Saturday, August 28, 2010

Kasut raya


Saya membaca kisah ini di blog Prof. Kamil. Ia mengimbau kenangan saya ketika zaman kanak-kanak.Adik-adik beradik kami 7 orang. Along, Angah, Alang, Acik, Ateh, Uda dan Boboi. Anak kedua dan ketujuh lelaki. 7 orang tidak boleh dimuatkan untuk menaiki kereta apatah lagi motorsikal. Kadangkala semasa menyambut hari raya, kami tidak di bawa...

Wednesday, August 25, 2010

Telah kembali atas permintaan ramai


sedang menjamu selera Sistem sangkar 'mereka' Alhamdulillah...'Budak-budak kecil' ini sudah sampai. Saya jadi senang hati mengatur kerja yang perlu dilakukan. Apabila tiba musim raya nanti, sebahagian 'mereka' sudah tiada di dunia yang fana dan sebahagian dari 'mereka' terpaksa saya tinggalkan dgn bekalan makanan dan minuman. 1 sangkar...

Tuesday, August 24, 2010

Apabila kura-kura terbalik..KISAH BENAR


                                                             ...

Saturday, August 21, 2010

I need to go back to Cambodia


Pagi tadi saya tertidur semasa menunggu waktu Dhuha. Saya perlu menyertai tadarus Al Quran yang diadakan untuk kaum hawa di surau AP pada jam 9 pagi. Akibat suasana yang sungguh indah dan suhu bilik pula agak dingin, saya tertidur sehingga jam 9.30 pagi itupun kerana sifu menghantar pesanan ringkas mengandungi perkataan 'serious mistake' di dalamnya. Ada rasa terkilan di dalam hati saya kerana tidak dapat mengikuti program tersebut....

Tuesday, August 17, 2010

7 Ramadhan


Saya baru selesai bermesyuarat dengan penyelia. Temujanji dilakukan seawal jam 7 pagi. Walaupun sudah lebih 4 tahun, namun apabila ada sahaja perbincangan dengan penyelia, darah gemuruh saya tidak pernah hilang. Ada sahaja debaran yang melanda. Selepas perbincangan, saya menarik nafas lega. Alhamdulillah. Mudah-mudahan perancangan ini diberkati Allah. Kerja saya sudah banyak kali tertangguh kerana tikus-tikus mendapat jangkitan...

Thursday, August 12, 2010

Kesesakan lalu lintas


Ramadhan Mubarak ! Ramadhan Kareem! Ahlan ya Ramadhan. Ini adalah tahun pertama saya berpuasa di kampus PA dan disebabkan banyak urusan sepanjang hari saya terlupa untuk berfikir tentang keadaan lalu lintas dari PA ke Meru. Semalam saya pulang cukup awal-jam 5 petang dan merancang membeli juadah berbuka di satu kedai makan kegemaran saya di Jalan Setia Jaya. Kuih manis akan dibeli di mana-mana sahaja nanti. Petanda awal kesesakan...

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan 1431H


Salam Ramadhan buat semua. Moga ia menjadi Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya. Epelijau ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan sepanjang bersiaran. RamadhanKedatanganmu kali iniKusambut dengan perasaan berbezaMungkin kematangan makin ketaraMoga dapat kupenuhi temujanji ibadah seperti dirancang sejak lamaMoga ibadahku diterimaMenjadi istiqamah dilaksana sepanjang usiaMoga diizinkan pula untukku temui...

Friday, August 06, 2010

2 hari lagi 33


Hari ini kepala saya sakit berdenyut-denyut selepas terserempak dengan big bos di pejabat pagi tadi. Soalannya mudah, saya boleh menjawab tapi impak dari bahasa tubuhnya membuatkan saya menjadi hilang punca terus sakit kepala...hahahaha.Sambil mengedit kertas penyelidikan saya, loceng pintu makmal berbunyi nyaring dan banyak kali pula tu...rupanya...

Monday, August 02, 2010

Pelangi


Suami saya mula bekerja tetap selepas 2 tahun setengah perkahwinan kami. Ianya saat yang sukar untuk ditempuhi dan tika mengenangnya kembali kini, kesyukuran yang tidak terhingga kami panjatkan buat Allah Yang Maha Pemurah atas rezeki yang diberikan buat kami. Suami berkorban melepaskan perniagaan dan juga kerjaya sebagai pendidik bagi penghuni...
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino