Semalam, Menteri Kesihatan mengumumkan perletakan jawatan untuk semua jawatan sama ada dalam kerajaan ataupun parti. Kata-kata akhir beliau semalam membuatkan aku berfikir lebih mendalam. Kata beliau, bukan dirinya seorang yang terlibat dengan skandal sebegini, ramai lagi ahli politik yang lain. Waahh....ramai ke?
Hari ini, aku pula yang mengalami kejutan..
Minggu lepas, prosedur yang melibatkan binatang menemui kegagalan. Masalah dikenalpasti, minta stok baru, mungkin ubat pelali itu sudah rosak. Semalam, saat aku dah nak mulakan prosedur, aku periksa semula peralatan yang diperlukan. Ermm..rosak?? Siapa pulak yang guna ni? Ish ish ishhhh....
Akhirnya alat tu masuk wad semalaman, nak didiagnos puncanya, janji pembekal hari ini alat tersebut akan kembali. Hari ni pula, bila dah kembali, rupanya bukan alat tu yang rosak, CPU komputer tu yang dijangkiti virus. Perlukan antibiotik nampak gayanya ni. CPU pula yang masuk wad...Ish ish ishhh...sabarlah epel. Ini semua dugaan.
Dalam penantian, tangan ni gatal pula nak menziarah blog sahabat-sahabat. Jenguk blog Prof MKI, ada surat terbuka dari Puan Ainon, aku tertarik, sebab rasanya memang tepat kena batang hidungku yang kurang mancung ni. Selalunya aku biarkan sahajasambil memberikan respon panjang berjela di dalam fikiran tanpa respon . Akan tetapi hari ni lain pula keadaannya. Aku hantarkan email ke Puan Ainon, bukannya apa, kerana merasakan betapa tepatnya pendapat beliau dengan situasi diriku ini. Lepas hantar, aku sambung buat kerja di makmal. Bila aku reload blog ni, aku nampak ada komen dari Puan Ainon. Beliau menyuruh aku menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Errmm. Aku tarik nafas perlahan-lahan sambil mencuba untuk menulis menggunakan BM yang baik. Hasilnya artikel inilah. Payah juga menulis menggunakan BM yang lengkap dan teratur. Itu pun masih banyak kesilapan penggunaan perkataan.
Terima kasih Puan Ainon, saya sebenarnya tak terfikir pun yang puan akan siarkan surat saya di laman web PTS beserta nama dan tempat kerja saya sekali. Errmm..kejutan sungguhsehingga satu lab boleh mendengar jeritan saya sebentar tadi.
Hari ini, aku pula yang mengalami kejutan..
Minggu lepas, prosedur yang melibatkan binatang menemui kegagalan. Masalah dikenalpasti, minta stok baru, mungkin ubat pelali itu sudah rosak. Semalam, saat aku dah nak mulakan prosedur, aku periksa semula peralatan yang diperlukan. Ermm..rosak?? Siapa pulak yang guna ni? Ish ish ishhhh....
Akhirnya alat tu masuk wad semalaman, nak didiagnos puncanya, janji pembekal hari ini alat tersebut akan kembali. Hari ni pula, bila dah kembali, rupanya bukan alat tu yang rosak, CPU komputer tu yang dijangkiti virus. Perlukan antibiotik nampak gayanya ni. CPU pula yang masuk wad...Ish ish ishhh...sabarlah epel. Ini semua dugaan.
Dalam penantian, tangan ni gatal pula nak menziarah blog sahabat-sahabat. Jenguk blog Prof MKI, ada surat terbuka dari Puan Ainon, aku tertarik, sebab rasanya memang tepat kena batang hidungku yang kurang mancung ni. Selalunya aku biarkan sahaja
Terima kasih Puan Ainon, saya sebenarnya tak terfikir pun yang puan akan siarkan surat saya di laman web PTS beserta nama dan tempat kerja saya sekali. Errmm..kejutan sungguh
2 comments:
Assalamualaikum,
Saya juga telam membaca surat puan di UNIKA PTS dan saya doakan puan akan berjaya keluarkan karya pertama dan setrusnya. inysaAllah.
W'salam Saudara Hakim Dirani. InsyaAllah..ameen. :)
Post a Comment