Showing posts with label Syawal. Show all posts
Showing posts with label Syawal. Show all posts

Wednesday, October 07, 2009

Wajah-wajah


Musim Syawal kali ini, saya hanya sempat berkunjung ke beberapa rumah sahabat dan saudara-mara selain menghadiri perjumpaan semula sahabat warna-warni kehidupan zaman kanak-kanak dan remaja saya dahulu. Ianya memenatkan tetapi membahagiakan dan juga mengeratkan silaturrahim. Lihatlah gambar-gambar yang banyak ini. Minggu ini dan seterusnya saya sudah memasuki fasa yang menakutkan - baki 8 bulan cuti belajar bergaji penuh dan berbiasiswa. Moga Allah mudahkan urusan saya.17 tahun dahulu kami di tingkatan 3. Saya fikir semuanya berubah dan lebih matang akan tetapi ianya tidak begitu tepat. Bak kata salah seorang sahabat ini- badan je membesar dan dewasa...perangai sama je...Ianya menyeronokkan. Adol yang berbaju melayu itu adalah jurugambar professional untuk majlis hari itu. Semuanya diam apabila lensa kamera dihalakan...hahaha....
Gaya-gaya hebat berwarna-warni. Saya hanya memakai jubah yang sudah berusia 4 tahun. Kononnya tema warna ungu..akhirnya jadi warna-warni...hahaha...saya yang lurus mengikut kesepakatan awal.Ada penyumbang rahsia memberikan hamper sebagai cenderahati buat semua. Moga Allah murahkan rezeki beliau. Di dalam gambar ini- Ridwan yang kami panggil Anjang. Beliaulah tulang belakang majlis reunion kami ini. Segala cara dicubanya untuk menghubungi kembali sahabat yang lama terpisah dan hilang tanpa jejak.

erkk....ye ye..tikus saya dalam proses-ini alat yang digunakan untuk eksperimen saya. Ianya boleh mengukur kelembapan kulit, jumlah melanin kulit, usia kulit, kadar kehilangan air dari kulit dan kadar keasidan kulit.
Makmal saya. Inilah warna-warni hidup saya ketika ini. Mereka ini selalu sahaja menceriakan suasana selain dari sudah kebal dengan mulut bising saya. Hihihi...saya sayang adik-adik ni.
HPLC. Tiada komen. Hahahaha
Pada hari ahad lepas, saya menjemput adik-adik kesayangan saya di lab untuk datang beraya di rumah. Itupun pada pukul 5 petang. Menunya makan nasi lauk kampung. Lengkap dengan asam pedas daging, sambal cili padi ikan keli, sambal goreng jawa saya merekacipta resepinya berdasarkan apa yang selalu saya makan...saya sangat gemar hidangan ini walaupun saya bukan keturunan melayu jawa..saya melayu minang-acheh dan juga ikan pekasam goreng . Sebelum di rumah saya, Puan J dan suami juga menjemput ke rumah mereka yang terletak berdekatan dengan kediaman kami..juga menunya nasi. Hahahah..kenyang sungguh makan nasi hari itu. Owhh..sebelum kagum dengan saya, menu hari tersebut disediakan oleh mak tersayang di Seremban. Saya membawa semuanya ke AP dengan Vi-junior. Suami saya pula sudah mula menghadiri kelas bagi tahun keduanya itulah punca utama mengapa jemputan kami pada pukul 5 petang. Hihihihi . Cepat sungguh masa berlalu.
Kak Norliah- staf makmal yang sering menjadi 'partner in crime' saya ketika beliau masih di fakulti. Kini Kak Nor sudah naik pangkat menjadi pegawai eksekutif dan sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda. Kak Nor sangat istimewa kerana beliau mahir tentang segalanya-beliau sangat suka membaca dan beliau sangat cekap dengan selok-belok Shah Alam dan PJ. Beliaulah pemandu pelancong saya ketika baru menyertai fakulti hampir 6 tahun yg lalu.
Menarikkan. Rozi (berbaju belang) dan isteri (Puan J) dianugerahkan sepasang kembar lelaki yang sangat comel dan bijak. Begitu juga dengan sahabat baik Rozi yang berbaju melayu biru itu, juga memiliki sepasang kembar lelaki seiras...Subhanallah...geram saya melihat mereka ini.
Azhar dan Azfar..comelkan. Mereka berdua lincah, bijak, cerdik dan responsive.beruntung J dan Rozi.Ini di rumah saya. Ini bukan majlis rumah terbuka tetapi saya hanya menjemput adik-adik di lab dan beberapa sahabat rapat di UiTM serta jiran rapat di AP. Kami tidak berkesempatan membuat majlis seperti tahun lepas. Jika ada tetamu yang ingin bertandang, kami alu-alukan dengan tangan terbuka.

Senah (bertudung biru) memiliki kamera bermuncung di hadapan (SLR ke namanya)...hahaha...jadi mereka ini pun bereksperimentasi dengan kamera tersebut. Menarik juga gambar yang dirakamkan.
Kucing yang telah menggigit tangan Syabil.

Mereka ini masih kekenyangan setelah makan di rumah J dan Rozi...berehat sebentar sebelum memulakan kembali aktiviti menjamu selera.
Inilah Syabil. Anak kepada Kak Ida dan Abang Bani (jurufoto pada majlis walimah kami dahulu). Yang berbaju biru itulah Ami (Fahmi) dan yang berkurung biru itu adalah Puan Puteri Murni yang selalu menggelarkan saya Along (kerana wajah saya mirip wajah Along beliau). Wajah comel yang sedang tersenyum lebar di belakang beliau ialah Cik Zaini, sahabat rapat sangat Puan Murni...hihihi...itulah Z yang sudah ke UPSI.
Mereka ini kreatif, selepas pinggan diisi, mereka ke dapur mencari meja...hahaha....

Bersama dan Aqil- anak saudara KMiza.
Bersama Kak Nor dan Kak Fida (otai FF) heheh...oppss...dan juga Syabil...Wajah-wajah riang dan kenyang!
Terima kasih pada sahabat-sahabat zuhalian 92, SMAA atas majlis yang sungguh bermakna dan penuh nostalgia tempoh hari.
Terima kasih juga pada adik-adik dan sahabat yang sudi singgah di teratak kami. Moga kunjungan anda semua membawa barakah dan rahmah buat kami berdua.

Monday, September 28, 2009

Hi tea


Kembali bekerja.
Saya sebenarnya sudah mula bekerja pada Jumaat dan Sabtu lepas. Banyak kerja perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang tinggal. Saya perlu membuat kerja dengan pantas. Tahun ini, kami tidak mempunyai ruang masa yang sesuai untuk majlis khusus rumah terbuka seperti tahun lalu. Kami alu-alukan tetamu yang ingin bertandang dan Sabtu dan Ahad lepas, saya sudah 2 kali memasak hidangan ringkas untuk mak, kakcik, uda dan boboi yang datang rumah dan kemudiannya untuk kak Ita dan abang Muda (sepupu suami) beserta keluarga mereka. Pada tahun ini juga, biskut raya kami hanya ada sejenis iaitu tart nenas...hahahah...saya dengan bersemangatnya telah membawa pulang ke kampung KT dan Seremban 8 bekas kuih raya. Hanya tinggal muruku, kacang dan juga kerepek mache serta tart nenas di rumah kami dan selepas 2 rombongan besar menziarahi kami, bilangannya sudah susut teruk...hahahah. Oleh sebab itu, saya perlu memasak setiap kali tetamu berziarah. Menunya pula...spaghetti bolognese (terima kasih pada kak Hanieliza-> saya mengikut resepi beliau...rasanya lain sikit dan my hubby's taste bud boleh menerimanya...hihihi) dan juga bihun goreng singapura (yang saya belasah je resepinya mengikut imaginasi). Alhamdulillah kedua-dua hidangan dinikmati penuh selera oleh tetamu-tetamu kami.
Pada hujung minggu ini pula, saya insyaAllah akan menghadiri majlis reunion dengan sahabat sekelas semasa di tingkatan 3 Zuhal (bukan 5 Zuhal seperti yang diiklankan ye (tahun 1992- ye, saya sudah berusia 32 tahun...hihihi) hasil usaha keras dan juga kesungguhan Anjang dan Adol. Memang saya sangat menghargai usaha serta kesungguhan mereka dan inilah keratan akhbar yang mengiklankan majlis yang akan diadakan pada 3 Oktober 2009 di Royal Bintang (yang saya tak tahu pun di mana pintu masuknya tu...hihihi). InsyaAllah saya akan menghadirinya -terima kasih pada suami yang memberikan keizinan. Semoga ukhuwah yang terjalin diberkati Allah. Sudah 17 tahun tidak bersua, bagaimanalah agaknya ye...owhh...semasa di Seremban tempoh hari, Anjang dan Najib telah datang beraya bersama keluarga mereka...anak-anak mereka sudah besar..ada yang sudah darjah 4, 5...jauh sungguh saya tertinggal. Hihihi....

Sunday, September 20, 2009

1 Syawal 1430H


Pergi ke masjid solat sunat aidil fitri
Berbaju biru sedondon kami suami isteri
Doa dipohon pada Ilahi
Semoga aidilfitri ini diberkati dan dirahmati

Penatnya badan tidak terperi
Tetamu berbondong datang menziarahi
Membasuh pinggan mangkuk tidak kering jari...hihihi
Tapi baju raya tetap tersarung indah berseri..

Sepuluh jari disusun indah
mohon maaf andai ada salah tingkah
Moga berpanjangan dan kekallah ukhuwah


Saturday, September 19, 2009

Nasi dagang..



Dua hari berbuka puasa di rumah mertua, banyaknya hidangan yang dinikmati. Pasar ramadhan yang hanya sekali dua saya jejaki di Shah Alam saya lawati hari-hari di sini. Banyaknya hidangan yang dijual...macam-macam nama ada. Saya menikmati santapan mata sambil memberitahu hati dan akal...jangan ikutkan nafsu...nanti tak habis makan, membazir. Saya teruja sungguh melihat gulai kawah yang dijual..berkawah-kawah dan berbagai jenis..tengok sahaja..tidak pun dibeli. Hihihi...
Hari ini pula, berlainan juadah dengan di rumah mak di Seremban, tiada rendang ayam, daging ataupun kuah kacang. Akan tetapi mak mertua saya akan menyediakan nasi dagang...kelapa-kelapa ini akan dibersihkan sabut halus dikelilingnya...prosesnya rumit kerana mak mertua saya akan menyediakannya mengikut cara tradisional. Tiada teknologi moden digunakan kecuali mesin pemarut kelapa dan juga mesin pengisar bawang. Pagi ini, gulai ikan tongkol (tuna..hahahah) akan disediakan dan tengah malam nanti, nasi pula akan dikukus. Saya? Hihih...akan cuba membantu sedaya upaya. InsyaAllah...selamat menyediakan juadah...
P/S: Di sebalik keriangan, hati sebak sebenarnya mengingati yang telah pergi. Rindunya pada almarhum apak...rindu yang tidak mampu diungkapkan dengan perkataan. Semoga rohnya tenang di sana...semoga dijauhkan siksaan dan azab kubur. Moga rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.....
PP/S: Hati juga sebak meninggalkan Ramadhan. Doa saya, moga kita semua istiqamah dengan segala amalan yang dilakukan sepanjang Ramadhan yang sangat diberkati ini dan diterima Allah sebagai amalan hambaNya yang lemah, lalai dan alpa...Semoga kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan di tahun akan datang...Ameen...
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino