Selamat Menyambut kedatangan Syawal 1429. Mohon maaf atas segala salah dan silap. Moga ukhuwah berpanjangan dan kita semua mendapat keberkatan. Moga dipanjangkan usia dan dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah..

Catatan perjalanan kehidupan..Suka duka gembira derita
Setiap kali kami pergi mengisi tangki minyak di stesen minyak, banyak mata yang akan memandang kerana senario biasanya, isteri duduk di dalam kereta dan suami yang akan pergi membayar di kaunter dan mengisikan minyak di dalam tangki sebelum meneruskan pemanduan. Bagi kami pula, saya yang akan melakukannya dengan tersenyum sumbing apabila ada mata yang menyoroti perlakuan saya dan kemudiannya akan menghadiahkan jelingan buat suami yang duduk menyandar di dalam kereta. Hihihi....
Suami saya adalah seorang insan yang mulanya normal dan kemudiannya semasa berusia 23 tahun di timpa ujian- Allah menarik balik nikmat berjalan dan menggantikannya dengan pergerakan dengan kerusi roda - paraphlegia. Banyak peristiwa suka duka yang kami lalui terutama sekali di tempat-tempat awam lebih-lebih lagi apabila suami perlu menggunakan kemudahan awam- tandas, tempat letak kereta hatta ingin ke kedai makan pun kami perlu memilih.
Berbalik kepada kisah di pam minyak, suami saya juga pernah beberapa kali hampir ditipu oleh atendan pam minyak yang tidak bertanggungjawab yang
Driver...boleh jalan sekarang
Ok atendan pam..saya jalan sekarang...
Hihihihi
Banyak lagi kisah yang kami lalui- kadangkala kami ketawa, adakala kami bersedih, marah, kecewa dan yang pentingnya, kami redha dengan ujian demi ujian yang kami lalui. Moga Allah memudahkan perjalanan hidup kami.
Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino