Tuesday, October 09, 2007

Kisah Ramadhan I - MAIL


Lama tak update blog.

Aku memang kesibukan luar biasa.

Mengejar masa supaya siap semua kerja di makmal sebelum pulang beraya ke KT 2 hari lagi.


Kisah ni berlaku masa aku kecik2 dulu.

Setiap Ramadhan, mak akan berniaga kuih-muih samada kuih manis atau pedas berunsur tradisional. Mak memang hebat dengan skil membuat kuihnya. Aku hanya memerhati sahaja. Berguna juga skil tu masa duduk di tempat yang takde bazaar ramadhan dulu. Hihih....


Masa aku di darjah 4-tingkatan 3, aku duduk di rumah. Setiap bulan ramadhan menjadi rutin dalam hidupku untuk membantu emak menyiapkan kuih jualannya untuk diniagakan di gerai hadapan rumah -- gerai yang satu waktu dahulu membuatkanku sangat malu dan segan. Malulah...mak jual kuih....selalu kawan-kawan di sekolah mengejekku dengan jeritan "nasi lemak.....kuih kuih..". Oleh kerana kesusahan hidup..masa aku di sekolah rendah juga aku 'dipulaukan' oleh golongan pelajar yang 'elit' le kononnya. Masa tu aku sangat sedih, tempat duduk aku juga mereka pindahkan sesuka hati hanya kerana aku tiada pensel tekan2 yang canggih ataupun beg sekolahku bocor di tengah jalan...hmm....kejamnya mereka.


Sudah2lah cerita sedih tu kerana aku juga sebenarnya perlu berterima kasih kepada mereka kerana 'pengajaran' yang amat mahal harganya...yang membuatkan aku berusaha keras untuk berjaya dalam hidupku....what goes around comes around....salah seorang yang tega mengejekku dengan panggilan dan ejekan2 yang sgt menghiris hati telah kutemui 'menjual kuih' juga bagi menyara kehidupan...aku tak pandang hina padanya kerana hasil jualan kuih seperti itu jugalah yang memanusiakan aku dan adik beradikku yang lain.


Kisah kambing bermula begini....

Setiap petang, pulangnya dari sekolah lebih kurang pukul 2.30 petang, aku akan mandi, solat dan berehat sebentar. Keletihan..dengan jarak hampir 1.5 KM berjalan kaki dan juga cuaca bulan puasa yang kebiasaannya sangat menggigit kulitku dan juga menambahkan dahagaku. Aku kemudiannya akan membantu mak menggulung popia goreng. Ya...itulah kepakaranku. Aku boleh menggulung 70 biji popia dalam masa 20 minit. Laju dan lincah jari-jemariku melalukannya. Kadang-kala lebih pantas...kadangkala lebih perlahan--(sebab aku terlelap...hihihih). Selepas selesai semuanya, aku akan menguruskan pula urusan membuka gerai di hadapan rumahku.


Waktu tu, kebanyakan masa aku keseorangan membantu mak. Kakak-kakak serta abang di universiti atau di sekolah berasrama penuh. Adik pula sekolah sesi petang....selamatlah dia selalunya...Biasanya lebih kurang jam 3.45 petang gerai akan mula dibuka. Aku bukan hanya mengelap meja, mengangkut kerusi dan juga bangku serta mengangkat dapur gas dan juga tong gas yang digunakan untuk menggoreng karipap dan popia. Mak mahukannya begitu, karipap dan popia adalah untuk dijual panas-panas dan segar untuk pembeli hasil tangan mak. Mak selalunya sibuk menyiapkan beberapa jenis kuih lagi. Antara kuih yang mak selalu sediakan selain karipap dan popia...kuih lapis, lopis, seri muka, puding jagung, bingka gandum, bingka pulut, bingka beras, bingka ubi, kuih kasidah, pulut urap, mee goreng, bihun goreng, roti jala, badak berendam, cucur badak, badak sumbu boleh tengok kat zoo...hahahahahah. Mak sangat menjaga kualiti kuih-muih yang dihasilkan. Kami hanya membantu urusan menyiapkan kuih-muih sahaja. Menguli tepung atau membancuh adunan tak pernah mak serahkan pada kami.


Mak berniaga sejak aku berusia 6 tahun jika tidak salah ingatanku. Mak ada pelanggan tetap. Karipap mak buat sentiasa laris. Kepakaran mengelim tepi karipap juga dimiliki oleh semua anak mak, lelaki ataupun perempuan...Sampai sekarang, kami adik-beradik akan jadi sangat excited jika mak kata nak buat karipap...tak tahu kenapa.


Balik pada cerita buka gerai tadi. Since aku seorang sahaja yang berulang-alik keluar masuk mengangkat barang-barang jualan, bekas plastik, kuali, minyak dan pelbagai kelengkapan lagi, seringkali aku kerisauan sebab aku takut kuih yang dah diletakkan di atas meja jualan mak tu diambil orang, dilarikan orang dan juga di'kotorkan' orang. Selalu aku berlari-lari keluar masuk rumah untuk pastikan tindakan aku pantas dan cepat. Kadang-kadang sudah ada pelanggan mahukan karipap...huhuhu...minyak pun belum panas, cemana nak jual karipap...tapi tulah istimewanya mak. Pelanggan akan menanti sehinggalah siap karipap digoreng.


Satu hari masa tu kalau tak silap aku di dalam darjah 4. Aku keluar seperti biasa untuk memulakan gerai jualan kuih-muih mak. Dari jauh aku melihat seekor kambing jantan berjalan lenggak-lenggok sambil 'menegur' insan lain apabila bertembung. Aku tak pernah tengok lagi kambing nih. Sedang sibuk menggoreng karipap, aku terkejut apabila kambing tu dah berdiri betul-betul dihadapan gerai sambil mengembek2 manja dan juga airliurnya menitis tak henti-henti. Aku memang TAKUTKAN binatang...hatta kucing sekalipun. Menjeritlah aku cuba menghalau....habis ayat aku lafazkan suruh kambing tu berlalu..namun sesia belaka...uwaaaaaaaaaaaa.....'MAKKK!!!!

Aku menjerit..kambing tu makin hampir dan mula menggesel2 manja kepalanya di meja gerai. Mak tiba...dan mak pun cuba jugak halau kambing tu...tapi tak berjaya...ketuk2 sket kepala diapun tak berjaya jugak. Akhirnya mak ambil keputusan untuk tarik tanduk kambing ni dan heret untuk dihantar ke rumah tuannya. Ermmm...kambing tu namanya "MAIL". Kambing 'gatal merenyam' yang memang tak makan saman. Sejak hari itu, aku cukup risau kalau waktu aku keseorangan di gerai, ia datang melawat...dan memang rutin hidupnya...setiap jam 4 petang ia akan keluar 'mengorat'...dan aku tak sabar menantikan ramadhan berakhir...tak sanggup nak bergaduh dengan MAIL lagi.

2 comments:

Anonymous said...

epel.. heheh lawak la kisah kambing tu..


naperla takleh nak menaip kat shoutbox tu ek..

apa pun pengalaman memantangkan kita..

nak order popia leh tak ? caya lah! tingat makan popia kat pucak alam hari tu..

ayong afzan on Tuesday, October 9, 2007 at 2:34:00 PM GMT+8 said...

Sedapnya semua kuih2 tu..
Kambing pun gatal ye akak? Mail...mail..hehehe...

Ha! you've been tag. Sila la buat kalo takde mende nak buat.

***Selamat Aidilfitri, Maaf zahir batin***

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino