Malam tadi aku balik lewat juga, pukul 9.10 baru kunci lab. Terima kasih banyak-banyak pada puan Jay yang sudi temankan aku. Puan Jay pun banyak kerja jugak. Kerja dengan tikus juga.
Siangnya keretaku dipinjam oleh Uda, penghawa dingin keretanya rosak, bosnya datang dari headquaters, dia kena jadi supir. Uda letakkan kereta di tempat yang aku tak biasa parkirkan kereta.
Apabila aku hidupkan enjin kereta, biasanya aku baca doa naik kenderaan tapi malam tadi entah kenapa, aku terlupa sangat. Aku undurkan kereta ala kadar dan terus sahaja memandu untuk keluar dari tempat letak kereta. Sesungguhnya aku sangat penat. Tiba-tiba...
"Screeeetttttt..."
Aku terkejut, puan Jay kata, "Akak, selalukan akak baca doa dulu..saya pun hairan akak tak baca doa dulu.."
Bercalar bahagian bawah bumper depan keretaku. Kereta comelku yang baru dibeli pada bulan Ramadhan lalu, sebagai kereta kedua kami. Servis 5 ribu KM pun belum dibuat lagi dah bercalar.
Sampai di bulatan seksyen 2 dekat dengan UiTM tu, aku nampak terlalu ramai orang, motor kereta berhenti di tepi dan ada yang di tengah jalan, siren polis, ambulan dan juga rover polis. Aku belum habis terkejut dari kejadian aku langgar pembahagi jalan tadi tak berani nak berhenti tengok. Aku cuma nampak ada sebuah kereta wira kot dah remuk dan terbalik di bahagian dalam bulatan tersebut. Kemalangan ngeri.
Sampai di rumah, satu kawasan rumah teres seksyen 2 bergelap. Errmm..lengkaplah sudah hariku. Syukur Allah memeliharaku dari sebarang bencana, hanya dugaan kecil atas kealpaanku.

0 comments:
Post a Comment