Pagi ini saya menyediakan goreng pisang untuk bekalan buat suami. Mak yang memberikan pisang sesikat, pisang nangka yang ditanam di belakang rumah. Pisang nangka sulung yang mak tuai dari kebun di belakang rumah.
Selepas selesai menggoreng, saya keluar menghantar suami ke kereta. Kemudian saya masuk ke dalam rumah. Berbau hangit dan asap memenuhi ruang dapur. Saya cuba bertenang dan meluru ke dapur gas. Rupanya kuali berisi minyak masih terpasang apinya, hampir 15 minit. Syukur alhamdulillah Allah memelihara kami. Api gas di tutup dan saya membuka pintu dapur dan pintu depan. Pasti jiran-jiran tertanya-tanya, apa yang berbau hangit di pagi hari Rabu ni ye? Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana menyelamatkan kami dari kemalangan. Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah. Maha Suci Allah.
Pisang goreng lebihan bekalan untuk suami saya bawa untuk adik-adik di makmal ini. Sudah licin pun. Moga Allah melindungi kami dari musibah dan bencana. Ameen.

2 comments:
Salam ...
pB pun pernah merasa pengalaman begini.
Ingatkan dah tutup api di dapur.
Punyalah syok borak kat luar.
Intai kat dapur, api dok me'nyala-nyala' dlm kuali ....
Syukur tak ada apa apa yang buruk berlaku ....
nasib baik akak ok..ala akak,lain kali minta acik goreng pisang yg berniaga tepi 7 eleven tu je gorengkan hehe..less danger okie hehe
Post a Comment