Monday, March 12, 2007

AWAS! PEMANDU CACAT


Aku takleh tido malam tadi
Pagi tadi kol 5.30 pagi dah bangun
Check document yang sebakul tu sampai 3,4 kali

Pas subuh kami dah berangkat pergi
Bekalku cuma telur goreng disandwichkan dalam roti
Air plak cukuplah air mati
Pukul 6.30 pagi lagi federal highway kereta dah tak berhenti

Sampai PJ terus je aku tepek sticker yang dibeli
Lambang L pun disangkut di depan dan dibelakang dengan tali
Hubby dok testing2 bukit dan pusingan 3 penjuru beberapa kali
Cukup jam 8.15 pagi pegawai Jay Pi Jay pun sampai di driving school ni
Aku beratur dan uruskan semuanya sekali
Hubby dok ready dalam kereta untuk berjuang dengan berani

Nombor pun dipanggil untuk ujian jalanraya
Erkk..peluhku lebih laju dari calon di dalam kereta
Aku gi ke pegawai penguji untuk jelaskan pada dia
Kat sana cik keretanya
Hubby menunggu dengan redha

Waktu pegawai penguji masuk kereta
Aku berdebar tidak terkira
Kulihat hubby buat sume routine wajib utk markah lima
Pastu aku concentrate baca buku cerita
Walaupun aku dok kat page yang sama
Sampailah kelihatan semula hubby drive kereta masuk kawasan ujian semula

Aku bergegas ke kereta
Pegawai penguji kata tunggu dipanggil semula
Aku senyum walaupun senget serasanya
Hubby kata..sorry...abang terlanggar double line laa
Haaahhhh???
Hubby tunjuk kertas salinan keputusan yang diperolehinya
Cessss!!!!
19/20 tu markah yang diberi padanya
Alhamdulillah..lepas satu seksa

Tunggu lagi dan lagi
Sambil menunggu aku tak senang hati
Teringat2 hubby baru tahu fungsi side mirror kanan dan kiri
Sembang2 dengan calon2 lain yang muda bestari
Ooohhh..ramai budak2 lepasan tingkatan 5 yang berdebar dengan keputusan SPM yang diumum hari ini...

Matahari makin terik berdiri
Belum habis lagi ujian jalanraya utk calon yang masih menanti
Kuperhati sekeliling kelihatan muka resah tak berseri
Ramai juga calon jalanraya balik ke tapak ujian dengan duduk di sebelah kiri
Dah tukar driver...calon menumpang kereta dibawa pegawai penguji...
Kikikikikikiki...ooopsssss...!!!

Pukul 11 lebih aku lihat hubby diarah bergerak untuk ujian slope parking dan penjuru tiga
Aku tak nak lihat lagi adegan seterusnya
Debaran di dada kembali dengan lebih mengada-ngada
Ku baca buku cerita
Tak bergerak muka suratnya

Ku tinjau2 ke arah sana
Ku lihat hubby dah lepas kawasan bukit dengan sejahtera
Parking pula destinasi seterusnya
Aku kembali menatap buku cerita
Huwaaaaaaaaa
Tak sanggup rasanya menanti lebih lama
Nak tengok aku tak sanggup rasanya
Tak nak tengok aku nak taulah pula
Hahahahahaah

Akhirnya aku jenguk juga
Erkkkkkkkkk
Napa pegawai penguji dan DI dok ukur kereta dan tempat parking di sana
Kemudian aku tengok hubby diarahkan keluar semula
Huwaaaaaaaa
Ayang aku ni lupa tengok cermin sisi pulak agaknya
Aku dah start panic tak ingat dunia
Jantung aku dah tak beritma
Degup degap sampai jelas kedengaran di telinga

Aku tinjau sekali lagi
Rasa tak puas hati
Aikkkk
Hubby buat semula parking tadi
Pastu terus ke pusingan tiga penjuru akhir sekali

Lepas hubby menghala kuar dari tapak ujian kedua
Aku tatau apa nak di harapkan pula
Pas ke fail hubby agaknya?

Hubby senyum lebau sampai nampak gigi dan gusi
Alhamdulillah aku ucapkan dalam hati

Hubby kata...tadi first time tu diorang ukur saiz kereta
Cehhhhhh
Buat bedebau aku saja

Alhamdulillah....!!
Tahniah buat hubby yang dah lulus ujian memandu pagi tadi. I'm really proud of you hubby..!!


Tapi aku tak setuju dengan sticker ni...

Biasa kita lihat papan tanda
AWAS!! ANJING GARANG
AWAS!! KERJA MEMBAIKI JALAN DI HADAPAN
AWAS!! JALAN TIDAK RATA
AWAS!! LEMBU MELINTAS

Semua tu membawa makna berhati2 ataupun merbahaya. Bila dilihat sticker ni kan. Macam OKU driver ni adalah subject utk disuruh berwaspada dengan mereka. Sedangkan kalau mereka tak layak takkan diberikan lulus untuk memiliki lesen memandu sendirikan. Maybe Jay Pi Jay perlu adakan sticker jugak utk drivers yang langgar lampu merah atau yang memotong ikut lorong kiri atau yang tak reti beratur ikut giliran di jalanraya dengan sticker berikut:
AWAS!! PEMANDU MEMBUTAKAN DIRI UNTUK WARNA MERAH atau
AWAS!! PEMANDU TAK KENAL KIRI DAN KANAN atau
AWAS!! PEMANDU TAK PERGI SEKOLAH SEBAB TU DIA TAK TAU BERATUR

SUGGESTION JE KAN..JANGAN EMOSI EK..HAHAHAHAHAH

Lagi satu aku pk. Bila ada sticker ni, akan lebih mendedahkan OKU tu kepada bahaya sbb org keliling dah maklum keadaan pemandu so mungkin penjenayah ke lagi minat nak dekat? Ermmm..hanya pendapat aku je. Lagipun aku rasa dah sampai masanya utk ubah sticker tu kepada PEMANDU KURANG UPAYA daripada AWAS PEMANDU CACAT...

Anyway...aku dah cabut dah sticker RM5 tu dari kereta sbb aku pun bawak kereta jugak so a permanent sticker is not suitable.




4 comments:

sayda on Tuesday, March 13, 2007 at 6:05:00 PM GMT+8 said...

congrats for ur hubby..support tu penting..his courage is because of ur encouragement..

wish u have wonderful life~
:D

Red Mummy on Tuesday, March 13, 2007 at 7:47:00 PM GMT+8 said...

congratessssssssss..tahniah!

byk pancaroba yang ditempuhi

apa2pun, kita sebagai isteri memang afdal menyokong.

ks said...

tahniah buat abe dan tahniah gak buat epel yg sabo menunggu.

tentangseseorang said...

kak am, tujuan sticker agar org lain lebih alert. jangan bawak mcm mat rempit hormatlah golongan OKU ni. Tapi tak patut letak pemandu cacat.

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino