Sifu saya akhirnya bergelar Profesor Madya. Tahniah Wong Sifu...[Sifu yang berbaju t hitam di depan sekali.We are very happy for you.
Apabila saya menyatakan kepada sahabat rapat saya, Kak H yang saya ingin menyambung pengajian PhD saya di UiTM, dia agak tidak bersetuju. Alasannya kerana kepakaran yang tidak begitu mendalam dan juga peralatan yang canggih dan terkini sukar diperolehi di sini. Saya sedikit pun tidak berkecil hati dengan pendapat Kak H malahan saya menghargainya kerana saya mempunyai alasan saya yang tersendiri kenapa saya mahukan pengalaman di peringkat doktor falsafah di dalam negeri.
Wong sifu adalah rakan sekerja saya dan kami pergi ke kursus induksi pada masa yang sama. Malahan ketika bos saya membuat rombakan kabinet dengan melantik pensyarah muda belia untuk menjadi ketua bidang pada Julai 2005, saya pernah mengepalai bidang farmaseutik dan menjadi 'bos kecil' sifu saya. Tekanan waktu itu sangat hebat. Tidak ramai ahli bidang-hanya 4 orang tetapi saya seorang sahaja wanita, yang paling muda, baru berusia 28 tahun ketika itu dan tidak mempunyai pengalaman penyelidikan mahupun gelaran Dr. di pangkal nama. 2 ahli bidang yang lain- Sifu dan Dr Jay bergelar Dr. dan Mr TJ mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang penyelidikan. Dalam masa yang sama, saya juga menerima bebanan kerja sebagai ketua program pra ijazah farmasi. Saya hampir putus asa ketika itu kerana saya tiada pengalaman luas, ilmu juga setakat 'gitu-gitu' sahaja. Kalut sungguh saya membahagikan masa membuat penyelidikan dan menjalankan kerja pentadbiran di samping tugasan hakiki mengendalikan kuliah dan juga makmal. Tidak cukup dengan itu, saya juga dipinjamkan ke kampus Pulau Pinang sehari seminggu kerana waktu itu program diploma baru dipindahkan ke sana. Sebagai ketua bidang, saya perlu memantau ubahsuai dan set up makmal dispensing di sana selain memberikan kuliah untuk subjek farmaseutik.
Ketika ahli-ahli bidang memberikan kepada saya spesifikasi peralatan untuk dibeli dan disemak sebelum saya menurunkan tandatangan di kolum ketua bidang, saya sering sahaja terpaksa 'google' info dan membaca penuh perasaan untuk mengetahui setiap spesifikasi yang diperlukan itu tepat dan sesuai atau tidak. Begitu juga ketika saya dimarahi salah seorang ahli bidang kerana 'kelurusan' saya menelefon secara rambang nama pembekal yang memberikan sebut harga dan mendapati syarikat itu sebenarnya mempunyai bos yang sama- saya hanya mampu menitiskan airmata. Susah hati sungguh saya ketika itu. Juga ketika bermesyuarat dengan panel penilai untuk pengiktirafan Ijazah Sarjana Muda yang rata-rata ahlinya adalah bekas pensyarah saya di USM dulu, saya selalu kehilangan kata-kata- rendah diri dan sebagainya. Sifulah yang selalu memberikan saya kata semangat dan saya sering berbincang dengannya jika ada masalah di peringkat bidang ataupun ada orang cuba mematah-riukkan semangat saya. Apabila saya mendapat biasiswa penuh dan cuti belajar, sifu dilantik mengetuai bidang dan kali ini bidang farmaseutik digabungkan menjadi Department of Pharmacuetics and Biopharmaceutics apabila bos kami sekali lagi merombak kabinet :).
Kini, apabila sifu sudah bergelar Prof. Madya, saya sangat gembira kerana saya menyaksikan beliau bekerja keras dan tidak jemu membantu para pelajarnya [nota: sifu mempunya 3 orang pelajar PhD dan 13 orang pelajar sarjana yang membuat penyelidikan sepenuh masa] dan sangat komited dengan kerja. Beliau juga sudah menetapkan jumlah penerbitan yang perlu saya capai sebelum saya boleh bincang tentang examiner dan submit thesis (erkkk....). Moga sifu gembira dan lebih maju di masa hadapan.
p/s: Sifu kami suka belanja makan. Gambar di atas sewaktu beliau belanja kami 1 lab makan besar sempena tahun baru di Manhattan Fish Market, Subang Parade. Tak tahulah berapa banyak duit dibelanjakan untuk bayar bil. 20 orang semuanya. Hihihi...

0 comments:
Post a Comment