Thursday, January 17, 2008

Mintalah pada DIA..


Secara rasminya, nak ubah ganti nama aku kepada saya (hihihihi).

Sebuah majlis sambutan Tahun Baru 1429H dan 2008 yang ringkas dan dihadiri oleh sahabat-sahabat pascasiswazah dan juga seorang dua staf fakulti berlangsung sebentar tadi. Alhamdulillah.

Memang saya sangat berdebar menantikan kemunculan tetamu yang memenuhi ruang bilik seminar. Ada orang ke nak datang? Ramai ke tak? Saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan kehadiran yang melebihi separuh daripada bilik seminar fakulti hari ini. Undangan khas, penceramah motivasi yang juga merupakan Pengarah Kampus UiTM Johor, penulis selebriti, Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim dan juga Puan Ainon Mohd serta Encik Faris tiba awal dari tetamu yang lain.


Ahli jawatankuasa yang menyokong perjalanan majlis ini sangat saya hargai, Richard, Khaizan, Jaya, Riza, Min, Mizi, Syed, Yana, Lisa, Nazif dan Ekha. Moga Allah memberkati kalian semua.

Saya tiada ayat sesuai untuk menceritakan kembali isi kandungan ceramah motivasi itu. Cukuplah saya katakan, tangisan dan esakan kecil kelihatan dan kedengaran di sana-sini. Pengalaman yang disampaikan secara spontan dan 'dari hati' oleh penceramah memang sangat mengesankan dan dikaitkan secara bijaksana dengan perjuangan kami sebagai pelajar pascasiswazah. Hmm....
Buat diri saya sendiri, saya sudah membaca THMSI lebih dari sekali, sudah membelikan untuk hampir 10 orang (ahli keluarga dan teman rapat-semuanya dengan autograf dari penulisnya), ianya memang memberikan impak yang hebat buat diri saya. Ceramah hari ini, saya seolah-olah di bawa 'membaca' THMSI sekali lagi, kali ini dengan intonasi suara dan paparan wajah pelakon utamanya secara langsung. Beberapa kali saya cuba menahan airmata dari menitis. Penceramah juga beberapa kali sebak sambil menahan airmata. Saya membayangkan kekuasaan Allah SWT, mengenangkan doa yang saya pohon setiap hari, merentasi masa dengan dugaan yang dititipkan buat saya, suami dan keluarga. Maha Suci Allah. Tersembunyi hikmah yang tak mampu saya huraikan satu persatu rentetan pertemuan saya dengan blog Prof MKI, ke PTS, ke merata alam maya ini saya merantau untuk menemukan dengan sesuatu yang...ahh..susahnya saya nak melahirkan ayat yang sesuai. Ringkasnya..saya bersyukur..Alhamdulillah. Maha Suci Allah.

Ayat yang tertanam kukuh di hati saya..
"Mohonlah dengan DIA, Yang Maha Berkuasa memberikan apa yang kita pohon. Kalau DIA kata epel habis PhD dalam masa 2 tahun setengah, 2 tahun setengahlah.." Ayat itu nampak ringkas, tapi ianya menyebabkan saya menitiskan airmata. Moga Allah permudahkan perjalanan saya yang masih jauh ini...untuk sebuah keredhaan dariNya...

Di akhir majlis, jamuan makan tengahari disediakan, barisan panjang untuk mengambil makanan dipenuhi dengan wajah-wajah yang berseri-seri. Barisan yang beratur untuk mendapatkan tandatangan penulis selebriti pun panjang juga :). Saya puas hati, bersyukur padaNya dan sangat gembira sehingga saya merasakan saya sangat kenyang..tak lalu makan..Errmm..kena makan epel..nanti tak signifikanlah nama epel dan kadar kebulatan awak tu.. hihihihi :)

Ada juga saya tanyakan staf di pejabat tadi, kenapa tak datang kak? Antara jawapannya: "Tak tahu pun, ada jemputan ke?" (penat AJK Promosi sy buat poster dan hantar circular email), "tadi akak gi bank, balik tu nak solat, makan lagi...rehatkan sejam je...hati kecil sy membalas "kalau gi shopping...ooppsss...erm...tak jadilah nak komen..hihihi" dan juga "yelah..kerja kat atas ni tak habis-habis..macamanalah nak turun". Saya pahatkan dalam hati saya, abaikan mereka, saya perlu teruskan usaha ni, kalau khalayak yang itu tidak mahu turut serta dan hargai..ada khalayak lain yang sudi, insyaAllah......

Terima kasih Prof MKI, Puan Ainon, Encik Faris, Encik Ramadhan (wakil content feeder kepada program ASTRO-ada penggambaran ye..nantikan kemunculannya di ASTRO nanti-bila tu saya tak tahu, kena tanya Prof MKI), AJK majlis sambutan, staf fakulti dan juga sahabat-sahabat seperjuangan. Moga Allah memberkati kita. Ameen.

8 comments:

ayong afzan on Friday, January 18, 2008 at 10:15:00 AM GMT+8 said...

Syahdunya Kak...Sampai hari ni perasaan masih bercampur baur.

Saya sampai hari ni dari ulang2 baca THMSI sampailah dengar sendiri patah ucapan Prof semalam masih terasa kesayuan betapa kerdilnya kita yang memang bergantung harap padaNya. Untungnya dilahirkan sebagai Islam ni kan Kak, kita mempunyai Allah yang Maha Agung. Maka doa, doa dan doalah...Jangan berputus asa.
Semoga Allah melancarkan urusan kita semua. Moga terbuka pintu langit, makbul doa Prof pada akak semalam. InsyaAllah.

Saya merasa sangat bertuah dapat mengenali insan sehebat Prof MKI dan Puan Ainon.

p/s: Apa ye petua nak senang bangun malam bagi insan yang liat bangun macam saya ni? hihi

Jamal Abd Rahman on Friday, January 18, 2008 at 10:29:00 AM GMT+8 said...

salam epel.

saya dah boleh agak mcm mana ceramah tu jika Prof MKI yg dtg dan bg ceramah...

Dia bg ceramah pasal pengalaman dia naik hj ke? Mesti lebih drp apa yg ada dlm buku THMSI tu, sebab penulis sendiri bercerita..

Saya dah baca jugak buku dia..mmg sgt bagus sekali baca pengalaman MKI tu...no wonder buku tu jadi bestseller...beruntung sungguh UiTM ada org mcm Prof tu...

BTW tahniah anjurkan ceramah macam tu..kalau dkt nak jugak saya pergi dgr....kirim salam pd boss epel jugak..hehe

arsaili on Friday, January 18, 2008 at 11:08:00 AM GMT+8 said...

salam...erkkk kenyang ek..tu la bestnya function cam ni..sure ada makanan

Nor Ramli on Friday, January 18, 2008 at 11:50:00 AM GMT+8 said...

to ayong,
hmm...faham...faham...

to UJ,
terima kasih. Salam pada bos? saya tak janji. :)

to arsaili,
Ada makanan, untuk santapan jiwa dan santapan perut. :)

Nazhatulshima N on Friday, January 18, 2008 at 12:48:00 PM GMT+8 said...

Salam perkenalan,
Semoga segala doa termakbul. Berapa lama dah mulakan pengajian Phd? Saya masuk ke semester kedua. Salah seorang supervisee Prof Kamil.

Anonymous said...

salam,

salam kenal..aduh, jelesnya saya. teringin nak dengar juga ceramah tu. saya pun baru jd pelajar phd. baru sem 1. seronok pula dpt tau ada bloggers yg sdg sambung phd..moga kita saling sokong menyokong antara satu sama lain :)

Nor Ramli on Friday, January 18, 2008 at 3:01:00 PM GMT+8 said...

Salam buat Sdri Nazhatulshima,
Mudah-mudahan. Ameen. Saya semester kedua sepenuh masa. :)

Kassim Selamat on Saturday, January 19, 2008 at 12:45:00 AM GMT+8 said...

Salam,

Wah.....bertuah ek dapat bertemu dengan Prof. dan SifuPTS.

Sepatutnya hari tuu pakai ler baju/tudung serba hijau....barulah ngam dgn nama 'epelijau'(^_^)

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino