Hari pertama- 10 Julai 2007
Aku balik awal hari ni. Badan sakit-sakit dan tekak dah mula pedih. Aku minum air sebanyak mungkin. Sampai di rumah tumpang kereta cik senyum, aku makan PCM 2 biji. Lega sekejap. Aku kira demam aku akan kebah macam biasa tapi sepanjang malam aku tak mampu melelapkan mata. Badan sakit dan juga demam setiap 2,3 jam. Seksanya. Menjelang pagi...demam dah kebah. Alhamdulillah..
Hari kedua - 11 Julai 2007
Sampai di lab pukul 6.50pagi. Standard laa tu. Hari-hari mcm ni sejak hubby mula bekerja. Belum mampu nak beli sebuah lagi kereta jadinya hubby akan hantar aku ke Uni dan kemudian menuju pula ke tempat kerjanya. 7.30 pagi kepala aku dah berdenyut-denyut. Badan jadi seram sejuk dan akhirnya sejuk tak terkata. Call Uda mintak dia tolong hantarkan ke klinik. Uda kata 30 minit. Akhirnya 9.30 pagi baru uda sampai. Aku tersandar lesu dalam kereta dan selepas jumpa doktor yang tak cek langsung aku yang tengah demam panas ni...suhu badan pun tak amik, anak tekak aku yg pedih ni pun dia tak tengok, dia terus je tulis ubat. Sabar jelah. Disebabkan aku sedang sakit malas plak nak bergaduh. Pas amik ubat:
PCM 500 mg q6 h
Cephalexin 250 mg tds
Difflam lozenges q6h
Benadryl syrup 10 ml tds
Uda pun hantar aku balik rumah, rumah dah jadi mcm tongkang pecah, uda yang tolong kemaskan. Pastu dia siap belikan aku nasik lemak RM1 yang bungkus daun pisang. Aku memang lapar tapi pedas tu...tekak aku sakit...Akhirnya aku terbaring kat sofa di family area. Uda pun balik ke opis dia kat seksyen 9. Throughout the day aku demam on and off and takleh tdo waktu malam. Jenuh hubby jelum dengan air asam jawa tapi suhu badan aku tetap tak turun.
Hari ketiga - 12 Julai 2007
Aku dok kat rumah je dan msg sifu bagitau aku demam dan siapkan report kat rumah walaupun hakikatnya aku hanya dok termenung sambil kejap berselimut dan kemudian pas makan PCM badan berpeluh aku mandi. Menantikan hubby balik, terseksa amat rasanya badan aku nih. Sampai tahap aku cakap sorang-sorang. Waktu ni aku kerisauan sebab suhu badan terlalu panas. Terlintas di fikiran aku..agaknya aku nih kena demam denggi kot. Errkk...takutnya...nak minum air pun pedih yang amat...inikan plak nak makan..lagilah selera ku tak jalan. 6.40 ptg hubby sampai rumah, aku terus masuk kereta dan hubby yang kerisauan memecut ke Dee EE Em Cee kat seksyen 9 tu haa..Sampai je, aku dok menanti kat kerusi luar tu, tunggu giliran sampai, aku tertido dan terjaga. Bila aku masuk jumpa doktor, suhu diambil. 38.7 degree C. Wahh...bule tahan tingginya. Dr suh aku gi buat blood test and UFEME. Suspected dengue fever. Aku dah agak. Longlai langkahku menghala ke tingkat 3. Pas buat blood test, masuk bilik doktor balik. Kata doktor tu-
'Ur platelet is normal..ur white blood cell count (wbc) 22.8. Urine got blood stain and protein. Most likely, u r having UTI. '
Aku kata-
'But my throat is very painful and very difficult for me to swallow. I couldn't drink water and I'm sure that I'm dehydrated by now.'
Dr tu tak setuju ngan kata aku, dia bagi zinnat plak utk gantikan cephalexin yg semalam tu collogue dia bagi.
Aku balik rumah, hubby call kak ita mintak tolong buatkan bubur nasik sebab aku dah 2 hari tak makan, badan aku makin lemah, kepalaku sakit, tekak aku rasa mcm tersekat ngan bola sepak. Langsung takleh telan, telan air liur pun pedih. Kak Ita datang kemudiannya bawak bubur nasik. Aku makan 3,4 suap pastu takleh telan dah. Hubby tgk aku yg makin lemah, terus hubby ajak aku gi spital balik. Mintak admitted sbb aku dah 'kering'. Dalam mamai2 aku setuju dan call insurance agent aku. Kalau gi spital gomen bule cumanya proses lama dan aku memang dah rasa teruk banget. Lebih teruk dari masa aku masuk ward utk buang appendix aku yg bengkak dulu dan lebih hebat kesakitan dan seksanya dari masa aku miscarriage dulu. Sampai Dee EE Em Cee...aku gi kat kaunter, aku bgtau staf kat situ, saya nak jumpa doktor dan nak masuk ward.
Dipendekkan cerita, doktor yang biasa rawat aku bertugas malam tu. Kata dr tu-
'Ni takleh duduk rumah dah ni, WBC tinggi sangat, tengok tonsil...ishhh...dah menanah ni' lepas dia suluh dalam mulut aku.
Soalan seterusnya-
'Nak bayar pakai apa? Ada insurans?'
'Ada, tp sy bayar dulu, nanti claim kemudian sbb spital ni bukan spital panel insurans saya,'
Aku kemudiannya di pasangkan drip line dan ditolak naik ke ward guna wheel chair...huhuhu...barulah aku paham perasaan hubby yang sokmo gerun kalau orang tolak dia laju-laju sangat. Aku ditempatkan di ward bilik bertiga. Tak kisahlah...janji badan aku 'rehydrate' dan demam aku boleh resolve.
Hari keempat - 13 Julai 2007
Malam pertama diward sebab ikut admission time aku pulul 12.03 am. Huhuhu...aku baring atas katil yang terletak di tepi tingkap. Normal saline bersilih ganti ngan dextrose 0.5% memasuki vein aku sampailah ke pagi. Kol 5.30 pagi aku dah siap mandi dan tunggu subuh sebabnya aku takleh tdo langsung sebab demam aku masih belum kebah. Kol 6.30 pagi doktor pakar yang rawat aku sampai. Uisshhh...awalnya doktor ni. Dr ni pun tak sanggup nak tengok tonsil aku. Katanya-
'erkk...very bad'
'Ok..so kita start zinnat IV. Continue drip and menthol inhalation'... sebab bila aku dok je atas katil ward malam tadi tu hidung aku tersumbat tapi hingus tak keluar. Waaaaaaa....seksanya..berikan aku kesabaran ya Allah...
Nilah kroniknya tangan aku yang dah 4 hari bertebuk..huhuhu...seksa woo....pas air masuk kena gi toilet...dahlah aku mamai..nak kena angkut sekali botol drip tu...selalu je darah tereverse keluar balik kat salur drip tu. Dari pagi sampai petang aku menerima pelawat tak henti-henti. Semua bawak buah tangan yang memang tak tercapai dek akal utk aku makan sebab tekak aku sakit banget. Pagi tu around kol 11, hubby datang ngan opismate. Aku suh hubby gi keje..yelah kan...baru je minggu kedua start keje..takkan dah nak apply cuti. Rupanya, bila spouse/anak masuk ward, automatic pekerja dapat cuti 3 hari..pastu on top of that, company akan tanggung perbelanjaan aku dalam ward- bil ditanggung beres. Alhamdulillah..tak yah guna insurans aku..huhuhu... Petang tu Along datang dengan abanglong and anak2 sedara. Huhuhuhuh...sedihnya..mak aku takde..gi umrah...
Walaupun aku sentiasa dihydratekan semula, PCM bagi setiap 4 jam dan antibiotik dah diberi secara IV, yang heran bin ajaibnya, demam aku masih belum resolve. Dan yang lebih menghairankan...aku hanya demam bila aku takde visitor. Sorang-sorang aku terkial2 kesejukan, tekan buzzer panggil nurse. Sian adik2 nurse tu sebab asyik kena attend aku je. Malamnya aku masih takleh tidur. Belakang aku sakit sangat. Tengkuk dan belakang aku macam kena lenyek-lenyek. Nak duduk pun salah nak baring lagilah salah. Aku hanya mampu bersabar.
Hari kelima - 14 Julai 2007
Demam masih belum resolve, doktor yang rawat aku ada urusan lain jadinya doktor lain yg cover utk dia. Aku mintak tukar antibiotik dan ubat demam sebab demam aku masih menjadi-jadi. Doktor tu suh tunggu doktor aku yg sebenar. Another sleepless nite. Demam, sakit belakang dan hidung sumbat. Ampunkan dosa aku ya Allah...
Hari keenam - 15 Julai 2007
Doktor yang rawat aku akhirnya tukar antibiotik kepada Rocephin- sakit woooo waktu dimasukkan ke IV line aku. Pedih..perit dan sedikit pijau tangan aku. Alhamdulillah menjelang petang, demam aku dah kebah...mak mertua aku datang jauh dari KT...sian mak...mekasihlah datang jenguk anok menantu mok ni...huhuhu...Yang tak bestnya, rocephin ni takde dalam bentuk oral so aku kena dok ward sampai habis treatment which is 5 days. Maknanya paling awal aku bule kuar ward hari khamis....TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ni pemandangan masjid shah alam dari ward aku melepak selama 7 hari tu...mujur alhamdulillah pemandangan menarik.
Dipendekkan cerita..hari selasa, hubby plak demam..hari rabu gi dapat treatment tp outpatient je and dapat MC leave 2 hari...huhuhu...menjangkit plak. Hari Rabu tu jugak aku muntah kol 3 pagi...keluarlah ketulan-ketulan darah beku. Ada orang kata aku kena 'buat' tapi aku percaya tu adalah tanda sembuh luka kat tonsil aku yg dah menanah tu. Lepas tu kahak dan lendir yang keluar semuanya diiringi darah pekat. Eiiiyoooooo.....
Hari khamis..hari kesembilan...aku dibenarkan pulang ke rumah. Alhamdulillah. Walaupun badan aku masih lemah, in fact sampai hari ni aku masih belum fully recovered. Solat pun aku buat secara duduk sebab kepala aku feninglah fening tapi aku syukur. Allah uji aku dengan kesakitan-Allah sayang kat akulah kan..insyaAllah..ameen.
Bakul buah ni opis yang bagi. Diorg suh aku makan buah je dan menten berat badan aku yang turun 5 kg dalam masa 10 hari...waahhhhh...beshhhh woooo.....huhuhuhu.
Terima kasih juga buat semua sahabat-sahabat yang sudi ziarah di spital, call dan hantar sms..aku sangat-sangat menghargai. Sesungguhnya kawan ketawa memang ramai...kawan menangis kala sakit...hanya beberapa kerat tapi aku bersyukur kerana kerat2 tulah yang memberikan aku sedikit kekuatan.
Semoga aku diberikan kesihatan yang baik selepas ini. Ameen.....
1 comments:
poning arrr pk Hafiz x berapa ari lagi nak peksa UPSr dia relax aje ....huwaaa x tau lah Epel ngan anak sorg tu
Post a Comment