Thursday, September 17, 2009

Perjalanan


Dengan izin Allah Yang Maha Penyayang, ini adalah tahun kelima kami menyambut Ramadhan dan Aidilfitri sebagai suami isteri. Dalam tempoh itu, 2 kali beraya saya memandu untuk pulang ke kampung dan tahun ketiga barulah suami boleh memandu. Setelah boleh memandu, seingat saya hanya 2 kali saya memandu ketika keluar bersama itu pun saya paksa suami menaiki vi-junior kami. Hihihi...
Hari ini, kami pulang ke KT dan sudah selamat sampai pun. Alhamdulillah. Buat pertama kalinya kami bergilir-gilir memandu-mengantuk katanya..Hihihi...saya ok je. Akan tetapi, berderetlah senarai boleh dan tidak boleh buat ketika memandu yang perlu saya dengar. Amboi...anak murid dahulu sudah mengajar guru ye..Hihihi...
Sepanjang perjalanan tadi, banyak sekali perangkap halaju, polis peronda dan juga sekatan jalanraya. Alhamdulillah kami tidak memandu dengan laju...hanya dengan kadar sederhana sahaja.
Owhh..!! Saya boleh online kerana...nampaknya DPPSPM belum lagi menutup suis server wireless mereka. Hihihi..Terima kasih ye...
p/s: mak mertua saya begitu 'gagah' dan sihat hari ini, almaklumlah anak bongsu kesayangan pulang, sudah siap gulai ikan yu - masakan tradisi turun temurun keluarga ini di atas dapur.

0 comments:

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino