Sunday, March 23, 2008

Boboi


Saya ada seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki dan yang bongsu adalah yang lelaki.
Adik bongsu saya ini sangat berlainan dari kami semua. Dia tidak bekerja makan gaji tapi sebaliknya menceburi bidang perniagaan. Dia sebenarnya berbakat memasak dan mencipta resepi. Satu ketika dahulu, dia pernah memohon untuk mengikuti kursus kulinari di UiTM tetapi rezeki tidak menyebelahinya. Dia akhirnya mengikuti dan menamatkan pengajian di peringkat diploma di IPTS.

Kini, boboi memilih untuk menjadi peniaga pasar malam sepenuh masa. Apa yang dijualnya?
Ayam goreng bersalut tepung yang resepi tepungnya direka sendiri...sedap dan rangup hasil tangannya. Bebola ayam, ikan, sotong dan udang serta ramuan tepung yang direkanya itu juga dijual kepada para pelanggan. Selain itu, boboi juga membekalkan barangan makanan sejuk beku kepada para pelanggannya di sekitar NS dan Melaka.

Saya kadang-kala risau dengan masa depan adik saya yang seorang ini-saya tidak rapat dengannya malahan hobi kami apabila berjumpa ialah bergaduh walaupun sudah tua. Mungkin kerana kadang-kala saya rasakan dia tidak serius dengan kerjayanya. Boboi sudah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinannya insyaAllah pada penghujung November tahun ini.

Harapan saya- semoga Allah memberkati usahanya dalam meneruskan kehidupan walaupun dia sering menyatakan perasaan rendah dirinya jika dibandingkan dengan 5 orang kakak dan seorang abangnya. Moga Allah murahkan rezeki boboi, di kukuhkan keimanan, dan juga moga dia akan terus berusaha tanpa mengenal jemu. Ameen

0 comments:

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino