Tuesday, November 17, 2009

Kotak dan plastik letup-letup


Semasa zaman kanak-kanak, saya dan adik-adik akan berebut untuk bermain dengan 'plastik letup-letup' yang biasanya dilampirkan sebagai penyerap hentakan untuk barang-barang mudah pecah dan juga barangan elektrik yang baru dibeli. Akan tetapi, untuk hari ini, buat masa ini, saya sangat tertekan melihat 'plastik letup-letup' tersebut. Dalam kesibukan kerja makmal yang banyak ini, kami terpaksa membungkus dan memindahkan barang-barang ke makmal baru di kampus Puncak Alam. Jika berpindah rumah sudah dianggap sukar, bayangkan untuk memindahkan segala isi kandungan makmal ini dengan instrument yang besar dan komplikated, radas yang hampir semuanya diperbuat dari kaca, bahan-bahan kimia, tisu dan sel hidup serta TIKUS!!


Ini meja kerja saya yang sarat dengan segala macam kelengkapan berus gigi, ubat gigi dan pencuci muka pun ada dalam beg kecik berwarna hijau itu.
Ini sampel saya dan rakan-rakan yang diletakkan di dalam mangkuk pijar yang dibalut dengan kerajang aluminium untuk sampel yang sensitif terhadap cahaya. Di dalam mangkuk pijar itu diisikan pula dengan butiran gel silika untuk memastikan sampel tidak lembab.

Radas-radas kaca yang sangat banyak...uwaaaaaaaaa....



Inilah kotak-kotak dan juga plastik letup-letup yang bergulungan sangat besar. Agaknya, jika gulungan ini dulu kami jumpa semasa masih kanak-kanak mesti satu kampung dapat bermain letup-letup sampai pengsan..hahahaha....

Ermm..memang tertekan.

Akan tetapi, perkara baik disebalik perpindahan ini adalah:
1. Kami tidak perlu lagi bersesak dengan para pelajar yang sangat ramai di kampus induk - ketenteraman minda yang maksimum dengan kedamaian dan kehijauan kampus baru ini nanti.
2. Jarak dengan rumah saya adalah kurang dari kampus induk dan ianya adalah laluan BEBAS TOL...wahhh!! Jimatlah baki kredit kad sentuh dan blah pergi saya serta jimat jugalah bateri 'tag pintar' saya.
3. Di sekeliling kampus baru nanti adalah kawasan kampung, ianya agak jauh dari sebarang objek bangunan yang menempatkan pusat membeli belah atau rangkaian restoran yang banyak selamat tinggal SACC, PAS, kompleks PKNS, Plaza Masalam, JJ Bukit Raja..uwaaaaaaaaaaaaa . Oleh itu, diharapkan agar saya lebih menumpukan perhatian kepada tikus, eksperimen dan penulisan journal dan thesis.
4. Saya dengar pilihan makanan di sana tidak banyak, jadi saya akan lebih cekap memasak kerana perlu membawa bekal ini akan saya justifikasikan kemudian hari apabila sudah berpindah, mana tahu situasinya berbeza dengan apa yang saya bayangkan ini.
5. Oh ya!! Sifu menyediakan ruangan pantri lengkap dengan penapis air minuman ye.. dan juga surau untuk kami.
6. Tempat letak kerata adalah berbumbung! Wahhh....selamatlah Vi junior dari panahan bunga-bunga matahari ataupun hujan asid yang lebat.
7. Saya akan melalui kedai jual nanas yang murah hahaha..tiba-tiba sangat..entah apa kaitan nanas dengan saya agaknya
8. Saya akan melalui Jalan Kopi yang kurang kesesakan jalanraya di waktu pagi yang indah dan berkabus.
9. Saya tidak akan balik lewat malam lagi atau jika kerja lewat di makmal, saya akan menumpang kasih tidur di rumah adik-adik yang berhampiran. Oh ya! Hampir 98% pelajar sifu saya berpindah rumah ke Puncak Alam. Sewanya murah. Rumah teres 2 tingkat cuma RM350. Rumah flet pula sewanya RM250- 270 sahaja (termasuk bayaran mantainance).
10. Hmmm...yang paling penting.....di Puncak Alam, saya ada bilik saya sendiri kembali. Subhanallah....
Benarlah janji Allah...pada setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan.

Semoga penghijrahan ini akan membawa kejayaan yang lebih bermakna buat kami semua. Ameen...

7 comments:

anis-chan on Tuesday, November 17, 2009 at 4:35:00 PM GMT+8 said...

wah wah cik am.. dah pindah tmpat baru mcm seronok eh..

sewa 350 teres 2 tingkt??? rasa cm nak pengsan dgr murah nyaaaaaa!!! dulu saya dok flat pun 600..

wirdiana on Tuesday, November 17, 2009 at 6:54:00 PM GMT+8 said...

Salam pn am...
welcome to puncak alam yang kusayangi.. huu~
pcayalah besttttttt dok cni...

tp kn..
pasni student kna park keta under 'bunga matahari' la? alaaa...
kedai makan kt bndr PA yang seciput jek tu kna share ramai2 la? aaaa....

;-P

Kujie on Tuesday, November 17, 2009 at 8:15:00 PM GMT+8 said...

kalau dah byk macam tu , tak larat nak letup2 lagi...kot-kot jari yang melecet

dulu pasai sikit..tu yg dok rebut2

:p

Nor Ramli on Wednesday, November 18, 2009 at 7:43:00 AM GMT+8 said...

Anis: Yup yup yup..Murahkan.
Wirdiana: Hmm..begitulah nampaknya. :)
Kak Jie: Tulah..hat sikit tu yang nak berebut sangatkan. :D

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, on Wednesday, November 18, 2009 at 10:29:00 AM GMT+8 said...

selamat berpindah! murahnya sewa, macam di seremban pula..
di kajang sekarang ni am, rumah teres pun dah rm800..semuanya serba mahal...

Kurma on Thursday, November 19, 2009 at 9:02:00 AM GMT+8 said...

Am.. kalau ko boring, situ kan ada Saujana Utama.. ada supermarket.. pahtu kalau ko boring gak.. situ ada Alinda Mamat..

Kurma on Thursday, November 19, 2009 at 9:02:00 AM GMT+8 said...

oh Alinda Mamat tokey tupperware yg berjaya kihkih

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino