Thursday, January 08, 2009

Akhirnya..


Akhirnya saya keluar dari 'persembunyian' sementara. Terlalu banyak perkara yang terjadi. Ada suka duka gembira dan derita, seiring tajuk blog ini. Diam tak diam, sudah 3 tahun usia blog ini. Masa berlalu begitu pantas. 1430 sudah muncul..2009 sudah menjelma dan saya masih di sini. Hihihi..baki biasiswa masih ada 18 bulan..seram sejuk saya dibuatnya. Banyak lagi kerja yang perlu disiapkan beserta rancangan Sifu untuk 'post' saya sementara ke tempat lain...

Apa yang berlaku sepanjang saya berdiam diri? Ringkasnya..majlis walimah sepupu rapat suami berlangsung di Perlis dan Shah Alam, majlis walimah adinda bongsu saya di Selayang dan Seremban, saya jatuh sakit, tidak larat bangun selama 3 hari, suami saya menghadapi peperiksaan akhir semester pertama, ibu mertua mengalami serangan jantung, mak saya jatuh dan cedera di kaki dan sekembalinya kami dari kampung, kami terlibat dengan kemalangan jalanraya yang mengakibatkan tayar pecah dan bumper kemek teruk...semuanya berlaku secara berturutan dan molek susunannya. Bersama sinar 1 Muharram yang menjelma, saya berharap dan berdoa dengan penuh sifat kehambaan..moga Allah memberikan kemudahan untuk perjalanan pengajian PhD saya. Saya memohon dengan penuh kerendahan hati, moga Allah memberikan juga kekuatan untuk saya menempuhi segalanya. Namun, saya tetap bersyukur kerana masih diberikan ruang untuk meneruskan perjuangan ini. Tidak juga Allah berikan kesukaran sahaja..banyak juga kemanisan yang tersirat antara setiap dugaan itu dan biarlah saya simpan sendiri sahaja.
Hantaran di walimah adinda bongsu saya
Selamat pengantin baru buat adinda bongsu Selamat pengantin baru buat sepupu suamiTomato ceri yang mak tanam sudah mula mengeluarkan hasil

Ulangtahun perkahwinan kami yang keempat juga sudah berlalu. Saya jarang sekali menyebut tentang anak. Siapa yang tidak mengharapkan dikurniakan cahayamata buat menyambung zuriat namun ketentuan Ilahi belum memberikan rezeki buat kami. Saya pernah keguguran...ketika itu saya sedang mengikuti kursus induksi di awal perkahwinan. Saya tidak menyedarinya dan hanya mengetahui tentangnya ketika usianya sudah 6 minggu. Ketika itu kami amat gembira dan bersyukur. Saya lebih lagi kerana saya memang selalu berjumpa dengan pakar sakit puan atas masalah kesihatan. Namun 'dia' hanya dipinjamkan selama 7 minggu..4 hari selepas ujian kehamilan, saya mula mengalami kesakitan. Diringkaskan cerita, saya dimasukkan ke wad dan kami kehilangan. Ianya memori sedih. Selepas 4 tahun, kekerapan pertanyaan 'bila nak berisi?', 'berapa orang dah?' ataupun...'ehh...tak bawak anak sekali ke?' semakin bertambah. Saya redha, Allah belum mengizinkan untuk kami..hikmahnya hanya Allah jua yang maha mengetahui.


5 comments:

Awwa on Friday, January 9, 2009 at 2:44:00 PM GMT+8 said...

salam epel..erm dah kuar dr persembunyian ek..apa2pun sabar ajelah ujian dari Allah s.w.t......


nak tomato ceri nak benih n anak dia ada tak hihihih........

Anonymous said...

salams, am semoga cecepat habis PhD , mungkin lepas tu dapat baby? Ameen... kita hanya merancang.. DIA yang menentukan segalanya...

NURAZZAH8 on Sunday, January 11, 2009 at 2:25:00 PM GMT+8 said...

salam, semoga tahun baru membawa erti baru dalam kehidupan...InsyaAllah sama-sama lah kita mgnharungi perjalanan PhD ...masih lagi tersangkut dalam penulisan....

Nor Ramli on Monday, January 12, 2009 at 8:50:00 AM GMT+8 said...

salam kak awwa..
terima kasih. Tomato ceri tu mak tanam dari buahnya je..baling2 dlm pasu pastu bertunas...mak alihkan pokok...
salam nani..
terima kasih...mudah-mudahan...
salam kak azzah...insyaAllah mudah-mudahan...moga Allah mudahkan untuk kak azzah juga...

Anonymous said...

Assm...

Saya memahami rasa hati anda. Empat tahun belum lama.Saya sendiri dah 10 tahun walimah tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Dah pelbagai ikhtiar diusahakan, mungkin perlu lebih tingkatkan tawakal kepada Allah. Mungkin ada hikmahnya...kini saya dan suami sedang siapkan PhD kami...sama2lah kita doakan Allah permudahkan urusan kita didunia dan diakhirat.

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino