Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya..Eid Mubarak


Hari ini sudah hari yang ke 26 kita di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Ianya semakin tiba di penghujung. Semoga semua amalan yang kita lakukan diterima Allah dan diberikan ganjaran pahala. Moga juga kita beristiqamah dan menjadi insan yang lebih baik.
Esok insyaAllah saya dan suami akan pulang ke Kuala Terengganu. Tahun ini giliran untuk menyambut 1 Syawal bersama keluarga suami. Kemudian kami akan pulang ke Seremban pula.
Saya dan suami ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua. Mohon maaf andai ada salah silap dari segi penulisan atau apa sahaja kesalahan yang mungkin tidak disedari. Semoga Ramadhan yang bakal berlalu memberikan seribu satu keinsafan dan pengajaran serta berjaya mendidik jiwa dan menggandakan keimanan kita semua.

2 comments:

Matun said...

Selamat Hari Raya Am, buatlah open house boleh aku datang

umeboshi on Thursday, September 17, 2009 at 10:18:00 AM GMT+8 said...

salam aidilfitri buat am sekeluarga. maaf zahir batin! meh la dtg umah.. by the way, cantik la jahitan manik2 am tu :-) tgk gambo kat entry2 am sebelum nih.

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino