Awal pagi saya menelefon mak. Mak sakit rupanya. Tidak larat bangun sejak semalam. Mak menghidap penyakit kencing manis dan masalah hematouria. Sudah lebih 10 tahun..dan mak tidak pernah sakit teruk kecuali selepas pembedahan kerana masalah sakit puan semasa saya di tahun akhir di USM dan sekali lagi selepas majlis walimah saya dan suami 3 tahun dahulu. Mak demam panas selepas majlis dan tidak boleh bangun selama hampir seminggu....
