Saya mengharapkan agar dapat menyiapkan beberapa eksperimen penting dalam tempoh sebulan setengah ini . Ianya sangat signifikan kerana ini akan melengkapkan data bagi satu bab dalam thesis saya bukan bab terakhir ye, sekaligus penting untuk penulisan jurnal akademik yang akan bersangkut paut dengan keperluan untuk beberapa permohonan penting. Selain itu, saya juga 'berlawan' dengan tempoh yang ada sebelum makmal kami ini berpindah sepenuhnya ke Puncak Alam bermula penghujung November ini. Memikirkannya pun sudah membuatkan saya mengah dan penat. Namun saya yakin, ini adalah dugaan yang Allah berikan buat saya dan pastinya dititipkan juga kekuatan untuk saya laluinya. Saya berdoa agar urusan eksperimen ini dipermudahkan Allah SWT. Tempoh yang panjang akan melibatkan beberapa majlis keluarga kenduri kahwin, kenduri akikah, kenduri berkhatan dan hari raya aidiladha. Saya tidak mengharapkan semua ahli keluarga faham keadaan saya yang mempunyai masa yang sangat terbatas ini. Sebaliknya, saya akan lebih perlu memanfaatkan masa yang ada seperti yang saya baca di dalam catatan Prof Kamil yang dipetik dari blog Puan Sifu PTS- hanya orang yang sibuk mempunyai masa. Ya Allah...permudahkanlah urusan saya. Saya ini hamba yang lemah dan tidak berdaya. Berikanlah saya kekuatan yang luar biasa, kesabaran para nabi dan rasul dan ilham yang tidak putus-putus untuk proses ini dan seterusnya. Sesungguhnya sepenuh penggantungan saya hanya padaMu ya Allah...Ameen...
p/s: Bunga matahari, tulip dan lily adalah bunga kegemaran saya....:)
p/s: Bunga matahari, tulip dan lily adalah bunga kegemaran saya....:)
3 comments:
belum masuk lagi tu bab kenduri doa selamat nak ke Mekah dan kembali.
p/s - moga dipermudahkan segala urusan
huhu.. same condition.. ttg eksperimen..masa tak cukup.. Doakan urusan kita dipermudahkan.
Kak Jie: Itulah...dugaan...terima kasih :)
kak Zlaa: Itulah...itulah...itulah...uwaaaaa
Post a Comment