Friday, January 25, 2008

Cina Cik..keputusan mahkamah..Alhamdulillah..


SEREMBAN 24 Jan. – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengisytiharkan bahawa seorang lelaki, Gan Eng Gorr atau Amirr Gan, 74, adalah beragama Islam.
Hakim syarie Mohd. Nadzri Abdul Rahman yang membuat keputusan itu mengarahkan pihak yang menjaga jenazah Amirr supaya menyerahkannya kepada pihak pemohon untuk dikebumikan segera mengikut agama Islam dan hukum syarak.
Beliau mengeluarkan arahan itu ketika membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS), Pendaftar Mualaf dan seorang daripada anak lelaki Amirr, Abdul Rahman Gan, 47.
''Polis Diraja Malaysia (PDRM) hendaklah memberi kerjasama sewajarnya dalam proses tuntutan jenazah serta pengkebumian si mati,'' tegas Mohd Nadzri.
Mohd Nadzri membuat keputusannya setelah mendengar permohonan ex-parte yang difailkan bagi mendapatkan perintah bahawa Amirr adalah seorang Islam.
Pihak pemohon diwakili oleh peguam syarie, Siti Sharlina Mohd Shahran dan Mohd Fuad Mohd Shahran yang turut memfailkan satu lagi afidavit tambahan iaitu keterangan Pembantu Hal Ehwal Islam Unit Ukhuwah, Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Shasainie Siau Abdullah (menantu arwah rasanya ni).
Afidavit tersebut antaranya menyatakan si mati ketika itu walaupun dalam keadaan berbaring, secara waras dan sedar mengangguk kepala apabila ditanya sama ada mahu memeluk Islam.
Alhamdulillah. Syukur padaNya.

3 comments:

aku on Friday, January 25, 2008 at 1:44:00 PM GMT+8 said...

Asalamualaikum..

Manusia, ketika diberi segala kurniaan dan anugerah..kesihatan, harta benda dan lain-lain, kebanyakkannya menggunakan nafsu dan sedikit akal dalam menjalani kehidupan ini sehingga kebenaran tersembunyi dan tidak dihiraukan, samaada ianya nampak atau tidak.

Namun ketika usia meningkat tua, kebanyakkan kurniaan dan anugerah ditarik balik, maka ketika itu akal mula berfikir dengan baik dan nafsu pun terkawal dengan baik.

Ketika ini, kewarasasan akan lahir dan ketika ini jugalah Petunjuk Allah akan sampai kepada manusia itu. Kalau usia mudanya sudah berjaya menggunakan akal dan sudah berjaya mengawal nafsu, maka situasinya sama juga, Pentunjuk pasti akan juga sampai kepadanya.

Cina cik dipilih menjadi hambaNya walau di penghujung usia, sama-samalah kita berdoa agar arwahnya ditempatkan di kalangan manusia yang beriman.

Ameen.

zlaa on Monday, January 28, 2008 at 1:08:00 AM GMT+8 said...

Alhamdulillah, bersyukur pada kuasaNya dengan selesainya kes ini.

murnie sangat on Monday, January 28, 2008 at 12:25:00 PM GMT+8 said...

Alhamdulillah..semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman,aminnnn

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino