Wednesday, January 02, 2008

2008 dan kejutan awal..


Sebelum tirai 2007 berlabuh, dunia dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan Benazir Bhutto, bekas pemimpin wanita pertama pakistan. Walaupun ianya mengejutkan..tapi sudah tiba ajalnya...sedetik pun tidak akan terlewat lagi. Al Fatihah buat rohnya..moga tergolong dlm golongan mukmin dan mujahidin...ameen.

Tahun baru pula dikejutkan dengan berita hangat di Malaysia. Kata wartawan salah sebuah syarikat surat khabar malaysia...video seks seorang lelaki iras wajah pemimpin kanan MCA..Aku pun cepat gak cuba mencari siapakah gerangan di maksudkan. Polis buka kertas siasatan dan mengeluarkan amaran..barang siapa ada simpan salinan DVD tersebut boleh dikenakan dakwaan bawah seksyen berapa ntah aku tak berapa pasti. Ish ish ish...sapa yang salah sebenarnya..yang dlm wayang ke yang menonton wayang. Aku cuba teka-teka dalam hati...adakah akan keluar lagi perkataan popular...SuperImposed??

Malam tadi tengok berita...
Sayalah lelaki itu.

Kagum gak aku dengan keberanian Menteri Kesihatan membuat pengumuman tersebut. Dia tak bersikap siakap senohong gelama ikan duri...bagus tu. Kata-kata imam shafie pun masih aku ingat, berkata benarlah walaupun ianya pahit. Memang pahit sungguh pengakuan tu. 27 juta rakyat Malaysia dimohon agar maafkan dia. Pada aku..yang pernah bekerja bawah KKM...masa tu Dr Chua yang lagi seorang pegang portfolio kementerian kesihatan, dia boleh minta maaf...sapa yang tak pernah buat silapkan. Tapi samada org nak maafkan tu terpulang atas individu..Bagus sikap isteri dan anak2nya yang sudi memaafkan dia. Hari ni Majlis tertinggi MCA bermesyuarat untuk menentukan nasib dia...ermmm...

Katanya lagi, dia masih seperti biasa akan jalankan tugas sebagai MP dan Menteri. Aku tak dapat bayangkan tekanan yang terpaksa dia tanggung atas perkara yang berlaku nih. Ujian...tulah namanya ujian. Jatuhnya lelaki ada 3 faktor yang selalu orang war warkan...aku pun tak pasti betul atau tidak...1. pangkat 2. harta/duit 3. wanita.... betul atau tidak? Ada benarnya.

Ramai-ramai ketua bahagian ketua itu ketua ini yang berkata-kata semalam...aku tertarik dengan pendapat Prof Emeritus Khoo Khay Kim...

Pendapat beliau mudah...

Benar dia tersilap..benar dia sudah memohon maaf. Akan tetapi perbuatannya bertentangan dengan nilai moral masyarakat...Oleh itu dia harus bertanggungjawab dan meletak jawatan.

Errmm...betul jugak....

Satu lagi isu yang BU TV3 bangkitkan semalam ialah keruntuhan akhlak muda mudi semasa sambutan tahun baru...

Anologinya begini....

Seorang ketua kampung, arahkan pekerja gali lubang di sepanjang jalan kenangan..lepas tu dia suruh/galakkan/iklankan orang lalu kat jalan kenangan tu. Bila orang jatuh dalam lubang tu..dia marah...camana bule jatuuh????

yang pastinya, banyak iklan/promo dalam TV tentang konsert di Key Ell C C..di dataran merdeka...di stadium shah alam...tapi takde pun keluar tentang majlis ilmu di masjid Key Ell C C...ermmm....kenapalah berlubang jalan kenangan tu kan?

Untuk aku pulak...

Jarang aku menulis begini..tapi terlalu banyak yang berlaku buatkan aku berfikir..

Azam aku di tahun baru 2008 dan juga 1429 hijrah yang bakal menjelang seminggu lagi...
Moga Allah memberkati kehidupan kami sekeluarga...murah rezeki...dapat aku jalani perjalanan mendapatkan segulung ijazah doktor falsafah ni dengan tenang dan mudah...moga Allah kurniakan juga zuriat buat kami yang masih lagi menanti...moga dunia lebih aman dan tenteram...world peace (sambil melambai-lambai ala-ala miss universe) :D

Selamat Tahun Baru buat semua!!

0 comments:

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino