Semasa saya kecil, hidup kami sekeluarga susah. Ingatan saya hanya bermula dengan jelas semasa kaklong mendapat tawaran belajar di Canada, tahun 1983, ketika saya berusia 6 tahun. Waktu itu, abang ngah di MRSM Kuantan, Kaklang di TKC dan setahun kemudian kakcik pula ke TKC. Mak menjual kuih bagi membantu mengurangkan beban keluarga, ada kisahnya di sini, di sini dan di sini. Mak mula berniaga di depan rumah semasa aku berumur 5 tahun.
Ada seorang insan yang sering membantu mak di waktu mak kesempitan wang untuk modal, yelah..bukan hari-hari jualan mak habis semua, ada kalanya, waktu hujan lebat sepanjang pagi, hampir seperiuk nasi lemak berbaki, kuih-muih langsung tidak berusik. Bukannya membantu dengan meminjamkan wang, tetapi dengan membenarkan mak berhutang barang-barangan kering seperti tepung gandum, minyak masak dan juga bawang, cili serta ubi kentang. Insan ini tidak pernah berkira, setiap kali Hari Raya menjelma, dia akan menghantar seplastik besar berisi pati buah oren, kacang cap tangan dan juga biskut kering. Keluarga kami pula akan memberikan rendang, ketupat dan kuah kacang sebagai balasan. Insan itulah yang kami panggil dengan gelaran Cina Cik. Dia akan datang menghantar barang dengan seluar senteng bawah lutut, singlet pagoda dan juga helmet buruk dan bakul di belakang motornya selalu sahaja senget dengan barang-barang untuk para pelanggannya. Dia selalu berkata pada mak, "kau ambik dulu Cot (mak masa kecilnya dipanggil Kecut oleh sahabat-sahabatnya kerana mak adalah anak yatim piatu yang terabai dan tidak pernah cukup zat makanan, kesian mak...), kalau kau ado duit nanti kau bayar, kalau takdo, besok-besok anak-anak kau dah bosar, kau bayarlah, anak-anak kau ni sumuo ee pandai-pandai, kojo bagus sumuo ee nanti". Itulah dialognya, dia bercakap melayu loghat Negeri Sembilan yang pekat.
Malam tadi saya menelefon emak. Emak bercerita, Nekcik (nenek saudara saya) meninggal petang semalam, Pak Lan, jiran selang 3 buah rumah pula dijemputNya 4 hari lepas. Hari ini saya tiba-tiba teringat untuk menelefon emak sekali lagi. Mak memberitahu yang Cina Cik dah meninggal dunia. Saya tergamam sebentar, terbayang terus memori zaman kanak-kanak dan dewasa saya kerana sehingga ke hari ini, mak masih membeli barang di kedainya yang diuruskan oleh anak-anaknya pula.
Mak berkata, " Sambutlah dengan lafaz Innalillah..(sehingga akhir ayat), kerana rupanya Cina Cik sudah memeluk agama Islam..anak sulungnya yang merupakan seorang Islam yang membantu ayahnya tu," Saya terdiam. Sungguh saya bersyukur dengan perasaan berbaur hiba secara tiba-tiba.
Akan tetapi, anak-anak yang lain rupanya tidak mengetahui status agama ayahnya ini. Sehingga saat ini, jenazah Cina Cik masih di hospital kerana pertikaian tersebut. Doakanlah sahabat-sahabat sekalian, agar jenazah arwah dapat diuruskan dengan segera mengikut cara Islam. Sedekahkanlah al-Fatihah buat arwah Cina Cik..yang terlalu banyak budinya pada kami sekeluarga. Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

2 comments:
Allah berikan akal dan nafsu pada manusia tanpa mengira apapun agama dan bangsanya. Cumanya, ada yang salah atau tak berupaya menggunakan kedua-duanya dengan betul dan baik.
Cina Cik, walaupun bukan beragama Islam pada mulanya, beliau memiliki keupayaan untuk mengawal akal dan nafsu sehingga dapat dilihat daripada perbuatan dan perlakuannya. Tidak mungkin boleh bersikap baik kalau akal dan nafsu tidak dikawal dengan baik.
Ini kelebihan manusia yang berfikir dan berada dalam sistem nilai yang baik.
Alhamdulilah, siapa sangka..akhirnya Petunjuk Allah sampai ke dalam hatinya dan akhirnya beliau mati dalam ISLAM.
Kita yang Islam ni, apakah akhirnya akan mati dalam Islam? Insyaalah......
sedihnya..saba ye along..
Post a Comment