Thursday, March 06, 2008

PINJAM


Saya ada membaca novel hasil tangan penulis pujaan saya - Shamsiah Mohd Noor. Saya mengenali hasil karya beliau lewat "Tangisan Bulan Madu", "Sindora" dan "Kemboja Berguguran". Seringkali terjadi tika membaca novel beliau saya akan tertawa dan menangis sehingga sakit kepala. Haaa..itulah saya. Tak boleh menangis, migraine akan segera menyerang.

Terbaru hasil nukilan beliau ialah Bulan Berbisik. Novel yang sangat menyentuh hati. Saya selaku wanita yang sering terbawa-bawa dengan hasil penulisan pengarang telah menangis ketika membaca novel tersebut. Pengajaran penting yang menyedarkan dan menginsafkan saya- semua yang kita fikir adalah milik kita sebenarnya adalah pinjaman semata-mata. Bila tuan punyanya inginkan ianya kembali, kita suka atau tidak, rela atau terpaksa, penyerahan semula perlu dilakukan. Errmmm...relevannya dengan saya? Akhirnya, bilik pejabat yang sangat saya sayangi perlu saya serahkan kembali kepada pengurusan fakulti. Sekembalinya saya dari pengajian, fakulti yang masih terlalu muda masih belum mempunyai ruang khas untuk pensyarah. Saya diberikan bos saya ruang di tingkat 6, dengan bantuan kak Fida, saya mengangkut sendiri meja, kerusi dan juga komputer dan saya susun ruang yang sangat besar itu menjadi ruang pejabat sementara saya. Apabila tingkat 10 selesai diubahsuai, saya dan beberapa pensyarah awal di fakulti memilih sendiri bilik mana yang kami ingini. Manisnya kenangan. Kini, hilanglah sudah ruangan saya memencilkan diri untuk saya bersolat, menumpahkan airmata kala tertekan dan berbaring kala sengal badan saya melaksanakan kerja di makmal. Redha? Ianya bukan milik hakiki saya. Ambillah...ambillah....saya akan kemaskan harta benda milik saya apabila surat arahan rasmi tiba nanti. Hak sementara saya diambil semula-tak salahkan jika saya menangis? Menitislah si airmata..buat pencuci luka di hati...tidak mengapa, sayakan sedang membuat wound dressing film? Saya tampalkan sahaja di tempat yang luka itu nanti. Lagipun lukanya tidak sedalam mana. :)


2 comments:

murnie sangat on Thursday, March 6, 2008 at 3:28:00 PM GMT+8 said...

nnt akak xder bilik lah?nape ek?

Nor Ramli on Thursday, March 6, 2008 at 3:30:00 PM GMT+8 said...

sekarang ni akak buat full time..jadinya akak duduk di lab. Pensyarah lain yang dah pergi buat phd di tempat lain dah diambil biliknya semula. Its kind of unfair kalau akak masih ada bilik di sini. Kalau nak cite fair tak fair ni...sampai mati tak habis..so...rilek jelah..ok je..bilik kat umah ada 3...sume akak punye..hihihih

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino