Saya menghadiri majlis konvokesyen para pelajar kelompok keempat, FF pada 28 Oktober yang lalu di DSB. Ianya adalah rutin tahunan saya walaupun sedang cuti belajar kerana mereka pernah menjadi pelajar saya. Walaupun acaranya agak membosankan tetapi berbaloi apabila melihat sendiri mereka bergraduasi....(sayakan emosional orangnya)...hahaha...
Gambar di atas adalah saya dan Azimah...Azimah adalah rakan sekelas saya ketika di Matrikulasi II, USM tahun 1996-97. Azimah merupakan sifu kami terutama bagi subjek Matematik dan juga Biologi. Beliau cerdik dan cepat tangkap...saya? Saya selalu berguru dengan beliau ketika itu. Soalan tidak dapat diselesaikan, beliaulah yang saya cari untuk membantu saya. Selepas matrikulasi, kami terpisah, saya di kampus induk USM manakala Azimah mendapat biasiswa ke UK untuk melanjutkan pangajian dalam bidang perubatan. Tiada khabar berita tentangnya sehinggalah saya mendengar khabar angin Azimah ditimpa ujian dan tidak dapat meneruskan pengajian di UK. Pada tahun 2005, sebelum pengambilan pelajar ijazah pertama dilakukan, saya terserempak dengan Azimah di pejabat am fakulti. Kami sama-sama terkejut. Beliau rupanya ingin memohon memasuki program ijazah sarjana muda farmasi selepas tamat diploma mikrobiologi (mendapat anugerah naib canselor-6 semester memperolehi CGPA > 3.5). Azimah termangu apabila mengetahui saya sudah bekerja dan akan mengajarnya nanti...saya juga termenung panjang.
Akhirnya, Azimah diterima ke program FF. Bermulalah cabaran yang saya kira agak besar dalam kerjaya saya-mengajar rakan sendiri yang dahulunya adalah pakar rujuk saya. Kuliah pertama yang perlu saya sampaikan buat kelompok pelajar yang 'ada Azimah' di dalamnya cukup membuatkan saya serba-serbi tidak kena walaupun ketika itu saya sudah ada pengalaman mengajar. Setiap kali saya perlu memberikan kuliah untuk kumpulan 119 orang pelajar termasuk Azimah, saya akan kembali gementar sehinggalah mereka di tahun ke 3 dan saya mula cuti belajar.
Azimah di peringkat sarjana muda juga cukup cemerlang. Beliau disebut-sebut sebagai calon ANC pertama FF kerana sehingga semester ke 7, beliau sentiasa mendapat anugerah dekan (GPA> 3.5). Belum rezeki beliau dan FF, semester terakhir, saya sangat hampa mendengar perkhabaran beliau tidak berjaya memperolehi AD
2 comments:
siankan azimah apple ya, hidup beginilah..lain dirancang lain yang jadi, teringat seorang boss ketika bekerja di bank dahulu (dia cina), yatie jangan sesekali kita hina orang bawah kita kerana satu masa nanti..datang kuasa tuhan, dia akan menjadi ketua kita..
Yelah kak Yati...
Oleh kerana itu kita tidak boleh meninggi diri mendabik dada kelebihan kitakan kak..Sentiasa berpijak dibumi nyata kerana apa yang kita perolehi boleh diambil balik sekelip mata.
Post a Comment