Wednesday, December 30, 2009

Pantas berlari


Sungguh benar janji Allah. Masa amat pantas berlalu.6 bulan lagi sebelum biasiswa berakhir dan saya masih bertungkus-lumus menyiapkan kerja yang saya rasa semakin bertambah di dalam senarai. Kami sudah berada di kampus Puncak Alam. Syukur alhamdulillah segalanya lebih mudah, yang tinggal kini adalah usaha maksimum saya untuk menyiapkan kerja-kerja di makmal dan juga menulis thesis. Saya rasa masih jauh lagi...seakan tidak nampak...

Monday, December 14, 2009

Hilang


8 malam tidur saya tidak nyenyak7 hari saya bersusah hati8 malam saya asyik sesak nafas7 hari perut saya memulas tidak bersebabHari iniSaya sujud syukurAtas izinNya saya kembali senyum Jumpa juga setelah mencari berhari-hariKepada yang menjumpainya Saya terhutang budiMoga Allah membalas kebaikannyaMalam ini mudah-mudahan saya dapat tidur dengan nyenyak dan aman...Owhh...apa yang membuatkan saya resah gelisah tidak tenang ye?Kunci...

Friday, December 11, 2009

LIMA


Akad berwaliIjab bersaksiLima tahun hari iniJanji Yang Esa Tetap terjadiSekujur tubuh tenang bersemadiEmpat tahun hari iniAtas segala nikmat dan dugaanSyukur tidak terhingga pada IlahiSemoga diberkati dan dirahmati...

Tuesday, November 17, 2009

Kotak dan plastik letup-letup


Semasa zaman kanak-kanak, saya dan adik-adik akan berebut untuk bermain dengan 'plastik letup-letup' yang biasanya dilampirkan sebagai penyerap hentakan untuk barang-barang mudah pecah dan juga barangan elektrik yang baru dibeli. Akan tetapi, untuk hari ini, buat masa ini, saya sangat tertekan melihat 'plastik letup-letup' tersebut. Dalam...

Friday, November 13, 2009

Saya Mahu Hadiah PTS


SAYA MAHU HADIAH PTSSaya menerima email dari sahabat tentang peraduan ini. Aktiviti yang bagus untuk cuti sekolah bagi yang berkemampuan. Membaca itu umpama mengembara. Itulah yang selalu saya pegang semasa kecil kerana tidak berkemampuan untuk bercuti semasa cuti sekolah. Selamat mencu...

Thursday, November 12, 2009

Dilema


Saya ingin membeli kasut baru. Akan tetapi saya masih ada kasut yang sudah berumur 2 tahun tapi masih berkeadaan baik. Saya boleh membeli kasut lagi tetapi nanti yang lama ini akan terbiar begitu sahaja. Itulah masalah saya. Saya tidak pandai untuk menggunakan lebih sepasang kasut dalam satu masa. Jika lebih dari sepasang, saya akan terlupa dan lama nanti baru saya ingat kembali. Saya akan membeli kemudian memakainya sehinggalah...

Tuesday, November 10, 2009

November dan Disember


Saya mengharapkan agar dapat menyiapkan beberapa eksperimen penting dalam tempoh sebulan setengah ini . Ianya sangat signifikan kerana ini akan melengkapkan data bagi satu bab dalam thesis saya bukan bab terakhir ye, sekaligus penting untuk penulisan jurnal akademik yang akan bersangkut paut dengan keperluan untuk beberapa permohonan penting....

Monday, November 09, 2009

61


(foto: kredit Berita Harian)Setelah 61 tahun menanti, pada perlawanan akhir ke 3 selepas 1948 akhirnya pasukan Negeri Sembilan berjaya mengungguli Piala Malaysia versi 2009. Wahh!! Bangganya saya selaku anak nogoghi menonton perlawanan akhir di kaca TV Sabtu malam yang lalu. Seronoknya jika saya dapat ke stadium menyaksikan perlawanan tersebut...

Tuesday, November 03, 2009

66


MakDoa yang terlafaz dari lubuk hatimu Aku tahu Semuanya dipenuhi permohonan pada yang Esa Agar diri kami, anak-anakmu sejahtera sentiasa MakSetiap hela nafasmuSetiap langkahan kakimu Hanya berharap keredhaan dari yang Esa Untuk kita sekeluarga Mak Tidak terucap lafaz kasih sayang dan penghargaan buat mak Tidak terlafaz susunan kata terindah...

Azimah


Saya menghadiri majlis konvokesyen para pelajar kelompok keempat, FF pada 28 Oktober yang lalu di DSB. Ianya adalah rutin tahunan saya walaupun sedang cuti belajar kerana mereka pernah menjadi pelajar saya. Walaupun acaranya agak membosankan tetapi berbaloi apabila melihat sendiri mereka bergraduasi....(sayakan emosional orangnya)...hahaha...Gambar...

Thursday, October 29, 2009

Wahid Malizia...


Setiap pagi saya memandu ke tempat kerja dan adatlah untuk berjumpa dengan telatah pemandu yang pelbagai. Pagi ini, seperti lazimnya juga, di hadapan Klang Sentral, kenderaan beratur panjang untuk laluan ke Klang dan Setia Alam. Apabila sudah panjang barisan, akan adalah 'pemandu bengap' yang tidak mahu beratur tetapi mahu sampai dahulu. Pemandu-pemandu bengap ini memang melambangkan konsep wahid Malizia yang dicanagkan pemimpin...

Monday, October 26, 2009

Qaseh Nur Qalesya


Qaseh Nur Qalesya dilahirkan secara pembedahan pada pagi semalam, jam 10.50. Owhh...bukan anak saya...tetapi anak saudara saya, ini majlis walimah ibu dan ayahnya...Setakat ini, hipothesis anak lelaki keluarga kami memperolehi anak perempuan masih benar, sekurang-kurangnya untuk ke 3 orang anak perempuan angah dan juga anak sulung adik bongsu...

Wednesday, October 07, 2009

Wajah-wajah


Musim Syawal kali ini, saya hanya sempat berkunjung ke beberapa rumah sahabat dan saudara-mara selain menghadiri perjumpaan semula sahabat warna-warni kehidupan zaman kanak-kanak dan remaja saya dahulu. Ianya memenatkan tetapi membahagiakan dan juga mengeratkan silaturrahim. Lihatlah gambar-gambar yang banyak ini. Minggu ini dan seterusnya...

Monday, September 28, 2009

Hi tea


Kembali bekerja.Saya sebenarnya sudah mula bekerja pada Jumaat dan Sabtu lepas. Banyak kerja perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang tinggal. Saya perlu membuat kerja dengan pantas. Tahun ini, kami tidak mempunyai ruang masa yang sesuai untuk majlis khusus rumah terbuka seperti tahun lalu. Kami alu-alukan tetamu yang ingin bertandang dan...

Sunday, September 20, 2009

1 Syawal 1430H


Pergi ke masjid solat sunat aidil fitriBerbaju biru sedondon kami suami isteriDoa dipohon pada IlahiSemoga aidilfitri ini diberkati dan dirahmatiPenatnya badan tidak terperiTetamu berbondong datang menziarahiMembasuh pinggan mangkuk tidak kering jari...hihihi Tapi baju raya tetap tersarung indah berseri..Sepuluh jari disusun indahmohon maaf...

Saturday, September 19, 2009

Nasi dagang..


Dua hari berbuka puasa di rumah mertua, banyaknya hidangan yang dinikmati. Pasar ramadhan yang hanya sekali dua saya jejaki di Shah Alam saya lawati hari-hari di sini. Banyaknya hidangan yang dijual...macam-macam nama ada. Saya menikmati santapan mata sambil memberitahu hati dan akal...jangan ikutkan nafsu...nanti tak habis makan, membazir....

Thursday, September 17, 2009

Perjalanan


Dengan izin Allah Yang Maha Penyayang, ini adalah tahun kelima kami menyambut Ramadhan dan Aidilfitri sebagai suami isteri. Dalam tempoh itu, 2 kali beraya saya memandu untuk pulang ke kampung dan tahun ketiga barulah suami boleh memandu. Setelah boleh memandu, seingat saya hanya 2 kali saya memandu ketika keluar bersama itu pun saya paksa suami menaiki vi-junior kami. Hihihi...Hari ini, kami pulang ke KT dan sudah selamat sampai...

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya..Eid Mubarak


Hari ini sudah hari yang ke 26 kita di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Ianya semakin tiba di penghujung. Semoga semua amalan yang kita lakukan diterima Allah dan diberikan ganjaran pahala. Moga juga kita beristiqamah dan menjadi insan yang lebih baik. Esok insyaAllah saya dan suami akan pulang ke Kuala Terengganu. Tahun ini giliran untuk menyambut 1 Syawal bersama keluarga suami. Kemudian kami akan pulang ke Seremban...

Monday, September 14, 2009

Manik-manik bertaburan


Hobi saya ialah menjahit manik. Tak percaya ke? Saya sendiri pun tidak mempercayainya. Ianya bermula ketika saya berumur 18 tahun. Ketika itu, kaklang dan kakcik bakal melangsungkan perkahwinan dan saya bercuti semester. Saya menjahit manik dan labuci di kedua-dua baju pengantin mereka. Mereka menjahit sendiri baju pengantin...nak tempah...
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino