Monday, September 14, 2009

Manik-manik bertaburan


Hobi saya ialah menjahit manik. Tak percaya ke? Saya sendiri pun tidak mempercayainya. Ianya bermula ketika saya berumur 18 tahun. Ketika itu, kaklang dan kakcik bakal melangsungkan perkahwinan dan saya bercuti semester. Saya menjahit manik dan labuci di kedua-dua baju pengantin mereka. Mereka menjahit sendiri baju pengantin...nak tempah mahal. Ketika itu, kaklang masih lagi doktor pelatih di HTJ dan kakcik pula sebagai eksekutif IT di Time. Menjahitlah saya mengikut imaginasi saya dan keduanya selamat di pakai pada hari bahagia mereka. Kemudian ianya terhenti di situ..
Semasa tamat pengajian di USM sekali lagi saya terjebak dengan hobi bermusim ini. Kali ini untuk baju yang dipakai untuk graduasi. Fikiran saya ketika itu, saya akan diambil gambar untuk menerima skrol kosong dan yang akan jelas kelihatan ialah bahagian tangan, jadi saya pun menjahit manik dengan agak melampau di bahagian hujung tangan baju kurung saya. Saya tidak ingat ketika itu adalah musim manik atau tidak kerana saya tidak kira itu semua, bila saya ingin menjahit saya akan jahit juga. Tak ikut trend kata orang.
Tahun lepas, kak Awwa telah membantu jahitkan manik di baju saya. Tidak diupah pun, kak Awwa tidak mahu bayaran.Terima kasih kak Awwa. Cantik kedua-dua baju raya saya yang berwarna hijau itu selepas dirias dengan manik. Selepas raya tahun lepas, adik bongsu saya melangsungkan perkahwinan. Saya menjahit manik untuk baju kaklong dan kakcik secara suka-suka juga.
Di awal Ramadhan kakcik meminta saya menjahitkan manik untuk baju rayanya. Ada 2 pasang, saya menawarkan diri pula untuk menjahitkan manik pada baju raya kaklong. Siap semuanya 3 pasang tetapi baju raya saya tidak bermanik. Saya sudah sakit belakang dan manik sudah disimpan. 10 malam terakhir lebih bermakna jika saya penuhi dengan bermunajat kepadaNya.
Akan tetapi, saya gembira, sudah dihantar baju kepada tuan-tuannya dan sudah diperolehi upah yang sangat berpatutan...







2 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, on Monday, September 14, 2009 at 8:59:00 PM GMT+8 said...

epal hijau..cantik2nya manik itu, akak suka juga menjahit manik2 ni tapi sbb masalah mata yg sudah tua, malas rasanya mahu menjahit..natijah dari itu, maka belilah baju yang sudah siap dijahit badan sehingga ke manik2nya..

Nor Ramli on Tuesday, September 15, 2009 at 9:01:00 AM GMT+8 said...

Kak yati..terima kasih.
Baju epel tak jahit pun..baju kakak-kakak je. Epel nak beli baju dah siap masalah sikit. Saiznya kena yang besar-besar. Jarang ada koleksi yang berkenan. Jadi tempah jugalah.

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino