Tonsil adalah bebola tisu limfatik yang berfungsi dalam sistem pertahanan badan. Ianya terletak pada kiri, kanan, atas dan belakang permulaan lidah. Sudah beberapa hari saya bangun tidur dengan tekak yang sangat perit. Saya selalu menghadapi masalah tonsil bengkak ataupun tonsilitis. Ianya berlaku sekerap sebulan sekali dan setelah saya dimasukkan ke wad akibat jangkitan yang berpanjangan Julai 2007, seminggu selepas saya mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa, ianya tidak bengkak lagi. Apabila tekak sudah mula perit, saya selalunya mempastikan saya minum air lebih 2 liter setiap hari dan minuman berais serta aiskrim memang tidak saya sentuh kerana ianya akan menerukkan jangkitan. Saya memang agak sensitif dengan benda sejuk. Oleh sebab itulah, di rumah kami tiada ais dan air tidak disimpan di dalam peti. Aiskrim pun jarang sangat dibeli.Tonsilitis boleh berlaku akibat jangkitan:
- bakteria (perlu rawatan antibiotik)
- virus (tidak perlukan antibiotik)
- parasit dan fungus (cendawan tumbuh kat tekak? Tidakkk!! :p) yang agak jarang berlaku.
- sakit tekak
- kering dalam mulut dan bibir merekah.
- demam
- sakit-sakit badan.
- berkumur dengan air garam
- minum air kosong atau teh (chinese tea atau green tea, jangan minum teh tarik pulak, tak sesuai).
- Paracetamol juga boleh diambil sekiranya demam berlarutan. Jangkitan akan sembuh dalam masa 4-10 hari.
Tonsillectomy (removal of tonsil) pula biasanya dilakukan sekiranya jangkitan terlalu kerap dan berpanjangan. Masa saya dimasukkan ke wad tu doktor pakar Telinga Hidung dan Tekak tu ada juga mencadangkan tonsillectomy tapi saya masih belum nak buang lagi tonsil saya ni.
Kesimpulannya, hari ni saya perlu beli lozenges (tadi dah minta 2 biji dari Puan Jay) dan hisap setiap 2 jam serta minum air kosong dengan banyaknya. Moga Allah berikan kesembuhan buat tekak saya. Ameen.
Kesimpulannya, hari ni saya perlu beli lozenges (tadi dah minta 2 biji dari Puan Jay) dan hisap setiap 2 jam serta minum air kosong dengan banyaknya. Moga Allah berikan kesembuhan buat tekak saya. Ameen.
3 comments:
very the..erm..informative hehe..kat cni bleh mintak mc x?hehe jgn mare ;)
Hye Saya baru mengunjungi blog Puan...
Menarik...
Tonsil... Saya menghidapi penyakit ni sejak darjah 6 lagi... setiap hati saya mesti minum air kosong sekurang-kurangnya satu botol besar.. Yang 1.5liter kot...
Kalau tak demam yang teramat sangat...
sakit tak operation???
seram la..
syer pun tonsil gak...
Post a Comment