Thursday, January 31, 2008

Cuti


Esok adalah cuti sempena sambutan Hari Wilayah. Suami saya bercuti. Saya pula terpaksa merangka ayat strategik untuk mohon cuti tidak hadir secara sah esok. Terlalu banyak urusan yang ingin diselesaikan esok. Rancangannya begitulah. Moga dipermudahkan bagi kami berdua. Urusan untuk menggapai impian kami untuk berhijrah meneruskan hidup ke satu lagi stesen kehidupan kami berdua. Moga Allah permudahkan....Saya baru sahaja selesai...

Wednesday, January 30, 2008

Goreng pisang


Pagi ini saya menyediakan goreng pisang untuk bekalan buat suami. Mak yang memberikan pisang sesikat, pisang nangka yang ditanam di belakang rumah. Pisang nangka sulung yang mak tuai dari kebun di belakang rumah.Selepas selesai menggoreng, saya keluar menghantar suami ke kereta. Kemudian saya masuk ke dalam rumah. Berbau hangit dan asap memenuhi ruang dapur. Saya cuba bertenang dan meluru ke dapur gas. Rupanya kuali berisi minyak...

Friday, January 25, 2008

Cina Cik..keputusan mahkamah..Alhamdulillah..


SEREMBAN 24 Jan. – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengisytiharkan bahawa seorang lelaki, Gan Eng Gorr atau Amirr Gan, 74, adalah beragama Islam.Hakim syarie Mohd. Nadzri Abdul Rahman yang membuat keputusan itu mengarahkan pihak yang menjaga jenazah Amirr supaya menyerahkannya kepada pihak pemohon untuk dikebumikan segera mengikut agama Islam dan hukum syarak.Beliau mengeluarkan arahan itu ketika membenarkan permohonan...

Thursday, January 24, 2008

Bengkak


Tonsil adalah bebola tisu limfatik yang berfungsi dalam sistem pertahanan badan. Ianya terletak pada kiri, kanan, atas dan belakang permulaan lidah. Sudah beberapa hari saya bangun tidur dengan tekak yang sangat perit. Saya selalu menghadapi masalah tonsil bengkak ataupun tonsilitis. Ianya berlaku sekerap sebulan sekali dan setelah saya...

Monday, January 21, 2008

Cina Cik


Semasa saya kecil, hidup kami sekeluarga susah. Ingatan saya hanya bermula dengan jelas semasa kaklong mendapat tawaran belajar di Canada, tahun 1983, ketika saya berusia 6 tahun. Waktu itu, abang ngah di MRSM Kuantan, Kaklang di TKC dan setahun kemudian kakcik pula ke TKC. Mak menjual kuih bagi membantu mengurangkan beban keluarga, ada kisahnya di sini, di sini dan di sini. Mak mula berniaga di depan rumah semasa aku berumur...

Friday, January 18, 2008

Rosak


Mesin basuh saya rosak.Sudah 2 hari dan hari ini adalah kali pertama saya basuh baju secara manual. Tiba-tiba teringat sebuah lagu dalam iklan masa saya kecil dahulu, jari-jariku sakit semua, kerna mencuci ..da daa daa dii duuu...(tak ingat).Masa saya kecil dahulu, arwah apak yang akan membasuh baju di pagi hari dan menyidainya sebelum pergi kerja. Mak saya menjual juadah untuk sarapan di hadapan rumah. Satu contoh tolak ansur...

Thursday, January 17, 2008

Mintalah pada DIA..


Secara rasminya, nak ubah ganti nama aku kepada saya (hihihihi).Sebuah majlis sambutan Tahun Baru 1429H dan 2008 yang ringkas dan dihadiri oleh sahabat-sahabat pascasiswazah dan juga seorang dua staf fakulti berlangsung sebentar tadi. Alhamdulillah.Memang saya sangat berdebar menantikan kemunculan tetamu yang memenuhi ruang bilik seminar....

Wednesday, January 16, 2008

Kemalangan


Malam tadi aku balik lewat juga, pukul 9.10 baru kunci lab. Terima kasih banyak-banyak pada puan Jay yang sudi temankan aku. Puan Jay pun banyak kerja jugak. Kerja dengan tikus juga.Siangnya keretaku dipinjam oleh Uda, penghawa dingin keretanya rosak, bosnya datang dari headquaters, dia kena jadi supir. Uda letakkan kereta di tempat yang aku tak biasa parkirkan kereta.Apabila aku hidupkan enjin kereta, biasanya aku baca doa naik...

Tuesday, January 15, 2008

Penat


Minggu ni aku banyak kerja. Bercampur-campur kerjanya.Semalam, aku hadiri mesyuarat dengan pemaju Kampus Puncak Alam. Waktu aku mula lapor diri di fakulti, aku tahu kami akan pindah ke Puncak Alam mungkin tahun 2010. Waktu itu segalanya macam sayup-sayup. Aku tak berapa fikirkan tentang itu. Aku pernah pergi melawat tapak kampus tu sekali...

Friday, January 11, 2008

Ujian di 1 Muharram 1429H


Menjelang 1 Muharram, aku akhirnya menjejakkan kaki ke Masjid Shah Alam yang hanya 4 KM dari rumah bersama Cik Bestari dan Cik Budiman. Terjumpa pula puan Jay di sana. Suamiku tak dapat turut serta kerana lewat sampai dari pejabatnya yang terletak nun jauh di Taman Desa. Mujur dia mengizinkan aku pergi bersama sahabat-sahabat. Alhamdulillah. Kali terakhir aku ke sana ialah pada tahun 1994. Errm...teruknya aku ni. Programnya menarik...

Wednesday, January 09, 2008

1429H menjelma...


Selamat Menyambut 1 Muharram 1429H.Moga tahun baru membawa lebih keberkatan dalam hidup kita semua.Moga kita istiqamah di jalanNya.Doa Akhir Tahun (selepas Asar 30 Zulhijjah)Doa awal tahun (Selepas Maghrib 30 Zulhijj...

Label ubat ,polifarmasi dan pengubatan sendiri..


Apabila kita diserang sakit dan berasa tidak sedap badan, biasanya kita akan ke hospital atau ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. Malahan kini, premis farmasi komuniti juga sering menjadi destinasi. seringkali kita dibekalkan ubat-ubatan yang dilabel dengan tulisan tangan di atas plastik putih/jernih berlogo klinik tersebut lengkap dengan alamat. Kadang-kala disertakan sepotong hadis atau kata-kata hikmat contohnya:"Setiap...

Monday, January 07, 2008

Kitar semula


Ahad.Perancangan asalku ingin ke makmal untuk meneruskan kerja yang tertangguh. Apabila kulihat bilik tidur yang tidak pernah berubah kedudukan perabutnya sejak kami berpindah ke rumah sewa ini, aku batalkan niat asalku itu. Aku punggah semuanya ..perabut, pakaian, alat solek (ada ke??), dan aksesori. Wahh..macam kapal karam. Aku tidak...

Friday, January 04, 2008

Tunjukilah kami jalan yang lurus


Hari yang panjang dan aku sudah terlalu penat.Tengahari tadi, jamuan perpisahan diadakan untuk seorang pensyarah. Aku juga turut serta walaupun sedang sibuk dengan kerja-kerja di makmal. Agaknya itulah salah satu kelebihan menyambung pengajian di tempat kerja sendiri walaupun banyak juga kekurangannya.Aku tiba ke tempat jamuan agak lambat.Biarlah aku namakan pensyarah yang mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai pensyarah...

Thursday, January 03, 2008

Kejutan lagi


Semalam, Menteri Kesihatan mengumumkan perletakan jawatan untuk semua jawatan sama ada dalam kerajaan ataupun parti. Kata-kata akhir beliau semalam membuatkan aku berfikir lebih mendalam. Kata beliau, bukan dirinya seorang yang terlibat dengan skandal sebegini, ramai lagi ahli politik yang lain. Waahh....ramai ke?Hari ini, aku pula yang mengalami kejutan..Minggu lepas, prosedur yang melibatkan binatang menemui kegagalan. Masalah...

Wednesday, January 02, 2008

2008 dan kejutan awal..


Sebelum tirai 2007 berlabuh, dunia dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan Benazir Bhutto, bekas pemimpin wanita pertama pakistan. Walaupun ianya mengejutkan..tapi sudah tiba ajalnya...sedetik pun tidak akan terlewat lagi. Al Fatihah buat rohnya..moga tergolong dlm golongan mukmin dan mujahidin...ameen.Tahun baru pula dikejutkan dengan berita hangat di Malaysia. Kata wartawan salah sebuah syarikat surat khabar malaysia...video...
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino