Wednesday, December 29, 2010

Tahniah...Malaysia!


 Perlawanan terakhir bola sepak yang kuat melekat dalam minda saya adalah perlawanan akhir Sukan Sea tahun 1989. Ketika itu, Malaysia menewaskan Singapura dengan 3-1. Malam ini, saya dan suami bersama seluruh rakyat Malaysia agaknyalah...heheheh menonton perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 dan Alhamdulillah berjaya juga pasukan...

Friday, December 24, 2010

Saya kehilangannya....


Terlalu lama meninggalkannya membuatkan saya kehilangannya sedikit demi sedikit....pepatah sedikit sedikit lama lama jadi bukit sangat tidak sesuai dengan situasi saya ini....pada saya, sedikit sedikit lama lama ratalah bukit...isk isk isk. Lama saya mempelajarinya, menelaah, menghafal, diuji, dimarahi, diperli semuanya lengkaplah...akan tetapi, namanya pun manusia biasa....saya tidak mampu menyimpannya lagi...sedihnya..... Apa...

Pantang....kasihannya


Berpantang bagi orang melayu adalah proses yang dilalui selepas bersalin. Ibu berpantang (mengikut pengamatan saya melihat kakak-kakak saya berpantang dalam jagaan mak) perlu memakai stokin, menyumbat lubang telinga dengan bawang putih/lada hitam yang dibalut dalam muslin cloth. Setiap pagi, selama 3 hari berturut-turut seorang tukang urut wanita akan datang dan mengurut ibu yang baru lepas melahirkan- untuk membetulkan urat-urat...

Wednesday, December 15, 2010

Membebel itu nikmat (!/?)


Saya sedang sibuk...tetapi benar seperti kata Puan Ainon, sifu PTS...hanya orang sibuk mempunyai masa. Apabila sibuk, otak saya pantas berjalan untuk merungkaikan semua persoalan dan juga merancang kerja. Hari ini saya sedang sangat sibuk. Senarai kerja yang perlu dibuat sangat panjang. Merayau-rayau di alam maya menemukan saya dengan kata-kata hikmah dari Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A ini: "Jika memberi nasihat, biarlah ringkas....

Sunday, December 12, 2010

Aktiviti menghilangkan sakit kepala


Cuti sekolah datang lagi...err...sebenarnya dah lama bermula, cuma agak tidak signifikan untuk saya kerana rutin harian saya tetap sama. Seperti biasa, kaklang akan pulang bercuti ke Seremban....dan kali ini, mereka berhajat untuk berjalan-jalan di Taman Pertanian Bukit Cherakah...saya juga sudah lama tidak ke sana dan sudah agak lama tidak...

Wednesday, December 01, 2010

Selamat datang...


Selamat datang si kecil....semoga menjadi anak solehah ye...Si kecil ini baru sahaja menjejak dunia jam 3.28 am hari ini. Ibunya adalah labmate saya, juga sedang menyiapkan pengajian PhD. Ayahnya juga pelajar PhD tetapi di lab tingkat atas. Comelkan...seperti sudah sangat cerdik rupanya. Tahniah buat Puan Khaizan dan Encik Nazif... Nota:...

Monday, November 29, 2010

Kakak misses makteh


Telefon bimbit berbunyi.Kakak : Hello, makteh ke ni? (dengan slanga klate terkawal dalam bahasa melayu standard)Makteh: Ye kakak...Kakak: Kakak nak bagitahu, hari Friday ni kakak balik rumah nenek.Makteh: OooOoo...ok....kakak dah tak sabar nak balik ye?Kakak: Aah...kakak dah tak sabar nak balik...abang pun dah tak sabar nak balik, hari tu kan abang dapat 5A, jadi abang kata mesti seronok balik rumah nenek.Makteh: Ooo..ok....kakak...

Saya menang motor KEK...hihihi


Saya gemar sekali merayau-rayau di blog pakar-pakar kek terkemuka di alam maya ini. Ini kerana, saya tidak pandai untuk menyediakan kek-kek yang indah seperti yang mereka sediakan. Saya hanya mampu 'wooww cantiknya...uiii kreatifnya' dan sebagainya... :)Khamis lepas saya terbaca blog Kak June yang beliau sedang mencari pengunjung yang ke...

Saturday, November 27, 2010

Tahniah!


Syukur Alhamdulillah. Tahniah diucapkan buat para graduan sarjana muda farmasi (kepujian) dan juga diploma farmasi atas penganugerahan ijazah sarjana muda dan diploma mereka pada hari ini. Para graduan ini adalah:1. Kelompok pertama para pelajar yang memasuki fakulti menerusi program pra ijazah (sy menjadi ibu mereka). Penuh dugaan dan saya menimba begitu banyak pengalaman pentadbiran akademik ketika itu.2. Kelompok pelajar diploma...

Friday, November 26, 2010

Ehemmmm eheemmm....


Sedari awal minggu, saya asyik terkenang kek red velvet. Saya lihat kek hasil tangan irmadilondon.blogspot.com membuatkan saya merasa yakin untuk mencubanya....tapi apakan daya. Sayakan belum mempunyai ketuhar pembakar di rumah. Ketuhar pembakar di lab adalah...besar lagi...untuk mengelakkan adegan di buang dari lab oleh sifu saya, lebih baik jangan mencuba-cuba nak membakar kek red velvet pula di dalamnya ye....Hihihi.... Tengahari...

Harta Karun


Saya dilanda tekanan yang hebat sejak minggu lepas. Banyak perkara merunsingkan saya. Tidur malam saya terganggu. Selepas pukul 1 pagi barulah mata ini boleh lelap. Saya boleh melihat katil dan merasakan ianya akan menelan saya...hahahah...sungguh terseksa...Apabila dalam keadaan begini, saya menyelesaikannya dengan mengeluarkan koleksi manik dan labuci yang memang saya simpan untuk digunakan dalam keadaan penuh tekanan jahit...

Apa ada dengan cinta


Saya mahu membuat update secara serentak. Saya belum lagi dipanggil untuk viva malahan menghantar thesis pun belum lagi. Masih membuat kerja di makmal dengan kelajuan siput sedut sahaja. Ermm....mencari semangat yang hilang ini agak susah...tapi apabila mengingatkan borang memohon tambahan tempoh cuti belajar kali kedua yang dihantar 2 minggu...

Saturday, August 28, 2010

Kasut raya


Saya membaca kisah ini di blog Prof. Kamil. Ia mengimbau kenangan saya ketika zaman kanak-kanak.Adik-adik beradik kami 7 orang. Along, Angah, Alang, Acik, Ateh, Uda dan Boboi. Anak kedua dan ketujuh lelaki. 7 orang tidak boleh dimuatkan untuk menaiki kereta apatah lagi motorsikal. Kadangkala semasa menyambut hari raya, kami tidak di bawa...

Wednesday, August 25, 2010

Telah kembali atas permintaan ramai


sedang menjamu selera Sistem sangkar 'mereka' Alhamdulillah...'Budak-budak kecil' ini sudah sampai. Saya jadi senang hati mengatur kerja yang perlu dilakukan. Apabila tiba musim raya nanti, sebahagian 'mereka' sudah tiada di dunia yang fana dan sebahagian dari 'mereka' terpaksa saya tinggalkan dgn bekalan makanan dan minuman. 1 sangkar...

Tuesday, August 24, 2010

Apabila kura-kura terbalik..KISAH BENAR


                                                             ...

Saturday, August 21, 2010

I need to go back to Cambodia


Pagi tadi saya tertidur semasa menunggu waktu Dhuha. Saya perlu menyertai tadarus Al Quran yang diadakan untuk kaum hawa di surau AP pada jam 9 pagi. Akibat suasana yang sungguh indah dan suhu bilik pula agak dingin, saya tertidur sehingga jam 9.30 pagi itupun kerana sifu menghantar pesanan ringkas mengandungi perkataan 'serious mistake' di dalamnya. Ada rasa terkilan di dalam hati saya kerana tidak dapat mengikuti program tersebut....

Tuesday, August 17, 2010

7 Ramadhan


Saya baru selesai bermesyuarat dengan penyelia. Temujanji dilakukan seawal jam 7 pagi. Walaupun sudah lebih 4 tahun, namun apabila ada sahaja perbincangan dengan penyelia, darah gemuruh saya tidak pernah hilang. Ada sahaja debaran yang melanda. Selepas perbincangan, saya menarik nafas lega. Alhamdulillah. Mudah-mudahan perancangan ini diberkati Allah. Kerja saya sudah banyak kali tertangguh kerana tikus-tikus mendapat jangkitan...

Thursday, August 12, 2010

Kesesakan lalu lintas


Ramadhan Mubarak ! Ramadhan Kareem! Ahlan ya Ramadhan. Ini adalah tahun pertama saya berpuasa di kampus PA dan disebabkan banyak urusan sepanjang hari saya terlupa untuk berfikir tentang keadaan lalu lintas dari PA ke Meru. Semalam saya pulang cukup awal-jam 5 petang dan merancang membeli juadah berbuka di satu kedai makan kegemaran saya di Jalan Setia Jaya. Kuih manis akan dibeli di mana-mana sahaja nanti. Petanda awal kesesakan...

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan 1431H


Salam Ramadhan buat semua. Moga ia menjadi Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya. Epelijau ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan sepanjang bersiaran. RamadhanKedatanganmu kali iniKusambut dengan perasaan berbezaMungkin kematangan makin ketaraMoga dapat kupenuhi temujanji ibadah seperti dirancang sejak lamaMoga ibadahku diterimaMenjadi istiqamah dilaksana sepanjang usiaMoga diizinkan pula untukku temui...

Friday, August 06, 2010

2 hari lagi 33


Hari ini kepala saya sakit berdenyut-denyut selepas terserempak dengan big bos di pejabat pagi tadi. Soalannya mudah, saya boleh menjawab tapi impak dari bahasa tubuhnya membuatkan saya menjadi hilang punca terus sakit kepala...hahahaha.Sambil mengedit kertas penyelidikan saya, loceng pintu makmal berbunyi nyaring dan banyak kali pula tu...rupanya...

Monday, August 02, 2010

Pelangi


Suami saya mula bekerja tetap selepas 2 tahun setengah perkahwinan kami. Ianya saat yang sukar untuk ditempuhi dan tika mengenangnya kembali kini, kesyukuran yang tidak terhingga kami panjatkan buat Allah Yang Maha Pemurah atas rezeki yang diberikan buat kami. Suami berkorban melepaskan perniagaan dan juga kerjaya sebagai pendidik bagi penghuni...

Thursday, July 22, 2010

Basuh telefon


3 minggu lepas, saya telah berjaya membasuh telefon bimbit suami saya di dalam mesin basuh buat kali kedua dalam tempoh 2 tahun. Selepas saya tiba-tiba menyedari ada bunyi aneh dari mesin basuh, saya telah melancarkan gerak gempur membuat panggilan ke telefon bimbit suami saya. Seperti yang telah saya jangkakan ianya terus ke peti simpanan suara. Saya pun memberhentikan operasi mesin basuh dan mencari objek yang disyaki- jaket...
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino