Showing posts with label Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Masyarakat. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Molee Kamal


Saya dan suami mengenali pasangan Molee Kamal dan Kerp selepas perkahwinan kami. Ketika itu kami aktif dalam pertubuhan NGO untuk individu kelainan upaya. Suami saya memang aktif dan lawatan demi lawatan kami ke Wad Kayu HKL menemukan kami dengan Molee dan Kerp. Senyum terukir di bibir dan kami berkenalan. Banyak juga aktiviti yang kami sertai bersama dan kerap kali Molee akan menemani Kerp. Ada juga beberapa kali suami saya dan Kerp sama-sama menggunakan khidmat MOBILITI untuk menghadiri mesyuarat dan sebagainya ketika saya tidak dapat menghantar kerana terikat dengan urusan kerja (kini suami sudah boleh memandu sendiri setelah kereta kami diubahsuai). Kisahnya boleh dibaca di sini, sini, sini.
Malam ini tidak tahu mengapa saya teringatkan Molee. Molee yang cepat mesra dan suka tersenyum....saya ingat lagi, saya menjerit kegembiraan apabila mengetahui yang cinta mereka akhirnya bersatu dengan lafaz ijab dan kabul. Kisah mereka boleh dibaca di sini....sudah tentu dugaan untuk mereka melebihi apa yang saya dan suami hadapi kerana alhamdulillah kami mendapat tentangan yang agak minor.. 

Rupanya, hati yang terdetik namanya malam ini sebagai petanda bahawa sahabat saya yang mempunyai senyuman yang menawan ini sedang diuji. Saya membaca kisahnya di sini, sini dan sini (sebenarnya banyak lagi link...semoga lebih ramai yang membantu mereka). 

Saya kira, pada waktu sebegini, sekiranya tidak mampu membantu dalam bentuk wang ringgit, sudilah kiranya membuat entri khas untuk mereka dan mendoakan agar Molee Kamal diberikan kesembuhan dari penyakit yang dideritainya dan moga kebahagiaan Molee dan Kerp berpanjangan dan berkekalan sehingga ke akhir nanti....ameen....

Ini luahan hati Kerp...

In his words ‘…To me it  was the best thing ever happened my entire life. And it still does and i believe forever it shall be. But good things at some point will come to an end,  or hopefully temporarily. When we thought our beautiful marriage life can only get better, another tragedy struck, this time to Molee, my dear wife. She was diagnosed with kidney cancer and as i write this the dreadful bad cells have spread to her lower vertebra, which means a radiation treatment is compulsorily required….’
Blog House Malaysia, with Kerp’s family’s blessing is now more than ever ready to launch our B4B fund, starting with Kerp.

We are not certain how far our initiative will go, but one thing for sure is that by doing so, we know that our blogger friend Kerp will have something less to worry about.

We hope that you will be able to do the same, by reflecting this post on your blog and contributing in your own way to help ease Kerp’s burden. 
 
To kick off the B4B=KERP fund, Blog House Malaysia will start by contributing RM10,000.00 to it, and hope that you can help carry the posting and also contribute if you can. We would also like to extend our very best wishes and a quick recovery to both Kerp and Molee.

You can do your part by;
  1. Carrying a similar post reflective of this posting
  2. Banking in your contribution to MAYBANK - acc No – 1642 5846 2732 AHMAD DANIEL SHAH B SHARANI.
  3. Sending an email on your contribution and amount to mybloghouse@gmail.com so that we can update Kerp of your contribution (and keeping a countmeter as well!)
  4. As we are aware that some people may take advantage of the situation, always point your posting links back to www.bloghousemalaysia.com website.

Monday, May 16, 2011

Selamat hari guru


Malam tadi saya menonton filem Laskar Pelangi. Kemudiannya hampir semua saluran menyiarkan filem/telefilem berkaitan guru. Owhh...yelah, hari ni kan Hari Guru.
Laskar Pelangi sebagai filem tidak menghampakan. Errmm....menitik juga airmata saya ketika pakcik Cikgu Muslimah meninggal dunia di Sekolah Rendah Muhammadiyah. Lintang sebagai anak genius yang sangat cekal yang akhirnya tewas dengan caturan takdir-terpaksa berhenti sekolah apabila ayahnya hilang di lautan lalu dengan beraninya mengambil alih tanggungjawab membesarkan adik-adiknya. Segalanya tentang watak dalam filem itu yang diadaptasi dari novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata sangat mengesankan. Tentunya saya mengenang ketabahan dan kecekalan guru-guru saya yang tidak pernah jemu mendidik saya sedari kecil sehingga kini. 

Menjadi pendidik bukanlah kerjaya pilihan saya. Seusai menduduki peperiksaan SPM, mak meminta saya memohon kursus perguruan walaupun saya telah menetapkan memohon jurusan farmasi semenjak berada dalam tingkatan 4 lagi. Saya ikutkan kemahuan emak akan tetapi kursus TESL itu adalah pilihan ketiga. Saya dipanggil untuk temuduga sehingga ke peringkat terakhir. Semasa temuduga itu seperti yang saya jangkakan, ahli panel bertanya mengapa saya ingin mengikuti kursus ini memandangkan saya adalah pelajar jurusan sains tulen. Jawapan yang memang telah saya hafal adalah: saya ingin menjadi ahli farmasi, akan tetapi, ibu saya mahu saya menjadi guru. Oleh itu, adil bagi kami berdua untuk saya memohon keduanya dan serahkan kepada rezeki dan takdir kerana saya memang berusaha keras untuk kedua-duanya. Panel itu tersenyum dan bertanya lagi andainya saya terpilih untuk program TESL adakah saya akan kecewa kerana tidak boleh meneruskan menggapai cita-cita saya ataupun jika saya tidak terpilih, adakah saya akan kecewa kerana tidak dapat memenuhi hasrat ibu saya. Jawapan saya ringkas, saya akan gembira jika terpilih untuk mengikuti program TESL dan tetap akan berusaha sedaya upaya dan jika tidak terpilih, saya akan mencapai cita-cita saya untuk menjadi ahli farmasi terlebih dahulu dan kemudian akan meneruskan pengajian ke peringkat pasca siswazah dan menyertai bidang akademik...guru jugakan... :)

Kini, disinilah saya....masih terhegeh-hegeh untuk menamatkan pengajian pasca siswazah saya ini....sudah 4 tahun....ye 4 tahun....ada macam-macam soalan dan kata-kata 'semangat' yang saya terima....tidak mengapa. Saya redha dengan kelembapan saya menyiapkan kerja-kerja ini. Hahahaha...doakan saya ye.

Selamat hari guru buat para pendidik. Ikhlaskan niat kerana Allah. Ilmu yang dikongsi bukan milik kita tetapi hanya pinjaman semata....
Shima dan Sifu

Kami di lab petang selepas kejadian....esoknya suhu badan saya naik semula...

Saya, Ekha, Shima dan Aini....pagi hari di DATC

Tiga orang graduan dari kumpulan penyelidikan kami, Ekha, Shima dan Zab

Saya dan Shima...

Saya dan Zab

Saya dan Ekha

Shima dan bunga-bungaan


Nota 1: Tahniah buat Shima, Ekha dan Zab kerana menerima ijazah sarjana di majlis konvokesyen UiTM pada khamis lepas.
Nota 2: Aen, Bobot dan Abangteh akan mendaftar diri untuk program UiTM pada 21,22 dan 23 Mei ini. Syukur atas usaha mereka, mereka berjaya melayakkan diri....makteh tak tolong apa-apa ye...hanya tolong mendoakan dan memberi pendapat program yg sesuai....
Nota 3: Saya demam minggu lepas...hingga kini suara masih serak-serak sengau...hihihi....

Wednesday, May 04, 2011

Pesta Kain dan Pesta Buku


Sabtu lepas, tercapai juga hasrat hati saya ingin ke Pesta Buku di PWTC. Sejak 3 tahun kebelakangan ini, saya selalunya pergi bersama suami. Hari Ahad dan awal-awal pagi.....akan tetapi tahun ini, oleh kerana PBAKL bertembung dengan peperiksaan suami pada hujung minggu pertama dan kami pula ada urusan lain hari Ahad terakhir PBAKL berlangsung, maka saya telah berjaya memujuk mama si kembar untuk jalan-jalan di hujung minggu. Kembarnya tinggal bersama ayah mereka....suami saya juga tidak turut serta kerana ada perkara perlu diselesaikan. Tujuan utama saya ialah untuk shopping buku dan memenuhi jemputan pelancaran buku pasangan suami isteri hebat ini. Mama kembar pula ingin membeli kain pasang di Jalan TAR untuk diberikan hadiah buat keluarga di kampung dan diri sendiri agaknya. Kami pun mencapai kata sepakat. Ke Jalan TAR dahulu kemudian ke PWTC. Saya dapat merasakan berdasarkan pengalaman lepas, pastinya tempat meletak kenderaan penuh dan jalan sesak. Kakak saya pula menitipkan dua orang anaknya untuk dibawa bersama. Saya ok aje...No problem nak bawa Arif dan Ahmad-mereka sudah besar pun....

Perjalanan pagi dimulakan jam 9.30 pagi. Saya memandu dan sampai di tempat letak kereta berbayar di Jalan TAR lebih kurang jam 11 pagi. Kakak saya menelefon memaklumkan yang tempat parkir di PWTC penuh dan jalan sesak-maklumat diperolehi dari kawannya yang sudah sampai ke sana. Selepas membeli kain, kami pun menuju ke LRT Masjid Jamek untuk ke PWTC. Ramainya orang dan kaunter hanya satu...jika seorang diri saya biasanya menggunakan kad Touch n Go sahaja....beraturlah kami dan akhirnya dapat juga sampai di PWTC. Sesampainya di PWTC, kami masuk melalui pintu berhampiran hotel. Singgah dahulu di booth Karangkraf....saya nampak Anis Ayuni- saya gemar membaca karya Anis Ayuni dan Aisya Sofea sahaja. Saya cuba mencari bukunya akan tetapi tidak kelihatan langsung...hanya nampak kepala manusia sahaja...hahahah.....akhirnya kami keluar....menuju ke PTS dan Jemari Seni yang kebetulan terletak bersebelahan. Selesai membeli di PTS (dapat 25% discount selepas menunjukkan kad pelajar) dan JS (discount 20%) - memang saya sudah ada senarai yg saya ingin beli saya menghantar Ahmad yang dijemput mamanya utk pulang dahulu....Arif masih ingin mengikut saya dan mama kembar merayau. Mama kembar sudah angkat bendera putih selepas meredah lautan manusia untuk mencari buku bacaan si kembar. Melihat jam sudah melebihi 1 tengahari, saya terus mengajak Arif ke surau untuk solat zuhur. Prof Kamil memaklumkan di dalam blog beliau yang majlis akan bermula tepat jam 2 petang. Sampai di surau....ramainya manusia...telekung saya pula tertinggal di dalam kereta di jalan TAR- yelah, perancangan awal kamikan ingin memandu pula ke PWTC....selesai solat jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang...saya berlari ke bilik Johor dan ianya berkunci....ermmm...terkilannya...namun memujuk hati...tidak mengapalah, adalah hikmahnya tu....

Kemudian saya terus ke booth kak Yati - mujur mudah sahaja saya mencarinya...kak Yati ada, tak sempat berbual panjang..kak Yati seperti biasa, sangat peramah dan mungkin jika tidak pernah berjumpa, pasti tidak menyangka yang beliau adalah pengarang tersohor....Selesai berjumpa kak Yati dan membeli 2 karya terbaru beliau, kami pun bergerak ke stesyen PWTC...ramainya manusia- siap pula stesen tutup secara berkala kerana terlalu ramai penumpang....sabarlah banyak-banyak. Panas dan lapar tambahan pula ada penumpang yang sangat bijak memotong barisan...bukannya boleh sampai ke kaunter tiket tu 8 jam awal dari orang yang beratur....ermmm....
Sampai di stesen Bandaraya, dalam perjalanan ke kereta, ternampak pula sebuah restoran yang kelihatan bagus...disitulah kami menjamu selera dengan roti bakar, megi goreng dan air neskepe ais...mungkin terlalu penat, tak mampu saya habiskan megi goreng...Arif yang tolong habiskan...hahaha....

Selesai makan, bukannya kami terus pulang, sambung pula shopping kain...hahahaha...lawak betul...sempat pula singgah di sebuah toko buku yang besar, dapatlah saya membelikan buku rujukan untuk subjek semester baru suami saya -buku rujukan berbahasa melayu....mudahlah suami untuk mengulangkaji nanti....
Hampir pukul 7 malam barulah saya sampai di rumah....pengalaman yang menarik dan meletihkan juga.....pengalaman PBAKL yang baru buat saya (yang selama ini seronok sahaja pergi ke PBAKL tanpa perlu risaukan parking kerana pergi dengan suami....hihihi).
InsyaAllah panjang umur, tahun hadapan jika ingin menyertai/menikmati PBAKL saya akan mengambil cuti di pertengahan minggu....ermmm...mestilah saya lebih banyak membeli buku agaknya- memang saya taksub dengan dua perkara-buku dan kain pasang....tapi jika diberikan keduanya untuk dibuat pilihan- saya pilih buku jika sedang sales...saya pilih kain jika raya makin hampir....hahahahahahaha....

Nota 1: Ahadnya kami pulang ke Seremban dan kemudiannya jalan-jalan cari ubat ke
Melaka...seronok....dan doakan tujuan utama kami ke sana akan tercapai.
Nota 2: Oleh kerana perlu menunggu sehingga malam, habis ceruk Melaka kami ziarahi...cuma makam Hang Lekir dan Hang Lekiu je kami tak jumpa...
Nota 3: Pasca banjir di Bukit Kapar dan Puncak Alam, saya jadi fobia pula melihat air bertakung semasa hujan....




Friday, April 29, 2011

Sekali air bah


Bukan pantai yang berubah....tapi saya yang macam nak pengsan terperangkap dalam kereta.
Hari ni, setelah hampir 34 tahun saya dilahirkan ke dunia, saya menghadapi keadaan kritikal banjir (air naik secara tiba-tiba). Puncak Alam yang berada di kawasan yang tinggi pun boleh banjir. Subhanallah.
Perjalanan saya ke tempat kerja yg biasanya hanya mengambil masa 20 minit menjadi hampir 2 jam.

Perasaan saya ketika perlu meredah air yg agak tinggi itu- tidak mampu diucapkan. Terketar-ketar ketika menghubungi suami memaklumkan keadaan kritikal saya ketika itu...
Perasaan saya sekarang, selepas merentasi air yg naik tiba-tiba- tidak mampu diucapkan juga...Alhamdulillah...syukur Allah memelihara keselamatan saya.

Nota 1: Semasa keadaan kalut tadi, saya menelefon banyak pihak- 999 pertama sekali...boleh pula operator arahkan saya telefon 103 untuk telefon bahagian kawalan trafik...aik...sayakan sedang terperangkap dalam air bah....tapi saya ikutkan juga....tapi 103 tiada jawapan....ermmmm
Nota 2: Saya telefon sekali lagi 999, mereka minta maklumat, tidak lama kemudian, bahagian kawalan banjir, MBSA pula menelefon saya minta maklumat.....
Nota 3: Sejam kemudian...YE SEJAM KEMUDIAN.....balas polis mana ntah telefon saya mohon maklumat sekali lagi...eh eh....berapa banyak maklumat ni.....
Nota 4: Selepas akhirnya berjaya sampai di makmal, saya google JPS Selangor dan hubungi mereka maklumkan keadaan banjir di Meru-Puncak Alam ni.....kalau ikut yang menjawab panggilan telefon saya tadi...mereka masih tidak mengetahui keadaan ini.....ermmmmmmmmm........
Nota 5: Komunikasi berkesan!! InsyaAllah mampu menangani banyak masalah di dunia ni.....
Nota 6: Komunikasi dengan Yang Maha Pencipta ketika dalam kecemasan tadi, saya fikir adalah sangat tulus dan telus.....syukur ya Allah...diberikan peluang lagi hambaMu ini menghirup udara segar di muka bumi ini....syukur...
Nota 7: Sekarang, mari teruskan kerja....rajin2 epel! Not much time left!! 

Tuesday, January 11, 2011

Sampai syurga


Hari ini, tajuk hangat dibincangkan dengan adik-adik saya lab ini adalah isu walimatulurus. Sepanjang hampir empat tahun mengenali sebahagian besar dari mereka, ada yang dari anak dara sudah bernikah dan dikurnia pula cahayamata. Ramai juga lagi yang masih single and available  ataupun single but not available. Ada yang sudah bertunang dan menunggu hari bahagia sambil mengedarkan kad jemputan, ada pula yang sudah bertunang tapi belum menetapkan tarikh akad nikah dan tidak kurang pula yang sudah bercinta sejak sekian lama namun seperti lirik lagu Aisyah-Selanjur bercinta- masih tiada ikatan walau telah lama berpasangan, hanya bahasa meyakinkan hubungan kita, dengan suara yang syahdu dapat kau lukis hati, keindahan mimpi-mimpiku. Heheheh....

Saya merasakan bahawa pengalaman saya ketika urusan peminangan serentak dengan bertunang dan juga akad nikah serentak dilangsungkan majlis resepsi 'kurang dugaan' bab-bab persetujuan kedua belah pihak. Mungkin kerana saya bukan anak dara tokoh politik terkenal, anak perempuan tunggal atau anak perempuan pertama dipinang orang mahupun cucu sulung dan banyak lagi gelaran-gelaran dan juga kedudukan sosial dalam masyarakat yang kadang kala menyusahkan urusan menyatukan dua hati, akad berwali, ijab bersaksi tersebut- yang mampu membuatkan syaitan dan kuncu-kuncunya menangis hiba kerana hubungan yang haram sudah halal dan sah di sisi Allah.

Ada juga sahabat-sahabat yang menangguhkan majlis kerana dewan yang juga menyaksikan majlis perkahwinan ibu bapanya 28 tahun yang lalu sudah penuh ditempah sehingga tahun 2012, ada pula yang tarikh dianjak kerana mak andam terlampau idaman sudah penuh jadual waktunya, tarikh dipilih itu adalah waktu gaji belum dibayar buat pekerja swastalah..dan pelbagai alasan yang hampir tidak masuk akal diberikan. Saya tidak tahu apa rasionalnya akad nikah yang sepatutnya mudah dan ringkas ditangguhkan atas berbakul lagi alasan. Jadinya, pergaulan tanpa ikatan akad nikah yg sah, (moga Allah ampunkan dosa-dosa saya juga yang terlibat juga dengan pergaulan sebegitu satu ketika dahulu dan mohon dijauh dari saudara seIslam) itu, dosanya dikongsi bersama ibu bapa, adik-beradik dan saudara-marakah? Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita....yang tidak sukar tidak perlulah disulitkan....kerana persoalan asasnya adalah membina keluarga sakinah dan mawaddah....

Akad nikah wajib, walimatulurus sunat hukumnya bersandarkan hadis berikut:

Dari Anas bin Malik r.a menyebut Rasulullah s.a.w melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku sudah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas.?Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.(Muttafaqun alaih).

Sumber rezeki yang digunakan untuk majlis juga adalah dari sumber yang halal, majlis tidak bersifat bermegah-megah atau riak malahan tidak boleh dilakukan hanya dengan menjemput VVVIP dan golongan berada sahaja seperti yang termaktub di dalam hadis berikut:

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang?(Muslim) 

Buat bakal pengantin pula, mudah-mudahan diberikan kekuatan untuk menjaga aurat dan solat malahan saya merasakan adalah amat penting untuk bakal pengantin untuk mandi bunga mengamalkan solat malam bagi memohon keampunan Allah atas dosa yang dilakukan as to make the wedding a brand new and fresh beginning for both bride and groom...Tambahan pula, konsep sekali seumur hidup tentu sahaja bukan diaplikasikan sebagai membolehkan segalanya dilakukan termasuklah bersanggul lintang mendedahkan aurat, bersanding sambil ditepung tawar betul ke tepung tu tawar rasanya? dan juga musik berkumandang dengan lagu 'Selamat Pengantin Baru'. Jarang sekali kita dengar doa yang dibacakan oleh para tetamu ketika akad nikah selamat dilaksanakan seperti doa Junjungan Besar kita buat pasangan suami isteri yang baru dinikahkan:

BarakAllahu Lakuma wabaraka Alaikuma wajama'a baynakuma fee khayre
 
Mungkin lirik begini: Selamat pengantin baru, selamat berbahgia...selamat ke anak cucu..selamat sejahtera sudah lama tidak sesuai...kerana itu agaknya...selepas jadi pengantin lama, pasangan suami isteri sudah tidak selamat ye...kerana doa dalam lagu itu hanya ketika mereka pengantin baru sahaja?.
Jadinya, salinan lagu Barakallah dendangan Maher Zain perlu menggantikan lagu dendangan Almarhumah Salomakan? Moga kedua pasangan mempelai diberkati Allah.
Mungkin ucapan selamat pengantin baru, moga berbahagia ke anak cucu boleh digantikan dengan ucapan begini:

May Allah (SWT) place Love and Mercy between your hearts and make you and your other half amongst the (blessed) couples walking through the gates of Jannah.

Kadangkala, apabila menghadiri majlis walimah juga saya perhatikan, goodie bag yang berisi pelbagai perkara di dalamnya kadangkala ada yang tidak boleh digunakan pun terutama sekali bagi tetamu yang tidak berminat mengumpul koleksi pot pouri ataupun tuala kecil yang menjadi penghias almari yang kemudiannya berhabuk....alahai.....yang pastinya, setiap goodie bag itu bukannya murah harganya....perlu pula disesuaikan dengan warna tema...akhirnya, bak kata mak saya ketika saya walimah dulu pun saya teringin semuanya sedondon...hijau...hahahahah......takkan nak sama pula warna khemah ngan warna baju? akhirnya nanti tetamu pergi salam khemah..ingatkan pengantin...aduhh, bisanya.... Betul jugakan?

Berbalik kepada goodie bag itu, pada saya, cukuplah sekadar yang mampu, jika bajetnya hanya cukup untuk menjamu tetamu tanpa cenderahati pun sepatutnya bukanlah masalah besar...dan tetamu/masyarakat perlu disedarkan bahawa kita telah terlalu terpengaruh dengan idea/sogokan industri aksesori perkahwinan yang kebanyakannya dipelopori oleh orang lain yang majlis perkahwinan mereka berlangsung di restoran atau hotel-hotel besar tanpa majlis bersanding pun...itupun trend zaman sekarang, mereka lebih banyak duduk serumah dahulu, apabila sudah berisi barulah didaftarkan perkahwinan-atas alasan, mana boleh kahwin awal-duit tidak cukup maaa..... Makanya, tidak perlu goodie bag sebesar plastik membeli sayur di pasar, tidak perlu juga hantaran dihias dengan bunga segar yang pasti akan layu akhirnya...jadi bagaimana? Letak dalam plastik merah seperti yang kita dapat percuma apabila membeli sayur di pasar itukah? Tepuk dada tanya iman...bersederhana...itu lebih baik.

Pelamin, mak andam, jurugambar, album berlaminate, video....itu semua indah tontonan semasa sahaja.....selepas beberapa bulan hidup bersama dan bila realiti menjelma di hadapan mata- isteri mengandung, rumah perlu dibayar sewa atau ansuran, kereta perlu diservis atau rosak, insurans dan cukai jalan kereta-kereta perlu dilunaskan...ermm....bayangkan dan fikirlah sendiri....melainkan sekiranya kita hidup mewah dengan rumah dan kereta sudah tersedia dan langsai dibayar atau dibayar ibu dan ayah tercinta...itupun perlu diingat, atas setiap rezeki yang kita perolehi, ada bahagian untuk orang lain juga. Teringat tazkirah seorang ustaz ketika malam sambutan 1 Muharram di kampung saya tempoh hari....
'Duit kita yang seringgit tu, jika kita sedekahkan 20 sen yang tinggal dengan kita hanyalah 20 sen...ehh...bukankah 80 sen bakinya? Itu baki di tangan...kerana 20 sen itu adalah sedekah yang akan kita bawa sebagai bekalan di akhirat kelak'

Errmm....saya berdoa semoga pasangan yang bercinta di luar sana, mengambil kira bahagian yang wajib dan penting bagi mempercepatkan urusan akad nikah dan walimah. Adat bukan hukum....boleh diubahsuai kebiasaan tersebut insyaAllah....tetapi, janganlah pula pergi berdebat dengan ibu bapa atau keluarga yang masih mahu mempertahankan dan menjadikan majlis akad nikah serta walimah itu menjadi tidak berkat pula sehingga berlengan/berparang....lakukannya secara penuh hikmah...bagaimana? Carilah kekuatan dengan bermunajat di sepertiga malam kerana hati bukan milik mutlak manusia...Allah berhak mengubahnya...tiada kebetulan dalam Islam....takdir boleh diubah dengan kehendak Allah atas usaha dan doa manusia....

Semoga semuanya baik-baik sahaja dan diberkati Allah. 

Nota 1: Saya sudah menerima kek yang saya menangi di sini. Sungguh lazat kek merah baldu itu rupanya dan sungguh saya kagum dengan hasil seni Kak Jun. Subhanallah...it doesnt look edible...hahaha....sayang sungguh saya nak memotongnya...akan tetapi keharuman fondan dan kek tersebut telah membuatkan saya menguatkan hati. Syukur ianya dikongsi saya dan suami serta ahli keluarga, jiran dan juga tentunya adik-adik di lab.
Nota 2: Results yang saya perolehi dari kerja 24 jam minggu lepas adalah negatif...perlu diulang, doakan saya kuat!

Wednesday, December 15, 2010

Membebel itu nikmat (!/?)


Saya sedang sibuk...tetapi benar seperti kata Puan Ainon, sifu PTS...hanya orang sibuk mempunyai masa. Apabila sibuk, otak saya pantas berjalan untuk merungkaikan semua persoalan dan juga merancang kerja. Hari ini saya sedang sangat sibuk. Senarai kerja yang perlu dibuat sangat panjang. Merayau-rayau di alam maya menemukan saya dengan kata-kata hikmah dari Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A ini:

"Jika memberi nasihat, biarlah ringkas. Lebih banyak perkataan, lebih mudah dilupakan."


Ibu-ibu sekalian, bagaimana?
Marilah kita berlatih untuk mengurangkan bebelan.
Situasi: Anda masuk ke bilik anak bujang anda dan mendapati tuala yang separuh basah bergelung molek di tepi katil. 

Gantikan ini 
 
"Tuala ni tak disidai juga, berapa kali nak cakap, nanti tuala yang basah ni berbau...takkan nak cuci tuala hari-hari....sabun basuh bukan murah, tarif air pun dah naik, nanti belum habis setengah bulan, duit dah habis, sapa nak bagi duit nak bagi makan?...bla bla bla bla..."

Dengan ini

"Tolong sidau tuala nak.." sambil terketar-ketar mengetap bibir dan menggenggam tangan untuk mengelakkan ayat-ayat cinta seterusnya terkeluar hahahaha...


selamat mencuba! :D

Saturday, November 27, 2010

Tahniah!


Syukur Alhamdulillah. Tahniah diucapkan buat para graduan sarjana muda farmasi (kepujian) dan juga diploma farmasi atas penganugerahan ijazah sarjana muda dan diploma mereka pada hari ini. Para graduan ini adalah:
1. Kelompok pertama para pelajar yang memasuki fakulti menerusi program pra ijazah (sy menjadi ibu mereka). Penuh dugaan dan saya menimba begitu banyak pengalaman pentadbiran akademik ketika itu.
2. Kelompok pelajar diploma pertama yang menjadi pelajar saya hampir 7 tahun lalu ketika saya mula melapor diri.
3. Para pelajar kolej usahasama yang juga merupakan pelajar saya untuk beberapa kursus farmaseutiks.

Kesimpulannya, selaku seorang yang sangat mudah mengalirkan airmata...ermm...sahabat saya yang juga turut serta meraikan para graduan ini hari ini hampir menyekeh saya...hahahah...betul, ianya mungkin perkara kecil bagi orang lain tetapi amat bermakna buat saya...tahniah buat semua yang berjaya, ibu bapa yang banyak berkorban dan keluarga yang memberikan sokongan. 

Buat para graduan: Menuntut ilmu tiada noktahnya. Apabila semakin tinggi ke langit biru, rumput hijau di bumi jangan dilupakan. Moga diberkati Allah. 

Nota 1: Bila pula majlis konvokesyen saya ni?
Nota 2: Minggu hadapan, banyak perkara perlu dilakukan....semangat!!!

Friday, November 26, 2010

Apa ada dengan cinta


Saya mahu membuat update secara serentak. Saya belum lagi dipanggil untuk viva malahan menghantar thesis pun belum lagi. Masih membuat kerja di makmal dengan kelajuan siput sedut sahaja. Ermm....mencari semangat yang hilang ini agak susah...tapi apabila mengingatkan borang memohon tambahan tempoh cuti belajar kali kedua yang dihantar 2 minggu lalu membuatkan saya ingin 'overhaul' besar-besaran sistem badan saya yang semakin lemau dan banyak ragam ni..heppp....biasa dia tu...

Aidilfitri 2010.

Tahun ini giliran bermalam raya di rumah bonda si Seremban...jadi seperti biasa, saya yang paling akhir sampai, maklumlah nak meninggalkan anak-anak di dalam sangkar itukan perlu perancangan teliti...moga doa saya agar Ramadhan akan datang, saya tidak lagi bergelar pelajar dimakbul Allah..Ameen.
Raya dimulai dengan solat maghrib, isya dan hajat berjemaah-ketika itukan UPSR, PMR dan SPM belum bermula..jadi solat hajat khusus untuk anak-anak saudara yang akan menduduki peperiksaan semasa entri ini ditulis, peperiksaan SPM telah pun bermula dan calon UPSR sudahpun memperolehi keputusan mereka. Kemudian bertakbir beramai-ramai sebelum menanti rombongan takbir dari surau menziarah rumah bonda pula. 29 orang dewasa dan kanak-kanak dalam sebuah rumah memang sesak...hahaha...namun alhamdulillah...moga ukhuwah berpanjangan. Adat bersaudara, mengalah, memberi dan menerima untuk mengelak sengketa...dan di pagi raya inilah wajah yang terakam.

Pagi hari raya kedua sebelum lalat bangun saya dan suami telah memulakan perjalanan pulang ke Kuala Terengganu pula. Di R&R Kemasik kami berkelah dengan keluarga abang ipar yang dalam perjalanan pulang ke Meru pula. Suami saya cuma dua beradik...begitulah jadinya...hihihi....

17 Syawal
Kami sekali lagi pulang ke Kuala Terengganu kerana suami kepada sepupu suami saya meninggal dunia. Rekod baru tercatat..11 pagi bertolak ke KT, 5 petang tiba, 11 malam bertolak dari KT, 5 pagi sampai di rumah. Penatnya badan namun kami bersyukur kerana dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai saudara. Mereka dalam kesedihan kerana arwah pergi mengejut.

15 Oktober 2010
Along menelefon, "rumah Angah terbakar!"
Dugaan untuk Angah sekeluarga di saat anak sulung Angah bakal menduduki peperiksaan SPM, kediaman mereka di Nibong Tebal terbakar kerana litar pintas/overloaded current (saya pun tak pasti sangat kerana laporan bomba lambat diterima). Kesimpulannya...ianya dugaan untuk Angah dan kami semua juga. Sangat bersyukur kerana kita tahu bahawa di kala susah dan senang, keluarga kita akan tetap berada disisi....Alhamdulillah...

1-3 November 2010
Sifu dan saya menyertai pertandingan rekacipta BioMalaysia di KLCC. Alhamdulillah.




Hari raya AidilAdha
Saya berdoa semoga Allah akan menjemput saya dan suami menjadi tetamu di kala musim haji secepat mungkin. Moga murah rezeki saya dan suami. Sebak berpanjangan melihat klip haji dan juga siaran langsung dar Tanah Suci Mekah. 
Oleh kerana suami saya tidak mempunyai baki cuti lagi OUM mengubah sistem penilaian/peperiksaan, setahun kini, suami saya memerlukan 18 hari cuti untuk menduduki peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir...tolonglah OUM...kasihan suami saya. Cuti setahun pun hanya ada 15 hari sahaja, maka kami hanya pulang ke rumah bonda di Seremban. Juadah istimewa antaranya nasi minyak, kurma ayam, sambal goreng kacang tanah dan ikan bilis (kegemaran saya) dan juga jelatah. Selain kek coklat dan brownies buatan saya dari kotak tepung kek dan brownies segera...hihihi...saya? buat kek? ish ish ish.....
Selepas solat aidiladha, saya mengikut mak ke surau untuk membantu perlaksanaan ibadah korban. Lama betul saya tidak menyertai aktiviti mak di surau. Kalau dahulu semasa undergrad di USM, cuti semester akan dipenuhi dengan mengikut mak ke surau apabila ada aktiviti. Inilah wajah-wajah pasukan gerak khas memasak untuk ahli karyah yang menyertai ibadah korban. Ayu-ayu belaka walaupun sudah berusia. Anak-anak muda mana? Ermm..seperti saya di tahun-tahun yang lalulah. Duduk di rumah sambil bersantai dan menonton siaran televisyen. Ironikan?



Hari tasyrik ketiga barulah menziarah ibu mertua di kampung. Wahhh..menunya daging, daging dan daging lagi. Ikan singgang dan ikan goreng pun ada juga...sebetulnya, jika pulang ke KT saya akan meratah ikan minta maaf kucing...i tak sengaja...hihihi dengan agak melampau. Pelabuhan perikanan sangat hampir dengan rumah keluarga suami...ikan segar semuanya...manis dan darah masih mengalir segar...hihihi....

Cepat sungguh saya simpulkan cerita 2 bulan saya. Itu sahaja yang 'bertanda' dan relevan untuk saya catatkan. 2010 hampir ke penghujung.....masa...pantas berlalu...seperti pepatah arab ' masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita....

Ada apa dengan cinta? Ermm...sebenarnya itu tajuk lagu yang sedang berkumandang ketika saya menaip entri yang tertangguh lama ini :)

Nota 1: Produk saya ke Korea bersama sifu. Saya tinggal menyiapkan kerja makmal yang bertimbun. Sob sob sob....takpelah..saya sudah 'melancong' ke Korea semasa membaca novel 'Selagi ada dia'.
Nota 2: Tahniah buat anak saudara saya, Amirul Izzan dan Intan Nor Mardhiah yang masing-masing memperolehi 5A dan 4A 1 B dalam UPSR baru lalu.
Nota 3: Tahniah juga buat Nurin (anak sahabat satu kelas saya semasa dalam menengah rendah) kerana memperolehi 4A 1B. Anak sahabat sebaya saya sudah besar....saya? Allah Maha Mengetahui....

Saturday, August 28, 2010

Kasut raya


Saya membaca kisah ini di blog Prof. Kamil. Ia mengimbau kenangan saya ketika zaman kanak-kanak.
Adik-adik beradik kami 7 orang. Along, Angah, Alang, Acik, Ateh, Uda dan Boboi. Anak kedua dan ketujuh lelaki. 7 orang tidak boleh dimuatkan untuk menaiki kereta apatah lagi motorsikal. Kadangkala semasa menyambut hari raya, kami tidak di bawa ke kedai untuk membeli kasut sebaliknya, kaki kami akan diukur dengan tali plastik dan arwah Apak akan membawanya ke kedai untuk dicarikan kasut yang sesuai. Memori saya singgah semasa saya berada dalam darjah 3. Saya amat terkilan kerana kasut kami sama sahaja- sesuai untuk lelaki dan perempuan, cuma saiznya berlainan. 
Lebih kurang beginilah sandal yang dibelikan..tentulah saya, kanak-kanak perempuan yang mengharapkan kasut bercirikan pink kecewa..hihihihi
Ketika itu, perasaan terkilan, sedih marah dan kecewa bercampur-baur. Apakan daya, hanya itu sahaja yang mampu disediakan oleh arwah apak dan mak namun tentu sekali kami lebih bertuah dari mereka yang langsung tidak mampu membeli kasut baru. Untuk membeli selipar dan kasut serentak adalah hampir mustahil. Kerana itu agaknya, sehingga kini saya hanya pandai memiliki dan menggunakan sepasang kasut sahaja. Apabila sudah koyak/rosak/menyebabkan saya tergolek barulah saya membeli kasut baru.
Mengenangkan itu semua saya amat bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Maka benarlah dalam setiap ringgit yang Allah berikan buat kita, ada bahagian untuk orang lain. Marilah kita sama-sama meringankan tangan kita untuk memberi apa yang termampu kepada yang memerlukan. Ianya mungkin kelihatan sedikit, akan tetapi impaknya sangat besar. Moga Ramadhan ini berjaya mendidik jiwa-jiwa kita menjadi jiwa yang lebih baik. Ameen.

Nota 1: Kerja tikus saya bermula. Moga keputusan yang diperolehi bagus. 
Nota 2: Hari ini saya dapat bercakap dengan mak di Tanah Suci. Gembiranya saya. Sebak pula rasanya kerana rindu menyesak di dada. Alhamdulillah mak kedengaran gembira dan sihat. 
Nota 3: Hari ini kami mendapat jemputan berbuka puasa di rumah sepupu suami saya.

Saturday, August 21, 2010

I need to go back to Cambodia


Pagi tadi saya tertidur semasa menunggu waktu Dhuha. Saya perlu menyertai tadarus Al Quran yang diadakan untuk kaum hawa di surau AP pada jam 9 pagi. Akibat suasana yang sungguh indah dan suhu bilik pula agak dingin, saya tertidur sehingga jam 9.30 pagi itupun kerana sifu menghantar pesanan ringkas mengandungi perkataan 'serious mistake' di dalamnya. Ada rasa terkilan di dalam hati saya kerana tidak dapat mengikuti program tersebut. Terus saya bersiap kerana memang rancangan saya, selepas ke surau saya perlu pergi ke makmal untuk menyambung kerja. Usai bersiap ala kadar, saya pun keluar dari rumah dan meletakkan barang di dalam kereta.
Tiba-tiba saya terdengar satu suara yang sangat hampir dengan saya, "madam please help me madam, i want to go back cambodia." 
Hampir gugur jantung saya dibuatnya kerana saya memang agak fobia dengan orang yang tidak dikenali dan menegur pula dengan cara begitu. Saya pantas berkomunikasi dengan pemilik suara berkenaan dalam bahasa inggeris yang sangat terbatas. Katanya, dia pembantu rumah di rumah majikan cina satu kawasan perumahan dengan kami dan dia ingin pulang ke Cambodia (Kemboja) kerana ibunya sakit, dikhuatiri ibunya meninggal dunia sebelum sempat dia tiba. Pasport dan pengenalan diri semuanya bersama majikan katanya. Saya pantas memerhati betis, tangan dan mukanya jika ada sebarang kesan kecederaan dan saya bersyukur kerana tiada. Setelah berbincang dengan suami, kami bersetuju untuk membantunya menelefon ajennya. Dia ada memberikan nombor telefon ajen tersebut. Nombor pertama gagal dihubungi dan nombor kedua barulah dapat dihubungi. Ajen itu meminta saya menyerahkan telefon bimbit kepada pembantu rumah tadi (saya gelarnya kuna-kerana itu sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya apabila saya bertanyakan namanya) kepada kuna yang masih berada di luar pagar rumah saya. Saya tidak bersetuju dan menukar mode telefon bimbit antik saya itu kepada 'loud speaker mode' dan mereka berbincang dalam bahasa ibunda mereka. Kemudian ajen itu meminta untuk bercakap dengan saya. Ajen itu meminta saya menghantar kuna ke kedutaan Kemboja. Uikkss...terkejut saya dibuatnya dengan permintaan tersebut kerana saya masih ragu-ragu dengan kebenaran situasi Kuna. Saya lantas menyarankan cadangan suami saya supaya Kuna dibawa ke balai polis berdekatan sebelum ajen tersebut menghantar wakil mereka untuk menjemput Kuna di sana. Mereka bersetuju dan saya pun menelefon balai polis berhampiran. Sementara itu kami meletakkan sebuah kerusi di kawasan letak kereta yang lebih teduh dan Kuna duduk menanti di situ bersama sebotol air minuman yang kami berikan. Kuna enggan makan kerana katanya tidak ada selera. 
10 minit kemudian kereta peronda polis pun sampai dan pada mulanya mereka menyangka Kuna adalah pekerja saya yang telah membuat kesalahan dan setelah diterangkan, Kuna pun dibawa pergi. Setelah berada di dalam kereta peronda, Kuna tidak berhenti melambai dan mulutnya terkumat-kamit menyebut 'thank you'. Semoga Kuna selamat pulang ke tanahairnya.
Nota 1: Sudah hari ke 11 Ramadhan. 
Nota 2: Mak sudah berangkat ke Tanah Suci pada hari khamis untuk mengerjakan umrah. Semoga emak sihat-sihat sahaja di sana.
Nota 3: Hikmah saya tertidur tadi rupanya supaya saya bertemu Kuna. Subhanallah.

Saturday, April 03, 2010

Bagaimana saya melepaskan diri dari ketagihan



Saya ingin berkongsi kisah benar sekali lagi. Ini bukanlah sesuatu yang menjadi rahsia sangat. Ianya benar dan berlaku pada saya hampir 2 bulan atau 3 bulan di penghujung tahun lepas. Pada mulanya saya menganggapnya sebagai hanya satu hobi dan menjadi cara melepaskan tekanan. Akan tetapi, lama kelamaan ianya sudah menjadi lebih serius. Sanggup berjaga malam dan bangun awal pagi, dan kadangkala balik kampung pun menjadi tidak tenteram...sehingga suami yang pada mulanya menganggapnya hanya perkara sampingan sudah mula naik tidak selesa dengan perbuatan saya. 
Saya juga menjadi orang yang sangat obses....sepanjang masa saya teringatkannya...bak kata pepatah, hati terkenang mulut tersebut...Menu makan tengahari saya juga kadangkala dipengaruhi olehnya...aduhai...runsing hati saya...saya tahu ianya tidak betul...malahan saya tahu juga ianya mendatangkan banyak kemudaratan...ianya lebih saya pentingkan berbanding sepertiga malam yang perlu diisi dengan bermunajat kepadaNya...Moga saya diampunkan Allah atas kelalaian yang saya rasa disengajakan kerana mengikut nafsu....

Akhirnya, selepas membaca artikel penulis idola saya di sini, saya telah berjaya memujuk hati untuk mengurangkan dan seterusnya menghentikan terus tabiat ketagihan tersebut. Hingga kini, sudah hampir 4 bulan saya bebas sepenuhnya dari belenggu tersebut......Syukur pada Allah kerana membukakan hati saya untuk menjauhi perbuatan tersebut...Alhamdulillah...
Ermm..belenggu apa?

Belenggu main farmville di Facebook...
Saya pasti ramai lagi yang terperangkap dengan segala macam bentuk aplikasi permainan di FB ataupun online game. Saya berdoa anda semua akan dapat melepaskan diri dari belenggu dan gangguan tersebut. Hidup indah dan berkualiti tanpa farmville... :D

Owh ye...dan kemudiannya saya telah berjaya mempunyai kebun di alam nyata...hehehe... tidaklah hebat sangat tapi perlu berperang dengan siput yang asyik makan ulam sambung nyawa saya...asyik tinggal batangnya sahaja..
Nota 1: Saya dan suami sedang merancang projek update halaman rumah.
Nota 2: Selamat berjaya dalam peperiksaan akhir tahun 2 buat suami saya. Seperti biasa, suami yang menduduki peperiksaan, saya yang panik dan berulang ke bilik termenung setiap jam. InsyaAllah berbaki 2 tahun lagi...
Nota 3: Sifu saya menyuruh saya mencari masa untuk 'rehat sebentar' setelah ada drama hapuslah airmataku...walaupun setitis cuma...oopss...saya bukan 'permaisuri drama' ye...ianya adalah hasil tindak balas tekanan yang serasa tidak mampu lagi dibendung...
Nota 4: Borang mohon tambah tempoh CB sudah diisi...moga dipermudahkan Allah..

Thursday, March 25, 2010

Akhirnya dia pergi juga


Kisah benar yang ingin saya kongsi.

Sepasang suami isteri telah berkahwin selama lebih 22 tahun dan tidak dikurniakan anak secara biologi-seorang anak angkat telah mengisi kesunyian pasangan ini. Setelah puas berusaha...dan hampir berhenti mencuba barangkali kerana faktor usia sudah tiba ke pertengahan 40-an, tanpa diduga, si isteri mengandung. Dapat dibayangkan betapa gembira dan bersyukurnya pasangan ini. Namun, proses mengandung dipenuhi dengan segala bentuk komplikasi dan akhirnya bayi dikandung dilahirkan dalam usia kandungan menghampiri 30 minggu, berat kurang 1000 g. Dengan keadaan sebegini, bayi juga mengalami beberapa komplikasi. Sistem organ yang kebanyakannya kurang sempurna pembentukan. Hendak di masukkan jarum utk memasang drip line juga sukar sekali. Kecil...bayi ini sangat kecil...diberikan nama sahabat nabi, khalifah Islam pertama. Setiap kali komplikasi serius berlaku, doktor pakar yang bertugas akan berbincang dengan umi Abu Bakar..dan setiap kali itu juga umi Abu Bakar akan menjawab...usahalah mama Abu...tak usaha kita tak tahu. Mama Abu-gelaran mereka buat doktor pakar yang merawat.
Pasukan yang merawat Abu melakukan segala yang termampu supaya harapan umi dan ayah Abu untuk melihat Abu sihat dan boleh pulang ke kampung bersama mereka terlaksana. Keadaan kesihatan Abu yang turun naik menyulitkan keadaan dan umi Abu masih dengan pendirian sama- dah 22 tahun kami tunggu...tunggu sekejap lagi untuk lihat Abu sihat tidak mengapa.
Namun hati ibu tiada siapa menduga..selepas 6 bulan Abu melihat dunia, di suatu pagi dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, ketika umat Islam sedang bersahur, keadaan Abu tiba-tiba kritikal. Semua tanda vital menunjukkan penurunan ketara. Mama Abu dihubungi doktor bertugas...umi Abu juga dihubungi untuk memaklumkan keadaan Abu. Setibanya di unit rawatan rapi tersebut, umi Abu maklum keadaan anak tunggal yang dinanti lebih dua dekat itu...tenang uminya berkata,
"Pagi tadi, ketika Abu nazak, kakak baru lepas berdoa selepas solat hajat...doa kakak...Ya Allah...aku redha andainya Abu tidak mampu sembuh dan hingga takat ini sahaja Abu dipinjamkan buat kami..."
Mama Abu memanggil pasukan petugas perubatan yang lain- staf nurse yang sudah maklum maksud pertemuan mereka menangis tidak berhenti. Abu sudah menjadi seperti anak mereka sendiri...6 bulan dijaga dan diulit rapi...sedihnya hati...batasan pesakit-petugas kesihatan sudah menjadi terlalu rapuh- Abu anak mereka juga...
Di akhir hayat Abu, uminya memangku dan Abu pergi selang beberapa jam kemudian.
Satu lagi permintaan umi Abu yang mendera jiwa...
"Boleh tak kalau Abu dimandikan dan dikafankan di hospital..selama 22 tahun kami dicerca orang kampung sebagai pasangan mandul...apabila disahkan mengandung saya sangat bersyukur dan tentunya gembira..namun untuk membawa Abu pulang dalam keadaan badan penuh bekas pembedahan...ianya tentu akan membuka ruang untuk orang mengata lagi..untuk keadaan sekarang, saya tidak rasa saya mampu mendengar apa-apa lagi."
Permintaan umi Abu dipenuhi...jenazah Abu Bakar dimandikan dan dikafankan di hospital dan dibawa pulang ke kampung untuk dikebumikan. 
Tenanglah di sana anakanda Abu Bakar...nantikan umi dan ayah...untuk bahagia di syurga abadi.....

Ketika mendengar kisah syahdu ini, saya sebenarnya sedang dalam keadaan tertekan, bukan kerana belum dikurniakan zuriat sendiri, tetapi kerana soalan-soalan dan kenyataan sesedap rasa orang disekeliling...mendengar kisah Abu dari kakak saya-mama abu, diam-diam kesyukuran saya panjatkan...kagum...rasa kerdil...segalanya bercampur-baur...Allah menjadikan sesuatu penuh dengan rahsia dan hikmah tersembunyi. Siapalah kita untuk mempersoalkannya...namun, usaha dan doa mampu mengubah segalanya...al-Fatihah buat Abu Bakar.....

Nota 1: Ketika teresak-esak menangis mendengar kisah Abu ini, baru saya sedari, Allah tidak membuka pintu hati saya untuk mengambil bidang perubatan kerana inilah- sayu syahdu memanjang....belum apa-apa dah meraung...
Nota 2: Kita berdoa, Allah makbulkan....Allah menguji...redha Allah yang kita cari....
Nota 3: Lama selepas Abu pergi...barulah mama Abu mampu 'attach' semula dengan pesakit ciliknya....ianya mengesankan....

Sunday, February 21, 2010

Awak OKUkah?


Dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu tempoh hari, kami telah berhenti di kawasan rehat dan rawat Temerloh. Seperti biasa, suami saya akan mencari tempat meletak kenderaan untuk OKU. Namun begitu, tempat yang kosong telah terisi dengan sebuah kereta mewah yang berada di hadapan kami. Mungkin ketiadaan petak kosong memaksa kereta berkenaan untuk menggunakan ruang untuk OKU kerana kami amat pasti tiada OKU di dalam kenderaan tersebut. Belum sempat kami melepasi kawasan itu, kereta mewah tersebut telah keluar semula dari petak berkenaan dan suami saya terus mengisi ruang berkenaan. Semasa saya keluar dari kereta, suami masih lagi duduk di tempat pemandu untuk merebahkan badan bagi mengendurkan ketegangan otot. Almaklumlah, beliau memandu menggunakan tangan kanan bagi me'narik' minyak dan menekan brek dan tangan kiri untuk mengawal stereng. Semasa melintasi seorang lelaki separuh abad, beliau dengan suara yang agak lantang bertanyakan suami saya, "OKU ke?"

Saya menjangkakan suami saya mendengari pertanyaan tersebut terus menuju ke tandas. Apabila saya kembali ke kereta, saya melihat lelaki tadi telah bersandar di tempat duduk pemandu di kereta yang diparkir di sebelah tempat pejalan kaki berhampiran tempat letak kereta untuk OKU. Saya meneka bahawa suami saya tidak memberi sebarang respon terhadap soalan lelaki tadi dan saya memberitahu suami dan meminta suami agar memberikan respon kepada lelaki tersebut yang prihatin. Susah untuk seorang ahli masyarakat menunjukkan keprihatinan yang serupa dan pengalaman biasa kami adalah ahli masyarakat yang sangat berminat untuk meletakkan kenderaan/menggunakan kemudahan yang disediakan untuk Orang Kelainan Upaya bagi kegunaan mereka yang normal.

Setelah bertegur sapa, lelaki tersebut telah menunjukkan kad pendaftaran OKU beliau. Owhh...beliau rupanya OKU anggota yang juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan telah patah kedua belah kaki yang kemudiannya menjadi lemah. Bercerita dengan abang Salim yang penuh dengan pengalaman dan mempunyai cara berfikir yang sangat positif menyuntik semangat buat kami berdua. Hanya 1 soalan telah menyambungkan ukhuwah.

Buat pembaca budiman yang normal serba-serbi, sekiranya anda tidak mempunyai kekuatan untuk menegur ahli masyarakat yang dengan sewenang-wenangnya menggunakan kemudahan untuk OKU, jadikanlah diri anda seorang yang tidak tergolong dalam kalangan mereka. Hanya OKU dan ahli keluarga mereka yang memahami betapa sukarnya untuk melalui hari-hari mendatang dengan anugerah dugaan ini.

Monday, November 09, 2009

61


(foto: kredit Berita Harian)
Setelah 61 tahun menanti, pada perlawanan akhir ke 3 selepas 1948 akhirnya pasukan Negeri Sembilan berjaya mengungguli Piala Malaysia versi 2009. Wahh!! Bangganya saya selaku anak nogoghi menonton perlawanan akhir di kaca TV Sabtu malam yang lalu. Seronoknya jika saya dapat ke stadium menyaksikan perlawanan tersebut tetapi saya tahu suami saya tidak akan mengizinkan permintaan saya itu...hihihi...
Tahniah buat pasukan bola sepak Negeri Sembilan. Ianya juga dikatakan sebagai hadiah pertabalan Yang Dipertuan Besar N.S yang baru..Tuanku Muhriz.
Hoben Jang Hoben!

Thursday, October 29, 2009

Wahid Malizia...


Setiap pagi saya memandu ke tempat kerja dan adatlah untuk berjumpa dengan telatah pemandu yang pelbagai. Pagi ini, seperti lazimnya juga, di hadapan Klang Sentral, kenderaan beratur panjang untuk laluan ke Klang dan Setia Alam. Apabila sudah panjang barisan, akan adalah 'pemandu bengap' yang tidak mahu beratur tetapi mahu sampai dahulu. Pemandu-pemandu bengap ini memang melambangkan konsep wahid Malizia yang dicanagkan pemimpin negara kita. Ada pemandu berketurunan melayu, cina dan india. Sudahlah mereka memotong barisan, boleh pula seorang 'ibu kurang bijak' ini yang sedang membawa di dalam kereta tersebut anak perempuannya bercakap menggunakan telefon bimbit sambil terkial-kial memasukkan gear dan cuba memasuki lorong di hadapan saya. Saya tidak boleh berkompromi. Marah betul saya dengan kedunguan pemandu tersebut. Saya jarang menggunakan hon tetapi tadi, saya telah membunyikan hon banyak kali dan dengan kuat!! Kalau pun tidak memikirkan keselamatan diri sendiri, tolonglah fikirkan keselamatan anak tersebut. Ingat anak patung ke? Kalau hilang boleh beli lain di kedai...Itu yang tersurat...yang nyata...yang tersirat pula. Inilah contoh didikan yang bakal melahirkan anak-anak yang nanti apabila memandu pula akan menjadi pemandu yang lebih 'hebat dan menyusahkan' dari ibu bapa mereka sendiri. Ya Allah...marahnya saya dengan kedunguan mereka ini. Keluarlah awal andai ada program yang perlu dihadiri...janganlah menyusahkan orang dan membahayakan semua orang.
Sekian terima kasih.
* maaf pada terma kasar yang saya gunakan.

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya..Eid Mubarak


Hari ini sudah hari yang ke 26 kita di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Ianya semakin tiba di penghujung. Semoga semua amalan yang kita lakukan diterima Allah dan diberikan ganjaran pahala. Moga juga kita beristiqamah dan menjadi insan yang lebih baik.
Esok insyaAllah saya dan suami akan pulang ke Kuala Terengganu. Tahun ini giliran untuk menyambut 1 Syawal bersama keluarga suami. Kemudian kami akan pulang ke Seremban pula.
Saya dan suami ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua. Mohon maaf andai ada salah silap dari segi penulisan atau apa sahaja kesalahan yang mungkin tidak disedari. Semoga Ramadhan yang bakal berlalu memberikan seribu satu keinsafan dan pengajaran serta berjaya mendidik jiwa dan menggandakan keimanan kita semua.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Mubarak!! Ramadhan Kareem!!



Salam Ramadhan buat semua. Semoga kita mendapat keampunan, keberkatan dan rahmat dalam melalui bulan ujian ini. Semoga dengan melaluinya kita akan dapat meningkatkan keimanan kita padaNya. Mohon maaf atas segala salah dan silap. Saya juga memaafkan semua kesalahan andainya ada.

Wednesday, August 12, 2009

Pelanggan


Semasa saya masih di sekolah rendah dan menengah, tugasan tetap saya selain ke sekolah adalah sebagai pembantu mak di gerai nasi lemak. Ketika itu, saya merasakannya sebagai satu beban dan sesuatu yang memalukan kerana diejek di sekolah. Kadangkala, apabila bas awam melalui kawasan hadapan rumah saya dan saya menjaga gerai, saya akan buat-buat tunduk untuk mengelakkan penumpang lain melihat saya. Saya juga selalu merasakan betapa beruntungnya kawan-kawan lain yang tidak perlu bangun pagi seawal 5.30 pagi untuk membantu memotong timun dan telur dadar dan juga menggoreng karipap serta membuka gerai seawal jam 6.15 pagi. Ianya melelahkan dan juga membuatkan saya selalu tercungap-cungap ke sekolah!
Mak juga selalu mengingatkan saya agar senyum apabila berurusan dengan pelanggan dan sentiasa bermanis mulut..jangan berkata sesuatu yang boleh mengguris perasaan pelanggan. Pelanggan bermacam-macam ragam dan antara pelanggan yang masih saya ingati hingga ke hari ini adalah seorang lelaki berusia lewat 30 an dan seorang lagi berusia awal 60 an.
Kisah 1:
Lelaki lewat 30 an itu mak suruh saya panggil dengan panggilan abang. Dia sangat berat mulut dan pertuturannya tidak begitu jelas. Satu hari (selepas beberapa lama saya merancang untuk melakukannya), saya telah berkata begini kepada abang itu yang baru sahaja lepas menyatakan apa yang ingin dibelinya..."cakap sekali lagi dengan suara yang lebih kuat boleh tak abang? Saya tak dengar apa yang abang bisikkan tadi."
Muka mak merah mendengar ayat power saya itu dan serentak dengan itu lengan saya merah dicubit mak...hihihi...saya dahlah penat membungkus nasi lemak, boleh pula pelanggan tersebut bercakap seperti berbisik. Abang itu memenuhi permintaan saya dan bercakap dengan lebih kuat sambil tersenyum-senyum. Syukur kerana selepas peristiwa itu, abang itu tetap datang ke gerai mak membeli juadah sarapan pagi.
Kisah 2:
Lelaki awal 60 an itu merupakan jiran sekampung dan juga sahabat almarhum apak. Pakcik ini sering datang ke gerai tidak kira untuk membeli juadah sarapan pagi mahupun untuk juadah berbuka puasa ketika Ramadhan. Setiap kali pakcik ini datang ada sahaja yang tidak kena di matanya.
"Kocik bona kripap ni haa...cemano nak konyang makan ni..."
"Nasik lomak ni sambal ee sikit bona...tak pueh makan...tambah an skit lagi...kodokut ni.."
"Apo kuih skit bona yang dibuek...bueklah banyak sket..."
Hahahaha...dan saya hanya menyimpan amarah dan sakit hati pada pakcik ini sekian lama. Pakcik itu bukannya membeli banyak pun, mungkin hanya sebungkus nasi lemak dan 3 biji karipap sahaja. Pada satu hari di bulan Ramadhan yang mulia, saya telah sekali lagi nekad untuk menyuarakan ayat-ayat yang selalu berlegar-legar di fikiran saya setiap kali pakcik itu memberikan komen 'membina'nya.
"Pakcik...saya rasa, kalau pakcik tak puas hati, pakcik balik rumah pakcik buatlah sendiri.."
Saya tersenyum setelah menyuarakan ayat keramat tersebut dan pakcik itu tersenyap kemudian tertawa kuat. Mak? Hahahah....saya telah dimarahi dengan dasyatnya dengan menggunakan bahasa melayu tinggi. Hahahahah....saya tak kisah mak memarahi saya kerana saya sangat puas hati dengan pencapaian saya ketika itu. Kini apabila mengingatinya kembali, saya agak kesal kerana atas sikap kurang sabar dan kurang matang saya itu, pakcik itu jarang sekali datang membeli di gerai mak. Apatah lagi jika saya yang menjaga gerai. Kasihan mak.
Mak sering menekankan pada saya dengan ayat berikut:
"pelanggan kita kena jaga, jangan bersikap acuh tak acuh sahaja. Apa yang mak masak untuk dijual ni kualitinya sama dengan apa yang mak masak untuk bagi keluarga makan. "
Memang mak sangat menjaga kualiti barangan jualan dan tidak pernah berkompromi dengan sebarang kekurangan produk jualan. Saya fikir, disitulah datangnya berkat dan rahmat Allah untuk rezeki yang diperolehi.
Hari ini, saya dan adik-adik di makmal turun makan di sebuah kafeteria di dalam kampus. Pernah juga saya mengalami pengalaman memakan hidangan yang disediakan dengan telur dan baunya sangat hanyir...hampir tidak boleh di makan langsung. Sebagai pengguna, kami menjalankan tanggungjawab untuk menegur bagi memperbaiki mutu penyediaan makanan. Apa yang kami dapat:
"sedap je rasanya..takde apa yang kurang. Kalau tak nak telur separuh masak macam ni, lain kali minta yang kering garing...." Komen peniaga tersebut lengkap dengan mimik muka yang sinis.
Aikk....kami memberi pendapat dan menegur. Bukannya nak minta balik wang yang telah dibayar. Itu pula maklumbalasnya.
Saya terus tawar hati untuk makan di tempat tersebut. Sekurang-kurangnya masalah saya akan selesai tidak lama lagi kerana Ramadhan bakal bertandang.. Syukur pada Allah.

Monday, July 20, 2009

Kursus


Saya sudah mencuba untuk bercampur dengan masyarakat di kawasan perumahan kami. Ianya dimulakan dengan agak sukar dan serba tidak kena (secara dalaman sahaja). Semasa masih bujang, emak selalu berleter kerana saya enggan mengikut emak ke majlis walimah atau kenduri-kendara di kampung. Paling bagus pun saya hanya menghantar emak dan menunggu di dalam kereta sehingga emak selesai. Saya tahu ianya tidak bagus tetapi bak kata emak...saya nikan 'tiada hidung', kerana itulah sukar sungguh untuk meyakinkan saya untuk bergaul dengan masyarakat setempat. Salah satu sebabnya adalah saya tidak tahu apa yang harus dibualkan, muka bagaimana yang harus ditunjukkan dan juga dialek mana yang perlu saya gunakan. Satu perkara yang ganjil tentang saya adalah saya sangat cepat mengikut lorat/dialek daerah seperti dialek utara (walaupun dialek Kedah/Penang/Perlis bercampur-campur ikut suka hati saya) kerana saya belajar di utara tanahair selama 6 tahun, dialek negeri Cik Siti Wan Kembang kerana rakan-rakan semasa di USM dahulu majoritinya berasal dari sana dan juga kebelakangan ini dialek Terengganu walaupun suami saya selalu berkata kepada saya, "dok soh lah...bunyi pelek embeng tuh." Akan tetapi, saya tidak boleh bertutur menggunakan loghat nogoghi. Emak dan Almarhum Apak tidak menggunakan dialek noghori di rumah sebaliknya menggunakan bahasa melayu rendah ketika bertutur biasa dan bahasa melayu tinggi jika memberikan nasihat dan memarahi kami..hihihi. Oleh itu, semasa mula bekerja sebagai pegawai farmasi pelatih di HTJ, Seremban, saya sangat bermasalah untuk memberikan kaunseling kepada pesakit warga emas terutama untuk menggunakan inhaler, terapi penggantian hormon atau pun menggunakan novopen bagi suntikan insulin. Yati, kawan sekerja dari Rembau sering menjadi penyelamat kerana selepas ayat ketiga atau keempat, pertuturan saya akan menjadi sangat aneh. Hihihi..Satu lagi kegemaran para pesakit warga emas yang berurusan dengan kami, pegawai farmasi pelatih ini adalah untuk memadankan kami dengan anak/cucu/cucu saudara atau anak jiran mereka. Hahahaha.

Berbalik kepada kisah saya tadi, setelah hampir setahun berpindah, saya memberanikan diri menyertai aktiviti surau di AP. Ianya memberikan saya satu perasaan yang sangat berlainan. Saya menyedarkan diri sendiri bahawa, inilah masyarakat yang perlu saya kenali kerana saya akan tua di sini...insyaAllah. Pagi semalam, saya menyertai kursus pengurusan jenazah. Syukur kerana tercapai juga hasrat saya untuk mengikuti kursus ini. Bercampur dengan masyarakat AP juga menyeronokkan..kerana pelbagai maklumat dikongsi bersama. Seronok juga dan ianya meyakinkan saya untuk bergaul dengan masyarakat dengan lebih kerap lagi.
Pada malamnya pula, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, 'celebrity author' telah sudi menerima jemputan kami untuk berceramah bagi mengisi slot kuliah bulanan surau BaiturRahman. Sambutan sangat menggalakkan kerana kuliah edisi bulan lepas, tidak begitu penuh kehadirannya (perbandingan jadi tidak signifikan kerana sample minima untuk membuat analisis statistik adalah 3--> sila hadiri kuliah bulanan dengan lebih kerap ye Epel...). Pemandu Prof, Encik Ajis memberitahu saya beliau sesat kerana navigator Prof tidak dapat mengesan kedudukan AP..hihihi...dalam ladang kelapa sawit :). Prof. seperti biasa sangat bersemangat dari duduk ke berlutut dan akhirnya berdiri untuk menyampaikan pengalaman travelog hijrah beliau merentasi sempadan iman. Semoga semua mendapat manfaat dan mampu menjadi motivasi untuk kita semua menjadi lebih baik dan lebih mantap iman kita...
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino