Showing posts with label Study. Show all posts
Showing posts with label Study. Show all posts

Friday, October 24, 2014


Selepas empat tahun, saya buka kembali ruangan ini.
Apabila saya baca kembali posting yang lama, ermm...ok. Saya sedari, mungkin saya sudah lebih mengenali dunia dengan pengalaman berbeza :)

Saya...syukur pada Allah kerana saya telah berjaya menamatkan apa yang saya mulakan dahulu..lama dahulu. Namun, nikmat Allah berikan sangat banyak.
Suami sudah menamatkan pengajian diploma dan sekarang sedang meneruskan perjuangan ke peringkat ISM.

Sudah 10 tahun saya berkhidmat..dengan pengalaman dan kenangan yang menggunung. Mematangkan saya dengan segala macam rencah kehidupan.

Alhamdulillah. 

Nanti saya update lagi in shaa Allah.


Saturday, July 30, 2011

Ramadhan....kenangan diri...


Zaman kanak-kanak dan awal remaja..
Ramadhan bermakna puasa..no food and drinks day time. Jalan kaki pergi dan balik sekolah dan kadang kala arwah apak jemput dan hantar atau mungkin ada parents kawan-kawan yang sudi menumpangkan. Balik sekolah tolong mak prepare untuk gerai kuih muih yang akan dibuka seawal 4.00 petang. Masa inilah saya mempunyai rekod menggulung popia untuk digoreng yang paling pantas...70 popia in 25 minutes...laju betul...lepas tu angkat barang dagangan untuk dijual..tarik/guling tong gas...berat woo nak angkat...hari-hari kena bawa masuk kerana ada kebarangkalian yang tinggi untuk menjadi target pencuri. Hidupkan api dapur gas dan panaskan minyak...untuk menggoreng karipap dan popia. Mak kata, jual yg panas-panas lebih menarik tumpuan pembeli. True enough...memang selalunya licin hasil jualan mak. Waktu itu kuih 20 sen sekeping. Roti jala pun mak buat juga...roti jala 30 sen sekeping...tp kuahnya adalah kari daging...hebat mak berniaga...masak macam nak makan sendiri. Sos popia pun mak guna cili merah and gula melaka...and kalau sos popia basah, mak siap letak kismis lagi...ermm...alhamdulillah..berkat usaha mak dan arwah apak...tidak pernah kami sekeluarga tidak berbaju raya walaupun hanya sepasang...Subhanallah...Tapi waktu ni, saya sangat tak sabar nak tahu, bilalah agaknya tarikh akhir mak berniaga...saya penat kerana perlu menolong mak...kalaulah mak tahu ketika itu kadangkala saya memberontak dalam hati...tentu mak sedih...tapi saya hanya kanak-kanak ketika itu...saya cemburu melihat kawan-kawan yang mampu tidur sepanjang petang selepas pulang dari sekolah...namun setelah memahami erti sebuah kehidupan...saya bersyukur..alhamdulillah...itulah yang membentuk saya menjadi kuat dan tabah (agaklah...hihihi)...seperti hari ini...

Setelah mendapat tempat di MRSM, saya fikir, saya akan bersenang-lenang ketika Ramadhan, uda pula menyambung membantu mak di rumah..namun siapa tahu rupanya kesibukan dan juga kepenatan akibat bertungku di hadapan minyak panas itu yang sering membuatkan airmata saya menitik...rindunya pada mak dan keluarga...tidak dapat saya menolong mak lagi...kalau dahulu saya sering mengharapkan mak bercuti raya awal, apabila tiada di sisi keluarga, saya mengharapkan agar mak mula bercuti selepas saya berkesempatan merasai hangatnya bertungku dan penatnya membantu mak menguruskan gerai jualan kecil kami. Anehkan manusia ni.. :)

Di USM, mak sudah berhenti berjaja kerana along, angah, alang dan acik sudah tamat belajar...saya berbuka puasa di masjid al Malik Khaliq...seronoknya suasana itu...berkongsi makan di dalam talam..bersila di tepi tasik jika kehabisan tempat di bawah khemah.tarawikh...qiam di subuh hari...pasti Faizah, Hazlen dan Che Mah tersenyum mengingati kembali kisah2 ini..subhanallah....syukur...

Di London, ketika pengajian sarjana, saya berbuka di dewan kuliah..kebetulan ketika itu musim sejuk...berbuka jam 4.30 petang...seulas dua kurma dan seteguk air sudah mencukupi...selepas selesai kelas barulah ke musolla untuk menjamah nasi pilaf atau briyani...sedikit sama dirasa namun berkatnya membuatkan kenyang sehingga selesai tarawikh...

Setelah berumah tangga...pening juga memikirkan menu...suami tidak cerewet namun perlu ada kuih manis dan air berwarna di atas meja...hahaha...saya ni selalu sahaja lalai...sebelum melanjutkan pengajian dahulu oklah juga...setelah bertungkus lumus dengan pengajian ini...sering saya memikirkan makanan tikus2 lebih dari makanan suami...Astaghfirullah..moga suami saya memaafkan saya...Ramadhan 1431 adalah Ramadhan paling getir dalam kehidupan saya sebagai pelajar pasca siswazah...pernah tidak pulang selama 2 hari kerana tuntutan eksperimen...bersulam air mata berbuka puasa di lab. penatnya Allah sahaja yang tahu kerana monitoring tikus berterusan selama 24 jam..preparation selama hampir 12 jam...Allahuakbar....alhamdulillah dikurnia sahabat-sahabat seperjuangan yang tidak berkira...kerja saya tidak boleh ditinggalkan..merekalah yang membelikan makanan berbuka dan bersahur untuk saya (jazakillahu khairan kathira...anda tahu siapa anda...) Pengorbanan suami juga saya hargai..berbuka ala kadar kerana isterinya ini sibuk sekali...pulang berhari raya pun ketika hari mantai..maaf mak...sibuknya tahun lalu...

Tahun ini doa dan harapan saya biarlah...(insyaAllah) menjadi tahun terakhir saya berpuasa sebagai pelajar pasca...(IPSIS pun dah menyampah dengan saya...hahahah...kena tukar mode lagi...terbang RM50 ku). Saya berdoa, agar ini Ramadhan terakhir saya dan suami bergelar pelajar lanjut usia...kihkihkih...

Masa berlalu...tanpa sedar, setiap Ramadhan membawa pelbagai pengajaran dan pengalaman sebagai bekalan di sepanjang kehidupan saya.

Buat semua...Ramadhan mubarak! Ramadhan kareem!! Moga kita akan mempunyai banyak Ramadhan lagi menanti di hadapan sana dan moga beroleh barakah, rahmah dan maghfirah....Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Subhanallah...!!

Tuesday, June 07, 2011

Penyet


Saat begini rasa macam nak jadi segala superhero yang ada dalam komik...
Moga diberikan kekuatan, ketabahan, ketahanan mental dan fizikal...moga Allah permudahkan...ameen...ilmu itu milikNya...hanya pinjaman pada makhluk manusia.
Harapan saya untuk pertemuan esok hari...
'Semoga saya tidak menjadi cekodok penyet selepas itu'....hahahah...doakan...

nota:
1. Bukan viva....discussion biasa je,..saya terlebih cuak sebab dah terlalu lama ambil masa untuk siapkan kerja ni....mujur saya tak jadi pekasam...hikhikhik 
2. Saya sudah 21 hari bekerja non-stop....ermm....penat..lesu...segalanya dirasakan....moga selepas esok, saya boleh rehat separuh hari...
.

Friday, June 03, 2011

Anugerah


Apabila saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di Malaysia sahaja dan bukan di universiti terkemuka di luar negara, banyak yang bermain di fikiran saya. Keputusan itu diambil kerana ketika tawaran biasiswa mula diiklankan, suami saya baru sahaja menerima tawaran pekerjaan setelah hampir 2 tahun menjalankan pernigaan kecil-kecilan. Itulah pengorbanan suami saya untuk sebuah ikatan perkahwinan. Meninggalkan pernigaan, kerja sambilan sebagai tenaga pengajar di pusat pemulihan akhlak di Marang, NGO yang beliau berusaha untuk penubuhannya dan tentu sekali ibu dan keluarga tersayang yang sentiasa berada bersama beliau tika susah dan senang. Ketika itu saya memikirkan, peluang pekerjaan sudahlah susah diperolehi dengan kelulusan yang minima, apabila tawaran tiba, tentulah sukar untuk menolaknya dan jika saya ke luar negara, beliau tentulah perlu berada bersama saya, apabila pulang beberapa tahun selepas itu, dengan usia yang sudah melepasi usia belia, tentulah peluang lebih sukar dan sangat terhad.

Kesibukan saya dengan pengajian membuatkan kami sepakat agar suami saya juga mendaftar untuk program diploma di OUM. Semuanya bermula apabila saya membaca berita di dalam akhbar tentang penawaran diskaun yuran sebanyak 70 peratus untuk warga emas dan OKU. Setahun selepas saya cuti belajar bergaji penuh, suami pula mendaftar...tempoh pengaijian 4 tahun. 1 tahun dengan 3 semester dan 1 semester, 3 subjek didaftarkan. Ianya bukanlah satu perjalanan yang mudah kerana pelbagai dugaan kami tempuhi. Secara peribadinya, jauh di sudut hati, saya amat berharap suami saya akan mendapat keputusan yang cemerlang. Syukur alhamdulillah, walaupun keputusan peperiksaan saban semester tidaklah begitu cemerlang tapi beliau mampu lulus semua subjek yang didaftarkan walaupun kadangkala hanya gred C yang mampu dicapai...Saya tahu, beliau penat dan kadangkala kesukaran untuk menghadiri kuliah di hujung minggu, tugasan, peperiksaan pertengahan semester dan juga peperiksaan akhir. Untuk insan yang berupaya berjalan walaupun bertongkat, tentulah tidak perlu membuka dan memasang kembali kerusi roda wilcha ketika turun dan naik kenderaan...saya tahu suami saya penat dan kadangkala semangatnya hampir terpadam. Modul pula di dalam bahasa inggeris yang sangat asing baginya...namun itulah proses pembelajaran. Kini, dengan berbaki insyaAllah 2 semester, tentu sekali semua kesukaran yang ditempuhi itu makin menampakkan hasil....Suami saya sudah mampu bertutur dan memahami bahasa inggeris dan lebih jelas dengan bidang kerja beliau di unit sumber manusia. Satu perkara yang saya kagum dengan suami saya ialah keupayaan beliau untuk mengaplikasikan segala yang dipelajarinya dengan bidang tugasnya dan sangat fokus dengan apa yang dilakukan. Selalu saya mengusiknya dengan berkata 'kalau dulu abang fokus belajar, mesti sekarang dah Profesor kot'....namun itu 'kalau' yang saya fikirkan...sesungguhnya, musibah yang menimpa beliau 24 tahun yang lalu sehingga beliau diuji dengan kehilangan keupayaan berjalan adalah 'pelajaran di peringkat doktor falsafah' yang mengajar beliau erti sebuah kehidupan. Ianya bukan mudah dan benarlah kata pepatah 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. 

Semalam, kami menyemak keputusan peperiksaan semester Januari-Mei...dan syukur alhamdulillah. Suami saya memperolehi purata nilai gred 3.89. Syukur alhamdulillah...ianya sijil anugerah dekan yang pertama untuk beliau...saya tahu beliau amat gembira dengan pencapaian itu. Sebelum ini, beliau pernah mendapat PNG serendah 2.33 pun....dan usaha beliau kali ini berhasil. Tentulah sebagai isteri, saya amat berbangga dengan pencapaian beliau dan berdoa semoga beliau dikurnia kejayaan berterusan dunia dan akhirat.

Wednesday, May 18, 2011

Biarlah gambar berbicara...hahahaha


Tarikh: 6 Mei 2011
Lokasi: Pavillion, FF3, PA
Majlis: De-stress of NDBPRC.....
Verdict: Semua orang gembira...makan sampai kenyang...Alhamdulillah
Next agenda: Siapkan paper(s) dan thesis.....
Apa kata sifu: Enjoy hard...work harder...
Kami kata: Baiklah....
Doa kami: Moga aim nak konvo tahun depan tercapai...ameen....























Monday, May 16, 2011

Selamat hari guru


Malam tadi saya menonton filem Laskar Pelangi. Kemudiannya hampir semua saluran menyiarkan filem/telefilem berkaitan guru. Owhh...yelah, hari ni kan Hari Guru.
Laskar Pelangi sebagai filem tidak menghampakan. Errmm....menitik juga airmata saya ketika pakcik Cikgu Muslimah meninggal dunia di Sekolah Rendah Muhammadiyah. Lintang sebagai anak genius yang sangat cekal yang akhirnya tewas dengan caturan takdir-terpaksa berhenti sekolah apabila ayahnya hilang di lautan lalu dengan beraninya mengambil alih tanggungjawab membesarkan adik-adiknya. Segalanya tentang watak dalam filem itu yang diadaptasi dari novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata sangat mengesankan. Tentunya saya mengenang ketabahan dan kecekalan guru-guru saya yang tidak pernah jemu mendidik saya sedari kecil sehingga kini. 

Menjadi pendidik bukanlah kerjaya pilihan saya. Seusai menduduki peperiksaan SPM, mak meminta saya memohon kursus perguruan walaupun saya telah menetapkan memohon jurusan farmasi semenjak berada dalam tingkatan 4 lagi. Saya ikutkan kemahuan emak akan tetapi kursus TESL itu adalah pilihan ketiga. Saya dipanggil untuk temuduga sehingga ke peringkat terakhir. Semasa temuduga itu seperti yang saya jangkakan, ahli panel bertanya mengapa saya ingin mengikuti kursus ini memandangkan saya adalah pelajar jurusan sains tulen. Jawapan yang memang telah saya hafal adalah: saya ingin menjadi ahli farmasi, akan tetapi, ibu saya mahu saya menjadi guru. Oleh itu, adil bagi kami berdua untuk saya memohon keduanya dan serahkan kepada rezeki dan takdir kerana saya memang berusaha keras untuk kedua-duanya. Panel itu tersenyum dan bertanya lagi andainya saya terpilih untuk program TESL adakah saya akan kecewa kerana tidak boleh meneruskan menggapai cita-cita saya ataupun jika saya tidak terpilih, adakah saya akan kecewa kerana tidak dapat memenuhi hasrat ibu saya. Jawapan saya ringkas, saya akan gembira jika terpilih untuk mengikuti program TESL dan tetap akan berusaha sedaya upaya dan jika tidak terpilih, saya akan mencapai cita-cita saya untuk menjadi ahli farmasi terlebih dahulu dan kemudian akan meneruskan pengajian ke peringkat pasca siswazah dan menyertai bidang akademik...guru jugakan... :)

Kini, disinilah saya....masih terhegeh-hegeh untuk menamatkan pengajian pasca siswazah saya ini....sudah 4 tahun....ye 4 tahun....ada macam-macam soalan dan kata-kata 'semangat' yang saya terima....tidak mengapa. Saya redha dengan kelembapan saya menyiapkan kerja-kerja ini. Hahahaha...doakan saya ye.

Selamat hari guru buat para pendidik. Ikhlaskan niat kerana Allah. Ilmu yang dikongsi bukan milik kita tetapi hanya pinjaman semata....
Shima dan Sifu

Kami di lab petang selepas kejadian....esoknya suhu badan saya naik semula...

Saya, Ekha, Shima dan Aini....pagi hari di DATC

Tiga orang graduan dari kumpulan penyelidikan kami, Ekha, Shima dan Zab

Saya dan Shima...

Saya dan Zab

Saya dan Ekha

Shima dan bunga-bungaan


Nota 1: Tahniah buat Shima, Ekha dan Zab kerana menerima ijazah sarjana di majlis konvokesyen UiTM pada khamis lepas.
Nota 2: Aen, Bobot dan Abangteh akan mendaftar diri untuk program UiTM pada 21,22 dan 23 Mei ini. Syukur atas usaha mereka, mereka berjaya melayakkan diri....makteh tak tolong apa-apa ye...hanya tolong mendoakan dan memberi pendapat program yg sesuai....
Nota 3: Saya demam minggu lepas...hingga kini suara masih serak-serak sengau...hihihi....

Monday, April 25, 2011

April hampir berlalu


Suami saya baru sahaja menduduki kertas peperiksaan terakhir untuk semester Januari 2011. InsyaAllah ada lagi 3 semester sebelum beliau menamatkan pengajian. 3 semester itu bermakna setahun...sepatutnya 2 semester sahaja akan tetapi, beliau bertegas untuk mengambil jumlah kertas yang sedikit bagi 3 semester terakhir. Errmm....moga dapat 4.00 ye bang...hehehe...

Saya? Owhh....jangan risau, kerja makmal saya sudah kembali lancar selepas tersangkut akibat jangkitan kutu sekali lagi pada tikus-tikus saya. Saya terpaksa meminta bantuan Mizi dan Aini untuk memandikan 'budak-budak' itu....saya memang geli dan takut dengan tikus dan hampir kesemua binatang...kucing menggesel-gesel di kaki pun saya dah hampir pengsan ketakutan. Setelah hampir 5 tahun berurusan dengan tikus-tikus ini, saya sudah jadi berani sedikit...tapi takut masih banyak...jadinya, untuk urusan-urusan yg perlu pegang lama-lama dalam keadaan ianya sedar dan sangat waras...lebih baik saya tidak cuba melakukan perkara yang mungkin akan saya sesali di kemudian hari...hahahaha. Jika ianya sudah mabuk diethyl ether ataupun tertidur selepas disuntik ketamine xylazine tidak mengapalah, itupun, jika tikus itu 'terbatuk' sedikit saya sudah melompat secara virtual....hahahah....Ada juga sahabat-sahabat yang 1 batch mendapat biasiswa sudah melalui viva dan sudah bergelar Dr....tidak mengapa, saya redha dengan kelewatan ini. Masa bergerak pantas dan saya sering tercicir dan diuji dengan pelbagai perkara. Allah mahu saya lebih kuat untuk menempuhi dunia kerjaya yang tentunya lebih mencabar dari yang telah saya tinggalkan hampir 4 tahun ini.....

Saya ada banyak perancangan untuk dilakukan- Pesta Buku pun saya sangat teringin hadiri. Namun begitu, saya perlu merancang menyiapkan kerja yang berbaki dan memastikan baki akaun saya mencukupi untuk program jalan-jalan cari ilmu bersama Puan J dan Puan K nanti....heheheh....nanti saya update jika diizinkan Allah saya ke program tersebut ye....green light suami sudah diperolehi, green light sifu juga menyala terang...cuma tinggal usaha kami bertiga menyiapkan apa yang diperlukan untuk membolehkan kami berjalan-jalan....

Nota 1: Saya mendoakan agar pembedahan mengeluarkan ketumbuhan adik ipar kakak saya akan berjalan lancar, diberikan kesembuhan oleh Allah dan beliau akan meneruskan kehidupan dengan lebih gembira...

Nota 2: 2 bulan lagi sebelum saya melapor diri untuk bertugas semula. Semoga saya dapat siapkan semuanya sebelum itu. Ameen....

Wednesday, March 23, 2011

Sekali lagi


Tiada siapa menduga...saya redha dan pasrah...syukur kerana ada sahabat-sahabat seperjuangan yang sudi membantu saat saya benar-benar sedih dan rasa tidak berdaya melangkah...kepada Mizi dan Nana- terima kasih kerana tolong saya memandikan dan membersihkan....kepada Jaya dan Khaizan...atas bahu yang dipinjamkan untuk titisan airmata saya.....kerana kecewa akibat kerja lab saya tertangguh lagi....benar...perjalanan ini sangat panjang dan berliku...moga Allah kurniakan ketabahan dan kekuatan buat saya melaluinya....

TIKUS SAYA DIJANGKITI K.U.T.U LAGI.....

Sekian, terima kasih.

Tuesday, February 22, 2011

Nagla dan Aassad


Kumpulan penyelidikan kami terdiri daripada 16 pelajar sarjana dan 4 pelajar PhD termasuk saya. Ada 2 orang pelajar antarabangsa yang berasal dari Libya. Ye, Libya yang sedang bergolak dengan sangat dasyat. Aassad selalunya sangat periang dan gemar mengusik akan tetapi semuanya sirna setelah pergolakan bermula. Nagla berendam airmata...Aassad juga begitu. Perkhabaran yang diterima pada hari ini lebih menyedihkan dan kami semua tumpang berdukacita...zalimnya manusia....kerana pangkat, harta, pengaruh...seolah-olah semuanya boleh dibawa ke dalam kubur nanti..Sepupu-sepupu dan saudara rapat mereka dibunuh kejam ketika mempertahankan kehormatan dan maruah ahli keluarga masing-masing. InsyaAllah moga mereka diterima sebagai mujahid dan mujahidah. Semoga syurgalah tempat mereka yang kekal abadi...

Saya tidak tahu bagaimana mahu menzahirkan apa yang terpendam di lubuk hati. Seruan saya buat semua pembaca...buatlah solat hajat setiap waktu terluang. Doakanlah keselamatan dan mohonlah agar Allah hancurkan kejahatan pemerintah-pemerintah yang zalim dan menindas sebegini rupa. Bacalah Qunut Nazilah....bacalah sahabat-sahabat. Berhentilah berbicara tentang beg tangan mahal atau parti-parti yang dihadiri....saudara-saudara kita sedang menderita di bumi sana.....marilah kita sama-sama berdoa agar mereka selamat dan keamanan akan kembali pada mereka...kasihanilah mereka...kasihanilah mereka ya Allah....selamatkanlah mereka dan musnahkanlah pemimpin-pemimpin yang mendustai amanah yang mereka pikul.....Ameen....
Nota : Pertama kali, kami semua berkumpul membaca surah Yasin dan juga Qunut Nazilah. Nagla broke down...kasihan dia..semoga ukhuwah dan sokongan kami semua mampu menyumbang kekuatan buat Nagla. Aassad sudah pulang dan menuju ke kedutaan Libya di KL.

Sunday, February 20, 2011

Tiga dalam satu


Kisah 1.
Cuti tahun baru cina

 Saya tidak ikut suami pulang ke KT kerana perlu 'membelai' tikus-tikus di makmal. Cuti 4 hari, 3 hari saya habiskan di makmal...1 hari iaitu pada hari sabtu, saya ke Melaka memenuhi jemputan walimah adik di lab- Cha dan pasangannya yang sangat rajin menelefon telefon bimbit Cha ketika mereka di alam pertunangan dan Cha pula suka meninggalkan telefon bimbit di atas meja-ada operator menjawab telefon ini...hahahah, Mohd Yusof. Saya ke sana bersama mak dan 3 orang anak dara abang saya bersama kereta abang yang sudah siap diisi petrol sepenuh tangki dan juga kad touch n go penuh berisi...bahagianya ada penaja sebegini...terima kasih ye ngah...heheheh

 Pada hari Sabtu berikutnya pula, saya telah menjadi penghias pengantin (?)...Owhh...saya memang tidak mengenakan alat solek di wajah...malahan mencuci muka atau memakai pelembap muka pun bukanlah sesuatu yang saya amalkan sejak dari dahulu. Tidak tahu mengapa, saya hanya akan comply seketika kemudian saya akan terlupa dan biarkan sahaja. Jika saya teringat, saya akan mencuci....lantaran itu, set penjagaan wajah Mary Kay yang saya beli dari sahabat saya masih ada lagi walaupun sudah hampir setahun saya beli....erm....Sue me...but I am comfortable this way...hahaha...Berbalik pada kisah sebenar proses saya menyolekkan pengantin tempoh hari...Cha memberitahu saya, atas masalah yang tidak dapat dielakkan, dia tidak dapat menyediakan make up artist semasa majlis bertandang di belah lelaki. Saya memang saya seronok bermain alat kosmetik walaupun saya jarang menggunakannya...terima kasih kepada youtube...amat mudah belajar bersolek melaluinya...macam-macam cara ada...hihihi...alat kosmetik? owhh...saya cuma ada pembayang mata (yang saya beli 2 tahun yang lalu), mascara (yang alang hadiahkan buat saya semasa hari raya tahun lalu), celak (yang saya beli 2 tahun yang lalu). Pemerah pipi dan juga make up base telah dipinjamkan oleh Aini dan Aliza...hehehe...Cha kata ok..saya pun oklah....Tiba hari yang dijanjikan, saya pun dengan gigihnya telah menyolekkan Cha dan menggayakan tudung serta aksesori- supaya Cha kelihatan seperti raja sehari...ermmm...saya rupanya adalah seorang peminat gaya klasik...saya selalu ada imaginasi bagaimana tudung ini perlu digayakan, aksesori yang perlu ada dan pelbagai lagi imaginasi yang 
kadang kala singgah di fikiran saya. Ye, ini adalah sisi lain saya selain daripada menjadi penternak tikus dan juga saintis yang belum khatam-khatam lagi. Inilah hasilnya....ermmm...ada banyak yang tidak kena....jangan saman saya sekiranya ada antara pembaca yang sangat hebat menatarias wajah...saya hanyalah seorang pelajar pasca siswazah yang menjadi sangat teruja untuk membantu seorang sahabat yang dalam kesulitan....sob sob sob....(sila tinggalkan komen jika ada nasihat untuk aplikasi kosmetik yang betul jikanya ada..terima kasih)..Bunga itu asalnya kami mahu menggunakan bunga mawar (supaya kelihatan klasik..nama pun kita guna mawar ye...). Akan tetapi, sambutan hari kekasih yang bukan amalan kita itu telah menyebabkan bunga mawar menjadi RM10 sekuntum...erkkk...akhirnya, dengan bantuan Ipah, Ira dan Aini, bunga anggerik yang dibeli di sebuah perkebunan anggerik di PA ini telah menyelamatkan keadaan bajet. Tentu sahaja gambar Cha berbusana hijau kelihatan lebih menawan dan terserlah gaya raja seharinya kerana itu jurusolek profesional. Bulu mata yang dikenakan...waahhh...hebat...mujur sifu kami tidak menghadiri majlis di Melaka, jika tidak...sampai bila-bila pun akan dijadikan bahan gurauan tentang 'eye lashes'. Semoga Cha dan suami bahagia hingga ke syurga. Ameen.

Kisah 2
Tali pinggang nabi Sulaiman.
Ringkas sahaja kerana saya ngeri setiap kali mengenangkan 'tetamu tidak diundang' ini. Kejadian ini berlaku pada hari Isnin dan Selasa semasa sambutan Maulidur Rasul (selawat dan salam buat baginda, ahli keluarga serta sahabat baginda)

Isnin 
7.45pm- Suami saya menelefon memberitahu ada 'tali pinggang nabi Sulaiman' di dlm rumah. Dekat living area....saya sepatutnya perlu bermalam di makmal untuk menyiapkan kerja. Terkaku sebentar- terima kasih pada Dayah kerana memberitahu untuk menelefon Bomba....saya terus mendail 999-sambung ke JPA3.
8.45pm- JPA3 sampai umah, proses mencari bermula namun gagal dijumpai. "Kalau jumpa call semula, kami nak balik ke ibu pejabat, ada urusan lain."
Terima kasih buat Nana, suami dan adik iparnya yang membantu membeli sulfur, garam kasar dan membantu pula menaburkannya di sekeliling rumah dan juga kawasan berpotensi untuk ianya ada. Rumah saya sudah jadi seperti kapal karam yang dipenuhi sulfur dan garam kasar....uwaaa.....ngerinya...kata mereka, mungkin sudah keluar. Akan tetapi, suami saya memerhatikan kawasan ia bersembunyi...memang tiada pergerakan keluar....saya pasrah. Sebelum tidur, kami solat Isya dan solat hajat mohon keselematan dari bahaya bencana angkara manusia, jin, syaitan, binang bisa, binatang menjalar, kala jengking dan ular hitam...
11.45pm- Saya tidur dengan nyenyak...suami tidak mampu melelapkan mata sehingga jam 3 pagi.
Selasa
Selalunya selepas solat Subuh saya akan terus keluar ke dapur, membasuh baju dan lain-lain lagi. Namun hari itu, suami saya meminta saya tunggu dulu. Berehatlah kami di dalam bilik....
7.30 am- Suami saya keluar dengan membawa sebatang kayu. Apabila digodek langsir dengan kayu, ada bunyi melawan-sah ada lagi dalam umah. Saya terus menelefon talian terus JPA3 namun mereka meminta saya untuk menelefon 999 dahulu- kerana PROSEDUR mereka begitu...errmmm...
7.55 am- JPA3 team lain pula yang tiba. Suami masih dengan beraninya berada kurang 2 meter dari tempat 'tali pinggang nabi sulaiman' itu bersembunyi. Mereka memulakan proses mencari-namun di sebalik langsir kosong...tiada jejak si 'tali pinggang nabi sulaiman' tersebut. Saya mula risau....ermmm...mana pula perginya....Akhirnya mereka mengalihkan almari tempat televisyen diletakkan....mereka mengesahkan ia bersembunyi di situ.
8.25 am- suspek ditawan, di masukkan ke dalam guni, di ikat and dibawa pergi....ermm...saya cuma melihat sekali imbas dari jauh sahaja....saya kurang berani penakut. Ia dibawa pergi....Alhamdulillah...
10.15 am-Suami membersihkan belerang and garam kasar yang berselerak di dalam rumah. Saya pula terpaksa ke makmal- ada monitoring wajib utk tikus...tiada pilihan.
 4.00pm - Tiba di rumah dengan membawa pembantu rumah kakcik saya untuk membantu kami mengemas. Sapu, vacum, mop sampai 3 kali dan buka serta cuci langsir tempat persembunyian si tali pinggang nabi sulaiman tersebut.
 7.15pm- Kerja pembersihan rumah selesai disudahi dengan gantung langsir yg siap dicuci dan 80% kering.
Sehingga ke entri ini ditulis, saya masih fobia. Moga dilindungi Allah dari bahaya bencana angkara manusia, jin, syaitan, binang bisa, binatang menjalar, kala jengking dan ular hitam...ameen.

Kisah 3.
Saya adalah peminat tegar Norhayati Berahim. Jumaat lepas apabila saya membaca entri ini di blog kak Yati, saya jadi sangat teruja. Mungkin kerana terlalu banyak kejadian yang berlaku sepanjang 2 bulan pertama tahun ini dan saya tiada masa santai...maka saya telah meminta kebenaran suami untuk ke Mid Valley- yang sudah lama tidak saya jejaki....sayakan orang kampung..laluan saya hanyalah Meru-PA sahaja setiap hari...heheheh....

Saya ke sana ditemani Shima (tahniah Shima yang baru sahaja lulus viva voce bagi Ijazah Sarjana awal Januari yang lalu-bersama 1 penerbitan journal berfaktor impak lebih 3...hebatkan?!!) dan juga Ahmad Hazim dan Azri Izzat (anak kakcik saya yang sudah berpindah ke Shah Alam-lagilah senang makteh nak ajak jadi teman berjalan...heheheh).

Sebetulnya, saya tidak pulang ke rumah pun pada hari Jumaat kerana menyiapkan kerja...tidur pun hanya 3 jam sahaja...dan saya sampai di rumah pada jam 11.45 pagi. Selesai mandi dan kemudiannya makan tengahari dengan suami, saya ke rumah kakcik. Menunggu anak-anak ini pulang dari sekolah, mandi, solat dan kemudian makan tengahari. 

Kemudian saya mengambil Shima pula sebelum memulakan perjalanan ke Mid Valley...sudah lama saya tidak memandu sendiri ke kawasan tersebut...selalunya suami yang memandu...saya hanya lepak di sebelah...heheh...2.50 pm kami selamat tiba di kawasan kejadian. Gembira dan teruja saya melihat Kak Yati masih lagi sibuk melayan peminat di sisi meja yang dipenuhi coklat buatan sendiri....Setelah selesai sesi soal jawab, saya berjumpa kak Yati yang sudah lama tidak saya temui....(selalunya saya berjumpa kak Yati di Pesta Buku sahaja pun...heheheh....). Kak Yati ni peramah orangnya dan sangat merendah diri....kata Shima- tak sangka itu penulisnya...nampak sangat sederhana....itulah...ular menyusur akar tidak hilang bisanyakan... ular2 jangan sebut ehh...kikiki. Saya membeli karya terbaru kak Yati - 'Dari kerana mata' dan mendapatkan tandatangan kak Yati...teruja sungguh saya....

Owhh ye..satu lagi karya baru kak Yati adalah 'Hujan pun    menari' yang sangat menarik- ada kisah lanun Somalia di dalamnya...belilah...tidak rugi membacanya...kerana ia adalah novel 'berisi' yang bukan semata-mata kisah pasangan kahwin paksa yang duduk berasingan bilik dan kemudiannya saling jatuh cinta...ooopsss...heheheh....Saya kira saya sudah terlalu tua untuk kisah sebegitu....Usai majlis kami pun pulang. 

Terima kasih kak Yati atas layanan yang sangat mesra...dan coklat itu sungguh enak...nanti kongsi resepinya ye kak Yati. Hihihi...

Sekarang ini saya di makmal bersama suami. Saya menyiapkan kerja saya dan suami pula menyiapkan tugasan yang perlu di hantar 2 minggu dari sekarang. Semoga Allah permudahkan urusan kami dalam menuntut ilmu...Ameen.

Friday, February 11, 2011

Tarikh mula berkhidmat


Hari ini genap 7 tahun saya berkhidmat di FF. Pantasnya masa berlalu (sila semak disetiap entri saya pasti ada ayat ini). Sebenarnya, saya datang ke fakulti ketika itu masih di kampus induk pada 9.2.2004 dan kemudiannya bercuti sehari kerana saya tiada tempat tinggal lagi ketika itu. Bilangan pensyarah ketika itu hanyalah 12 orang...kini...saya sudah lama berhenti mengambil tahu kerana saya adalah pelajar sepenuh masa...apapun berkaitan fakulti saya hanya tahu 'begitu-begitu' sahaja. Sehinggakan apabila saya perlu lapor diri semula setelah cuti belajar bergaji penuh selama 4 tahun pada Jun nanti, saya berdebar tidak tentu hala...ish ish ish....Owh ye...sempena 7 tahun berkhidmat....banyak yang telah saya pelajari....bilangan pelajar bertambah dan bilangan graduan juga meningkat hari demi hari....yang tetap sama bagi saya adalah, saya tetap begini-begini sahaja....Owh yea......dan saya juga adalah Tenaga Pengajar Muda (TPM) pertama di FF yang melapor diri setelah tamat belajar....heheheh....saya tidak kisahlah jika ianya tidak penting bagi orang lain tetapi ianya penting bagi saya kerana ianya mengingatkan saya bahawa saya berpeluang mendapat 3 tahun pengalaman bekerja sebelum menyambung pengajian ke peringkat sekarang yang masih belum habis-habis....uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Ada juga sahabat-sahabat yang berpeluang menyambung terus...once and for all TPM dari Sarjana ke PhD dan kemudian baru sambung bekerja...Sehingga sekarang, jika ada junior yang bertanya...saya tetap berpegang...keduanya ada pros and cons...tentulah begitu, bukan...jika bekerja dahulu seperti saya, pengalaman kerja ada, tapi lambat sikitlah ada title Dr di hadapan nama...dan setelah bekerja, utk adjust menjadi student kembali agak liat....namun alhamdulillah...tidaklah liat sangat....dah direbus lama2 mcm saya sekarang, empuk juga insyaAllah...hehehe...kalau sambung terus...owhhh...bagus juga...cepat habis belajar- kata orang mudah kerana masih segar sebagai pelajar sarjana terus menjadi pelajar doktor falsafah. Tidak mengapa, saya tidak sesal apa-apa...rezeki saya begini. Alhamdulillah....
Semoga perjalanan saya dalam kerjaya akan lebih bergemerlapan selepas ini.....tidak sabar mahu selesaikan lab work...mahu submit 2 lagi papers ke penerbitan antarabangsa satu sudah diterima dah sudahpun diterbitkan..syukur alhamdulillah...IF pun boleh tahan...alhamdulillah... dan thesis...ameen.....saya ada matlamat untuk tahun ini....semoga semuanya terlaksana di dimakbulkan Allah...ameen.....

Saturday, November 27, 2010

Tahniah!


Syukur Alhamdulillah. Tahniah diucapkan buat para graduan sarjana muda farmasi (kepujian) dan juga diploma farmasi atas penganugerahan ijazah sarjana muda dan diploma mereka pada hari ini. Para graduan ini adalah:
1. Kelompok pertama para pelajar yang memasuki fakulti menerusi program pra ijazah (sy menjadi ibu mereka). Penuh dugaan dan saya menimba begitu banyak pengalaman pentadbiran akademik ketika itu.
2. Kelompok pelajar diploma pertama yang menjadi pelajar saya hampir 7 tahun lalu ketika saya mula melapor diri.
3. Para pelajar kolej usahasama yang juga merupakan pelajar saya untuk beberapa kursus farmaseutiks.

Kesimpulannya, selaku seorang yang sangat mudah mengalirkan airmata...ermm...sahabat saya yang juga turut serta meraikan para graduan ini hari ini hampir menyekeh saya...hahahah...betul, ianya mungkin perkara kecil bagi orang lain tetapi amat bermakna buat saya...tahniah buat semua yang berjaya, ibu bapa yang banyak berkorban dan keluarga yang memberikan sokongan. 

Buat para graduan: Menuntut ilmu tiada noktahnya. Apabila semakin tinggi ke langit biru, rumput hijau di bumi jangan dilupakan. Moga diberkati Allah. 

Nota 1: Bila pula majlis konvokesyen saya ni?
Nota 2: Minggu hadapan, banyak perkara perlu dilakukan....semangat!!!

Friday, November 26, 2010

Harta Karun


Saya dilanda tekanan yang hebat sejak minggu lepas. Banyak perkara merunsingkan saya. Tidur malam saya terganggu. Selepas pukul 1 pagi barulah mata ini boleh lelap. Saya boleh melihat katil dan merasakan ianya akan menelan saya...hahahah...sungguh terseksa...
Apabila dalam keadaan begini, saya menyelesaikannya dengan mengeluarkan koleksi manik dan labuci yang memang saya simpan untuk digunakan dalam keadaan penuh tekanan jahit pada baju. Kebetulan saya baru menerima baju kurung hitam plain saya dari tailor tersayang- Kak Nor di Meru. Puaslah saya kerjakan...dalam tempoh kurang 2 jam sudah selesai saya merias sebelah tangan. Errmm...jangan kagum kerana ianya jahitan asas manik sahaja dan sambil menjahit saya leka menonton Asmara, membuat kopi, makan muruku dan juga menonton ulangan Top Chef....hihihi....suami saya pula memang sudah mengerti isteri tersayang ni akan membuat perkara-perkara pelik tapi benar tika berada dalam tekanan. Terima kasih ye yang kerana memahami. Hihihi....
Akhirnya siaplah sebelah tangan...dan esoknya pula, tekanan saya berkurangan sedikit....ermmmm...jadinyakan...bagaimana saya mahu memakai baju kurung tersebut...hanya sebelah tangan sahaja berhias manik...hahahah....epel...epel....tak berubah rupanya....

Wednesday, August 25, 2010

Telah kembali atas permintaan ramai


sedang menjamu selera
Sistem sangkar 'mereka'
Alhamdulillah...'Budak-budak kecil' ini sudah sampai. Saya jadi senang hati mengatur kerja yang perlu dilakukan. Apabila tiba musim raya nanti, sebahagian 'mereka' sudah tiada di dunia yang fana dan sebahagian dari 'mereka' terpaksa saya tinggalkan dgn bekalan makanan dan minuman. 1 sangkar tidak boleh diisi padat tapi perlu diisi seekor sahaja. Kalau 'ramai-ramai' nanti jadi kisah makan daging saudara sendiri pula.
Dugaan datang dan pergi...syukur saya melaluinya walaupun selalunya terlepas juga keluhan..Astaghfirullah. Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya.
Puan J dan 'anak kecil'
Vi junior mengalami masalah kehabisan bateri..hihihi...terpaksa ditunda kerana jump start gagal. Pertama kali dalam sejarah saya memiliki kenderaan melihat kereta sendiri ditunda...sedih wooo.... :D
Nota 1: Sudah sebahagian Ramadhan berlalu...pantasnya masa berlalu
Nota 2: Minggu ini Selangor cuti hari Jumaat....tetapi saya tidak bercuti...Isnin sehingga Rabu hadapan saya berkampung di makmal...terima kasih suamiku sayang kerana memahami. 
Nota 3: Kaki saya sudah beransur surut bengkaknya...dan sudah boleh solat berdiri seperti biasa. Alhamdulillah.



Tuesday, August 24, 2010

Apabila kura-kura terbalik..KISAH BENAR


                                                              kredit foto: http://blog.firstari.com

Pernahkah anda melihat kura-kura terbalik seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas?
Imaginasi anda diperlukan untuk mengetahui mengapa kaki saya bengkak, tangan dan lutut lebam-lebam dan juga kepala saya agak pening.
Tukarkan sahaja imej kura-kura tersebut dengan seorang pelajar pasca siswazah yang dengan penuh semangatnya membuat kerja makmal di dalam bilik bersih dengan kedua-dua tangan memegang schott's bottle berisipadu 1 liter yang sudah terisi dengan strain bakteria, memakai pakaian ala-ala angkasawan dan juga dengan sepenuh jiwa raga cuba menyelamatkan botol kaca tersebut dari pecah. Pecah bermakna- kerja yang sangat banyak kerana di dalam botol ada bakteria ye..bukan bakteria baik seperti yang dijumpai oleh saintis Shirota di Jepun tu ye...ini bakteria tak berapa nak baik...Ngerinya...
Hasilnya seperti yang saya nyatakan di awal tadi, buku lali kanan bengkak, tangan kanan lebam, lutut kiri lebam, belakang saya sakit juga dan kepala pening-pening kerana terhantuk di Biosafety Cabinet atau lebih popular dengan nama BSC. Syukur Alhamdulillah suami saya yang menghantar ke makmal pada hari Ahad yang indah itu...jika bersendirian, bagaimana saya mahu memandu...huhuhu...
Kesimpulannya:
1. Apabila kasut anda tapaknya sudah licin, jangan bertagak-tagak untuk membeli yang baru walaupun ada menyayangi kasut tersebut sepenuh jiwa dan raga.
2. Apabila berada di dalam situasi membuat pilihan, buatlah pilihan yang tepat- pilihan saya menyelamatkan botol bakteria pada hemat saya tepat dan sesuai.
3. Setelah jatuh dan sakit, anda akan memaksa diri anda untuk membeli sepasang sepatu baru tanpa memikirkan gaji belum masuk ataupun jarak kedai kasut dengan rumah anda dan meminta kakak anda beserta 2 orang anaknya yang juga mendapat kasut baru walaupun kaki mereka tidak bengkak akibat jatuh  untuk menghantar anda ke kedai kasut tersebut. :D


Nota:
1. Ia telah selamat dihantar. Moga dibukakan pintu hati penilai untuk diterima. Ameen.
2. Mak sudah selamat tiba di Mekah. Moga mak dapat beribadah dengan tenang.
3. Kumpulan pertama mini popia hasil tangan Along sudah siap. Saya sudah memulakan penghantaran.

Wednesday, July 14, 2010

Cahaya



Saya sedang marah. 
Saya menulis tentang tikus saya di sini. Setelah sangkar dibersihkan dan keseluruhan sistem disanitasikan oleh pihak pembekal sistem sangkar tersebut, saya perlu memohon dari pihak penjaga bangunan untuk memasang sistem ekzos bagi memastikan udara bersih dapat dibekalkan ke dalam sistem tersebut. Sistem ini pada mulanya di Shah Alam dan setelah berpindah hampir 6 bulan dari sana, rupanya masih perlu memohon semula untuk pemasangan. Saya fikirkan, ianya 1 pakej- selepas di buka dari sana dipindahkan dan dipasang semula. Tidak mengapalah, saya akui itu silap saya yang terlepas pandang. Setelah hampir 3 minggu menanti dan menelefon, 2 hari lepas saya menelefon lagi dan mereka memberikan penyelesaian masalah berkenaan. Oklah-saya terima kerana saya memang tidak tahu prosedur teknikal. Mereka beri cadangan, pihak perlaksana/pembekal teknologi setuju, saya kira semuanya ok. Hari ini saya mendapat panggilan telefon dari pembekal teknologi/perlaksana sekali lagi. Cadangan penjaga bangunan tidak boleh dilaksanakan kerana ianya akan menyebabkan masalah pencemaran udara sekeliling dan juga udara di dalam sistem sangkar tikus. Dari sudut teknikal, cadangan penjaga bangunan sama dengan cadangan pembekal...akan tetapi apabila masuk pula unsur perekabentuk bangunan, cadangan itu tidak boleh dilaksanakan kerana akan menjejaskan struktur kosmetik luaran bangunan...Yang membuatkan saya membara kerana saya menjadi orang tengah antara penjaga dan pembekal..tiba-tiba saya rasa marah pada orang yang menggunakan alat solek...sebab luaran sangat tak benarkan sistem tersebut dipasang sebegitu rupa......(maaflah andainya anda yang membaca entri ini tidak dapat memahami butir luahan hati saya...saya memang sangat berserabut...)..Beauty lies on the eyes of the beholder...tiba-tiba sangat..apakah???
Saya tertekan dan sedih..marah bercampur baur....tiba-tiba terbaca tafsir ayat 35 surah An Nur:
Allah (Pemberi) cahaya kepada langit dan bumi. Perumpaan cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang didalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak barkahnya (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya (sahaja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Ya Allah...berikanlah cahaya itu buatku...buat si penjaga bangunan juga- moga mereka faham keadaanku ini...bersabarlah wahai Cahaya Harapan yang Nyata....

Nota 1: Tahniah buat sahabat-sahabat saya yang telah berjaya melepasi halangan viva utk thesis sarjana dan juga PhD- Ekha, Zab dan juga Dr. Rushdie. Moga Allah memberkati kalian.
Nota 2: Dugaan datang pelbagai cara...namun terlalu banyak nikmat yang Allah berikan...syukur...Alhamdulillah
Nota 3: Saya sedang update/siapkan kajian literatur...doakan saya.....LR biasanya tidak siap sehinggalah thesis sudah hampir siap...tp saya sdg kemaskinikan sehingga tarikh ini...owhh...jangan panik/teruja sangat...thesis saya belum siap..kerja makmal masih berbaris panjang seperti penggemar ayam pakcik bob di pasar malam Puncak Alam berbaris menunggu ayam goreng enak itu...
Nota 4: Hari ini suami saya masuk studio amik gambar...mudah-mudahan berjaya...ameen.
Nota 5: Tiba-tiba saya macam nak pujuk suami belikan saya ketuhar pembakar...saya terasa macam nak buat kek...pizza...roti...ayam panggang...daging panggang...pai ayam...pai epal...ermm...yummy....
Nota 6: Saya nak pergi beli kain untuk baju melayu suami...masih belum sempat/bernafsu untuk pergi memilih kain.
Nota 7: Saya suka makan durian.
Nota 8: Saya akan berhenti sekarang.

Tuesday, June 29, 2010

Warkah talian


Saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di Malaysia kerana beberapa faktor. Sehingga ke saat ini saya tidak terkilan langsung dengan keputusan saya -sudah istikharah insyaAllah dipermudahkan. Akan tetapi, perkara yang satu ini amat membuatkan hati saya agak tidak terkawal- terkilan dan marah.
Saya memerlukan artikel penuh dari journal saintifik yang berkaitan dan tidak semua journal tersebut dilanggan oleh universiti ataupun dilanggan tetapi hanya terhad kepada penerbitan tahun 1995 sehingga yang terkini. Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini iaitu, menghantar borang permohonan langganan kepada pihak perpustakaan universiti, meminta pustakawan untuk membantu carian ataupun memohon bantuan sahabat-sahabat yang berada di luar negara untuk membantu saya mendapatkan artikel penuh tersebut bagi memenuhi keperluan kajian literatur..tidak lupa juga Angah dan Alang di USM dan juga Acik yang sdg menyiapkan thesis sarjananya di UIA.  Setakat hari ini, warkah dalam talian yang saya hantar buat pustakawan bagi mendapatkan artikel penuh daripada beberapa journal saintifik masih belum mendapat balasan. Bersangka baik-mungkin mereka masih belum menerimanya dari pihak yang berkenaan walaupun warkah dalam talian terakhir saya hantar lebih 6 bulan yang lalu. Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana sahabat-sahabat yang melanjutkan pengajian ke universiti luar negara begitu cepat memberikan respon untuk membantu saya menyelesaikan masalah kecik  tetapi sangat signifikan bagi penulisan thesis. Saya terhutang budi-moga Allah permudahkan bagi kami semua dalam proses pencarian ilmu ini. Ameen.

Friday, June 25, 2010

K.U.T.U


Semasa kecil, saya tidak pernah terlintas di dalam hati apatah lagi fikiran untuk menjadi saintis. Cita-cita murni saya sebagai seorang budak kampung adalah untuk menjadi tukang jahit. Bukan couture designer atau yang sewaktu dengannya..hanya untuk memiliki sebuah mesin jahit singer yang ada 18 jenis jahitan, mesin jahit tepi (kerana selalu melihat mak terganggu aktiviti menjahitnya kerana rumah makcik yang ada mesin jahit tepi itu sukar untuk dihubungi) dan juga mesin untuk membuat rumah butang- mudah untuk menjahit butang baju melayu atau baju kemeja. Menjadi saintis bukannya mudah...ermm..sebenarnya menjadi tukang jahit juga tidak semudah yang disangka ye. Jika mudah tentu saya boleh meneruskan menjahit baju sendiri. Baju kurung terakhir yang saya siapkan untuk kegunaan sendiri adalah pada tahun 2004- beberapa bulan sebelum menukar status puan.


Kini, apabila saya melakukan penyelidikan, dugaan dan kejutan berlaku pada bila-bila masa. Bukannya 3 kali sehari seperti makan ubat demam atau setiap bulan seperti membayar ansuran rumah dan kereta atau 3 bulan sekali seperti KPT membayar wang elaun sara hidup...tidak..tidak..tidak sama sekali...ianya memang sangat berlandaskan kepada tagline - bila-bila masa. Masalah besar saya kali ini adalah tikus yang sudah disediakan dibelai penuh kasih sayang dan dijaga berat badannya agar tidak obese seperti saya telah dijangkiti masalah sejagat bagi para pelajar sekolah rendah tahap 1 iaitu K.U.T.U aka lice. Apa yang boleh/telah saya buat: 1)Menangis sehingga bengkak mata, 2) duduk termenung sendirian dan 3) memasak untuk makan malam. Memandangkan kajian saya adalah berkaitan dengan K.U.L.I.T maka tikus yang berkutu adalah T.I.D.A.K B.O.L.E.H blah digunakan untuk mengelakkan pengulangan prosedur....sedihkan...
"Nak membesarkan kamu semua bukannya senang, nak...sampai masanya dah besar...kutu pun kamu tak boleh nak tepis...." dialog inilah yang saya ucapkan pada tikus-tikus tersebut semasa saya memandikan semuanya kelmarin, sebelum diberikan kepada seorang lagi saintis dalam pusat penyelidikan ini. 
gambar hiasan: Tiada kaitan dengan tikus atau tangan saya. 


Kesimpulannya, kerja tikus tertangguh lagi sehingga semua masalah diatasi. Sekian.

Sunday, April 04, 2010

Tika hampir tersungkur


Perjalanan ini sangat jauh
Serasa sudah hampir 7 benua dijelajahi
Namun
Penghujungnya tetap kelam dan kabur

Akukah pengembara yang hilang arah
Akukah pengembara yang kehilangan pedoman
Akukah pengembara yang api semangatnya hampir terpadam

Aku keliru dengan perjuangan ini
Aku ingin sampai ke penghujungnya
Hatta sekiranya harus bergalang gantikan nyawa
Namun kesukaran dan pengorbanan yang ditagih
Menambah pedih di sudut hati yang terhiris
Akibat kelelahan di sepanjang perjalanan

Sesekali terasa ingin mengakhirinya tanpa melengkapinya
Itu melanggar sumpah keramat pada diri sendiri
Pantang berundur sebelum bertarung sehabis kemampuan diri

Sepotong ayat pada kalam suci mendamaikan
Atas setiap kesusahan pasti ada kesenangan
Airmata menitis laju seakan cuba membasuh hati yang dilanda rusuh
Sebagai penyuci kepada hati yang hampir tewas pertarungan dengan syaitan durjana

Aku mohon pada yang Maha Menguasai segala apa yang ada di langit dan bumi
Tuhan yang menyejukkan api saat Ibrahim dibakar marak*
Tuhan yang menyelamatkan bahtera nabi Nuh tika dilanda bah*
Tuhan yang mengangkat nabi Isa ke langit ketika kaumnya ingin menyalibnya*
Tuhan yang menggantikan nabi Ismail ketika ayahnya ingin menyembelihnya*
Aku memohon kekuatan dan kelapangan hati ya Allah....
Aku hambaMu yang lemah...tidak berdaya melainkan dengan izinMu...
Anugerahiku kejayaan ya Allah...dunia dan akhirat yang kekal abadi...

Tika ini.....hanya airmata membasahi pipi....


*dipinjam dari novel karya Kak Su, Jaja dan Din...

Tuesday, February 09, 2010

DOA


Saya ingin berkongsi pengalaman kecil yang saya lalui beberapa minggu lalu tentang kekuatan doa.

Saya sekarang sedang dalam 2 bahagian jauh lagi nak tiba ke akhirnya 'bench work' yang sangat mencabar. Bermain dengan tikus, bakteria dan juga analisis kompaun.
Ada satu bahagian yang memerlukan saya mencari berat molekul polimer yang saya gunakan. Ada 3 semuanya. Saya perlu mencipta metodologi yang sesuai kerana tidak terdapat dalam kajian literatur kaedah yang bersesuaian dengan polimer yang saya gunakan. Saya telah memulakan kerja ini dari bulan Disember 2009. Ianya mudah-kata penyelia saya. Saya mencuba dan mencuba lagi namun hasilnya hampa. Peralatan tersebut- gel permeation chromatography (GPC) system memerlukan saya untuk 'membersihkan' tubing system yang sangat kecil diameternya dengan melalukan air yang perlu dituras dan dinyah gas serta partikel secara berterusan selama 24 jam. Apabila disuntik sampel ke dalam sistem, chromatogram yang terhasil tidak cantik langsung-jauh sekali untuk mendapatkan berat molekul yang diingini. Proses 'membersihkan' tubing perlu dilakukan semula. Ini berterusan selama lebih sebulan sehingga membuatkan saya benar-benar tertekan. Kerja lain bertimpa-timpa tertangguh kerana bahagian yang 'kecil dan mudah' bak kata penyelia saya tidak dapat saya selesaikan. Saya berdoa namun ianya adalah doa yang umu.

Akhirnya pada hari Jumaat yang lepas, saya benar-benar tertekan sehingga menangis di hadapan GPC tersebut. Saya nekad untuk menyediakan sampel untuk dianalisis oleh sistem tersebut walaupun sudah terasa penat-penyediaan sampel juga mengambil masa lebih 3 jam. Dalam perjalanan pulang ke rumah saya menelefon emak saya yang berada di rumah kakak saya di Kota Bharu. Saya menangis-nangis menceritakan tentang eksperimen saya yang tidak kunjung beroleh keputusan yang saya ingini. Saya tahu emak saya tidak faham apa yang saya cuba sampaikan akan tetapi emak saya berkata, " takpe, nanti mak doakan."

Tiba sahaja di rumah, selesai solat maghrib, saya telah menunaikan solat hajat dan berdoa-doa yang khusus. Saya benar-benar rasa lemah dan tidak berdaya ketika itu. Doa yang menyebut alatan, bahan kimia dan segalanya tentang eksperimen tersebut. Hanya air mata yang menitis laju kerana merasakan saya sudah tiada daya untuk mengulangi eksperimen tersebut. Ianya sukar......sukar sekali.....sehingga tidur malam saya juga termimpi perkara yang sama. Sabtu dan ahad saya langsung tidak menjenguk sebarang kerja melibatkan pengajian saya-notebook saya juga terbiar sepi. Sebaliknya saya menghadiri majlis perjumpaan kelas orkid SRK KGV yang berlangsung di rumah salah seorang sahabat saya di Sungai Besi.

Semalam, hari Isnin, saya pergi ke makmal tersebut yang terletak di tingkat 7 (makmal saya di tingkat 1) dengan harapan yang tidak berapa subur. Saya melihat ada 'peak' yang agak ketara akan tetapi saya perlu bantuan Puan Jay untuk analisis-Puan Jay dan Shima telah melakukan eksperimen ini untuk polimer mereka yang juga memakan masa agak lama. Saya cetak 'peak' berkenaan-ada 24 kesemuanya. Apabila ditunjukkan pada Puan Jay untuk bantuan pakar, beliau memberitahu saya, "jadilah ni kak...ada trend ni...nanti saya ajar akak nak kira berat molekulnya."

Saya sangat terkejut dan terus sujud syukur. Allah Maha Pengasih...Allah Maha Mengetahui...tiada daya bagi saya sebagai hamba melainkan dengan izinnya. Apabila memikirkan perkara ini, saya malu dengan Yang Maha Penguasa segalanya. Errmm...doa dan kebergantungan dengan Allah adalah merangkumi segalanya. Moga jalan berliku pengajian PhD saya ini akan tiba ke penghujungnya sebelum hujung tahun 2010. Ameennnn.....
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino