyawa ikan.
Namapun kerja part time, masa aku bekerja pun pelik jugak iaitu dari pukul 5 petang sehinggalah pukul 10 malam. Masa tu aku duduk menumpang di rumah kakak di TBK, Puchong. Jadinya, lepas waktu kerja pukul 10 malam, aku akan pulang bersendirian memandu perodua kancil kesayanganku menyusuri Lebuhraya Persekutuan bermula di entrance di PJ Hilton sehinggalah susur keluar di Jambatan Berkabel kat Sunway tu. Masa tu juga aku bekerja sebagai pensyarah sambilan di FF, UiTM sebelum berangkat ke luar negara melanjutkan pengajian. Kerja di UiTM office hour, 8-4.30. Kakak banyak kali berpesan padaku, di KL ni apapun yang terjadi, jangan berhenti dan keluar dari kereta terutama kalau memandu sendirian, kalau nampak kemalangan pun, call polis, jangan berhenti dan cuba bagi bantuan seorang diri. Maklumlah terlalu banyak manusia yg kurang jujur di kotaraya ni. Mak pun tak kurang juga mengingatkan. Almaklumlah, aku ni tak biasa di KL. Sekolah menengah di Jasin, Melaka dan menghabiskan 6 tahun di utara tanahair kemudiannya.
Ahad tu seperti biasa aku kerja dari pukul 5 petang sampailah 10 malam. Kebiasaan jugak pengawal keselamatan tempat aku bertugas tu akan iring aku sampai ke kereta, bila aku dah selamat dalam kereta dan dah lock kereta barulah dia masuk semula ke premis yang dah ditutup tu. Dia mula kena escort aku tu pun sebab ada satu malam tu aku hampir dirompak oleh penjahat yang tak sempat nak buat apa-apa sebab aku masuk kereta dengan pantas dan kunci pintu kereta sebaik sedar aku diekori. Aku pun memandu macam biasa melalui jalan yang biasa aku lalui. Tiba-tiba 1 km selepas susur masuk ke highway tu, aku nampak ada sebuah bas berhenti, malam tu plak kereta sangat kurang berbanding malam sebelumnya, aku mula memperlahankan kenderaan sebab musykil gak apa halnya bas berhenti, makin hampir dengan bas aku dapat melihat seorang wanita muda bertudung di papah oleh 2 orang lelaki di tepi bas tu dan juga pemandu bas (aku teka sebab dia pakai tag dan baju kemeja putih serta seluar hitam walaupun aku tak nampak tag apa..hihihi...). Masa tu apa yang fikirkan hanyalah simpati pada wanita itu, yelah..dah lah dah malam. Lelaki 2 orang tu plak sesuka hati je papah dia. Aku berhentikan kereta di belakang bas. Lupa pesan kakak, lupa pesan mak, simpati menguasai diri.
"Kenapa ni cik?" soalku kepada lelaki tadi.
"Dia sesak nafas, nak cari orang hantar gi klinik," kata lelaki pertama tu. Pemandu yang membawakan barang-barang milik wanita tu yang agak banyak hanya tersenyum simpul. Aku berfikir sejenak, lantas aku berkata,
"Takpelah, biar saya hantarkan," selesai je ayatku itu, pemandu bas tu terus letak barang-barang milik wanita tu di tempat duduk belakang keretaku. Aku dengan pantas menarik beg tangan yang kuletak di tempat letak kaki di tempat duduk penumpang dan kuletakkan di bahagian kakiku sebab tiba-tiba je aku rasa tak sedap hati. Banyak barang dia, yang masih kuingat antaranya, raket badminton dan 2 kotak kasut. Adalah 2,3 beg plastik dan 1 beg sandang. Wanita ni berumur awal 30an dan memakai pakaian sukan lengkap berkasut. Bila dia duduk di sebelah pemandu, aku terbau bauan yang sungguh menyesak hidungku. Macam dia tau-tau je apa yang ada dalam fikiranku dia pun berkata,
"Akak ni baru balik main badminton dari Cheras tadi, lepas tu singgah rumah kawan di Klang.."
Aku iakan saja walaupun bas tu menghala ke Klang sebenarnya.
"Akak nak suruh saya hantar gi klinik mana ni?"
"Ermm..adik hantar akak gi rumah kakak akak di Klanglah. Akak dah lama tak pi umah dia." Aik..getusku dalam hati. Kata baru balik dari Klang. Takkan nak suh hantar gi Klang balik.
"Saya tatau jalan ke Klang kak, ginilah, saya hantar akak ke klinik di Puchong sana, nanti akak call kakak akak, suh dia datang amik ye, lagipun dah malam ni, saya tak biasa sangat," jelasku sebaik mungkin. Memang aku tak biasapun, aku cuma tau jalan yang biasa aku lalu je.
"Ermm..kalau macam tu, adik hantar akak gi Vista Angkasa, sana ada umah kakak akak lagi sorang," alamak, aku dah mula panik.
"Saya tatau jugak ke sana kak, ginilah, saya hantar akak ke klinik di Puchong ye, lepas tu akak call kakak dari sana suh dia datang amik," aku mengulang saranan aku pada dia. Hatiku dah jadi makin berdebar dan rasa tak enak.
"Habis tu? Mana je jalan yang kau biasa pergi? Aku nak pergi umah kawan aku kat Cheras ni," dia mula meninggikan suara dan memandangku tajam. Aku terus terdiam dan boleh nak kata apa-apa. Seram, meremang bulu romaku. Makkkkk!!!! Tolong anakmu ini.
Aku cuba memujuknya dengan cadanganku yang telah 2 kali aku suarakan. Dia mengeluh dan berkata,
"Haa...yelah..tapi cepat sket. Aku dah janji nak pegi umah kakak aku kat Bangsar ni," aku makin tak tentu arah sebab aku dapat rasakan sangat yang kakak ni tak betul.
Tiba-tiba dia menghulurkan tangannya ke tempat duduk belakang dan mengagau mencari sesuatu.
"Cari apa kak?" Tanyaku buat-buat berani.
"Ni..cari ni ha..nak tengok no telefon," sibuk pula dia menekan alat yang sudah berada di tangannya. Aku menoleh takut-takut. Uwaaaaaaaa!!!!!!!!!!! Dia cari no telefon dalam kalkulator. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Sah dah akak ni tak betul. Sesal mula bertapak dalam hati. Barulah teringat pesan mak dan kakak. Barulah aku teringat keselamatan diri.
"Ko ada henfon? henfon aku ni abes credit laa.." ditunjukkan kalkulatornya padaku..
"Takk...takde kak...saya tak bawak henfon" dalam hatiku makin galak berdoa supaya telefon bimbitku tidak berbunyi. Masak macam ni. Dengan keberanian yang makin pudar aku gagahi juga memandu dan kini aku sudah berada di susur keluar LDP.
"Ko ada duit? Aku nak pinjam dulu RM20, nak bayar duit klinik nanti," dia mula tercungap-cungap bila menyebut klinik.
"Aik..sebut klinik baru sakit balik ke?" ujarku tapi dalam hati je. Aku dah menggigil dah masa tu. Peluh sejuk di dahi dan di tapak tangan.
"Takde kak, saya tak bawak duit banyak-banyak, saya cuma bawak cukup untuk bayar tol je, minyak pun guna kad kredit," Alhamdulillah dia percaya cakapku dan terus terdiam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
Sampai je di plaza tol LDP puchong, aku buka tingkap utk bayar RM1.00, tiba-tiba dia merebahkan badan ke arahku dan menjerit pada tol gate girl tu,
"Adik!! Adik ada henfon? Aku nak call kakak aku ni..nak suh dia amik aku," tol gate girl tu terpinga-pinga dan nampak ketakutan. Aku meminta maaf dan terus memecut laju menuju hala ke klinik di Puchong. Dia terus diam duduk di sebelahku sambil bercakap sendirian dan kadangkala melihat ke arahku. Aku memang sedang memandu tapi dari ekor mataku, rasanya betullah dia dok tengok aku. Seramnya....!!! Takutnya..!!! Risaunya...!!!
Sampai di hadapan klinik 24 jam yang aku tuju, aku terus suruh dia masuk ke klinik, dia ni plak menonong masuk ke bilik doktor sambil memegang dada dan berjalan dengan sedikit terbongkok.
Aku plak?
Aku buka pintu belakang keretaku dan kaut semua barang miliknya dan aku pantas berlari masuk ke klinik tersebut. Pembantu klinik nampak keliru dan terkejut bila nampak dia berlari tadi dan dua kali ganda terkejut bila aku lemparkan semua barang milik kakak tu ke dalam klinik dan aku pantas berlari masuk ke keretaku semula, hidupkan enjin, kunci pintu dan memecut reverse kereta, semasa aku nak memandu meninggalkan klinik tu aku nampak kakak tadi berlari menghala ke arahku sambil melambai-lambaikan tangannya.
Aku terus memandu tanpa memperdulikannya, airmataku terus mengalir kerana ketakutan yang amat sangat. Terus aku ambil telefon bimbitku dan menghubungi kakakku. Tersedu-sedan aku ceritakan padanya secara ringkas apa yang berlaku dan minta dia tunggu aku depan rumah. Manalah tahu kot-kot akak psiko tadi tahan teksi ke apa ke suh ikut kereta aku.
Sampai rumah, kakak aku sudah menunggu dan dia kelihatan secemas aku. Hahahah..sian kakakku. Masuk rumah, air milo panas sudah tersedia di samping sebungkus nasi goreng pattaya kegemaranku. Hahahah..aku pun ngap jelah rezeki tu. Bila aku cerita balik dengan details pada kakakku tentang kejadian tu, dia pun buka kitab tak berbaris..hihi..aku dengar jelah sambil makan nasi goreng tu dan minum milo. Itulah pengalaman yang aku lalui...Sampai hari ni, aku cukup fobia tengok metrobus..patutlah driver bus tu senyum simpul je bila aku setuju nak tolong tadi. Ntah-ntah kakak tu slalu create scene dalam bas dia bawak...Hahahahahahhaahha...

Sunday, November 26, 2006

Ada Apa Dengan JUMAAT? kih kih kih


Hari ni dah Ahad..Semalam adalah Sabtu, Jumaat tu adalah balik semalam. Hihihi.. Apa yang dah terjadi? Alkisahnya, kereta kami dihantar untuk ubahsuai. Disebabkan kakak kebetulan sedang dalam pantang, maka kami meminta jasabaik mereka (kakak dan suaminya) meminjamkan kereta mereka yang sebijik lagi untuk kegunaanku selama seminggu. Aku plak memang tak cekap memandu kereta manual, alhamdulillah kereta kakak ni automatik jugak gearnya. Tak payahlah aku terkial-kial menukar gear ataupun menggigil melihat bukit semasa memandu. Hihihi. Sudah seminggu kami menggunakan kereta tersebut, sepatutnya 2 hari lepas kereta kami siap tapi ada masalah spare part plak. Alhamdulillah kakak masih belum mahu menggunakan kereta, lagipun kereta sebuah lagi ada.
Petang semalam semasa mahu pulang dari pejabat, tiba-tiba enjin kereta tidak boleh dihidupkan. Alamak..panik ni..panik. Rilek epel..rilek..tarik napas. Ermm..cemana ni? Cuba lagi. Akhirnya call abang ipo..pemilik sah kereta tu. Hihihi..
"Takleh ni cemana ni abang jan. Panik dah ni. Huwaaaa,"
"OooOO...kadang-kadang memang macam tu, cuba kuar kereta, lock pastu unlock dan try hidupkan balik,"
"Oo..ok..ok.." tenang sket aku bila abang iparku memberikan petua. Almaklumlah, tuan punya tentu lebih mengerti 'perangai' keretanyakan. Ku cuba petua abang iparku tapi masih lagi macam tu. Errkk..alamak..cemana ni?
"Abang jan..tak boleh jugaklah. Rasa macam bateri je ni," chewahh, macam tahu je aku ni kan. Bukannya apa, 3 tahun lepas, kereta kancilku juga pernah menghadapi masalah yg sama dan akhirnya minta tolong kawan-kawan sepejabat buat jump start dan terus drive balik ke rumah kakakku. Kakak yang sama jugak Hahahah..masa tu aku belum berkahwin dan menumpang teduh di rumah dia. Huhuhuhu..uhuk uhuk uhukkk sedih. Ehh..tak relevan langsunglah. Akhirnya abang jan suruh aku telefon AAM untuk minta bantuan sebab kereta ni didaftar untuk perlindungan insurans. Diorang akan datang untuk bantuan segera. Aku pun telefonlah dengan penuh konfiden.
"AAM, good afternoon,"
Semua soalan dia tanya aku jawab pastu dia tanya apa masalah kereta..tiba-tiba senyap. Aku tengok keliling. Aikk..apasal?
Uwaaaaa!!! Bateri handphone aku plak konk. Isk isk isk. Sudah jatuh ditimpa buah mangga. Nyam-nyam..sedapnya buah mangga.















Hahahah..pastu aku pun kuar kereta, kunci dan naik semula ke pejabat untuk charge battery handphone..isk isk..alangkah bagusnya kalau battery kete pun boleh pakai charge sesedap rasa. Uwaaaaa......
Aku charge handphone dan call hubby bagitau. Dia pun panik gak tapi kontrol. Hihihi..Pas dah bule on semula handphone aku call AAM sekali lagi. Kali ni suara gadis plak. Ada aura sombong dan berlagak. Hahahah..Almaklumlah, aku cakap kelam kabut sebab panik.
Kesimpulannya:
"Nama Puan tak tersenarai ye untuk kereta ni, jadinya kalau puan nak kami datang juga, kena additional charge RM150.." Hahahaha..nak terkeluar bijik mata aku dengar suara PR operator AAM tu.
"Takpelah, saya discuss dengan abang ipo dulu,"
Tak sempat call abang ipar dia dah call dulu.
"Takpe, ni kawan abang jan dok shah alam, sat lagi dia pi sana buat jump start pastu tanya dia tau tak kedai battery kereta pastu kalau ada yg bukak lagi, ganti dulu nanti abang jan refund,"
Lega sket aku rasa. Habis 10 minit charge hp aku pun turun, kali ni dengan Cik Ust yang sudi pinjamkan dulu handphonenya utk kegunaan sim card aku dan juga temankan aku sampailah kereta aku berjaya dihidupkan enjinnya lepas di jump start kan oleh kawan abang jan iaitu En Azizi. Mekasih ye Cik Ust dan En Azizi. To Cik Ust: Aku boleh bezakan sekarang sapa kawan susah senang dan sapa yang kawan ngan aku bila dia susah...bila aku susah dia buat muka toya dan blah balik mcm tu je ..hahahahhah...jahatnya aku..
Lepas je dah start, hujan dah mula lebat, so aku amik keputusan ke rumah kakak so abang jan boleh call AAM datang umah dia.
Sampai Puchong dari Shah Alam tu, aku dah keletihan.. waktu dah merangkak ke pukul 8.45 malam. Ya Allah..penatnya aku..dahlah esoknya sabtu aku kena pi amik kertas exam, maknanya sebelum pukul 8 pagi dah kena sampai opis...uwaaaa.... Mak aku ada kat umah kakak sebab jaga kakak yang dalam pantang. Mak ajak makan dulu. Aku pun renung nasik ayam ngan laksa yg ada. Aikk..nasik ayam dan laksa tersenyum ayu gitu, aku pun tergoda. Tanpa berlengah lagi aku ngap je dedua dalam kuantiti yang sedikit sebab share dengan mak. Ahakss...
Orang AAM yang dtg tu sangat peramah dan banyak plak soal jawab dengan abang ipo aku. Aku tunggu jelah. Kalau dia tak siapkan cemana plak aku nak balikkan. Hihihi...
Lepas siap proses ganti bateri tu aku pun memandu pulang ke Puncak Perdana dengan keletihan dan kesakitan badan dan kepala sebab bermandi hujan. Syukur kerana rancangan aku nak ke MAHA tu tak jadi, lagi susah kalau kereta tak boleh start enjinnya di tempat macam tukan. Hihihi...

Itulah kisahku di petang jumaat...



Saturday, November 25, 2006

Herba...Di rumah kami...


Ahaa...takde apapun sebenarnya..aku baru pandai nak upload image serentak untuk 1 posting. Hahahahahha...sebelum ni tak fokus sangat sebab malas. Ni pokok pegaga, ada orang panggil pegaga air, ada panggil pegaga siam sebab kalau pegaga kampung daunnya kerinting sikitkan. Senang membiak pokok ni. Dah penuh dah laman belakang rumah dengan pokok ni. Tak larat dah nak makan buat ulam. Sapa nak, bulelah datang amik ye... hihihihii

Ni plak pokok misai kucing. Bila berbunga, sangat cantik dan menyegarkan pandangan. Pokok ni pun ada kat umah kami.


Ni plak pokok sambung nyawa, ada gak yang panggil kecam akar. Buat ulam memang sedap dan sangat cepat membiak. Daunannya menghijau dan sungguh fresh. Makan ngan sambal belacan memang sodap..hihihi

p/s: gambo ni sume aku kidnap kat website orang, digital camera kami tak berfungsi. Hihihi

pp/s: SUME POKOK YANG ADA DI RUMAH KAMI ADALAH DI BAWAH JAGAAN SUAMIKU YANG SANGAT RAJIN MENJAGANYA. TERIMA KASIH SUAMIKU CAYANG. Hihihihi.


Friday, November 24, 2006

GARUDA KE? TAKLAH...REPLIKA KECIK JE...


Well..well..well...
Dah minggu terakhir bulan November.
Banyak sungguh kejadian yang berlaku tahun ni. Bila difikir-fikirkan balik, macam tak caya pun ada gak. Lagi 2 minggu juga ulangtahun perkahwinan aku dan suami. Banyak suka-duka pahir getir yang kami lalui. Biasalah. Padaku, dugaan dan ujian tu semua adalah tarbiah jiwa yang berterusan untuk menjadikan kami dan manusia lain di sekeliling kami lebih kuat dan tabah.
Aku pun naik hairan dengan orang yang suka sangat nak campur hal rumahtangga orang. Dikatakan suami aku ada hubungan cinta dengan kawan baik dia pulak. Errmm...aku heran, sebabnya, aku kenal dengan wanita yang dimaksudkan tu dan aku maklum sangat apa yang terjadi sedari awal persahabatan mereka dahulu. Malahan suaminya pun kami kenal. Biasalahkan, mulut manusia tambahan pulak bila tidak disertai akal yang waras dan mampu untuk menaakul masalah dan situasi. Bila diduga begini, tanggungjawab aku sebagai isteri padaku adalah untuk mempertahankan maruah suamiku sekaligus maruahku dan maruah keluarga kami. Memang aku marah semalam dan aku rasa aku berhak marah dan menuntut penjelasan dan menuntut si pembuat cerita dongeng tu menarik balik tuduhannya. Biarlah aku dilabel sebagai kurang ajar kerana padaku, walaupun aku JAUH lebih muda dari si pembuat cerita dan fitnah, tetapi aku tidak tergamak untuk memporak-perandakan rumahtangga orang. Apa yang aku lakukan ialah mempertahankan maruah suami aku.
Suami aku bukannya orang kurang bijak, malahan kemampuan akalnya tidak aku nafikan malahan aku kagumi.
Biarlah manusia-manusia itu memfitnah sesuka hati mak bapak diorang. Silakanlah. Apabila penat nanti pasti mereka berhenti. Akan tetapi ingatlah. There's a price that you have to pay for everything that you do. Aku tak tahulah plak mahal ke murah harganya nanti, namun aku berdoa dan berharap agar hati-hati kami kukuh dan tabah menghadapinya. Syukur padanya, walaupun fitnah melanda, aku menten je, tido nyenyak jugak malam tadi. Kuang kuang kuang. Alhamdulillah.
Aku redha dengan ujian ini. Semoga kasih sayang kami akan kekal berpanjangan sehingga ke akhirnya.
Kepada pembuat fitnah, sesungguhnya, dosa memfitnah itu adalah lebih besar dari dosa membunuh. Biarlah apapun mereka kata, kerana kalau kami tak cukup duit pun setiap bulan ...BUKAN AKU MINTAK DUIT KORANG....JANGANLAH JADI KURANG BIJAK SANGAT. Muahahahahahahhahaha....Kerana aku yakin, janji Allah benar belaka. Pusingkanlah cerita ikut belok dan simpang mana sekalipun, aku dan suami tak rugi apa-apa.

Wednesday, November 22, 2006

My Mother




Actually, this is a very nice and sweet lyric of a nasyeed by Yusuf Islam and the children team. It's simple yet it touches the bottom of my heart. I dedicate this to everybody- as all of us have our own beloved mother or a mother to their children.


Your Mother - I Love My Mother very much...

Who should I give my love to?

My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
My mother
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

Monday, November 20, 2006

Sabtu dan Ahad...


Sabtu...
Aku ke rumah adikku..
Di tingkat 3 flat di pandah jaya yang sesak itu...
Masakkan beberapa lauk yang resepinya dia tak tahu...
Walaupun terketar-ketar bawak kereta yang signalnya di belah kiri stereng memandu...

Sabtu...
Manalah panggilan dari sahabatku...
Yang kutunggu dan kunantikan ikut teoriku...
Dia pasti akan tiba juga di teratak buruk kami bila-bila waktu...
Suamiku berkata..jangan padi seberang itu hendak ditunggu...
Mesti dia tak jadi menjenguk ke kuala berlumpur ini waktu...

Sabtu...
Akhirnya panggilan itu tiba juga...
Aku tersenyum ceria sambil ligat menyediakan tempat beradu buatnya sekeluarga..
Suami juga tak duduk memerharti sahaja...
Almaklumlah..rumah ini kami berdua sahaja..
Bukan pedulik sangat susun atur harta benda yang tak seberapa...

Sabtu..
Banyaknya panggilan demi panggilan...
Sudah kujangka ini kesudahan...
Hihihi...akhirnya ku suruh mereka berhenti di mana bersesuaian...
Tunggu di situ...Jangan bergerak..kami akan ke sana menunjukkan jalan...

Sabtu...
Akhirnya sampai juga mereka bertiga...
Makan hidangan yang aku pun tatau apakah rasa dan juga rupanya...
Semuanya bidan terjun punya acara...
Sembang tak ingat dunia selepas menjamu selera....
Akhirnya...pukul 1 juga kami terlena...

Ahad...
Subuh menjelma kami masih lena...
Dah nak terbit matahari barulah kalut menerpa...
Menerpa ke bilik air je laaa...
Lepas solat di subuh hari terus pula ke dapur sediakan sarapan untuk tetamu sekeluarga...

Ahad...
Sarapan pagi nasi goreng biasa saja
Berulam keropok pemberian mertua...
Air milo penghilang dahaga...
Selesailah sudah hidangan pertama...

Ahad...
Tetamu kami berangkat pergi...
meninggalkan memori indah di sanubari...
Si kecil comel lincah sekali...
Kami anggap seperti anak sendiri...

Ahad...
Menghabiskan hujung minggu terakhir di syawal ini...
Menyiapkan tugas tertangguh untuk minggu ini...
Moga minggu ini...
Lebih baik dari yang sebelumnya harapan hati...


Hahahahahaha...apalah yg kau merepek ni epel!!!!

Friday, November 17, 2006

Betul ke macam tu?


Hmm...ni bilik pejabat aku..Hahaha..saja nak glemekan opis aku ni.

Lama aku tak terlibat dengan perbualan berbentuk provokasi di alam cyber ni.
Zaman-zaman di IRC dulu boleh katakan setiap hari akan ada event sebegitu. Tadi aku tersembang dengan rakan IRC dulu di YM. Aku pun tak ingat apa mulanya perbualan itu tapi intipatinya tentang aku yang sibuk bekerja. Ditanyakan kenapa aku takde anak lagi? Merancang ke? Aikk...macam lelebih plak ni.Takpelah..Seperti yang semua orang beriman tahu dan faham. Itukan ketentuan Allah. Kemudiannya menjurus terus kepada aku yang dikatakan terlalu ambitious mengejar impian dan cita-cita. Dan kerjaya aku yang tak sesuai untuk seorang wanita. "EEEEhhhhhh???" Hmm..aku terdiam sekejap. Kenapa plak? Salah ke kalau aku ada cita-cita dan aku berkerjaya? Tak penah pulak lagi suami aku marah pasal kerja aku ni. Tak pernah jugak mak dan keluarga yang lain mengomel pasal kerja aku ni. Bukan aku seorang yang bekerja, rata-rata ramai lagi wanita berkerjaya di dunia ni sekarang.
Ermm...malas pulak rasanya nak tulis panjang-panjang. Jadi macam nak bengang pun ada. Hihihi...sampai sini saja.

Nafas Cinta


Nafas Cinta..
Sebenarnya aku bukanlah peminat penyanyi lagu ni. Bila dengar lagu tanpa tengok dia beraksi ok, tapi bila tengok dia beraksi dengan aksi tendangan kuda dan sebagainya, aku jadi macam...ermm...aku tak berkenan le dengan aktiviti penyanyi ni masa dia buat persembahan. Bila aku dengar lagu ni, aku tak pk pun dia yang nyanyi, tapi lebih kepada Aisyah. Suara lembut beralun dan tak meneran. Hihihi. Maybe dia sesuai nyanyi genre asli macam ni kot. Ehhh ehhh ehh..napa plak aku buat posting komen artis plak ni. Hihihi..anyway. Ni lirik lagu tu. Enjoy le baca. Sambil aku nak testing nyanyi sorang-sorang.

Sebelum bintang ada sana
Menatap cahaya ...Jawablah pemuja
Jika benar kau cinta ...Tanpa berkerana

Bisikan la buat ku
Jika terbukti
Rindumu ....Lama ku menanti
Sabda rindumu kasih ...Membelai nurani
Biar sempat ku bermimpi ....Keindahan malam seri
(Korus)

Cinta bukan kata ....Rindu bukan madah
Dalam nafas ku tersimpan cahaya
Kalimah...
Cinta bersakti...Melamar hati...Yang suci
Kalimah....
Cinta berperi...Melanar kasih...Ke sisi
Kalimah...
Cinta sejati...Menguji diri...Di sini
Kalimah...
Cinta...Terpatri melayar...Hari insani
Redahkan gelora...
Cinta mendampar jiwa
Biarlah terasa...Dalam aman ceria
(Ulang korus)

Wednesday, November 15, 2006

Marah...Marah...Marah...


Hari ni aku ada tak puas hati dengan beberapa perkara di pejabat. Ermm...sukar jugak bila perkara berlaku di waktu pagi. Malas nak melayan perasaan marah, aku turun ke makmal untuk mulakan kerja-kerja aku yang tertangguh sekian lama. Aku dah naik segan dengan supervisor aku tu. Yelah..walaupun rakan sekerja tapi sebagai pelajar, aku kena jalankan tanggungjawab aku. Perlu..kalau tak? Apa lagi...aku jugaklah yang kena bayar yuran lagi banyak kalau tak leh grad on time. Lagipun, semalam baru je bos bagitau yang aku tak leh start buat full time January 2007 walaupun masa interview hari tu kata mcm tu. Takpelah. Sabarlah dulu, ada hikmahnya. But one thing for sure, aku akan concentrate utk mulakan projek tu dengan intensif. Mujur ada RA..alhamdulillah. Banyak gak RA tu tolong aku. Aku mintak extend dia sampai January, tataulah lepas tu camana. Anyway. Hidup perlu diteruskan.
Berbalik pada kisah tak puas hati tadi. Aku cukup tak suka kalau dah mesyuarat, putuskan sesuatu tapi lepas tu tukar plak. Ermmm...susah sungguh. Sebab aku akan ada maklumat terkini hasil mesyuarat lepas tu ada plak mesyuarat susulan ahli-ahli penting dan keputusan lain dibuat. Sedangkan tindakan yang aku buat berdasarkan keputusan yang semua ahli mesyuarat ada. Hahaha...aku saja yang tahu...ahaks...
Anyway to kari masin..best gak bertekak dengan ko tadi....sampai panjang leher nenek depan bilik aku sebab yelah...aku memang jarang tutup pintu bilik aku kecuali kalau aku takde kat bilik atau aku nak solat..mesti dia sebuk nak tahu kenapa suara aku meninggikan....teruskanlah aktiviti engko yg suka sangat menyibuk dan pentingkan kedudukan dan jawatan tu. Silakan kalau ko rasa dengan cara tu ko boleh dapat penghormatan. Unfortunately you are totally wrong. Respect is not for sale. You can't buy respect, you can't even force people to respect you. Learn to respect others so that others can hopefully learn to respect you.
Apapun, bila aku baca email nani tadi, aku sedar, kemarahan takkan membawa apa-apa keuntungan, cuma akan memburukkan keadaan. Ni aku nak paste email nani tadi. Moga aku akan cool down dan abaikan je kari masin tu. Hihihih.
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannyawalaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini,bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapatmengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul pakumenembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemudatersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satupersatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakutersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanyadengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata, "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesanlubang-ubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagiseperti sebelumnya. Bilakau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatuketika marah, ianya akanmeninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorangdengan pisau danmembunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada."
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa danmenggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino