Showing posts with label Home sweet home. Show all posts
Showing posts with label Home sweet home. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

Tiga dalam satu


Kisah 1.
Cuti tahun baru cina

 Saya tidak ikut suami pulang ke KT kerana perlu 'membelai' tikus-tikus di makmal. Cuti 4 hari, 3 hari saya habiskan di makmal...1 hari iaitu pada hari sabtu, saya ke Melaka memenuhi jemputan walimah adik di lab- Cha dan pasangannya yang sangat rajin menelefon telefon bimbit Cha ketika mereka di alam pertunangan dan Cha pula suka meninggalkan telefon bimbit di atas meja-ada operator menjawab telefon ini...hahahah, Mohd Yusof. Saya ke sana bersama mak dan 3 orang anak dara abang saya bersama kereta abang yang sudah siap diisi petrol sepenuh tangki dan juga kad touch n go penuh berisi...bahagianya ada penaja sebegini...terima kasih ye ngah...heheheh

 Pada hari Sabtu berikutnya pula, saya telah menjadi penghias pengantin (?)...Owhh...saya memang tidak mengenakan alat solek di wajah...malahan mencuci muka atau memakai pelembap muka pun bukanlah sesuatu yang saya amalkan sejak dari dahulu. Tidak tahu mengapa, saya hanya akan comply seketika kemudian saya akan terlupa dan biarkan sahaja. Jika saya teringat, saya akan mencuci....lantaran itu, set penjagaan wajah Mary Kay yang saya beli dari sahabat saya masih ada lagi walaupun sudah hampir setahun saya beli....erm....Sue me...but I am comfortable this way...hahaha...Berbalik pada kisah sebenar proses saya menyolekkan pengantin tempoh hari...Cha memberitahu saya, atas masalah yang tidak dapat dielakkan, dia tidak dapat menyediakan make up artist semasa majlis bertandang di belah lelaki. Saya memang saya seronok bermain alat kosmetik walaupun saya jarang menggunakannya...terima kasih kepada youtube...amat mudah belajar bersolek melaluinya...macam-macam cara ada...hihihi...alat kosmetik? owhh...saya cuma ada pembayang mata (yang saya beli 2 tahun yang lalu), mascara (yang alang hadiahkan buat saya semasa hari raya tahun lalu), celak (yang saya beli 2 tahun yang lalu). Pemerah pipi dan juga make up base telah dipinjamkan oleh Aini dan Aliza...hehehe...Cha kata ok..saya pun oklah....Tiba hari yang dijanjikan, saya pun dengan gigihnya telah menyolekkan Cha dan menggayakan tudung serta aksesori- supaya Cha kelihatan seperti raja sehari...ermmm...saya rupanya adalah seorang peminat gaya klasik...saya selalu ada imaginasi bagaimana tudung ini perlu digayakan, aksesori yang perlu ada dan pelbagai lagi imaginasi yang 
kadang kala singgah di fikiran saya. Ye, ini adalah sisi lain saya selain daripada menjadi penternak tikus dan juga saintis yang belum khatam-khatam lagi. Inilah hasilnya....ermmm...ada banyak yang tidak kena....jangan saman saya sekiranya ada antara pembaca yang sangat hebat menatarias wajah...saya hanyalah seorang pelajar pasca siswazah yang menjadi sangat teruja untuk membantu seorang sahabat yang dalam kesulitan....sob sob sob....(sila tinggalkan komen jika ada nasihat untuk aplikasi kosmetik yang betul jikanya ada..terima kasih)..Bunga itu asalnya kami mahu menggunakan bunga mawar (supaya kelihatan klasik..nama pun kita guna mawar ye...). Akan tetapi, sambutan hari kekasih yang bukan amalan kita itu telah menyebabkan bunga mawar menjadi RM10 sekuntum...erkkk...akhirnya, dengan bantuan Ipah, Ira dan Aini, bunga anggerik yang dibeli di sebuah perkebunan anggerik di PA ini telah menyelamatkan keadaan bajet. Tentu sahaja gambar Cha berbusana hijau kelihatan lebih menawan dan terserlah gaya raja seharinya kerana itu jurusolek profesional. Bulu mata yang dikenakan...waahhh...hebat...mujur sifu kami tidak menghadiri majlis di Melaka, jika tidak...sampai bila-bila pun akan dijadikan bahan gurauan tentang 'eye lashes'. Semoga Cha dan suami bahagia hingga ke syurga. Ameen.

Kisah 2
Tali pinggang nabi Sulaiman.
Ringkas sahaja kerana saya ngeri setiap kali mengenangkan 'tetamu tidak diundang' ini. Kejadian ini berlaku pada hari Isnin dan Selasa semasa sambutan Maulidur Rasul (selawat dan salam buat baginda, ahli keluarga serta sahabat baginda)

Isnin 
7.45pm- Suami saya menelefon memberitahu ada 'tali pinggang nabi Sulaiman' di dlm rumah. Dekat living area....saya sepatutnya perlu bermalam di makmal untuk menyiapkan kerja. Terkaku sebentar- terima kasih pada Dayah kerana memberitahu untuk menelefon Bomba....saya terus mendail 999-sambung ke JPA3.
8.45pm- JPA3 sampai umah, proses mencari bermula namun gagal dijumpai. "Kalau jumpa call semula, kami nak balik ke ibu pejabat, ada urusan lain."
Terima kasih buat Nana, suami dan adik iparnya yang membantu membeli sulfur, garam kasar dan membantu pula menaburkannya di sekeliling rumah dan juga kawasan berpotensi untuk ianya ada. Rumah saya sudah jadi seperti kapal karam yang dipenuhi sulfur dan garam kasar....uwaaa.....ngerinya...kata mereka, mungkin sudah keluar. Akan tetapi, suami saya memerhatikan kawasan ia bersembunyi...memang tiada pergerakan keluar....saya pasrah. Sebelum tidur, kami solat Isya dan solat hajat mohon keselematan dari bahaya bencana angkara manusia, jin, syaitan, binang bisa, binatang menjalar, kala jengking dan ular hitam...
11.45pm- Saya tidur dengan nyenyak...suami tidak mampu melelapkan mata sehingga jam 3 pagi.
Selasa
Selalunya selepas solat Subuh saya akan terus keluar ke dapur, membasuh baju dan lain-lain lagi. Namun hari itu, suami saya meminta saya tunggu dulu. Berehatlah kami di dalam bilik....
7.30 am- Suami saya keluar dengan membawa sebatang kayu. Apabila digodek langsir dengan kayu, ada bunyi melawan-sah ada lagi dalam umah. Saya terus menelefon talian terus JPA3 namun mereka meminta saya untuk menelefon 999 dahulu- kerana PROSEDUR mereka begitu...errmmm...
7.55 am- JPA3 team lain pula yang tiba. Suami masih dengan beraninya berada kurang 2 meter dari tempat 'tali pinggang nabi sulaiman' itu bersembunyi. Mereka memulakan proses mencari-namun di sebalik langsir kosong...tiada jejak si 'tali pinggang nabi sulaiman' tersebut. Saya mula risau....ermmm...mana pula perginya....Akhirnya mereka mengalihkan almari tempat televisyen diletakkan....mereka mengesahkan ia bersembunyi di situ.
8.25 am- suspek ditawan, di masukkan ke dalam guni, di ikat and dibawa pergi....ermm...saya cuma melihat sekali imbas dari jauh sahaja....saya kurang berani penakut. Ia dibawa pergi....Alhamdulillah...
10.15 am-Suami membersihkan belerang and garam kasar yang berselerak di dalam rumah. Saya pula terpaksa ke makmal- ada monitoring wajib utk tikus...tiada pilihan.
 4.00pm - Tiba di rumah dengan membawa pembantu rumah kakcik saya untuk membantu kami mengemas. Sapu, vacum, mop sampai 3 kali dan buka serta cuci langsir tempat persembunyian si tali pinggang nabi sulaiman tersebut.
 7.15pm- Kerja pembersihan rumah selesai disudahi dengan gantung langsir yg siap dicuci dan 80% kering.
Sehingga ke entri ini ditulis, saya masih fobia. Moga dilindungi Allah dari bahaya bencana angkara manusia, jin, syaitan, binang bisa, binatang menjalar, kala jengking dan ular hitam...ameen.

Kisah 3.
Saya adalah peminat tegar Norhayati Berahim. Jumaat lepas apabila saya membaca entri ini di blog kak Yati, saya jadi sangat teruja. Mungkin kerana terlalu banyak kejadian yang berlaku sepanjang 2 bulan pertama tahun ini dan saya tiada masa santai...maka saya telah meminta kebenaran suami untuk ke Mid Valley- yang sudah lama tidak saya jejaki....sayakan orang kampung..laluan saya hanyalah Meru-PA sahaja setiap hari...heheheh....

Saya ke sana ditemani Shima (tahniah Shima yang baru sahaja lulus viva voce bagi Ijazah Sarjana awal Januari yang lalu-bersama 1 penerbitan journal berfaktor impak lebih 3...hebatkan?!!) dan juga Ahmad Hazim dan Azri Izzat (anak kakcik saya yang sudah berpindah ke Shah Alam-lagilah senang makteh nak ajak jadi teman berjalan...heheheh).

Sebetulnya, saya tidak pulang ke rumah pun pada hari Jumaat kerana menyiapkan kerja...tidur pun hanya 3 jam sahaja...dan saya sampai di rumah pada jam 11.45 pagi. Selesai mandi dan kemudiannya makan tengahari dengan suami, saya ke rumah kakcik. Menunggu anak-anak ini pulang dari sekolah, mandi, solat dan kemudian makan tengahari. 

Kemudian saya mengambil Shima pula sebelum memulakan perjalanan ke Mid Valley...sudah lama saya tidak memandu sendiri ke kawasan tersebut...selalunya suami yang memandu...saya hanya lepak di sebelah...heheh...2.50 pm kami selamat tiba di kawasan kejadian. Gembira dan teruja saya melihat Kak Yati masih lagi sibuk melayan peminat di sisi meja yang dipenuhi coklat buatan sendiri....Setelah selesai sesi soal jawab, saya berjumpa kak Yati yang sudah lama tidak saya temui....(selalunya saya berjumpa kak Yati di Pesta Buku sahaja pun...heheheh....). Kak Yati ni peramah orangnya dan sangat merendah diri....kata Shima- tak sangka itu penulisnya...nampak sangat sederhana....itulah...ular menyusur akar tidak hilang bisanyakan... ular2 jangan sebut ehh...kikiki. Saya membeli karya terbaru kak Yati - 'Dari kerana mata' dan mendapatkan tandatangan kak Yati...teruja sungguh saya....

Owhh ye..satu lagi karya baru kak Yati adalah 'Hujan pun    menari' yang sangat menarik- ada kisah lanun Somalia di dalamnya...belilah...tidak rugi membacanya...kerana ia adalah novel 'berisi' yang bukan semata-mata kisah pasangan kahwin paksa yang duduk berasingan bilik dan kemudiannya saling jatuh cinta...ooopsss...heheheh....Saya kira saya sudah terlalu tua untuk kisah sebegitu....Usai majlis kami pun pulang. 

Terima kasih kak Yati atas layanan yang sangat mesra...dan coklat itu sungguh enak...nanti kongsi resepinya ye kak Yati. Hihihi...

Sekarang ini saya di makmal bersama suami. Saya menyiapkan kerja saya dan suami pula menyiapkan tugasan yang perlu di hantar 2 minggu dari sekarang. Semoga Allah permudahkan urusan kami dalam menuntut ilmu...Ameen.

Wednesday, September 02, 2009

Masa berlalu


Masa berlalu dengan pantas.
Sebelum tamat pengajian ijazah pertama lagi saya sudah melakar perancangan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dan berkhidmat sebagai pensyarah. Mak mahu saya menjadi guru dan saya mahu menjadi ahli farmasi, inilah jalan keluar terbaik yang saya dapat janjikan buat mak ketika saya mengisi borang pilihan kursus di peringkat matrikulasi dahulu.
Saya menamatkan pengajian di USM pada tahun 2001. Kemudian menjalani latihan wajib di HTJ selama setahun sebelum bergelar RPh (registered pharmacist ataupun ahli farmasi berdaftar). Selepas itu, tawaran biasiswa TPM dari UiTM saya terima dan sebelum berangkat ke London, saya telah menjadi pensyarah sambilan di fakulti selama 2 bulan. Ianya pengalaman yang lengkap perencah masam, manis, pahit, masam, payau dan kelat. Hihihi... Semasa itu, fakulti menumpang makmal di kampus Jalan Othman dan kuliah pula di kampus induk. Ianya perjalanan yang memenatkan. Selalu sahaja para pelajar berebut untuk menumpang kereta kancil saya untuk ke Shah Alam.Selepas kembali ke tanahair selepas pengajian peringkat sarjana, kelompok pertama pelajar fakulti telah berada di tahun ketiga. Hubungan mereka dengan saya bertambah rapat kerana saya pensyarah paling muda di fakulti ketika itu. Baru berumur 27 tahun. Pada bulan Ramadhan 2004, mereka telah datang berjumpa saya bertanyakan sama ada rumah saya boleh dijadikan venue untuk majlis berbuka puasa mereka dan saya bersetuju. Ketika itu saya masih bujang dan menyewa seorang diri di Padang Jawa. Ruang rumah memang besar jadi tiada masalah besar. Masalah utamanya adalah pinggan mangkuk untuk hidangan disajikan. Dulang dipinjam dari rumah sepupu suami saya (ketika itu tunangan saya) dan terjadilah episod berbuka puasa dengan hidangan disajikan di dalam dulang. Kami kemudian berjemaah mendirikan solat maghrib, isya dan tarawih dalam keadaan sederhana dan panas. Hihihi...mana ada penyaman udara atau kipas yang banyak, saya hanya ada 1 kipas meja sahaja ketika itu. Tahun berikutnya juga diadakan majlis berbuka puasa di rumah saya dan kali ini, di rumah sewa lama kami di Puncak Perdana. Ianya menyeronokkan dan meninggalkan nostalgia terindah dalam diri saya sebagai guru mereka.
Masa berlalu dengan pantas, kini, mereka sudah pun disahkan dalam perkhidmatan selepas 3 tahun menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai farmasi. Awal Ramadhan ini salah seorang dari mereka menyatakan hasrat untuk berbuka puasa bersama saya dan suami. Mereka juga rapat dengan suami saya kerana mereka inilah yang membantu ketika kami berpindah rumah beberapa kali dahulu. Jamuan perpisahan mereka juga diadakan di rumah saya dengan konsep BBQ. Saya berbincang dengan suami dan bersetuju dengan cadangan mereka. Saya mendapat pesanan dari sistem pesanan ringkas seperti berikut: 'Puan sediakan air je yang lain kami uruskan.' Alahai...terharu saya. Mungkin mereka memahami kesibukan saya yang semakin berganda sejak kebelakangan ini.
Akhirnya, di malam sambutan kemerdekaan tanahair yang ke 52, 9 orang bekas pelajar saya telah datang berbuka puasa di teratak kami. Syukur alhamdulillah kerana ukhuwah yang terbina masih berkekalan dan moga ianya berpanjangan. Ada yang sedang berbadan dua, ada yang sudah tamat pengajian sarjana. Sudah berkereta besar (lebih besar dari kereta kami)...hihihi... Saya bersyukur dengan kurniaan ukhuwah ini dan saya mendoakan kesejahteraan semua pelajar yang pernah saya kongsikan ilmu saya yang sedikit ini bersama mereka. Moga mereka menjadi ahli farmasi yang bertanggungjawab dalam memenuhi tuntutan tugas dan menjadi muslim soleh. Ameen.

Friday, August 14, 2009

Setahun masa berlalu...



Alhamdulillah. Genaplah setahun kami berpindah ke rumah AP. Masa berlalu begitu pantas. Teringat pepatah arab yang lebih kurang maksudnya. Masa ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu. Setahun sudah berlalu. Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk rumah tetapi kami mengambil pendekatan...sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Belum mampu untuk berlandskap atau ber'awning' atau berpintu pagar canggih mahupun berhiasan dalaman yang mewah. Semuanya sederhana cukuplah untuk kami berdua.
Syukur pada Allah SWT kerana memberikan rezeki buat kami. Moga kebahagiaan berpanjangan dan berkekalan. Ameen.

Monday, September 08, 2008

Deko



Saya sudah terlalu jarang menonton televisyen sepanjang bulan Ramadhan ini. Masa tidak sesuai dan agak kepenatan barangkali. Hujung minggu yang baru lalu kami berdua hanya duduk di rumah sambil menyelesaikan urusan mengemas yang masih berbaki. Itupun belum juga siap lagi. Selepas setengah hari berhempas pulas di dapur termasuklah menyediakan stok cili kering, bawang putih dan bawang merah yang siap dikisar, saya berehat sambil menonton siaran Ria. Deko bersama Eric sedang mencari peserta dan tarikh tutupnya adalah 7
September...Waahhh...saya terus bersemangat untuk menghantar penyertaan. Ruang tamu kami masih belum berperabot kerana kekurangan vitamin RM...hehehe. Semangat saya merundum apabila teringatkan komputer riba yang tiada slot memory card reader dan kabel untuk muat turun gambar dari kamera ke komputer saya tinggalkan di makmal. Setelah bermacam alternatif dicuba termasuklah MMS, GPRS dan sebagainya menemui jalan buntu, suami menawarkan diri untuk menghantar saya ke makmal dan mengambil gadget tersebut. Saya pun bersetuju apabila teringatkan kain kak awwa juga tertinggal di makmal. Kak Awwa dan suami datang berbuka di rumah kami malam tadi..terima kasih kak..sudi datang :)

Setelah mendapat segala kelengkapan, saya tinggalkan dulu alatan tersebut kerana perlu bersilat di dapur untuk menyediakan pula juadah berbuka. Menu saya semalam- pindang cili padi ikan tenggiri, ikan ayam goreng cili, sayur bayam dan cendawan, ikan singgang lebihan hari sebelumya, karipap sardin dan juga agar-agar pandan. Pukul 6 lebih kak awwa dan suami pun sampai. Syukur, ukhuwah yang terjalin bermula di dalam talian (group komuniti oku) lebih 2 tahun lalu masih berpanjangan.

Selesai segala urusan, pukul 11 malam saya pun memulakan proses mengambil gambar dan memuat naik ke muat turun ek? ke komputer dan suami menyambungkan talian streamyx. Akhirnya setelah berbelas kali mencuba, saya harus menerima hakikat bahawa saya sudah kalah sebelum berjuang. Kotak emel penuh dan emel saya tidak boleh masuk pun. Nampaknya impian saya untuk memenangi hadiah ubahsuai ruang tamu bernilai RM50 000 tidak akan terlaksana buat masa ini. Bak kata suami saya, " tidak mengapalah, kita cari sendiri duit sikit-sikit...dapat beli sofa yang selesa pun dah ok..rumah kita..syurga kita..."

Pagi ini saya menelefon emak di Seremban. Talian telefon rumah mak di pagi hari memang sibuk, anak-anak mak semuanya rajin bergayut dengan emak di talian pada waktu yang lebih kurang sama. Saya memaklumkan mak cerita ringkas kegagalan saya menyertai peraduan DBE itu. Kata mak, "memang resmi mak dan anak-anak mak begitu, usahalah..adalah rezeki nanti tu ye," dan saya akur. Adalah rezeki nanti kerana saya sebenarnya tidak hampa sangat, kerana saya yakin Allah sudah menetapkan yang terbaik untuk kami :)

Wednesday, August 27, 2008

Ulang Tahun



Selamat ulangtahun kelahiran buat suami tersayang, moga dipanjangkan usia, dianugerahkan kesihatan yang lebih baik dan diberikan kejayaan dunia dan akhirat.
Sebetulnya saya terlupa tarikh ini...cadangnya mahu membuat kejutan tetapi terlewat..kejutan perlu dibuat tempahan 2 hari awal..hihihi...

Kek dalam gambar di atas saya tempah dari Lily dari Chocncheez semasa pindah rumah tempoh hari. Kami sekeluarga berikan kek ini 5 bintang...sedap!! :)

Tuesday, August 26, 2008

Sibuk


Saya merasakan saya tidak sempat untuk menyiapkan banyak perkara. Mungkin keadaan badan yang tidak berapa sihat-asyik diserang migrane dan juga keletihan melampau. Alhamdulillah syukur kami sudahpun berpindah ke rumah baru. Kebanyakan urusan sudah selesai-cuma rumput di hadapan dan belah kiri rumah belum di potong dan batu-batu bekas pembinaan tempoh hari masih penuh di hadapan rumah. InsyaAllah akan dibereskan sebelum Ramadhan yang bakal menjelma tak berapa hari lagi.
Saya sekarang sedang sibuk menyiapkan laporan dan juga melakar perancangan untuk kerja makmal sepanjang bulan puasa disamping merancang menu dan juga jadual baru untuk bulan puasa.
Moga bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.... :)

Wednesday, August 13, 2008

Jauh dari meja/komputer riba


Saya bercuti daripada 13 Ogos 2008 sehingga 20 Ogos 2008. Tujuan cuti saya kali ini adalah untuk membantu suami:
1) mengemas rumah sewa
2) menyediakan/membungkus barang-barang.
3) memastikan penghawa dingin/piring terbang asetero dibuka dan dipasang di rumah baru.
4) memastikan tiada barang yang sudah tidak diperlukan/rosak dibawa ke rumah lama (bungkus elok-elok dan letakkan di hadapan rumah untuk dikutip oleh alam flora atau sekutu mereka.
5) menyelia proses mengangkat barang oleh mover yang kami upah ke atas lori dan ke dalam
rumah selamat dan broken free
Doakan kami memperolehi semangat baru di rumah baru dan semoga kehidupan kami akan lebih diberkatiNya. Ameen.

Wednesday, July 02, 2008

Kunci


Petang semalam, akhirnya saya mengosongkan sepenuhnya bilik pejabat saya. Perasaan saya bercampur-baur dengan memori kenangan silamlah...apalah..merepek betul!!!!!!
Sebenarnya, saya sangat tertekan dari minggu sebelumnya, macam-macam perkara berlaku dan kesemuanya berlaku SERENTAK...saya berdoa mohon ketenangan dan mohon agar Allah mudahkan jalan buat saya. Akan tetapi saya tetap tidak tenang, ermm...saya belum 'cry my heart out'..perlu ke? Saya merasakan ianya tidak perlu kerana apabila saya menangis, saya akan mendapat serangan migraine and I better save my tears for a more important event. Hahahahah.

Walaubagaimanapun, selepas memulangkan kunci bilik sebentar tadi, saya merasakan kesayuan yang tidak terhingga. Wahhh..nak kena menangis ke nih? Saya merasakan ...ye...!! Saya perlu menangis, tak perlu ditahan-tahan lagi, menangis bagus juga untuk membersihkan mata kerana airmata mempunyai osmotic pressure equal to 0.9%w/v NaCl solution. Hihihihi. Akhirnya saya menangis...meluahkan segalanya...kepada diri sendiri...habis basah tudung saya, mujur berwarna gelap.

Selepas itu, saya menerima panggilan telefon dari pejabat peguam loya buruk yang menguruskan urusan rumah kami, ada dokumen masih belum diperolehi dan saya menelefon pula pejabat pemaju. Owhh...bukankah tadi saya baru memulangkan kunci bilik pejabat saya yang membuatkan saya emosi mengalahkan saya baru sahaja di saman kerana termemandu laju, sampai menangislah pulak tu. Ermm...pejabat pemaju akhirnya dah tak mampu nak berselindung dengan kadar kelembapan mereka dan panel peguam mereka, akhirnya mereka menawarkan saya kunci rumah kami paling cepat hari Ahad ini walaupun...ye...walaupun pembayaran sepenuhnya belum dibuat oleh BPP. Akan tetapi ianya bukan salah saya atau BPP. Mereka (pemaju dan peguam) belum kemukakan dokumen yang lengkap, bagaimana pembayaran boleh dibuat. Errkkkkkk..........saya perlu sujud syukur. Pulangkan kunci bilik pejabat dan mendapat kunci rumah kami sendiri. Bukankah itu sistem bater yang sangat tidak terjangkau oleh pemikiran saya? Subhanallah..MasyaAllah...Alhamdulillah...hambaMu ini sangat lemah.....

Wednesday, April 30, 2008

Syukur...syukur..


Alhamdulillah.

Allah berfirman;
" Allah akan memberikan kelapangan setelah kesempitan. "
Al-Thalaq : 7

" Kerana sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan. "
Al-Insyirah : 5 - 6

Saya dan suami menghadapi masalah dengan pembelian rumah. Ceritanya ada di sini, di sini dan di sini. Hari ini hari terakhir untuk pembayaran dibuat oleh BPP kepada pemaju dan esok secara automatik surat caj faedah akan dikeluarkan- auto generated. Hari ini saya menghantar surat kepada pemaju dan pejabat peguam; surat komplen terhadap proses dokumentasi yang sangat lembap dan penuh dengan kesalahan di sana sini. Syukur alhamdulillah, saya baru sahaja mendapat panggilan dari pejabat pemaju dan mereka secara verbalnya bersetuju untuk tidak mengenakan caj faedah kepada kami dan saya menunggu dengan penuh harapan persetujuan bertulis akan dikeluarkan secepat mungkin. Kami juga akan diberikan kemudahan untuk membuat pemasangan gril, kabinet dapur dan juga ubahsuai yang berkaitan dengan hanya memaklumkan kepada mereka walaupun bayaran sepenuhnya masih belum dibuat.

Saya bersyukur dan sangat terharu. Allah menguji kami, sehinggakan kadangkala saya merasakan kami membuat keputusan yang salah membeli rumah dalam tempoh pengajian saya, namun, diberinya juga kebaikan (betapa tidak bersabarnya saya...betapa lemahnya saya sebagai hambaNya).

Esok, kami akan pulang 'berehat' sebentar di kampung suami di Kuala Terengganu. Saya mengharapkan semangat baru apabila pulang ke sini nanti. InsyaAllah. Moga Allah memudahkan urusan kami.

Tuesday, April 22, 2008

Lagi...


Saya kemaruk menulis agaknya. Hihihi...
Urusan dokumen dan pembayaran rumah yang kami beli tertangguh lagi. Terima kasih tidak terhingga buat peguam yang menguruskan dokumen saya kerana terlupa menandatangi dokumen yang dihantar mereka ke BPP dan juga kerana tersilap memasukkan amaun pinjaman sebenar. Saya sudah tidak mahu komen tentang itu. Saya akan berdoa lagi dan lagi dan lagi..tanpa jemu. Mungkin ada kesilapan yang saya lakukan, lantas Allah uji saya supaya saya berfikir dan memperbaiki diri. Ya..saya insaf..kita hanya insan bergelar hamba yang amat lemah. Dirancang, dicatu disukat diukur agar semuanya kelihatan sempurna dan cantik tetapi kehendakNya berlainan maka kita perlu akur dan berusaha memperbaiki diri. Moga redha itu adalah milik saya.

Kelmarin kami membeli langsir untuk kediaman baru kerana tingkap dan pintu lungsurnya lebih besar dan banyak biarpun urusan pembayaran oleh BPP kepada pemaju belum selesai. Kami tidak punya banyak wang untuk membeli semuanya sekaligus. Perlu berdikit-dikit. Bulan lepas beli lampu, bulan ini langsir, bulan depan kipas agaknya insyaAllah. Saya leka mengambil gambar langsir yang sudah siap..rupanya ada CCTV dalam kedai dan tidak dibenarkan mengambil gambar. Hihihi...saya simpan kamera saya semula. Saya ingatkan diri saya supaya menghormati peraturan yang ditetapkan tuan kedai. Pasti mereka ada sebab sendiri tidak mahu membenarkan gambar dirakamkan.

Saya hanya perlu ke kedai kedua dari deretan-deretan kedai di Nilai Square yang amat dekat dengan rumah kaklong. Saya tidak mahu rambang mata dan saya juga tidak mahu keletihan melampau. Akhirnya saya memilih warna kegemaran saya untuk ruang tamu dan warna krim polos untuk bilik tidur ketiga, bilik tidur utama dan kedua sudah ada langsir lama yang sesuai. Tidak perlu yang baru- membazir walaupun nafsu saya teringin sangat inginkan yang baru. Sabar epel...sabar...tidak berkeperluan jangan dibeli. Nanti menyesal di kemudian hari menggigit jari. Hihihi...
p/s: Saya hampir-hampir membeli kain bercorak apel hijau yang sungguh comel seperti saya
hihihihi.

Thursday, April 10, 2008

SYUKUR


Syukur Alhamdulillah...
Semalam, saya dapat menghubungi pegawai bertugas di BPP. Saya amat bersyukur dengan kemudahan urusan saya. Sejuk hati saya apabila pegawai bertugas tersebut-tidak menjanjikan urusan saya akan dipercepatkan tetapi katanya akan mencuba, dan pesan pegawai tersebut lagi,
"puan berdoalah ye, sebab cepat atau lambat ini adalah rezeki Allah kurniakan."
MasyaAllah..Subhanallah..setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan. dua hari lepas, Allah uji saya dengan keangkuhan manusia, tetapi kelmarin, Allah uji saya dengan nikmat hubungan baik sesama insan. Alhamdulillah..
Saya harap, saya sendiri akan berdoa dengan lebih bersungguh-sungguh selari dengan usaha yang saya lakukan tanpa mengenal erti jemu. Berdoa agar dipermudahkan dan dipercepatkan urusan kami yang satu ini. Juga diberikan keberkatan buat pegawai tersebut. Ameen.

Tuesday, April 08, 2008

MARAH


Saya tidak pernah menengking service provider- walau seteruk manapun perkhidmatan yang diberikan. Paling hebat pun saya membebel tapi masih dengan suara dan nada yang sopan. Akan tetapi setelah terlalu lama bersabar dengan legal firm yang menguruskan urusan pembelian rumah kami- legal firm ini dilantik oleh pemaju, jadinya segalanya adalah percuma. SPA, LA dan MOT ada percuma, inilah jadinya. Sudah 3 bulan 1 minggu selepas tarikh saya menandatangani SPA, dan selepas setiap hari saya menelefon pejabat peguam semenjak pinjaman perumahan diluluskan oleh BPP pada 15 Mac 2008 (itu belum termasuk dengan urusan untuk mendapatkan akujanji peguam sebelum borang permohonan dihantar ke BPP tempoh hari) , hari ini barulah mereka mengesahkan dokumen pinjaman perumahan saya sudah dihantar ke BPP. Minggu lepas saya menghubungi pejabat mereka sekali lagi dan mereka maklumkan saya ada lagi dokumen tidak diperolehi dari pemaju. Saya terus menghubungi pemaju, dan pemaju menyatakan bahawa dokumen itu telah diberikan sebelum saya menghantar borang permohonan pinjaman sebulan yang lalu. Nahh...pejabat peguam ni sebenarnya baru beroperasi 2,3 hari lepas ke??? Tidakkah mereka maklum senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk semua proses terbabit?

Pagi ini, saya menelefon 3 kali untuk bercakap dengan peguam yang menguruskan urusan saya tetapi peguam tersebut tidak mahu bercakap dengan saya. Wahhh....ini sudah lebih. Siapa yang memberikan perkhidmatan pada siapa? Saya bercakap bahasa melayu pun tidak mendapat jawapan yang betul, berbahasa inggeris pun sama juga maklumbalasnya...hmm...TARIK NAFAS PANJANG-PANJANG EPEL.

SETELAH SAYA KEHILANGAN KESABARAN dan SETELAH SAYA MENAIKKAN SUARA DAN MEMARAHI kakitangan pejabat peguam tersebut, barulah mereka memaklumkan dokumen telah di hantar semalam. Bukankah lebih mudah memaklumkan sahaja kepada saya ianya sudah dihantar...tidaklah membazir air liur saya bertempik pada kerani (yang saya tahu tidak bersalah sangat dalam urusan ini). Saya kini dalam proses menulis surat aduan rasmi pelanggan kepada pejabat pemaju kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pejabat peguam yang tidak efisien itu. Mahu saja saya siarkan nama syarikat guaman yang beroperasi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur itu di sini. Tidak mengapa, lebih baik saya meneruskan dengan aduan kepada pemaju sahaja.

Yang pastinya, syaitan bersorak dan bertempik riang kerana pada hari ini, epel memarahi orang dengan nada suara yang tinggi (baca: bertempik dengan ayat yang panjang dan tidak bertanda noktah selama hampir seminit-menjerit agaknya paru-paru saya minta saya menarik nafas beroksigen).

Astaghfirullah...ampunkan hambaMu ini Ya Allah....berikanku lebih kesabaran...

Wednesday, April 02, 2008

1212


Saya dan suami ke acara 'treasure blitz'. Ada cabutan bertuah. Itu fokusnya. Kami pergi tanpa sebarang harapan besar..harapan kecil tetap ada. Hadiah utama, LCD Plasma 42 inci. Wahhh!!..saya terfikir, kalau dapat pun, nak letak di mana. Hadiah kedua juga LCD Plasma tapi 32 inci. Hadiah ketiga, sistem teater rumah. Keempat, saya tidak ingat. Hadiah kelima i Pod. Hadiah ke enam, swivel lcd DVD player 7 inci. Kecilnya kotak. Rupanya itulah rezeki untuk kami berdua. Hadiah keenam..tidak sehebat hadiah utama tapi lebih praktikal. Lagipun, ramai lagi hadirin yang nombor mereka tidak naik. :) Hadiah utamanya ada cabutan pada bulan Mei nanti, sebuah garden bungalow bernilai 800K. Saya merasakan ianya tidak praktikal walaupun hati kecil tetap berdoa..hihihi..moga Allah murahkan rezeki kami. Ameen.

Monday, March 24, 2008

Kembang





Add ImageSaya sangat teruja pagi ini. Pokok bunga ros yang saya dapatkan keratan batangnya dari Kak Awwa telah kembang dengan mekarnya. 2 kuntum pula tu. Alhamdulillah..dan ianya berbau sangat harum. Nampaknya, saya kena plan untuk taman ros pula ni selain plan nak tanam terung dan bendi. Hihihihi.....

Wednesday, March 19, 2008

Kabinet baru..


Kabinet baru sudah diumumkan semalam oleh PM Malaysia- Pak Lah.
Saya tiada apa nak komen kerana saya juga tidak begitu mahir dengan politik. Saya agak berminat dengan bos KPT yang baru.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin >>biodata beliau<< Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung >>biodata beliau<<(saya harap saya rujuk pada link yang betul.
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron (saya tidak berjaya menjejak biodata TM ini)

Saya amat berharap beliau dan timbalan-timbalannya akan berjaya menetapkan halatuju dan mementingkan 'content' bagi semua IPT di Malaysia. Saya agak letih dengan banyak perkara yang di rapikan hanya di permukaan tanpa mengira kekukuhan akar tunjangnya. Saya mahu senario 'camouflage' ini berubah. Bukan tidak boleh mencapai yang ter"tinggi", ter"banyak" dan ter ter ter yang lain, akan tetapi biarlah perkara asas dipenuhi dahulu. Agar nanti IPT terutama IPTA di Malaysia ni akan berjaya mengisi ruang carta IPT yang bagus di dunia..dan moga nanti apabila ianya tercapai, bukan sekadar satu musim sahaja tetapi biarlah ianya berlegar-legar di dalam senarai itu sepanjang masa.

Saya juga perlu menyediakan diri saya sendiri. Menuding jari pada orang lain supaya mementingkan content memang mudah. Saya sendiri bagaimana? Ye...saya juga perlu berjuang dengan semangat juang yang jitu..berteraskan niat kerana Allah..moga perjuangan saya dalam menuntut ilmu ini adalah perjuangan di jalan Allah..untuk mendapat keredhaanNya. Jika saya gugur, saya gugur sebagai pejuang. Permudahkanlah urusan hambaMu ini Ya Allah. Ameen.

p/s: saya juga sedang survey kabinet dapur. Ada sesiapa nak cadangkan tempat yang kualiti bagus dan harga patut? Bajet saya tidak sebesar bajet belanjawan negara. :)

Tuesday, February 19, 2008

KAMBING


Along, abanglong dan uda bersatu tenaga dan modal dengan memulakan penternakan kambing secara kecil-kecilan. Kandang di bina di kawasan belakang rumah mak, kawasan hampir dengan sungai dan juga di belakang kawasan kebun pokok naga mak.

Mak sangat teruja dengan 'cucu-cucu' yang baru sampai 2 minggu lepas. Hujung minggu lepas saya pulang ke kampung, suami tidak dapat turut serta kerana ada urusan tempat kerja. Mak tak habis-habis bercerita gelagat kambing-kambing tersebut. Mak boleh menghabiskan masa dengan memberikan makan untuk kambing-kambing itu. Daun manggis, bunga raya, dedak yang dibelikan khas. Hihihi..untung kambing-kambing ni mendapat perhatian 'nenek'.


Ini heronya..mahal harganya..mencecah hampir RM2000. Hero ni pemalu dan tidak suka berebut makanan. Mak selalu menyuap hero ni makan..ia akan makan atas tapak tangan mak dengan berhemah (tidak pelahap).

Empat ekor induk betina sedang bunting, empat lagi dalam proses agaknya..dan ada seekor anak kambing jantan...yang sangat nakal dan aktif. 'Budak-budak'lah katakan.

Saya mendoakan projek kambing kakak, abang ipar dan adik saya ini akan berjaya. Abanglong memang sangat berminat dengan penternakan kambing dan lembu. Moga Allah mudahkan urusan mereka..ameen

Thursday, January 31, 2008

Cuti


Esok adalah cuti sempena sambutan Hari Wilayah. Suami saya bercuti. Saya pula terpaksa merangka ayat strategik untuk mohon cuti tidak hadir secara sah esok. Terlalu banyak urusan yang ingin diselesaikan esok. Rancangannya begitulah. Moga dipermudahkan bagi kami berdua. Urusan untuk menggapai impian kami untuk berhijrah meneruskan hidup ke satu lagi stesen kehidupan kami berdua. Moga Allah permudahkan....

Saya baru sahaja selesai berjumpa sifu. Nampaknya mood sifu sangat bagus, tanpa ragu-ragu dia membenarkan saya bercuti...'and don't worry on the task I have given you, whenever u are ready, we will sit down and discuss...' Mengenali sifu saya selama 4 tahun, saya tahu maksud tersirat disebalik ayat itu. Sabarlah sifu, saya pun sedang cuba sedaya upaya memusingkan hala kerja penyelidikan saya sekarang ini kerana masalah demi masalah yang timbul berkaitan tikus-tikus yang budiman itu. Saya tukar pendekatan dalam kerja makmal saya. Sesuatu yang agak rumit dan payah tapi saya cuba untuk tidak meletakkannya begitu. Allah berikan banyak kemudahan untuk saya setakat ini. Bantuan demi bantuan yang tiba untuk memahirkan saya dalam perkara-perkara yang perlu saya lakukan. Orang yang saya tidak kenali, tidak pernah pun berjumpa, tetapi menghulurkan bantuan seikhlas hati untuk mengajar saya mengendalikan haiwan. Bukankah itu sesuatu yang tidak dijangka? Saya merasakannya begitu.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Cik Senyum, sahabat rapat saya, berkongsi kegembiraan dengannya, kerana telah dinaikkan pangkat ke jawatan pensyarah kanan. Sungguh saya sangat gembira walaupun bukan gaji saya yang dinaikkan hampir 2 ribu lebih dari gaji sekarang, tetapi berita itu meresap jauh ke dalam hati dan airmata juga menitis tanpa dapat ditahan lagi. Cik Senyum dan Dr Kay katakan pada saya, 'next is ur turn...' Jauh lagi perjalanan itu. Moga Allah permudahkan urusan saya, urusan kami...Ameen...

Sebelum saya habis menulis entri ini, saya menerima panggilan telefon dari abang saya, ermm.....syukur alhamdulillah, beliau telah dinaikkan pangkat ke Prof. Madya Dr NA Ramli. Alhamdulillah...Tahniah buat satu-satunya abang saya, abang yang selalu mencabar saya dengan ayat-ayat canggih yang selalu membuatkan saya melawan dengan kata-kata yang canggih juga.Hahahah.. Hmm..adik-beradik. Begitulah. Moga kami semua mendapat keberkatan dariNya. Ameen....

Friday, January 18, 2008

Rosak


Mesin basuh saya rosak.
Sudah 2 hari dan hari ini adalah kali pertama saya basuh baju secara manual. Tiba-tiba teringat sebuah lagu dalam iklan masa saya kecil dahulu, jari-jariku sakit semua, kerna mencuci ..da daa daa dii duuu...(tak ingat).

Masa saya kecil dahulu, arwah apak yang akan membasuh baju di pagi hari dan menyidainya sebelum pergi kerja. Mak saya menjual juadah untuk sarapan di hadapan rumah. Satu contoh tolak ansur dalam keluarga. Mengingatkan itu, rindu saya berputik buat arwah apak. Garang sangat..tapi kalau tak garang, mungkin kami 7 beradik tidak dapat capai apa yang kami perolehi hari ini.

Alternatif untuk mesin basuh yang rosak..
1. kalau boleh baiki, kos tidak melebihi RM250.
2. jika kos melebihi jumlah tersebut, beli yang baru...(huuuu...sayangnya.....tu antara harta pertama saya miliki masa mula melapor diri..)

Mesin basuh itu nampak biasa, rupanya mampu membuatkan saya susah hati...sampai sakit kepala berdenyut hari ni... :) Esok nampaknya kalau tak ok juga, saya perlu menelefon kakak di Puchong, tumpang basuh baju ye acik... :)

Monday, January 07, 2008

Kitar semula


Ahad.

Perancangan asalku ingin ke makmal untuk meneruskan kerja yang tertangguh. Apabila kulihat bilik tidur yang tidak pernah berubah kedudukan perabutnya sejak kami berpindah ke rumah sewa ini, aku batalkan niat asalku itu. Aku punggah semuanya ..perabut, pakaian, alat solek (ada ke??), dan aksesori. Wahh..macam kapal karam. Aku tidak membenarkan suamiku masuk bilik sementara aku berkemas kerana kami mempunyai idea berlainan dan sangat bertentangan biasanya.


Semuanya berjalan lancar sehinggalah aku kumpulkan semua aksesoriku yang aku sangkakan sedikit. Rupanya banyak..cumanya aku jarang bergaya sakan kerana aku malas nak padankan tudung ni dengan kerongsang itu. Rantai ini dengan cincin itu. Lagipun aku ada satu sikap yang agak kurang bagus iaitu aku tak suka pakai kerongsang yang batu hiasannya dah tercabut walaupun sebiji. Wahh...lagak orang kaya ye kau epel.


Aku kumpulkan semua kerongsang yang sudah 'kurang upaya' itu dan aku letakkan dalam satu kotak dan terus ke dalam beg tangan. Hajat di hati nak ke Kompleks PKNS nanti, kemudian hantarkan ke kedai aksesori dan suruh mereka baiki dan tambah sahaja batu hiasan yang jatuh. Ermm..mesti mahal tu. Dahlah aku sedang kekeringan ni.


Tiba-tiba..jeng jeng jeng.

Aku dapat idea. Kenapa tidak aku cabut sahaja batu hiasan pada kerongsang yang cedera parah dan tidak mungkin dapat dibaiki, kemudian aku lekatkan pada ruang-ruang kosong kerongsang yang masih ada harapan untuk disembuhkan? Wahh!! Kagumnya aku dengan diri sendiri kerana aku adalah seorang yang sangat tidak kreatif atau berseni jauh sekali seorang yang dapat menghasilkan sesuatu rekaan. Lihatlah dunia..(sambil menayangkan hasil kitar semulaku..hihihihi) mesti suamiku sangat gembira kerana aku berjimat..heheheKerongsang yang atas tu dah kosong, aku cabut semua batu hiasannya dan aku lekatkan kembali pada 3 kerongsang yang sederet di bawahnya. Alhamdulillah padan pula dengan ruang kosong. Kerongsang yang atas tu adalah kerongsang yang aku gunakan di hari pertunangan kami hampir 5 tahun yg lalu. Waahhh!! Sudah lama rupanya...

Inilah alatan yang aku gunakan. Hehehe. Kerongsang yang di atas ni pula adalah kerongsang 3 serangkai untuk digayakan dengan kebaya/kebarung yang dibeli ermm...pada tahun 1994. MasyaAllah dah 14 tahun aku simpan kerongsang ni. Lagi lama dari yang atas tadi. Masa tu aku sedang mengikuti Kursus Bahasa Inggeris Intensif anjuran MARA untuk semua pelajar MRSM lepasan SPM sebelum keputusan SPM diumumkan.

Hasilnya aku dapat gantikan mutiara jadian tu pada sepasang kerongsang yang aku beli di Kota Kinabalu, Sabah 3 tahun yang lalu. Errkk...sudah ketinggalan zaman ke aksesori aku ye?
Kemudian, aku selamatkan pula 2 lagi kerongsang 3 serangkai ni. Bolehlah aku gunakan semula. Ketinggalan zaman ke tidak ke, aku tak kisah. Bukan aku bergaya mengikut zaman, aku bergaya ikut keselesaan.
Aku juga terjumpa semula dengan jam tangan jenama Orient ni. Jam ini hadiah dari abang Ngah buatku kerana berjaya mendapat 8A untuk Sijil Rendah Pelajaran (Aku adalah kelompok terakhir menduduki peperiksaan ini sebelum digantikan dengan PMR. Jam tangan ini sangat istimewa kerana kelilingnya yang berwarna keemasan itu adalah emas 22 karat. Keliling permukaannya juga unik-berbentuk potongan berlian (diamond cut). Jam ini sudah berusia lebih 16 tahun. MasyaAllah..aku ni jenis menyimpan barang rupanya. Baru hari ni aku sedar, rupanya aku ni jenis suka menyimpan barang. Selama ni aku ingat aku jenis suka membuang barang. Mungkin juga bergantung pada jenis barang dan kekuatan memori yang tersembunyi disebaliknya. Hahaha...

Jam tangan ini, jam tangan cap Guess. Wahhh!! Aku beli di Harrods, London. Jam ni pun ada kisahnya juga. Aku beli jam tangan ini ketika buat MSc, hampir 5 tahun yang lalu. Kisahnya, duduk di Kota London perbelanjaan memang terhad. Kadar sewanya sangat mahal. Tambang keretapi bawah tanah lagi, bil-bil domestik lagi, makan minum lagi. Memang aku kurang berjalan-jalan dan juga kurang membeli-belah. Semasa musim sejuk 2003, ada perhimpunan musim sejuk yang tidak aku sertai kerana peperiksaan musim sejuk sangat hampir. Ada seorang pelajar undergrad ajak aku buat projek jualan. Apa yang dijual? Popia mini, kuih tart gulung, kek cawan dan karipap sejukbeku (betul ke ni termanya dalam Bahasa Melayu ye?). Dua hari kami berjuang menyiapkan semuanya dan Alhamdulillah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Habis terjual semuanya. Keuntungan yang diperolehi lebih kurang GBP35. Itulah yang aku gunakan untuk membeli jam cap Guess ni waktu tu Harrods ada jualan murah untuk jam tangan berjenama sehingga 75% sebab tu aku mampu beli .

Ini jam tangan edisi terkini. Hadiah dari suami sebagai salah satu hantaran perkahwinan. Bateri dah habis jadinya kena dihantar ke kedai jam.

Panjang pula cerita hari ni. Sambung kerja makmal, jangan bertangguh nanti tak sempat siap 3 tahun.

Monday, December 31, 2007

Mesin rumput...


Depan rumah sewa kami ada kawasan berumput yang kami suka sebenarnya...
Akan tetapi, disebabkan rumput sangat cepat panjang dan kucing jiran kami suka tukar laman kami jadi tandas...kami agak mengeluh juga kadang-kadang.
Selalunya kami panggil pakcik tukang mesin rumput. Yang kami panggil tu warga tempatanlah.



Semaknya kawasan ni kan..rumput panjang...rumpun serai dah melampau-lampau jurainya...


Selepas 2 kali kami panggil dengan upah yang dia tetapkan iaitu RM15 sekali mesin dan sapu..pakcik tu tak nak datang dah rumah kami. Katanya dia dah tak buat keje mesin rumput...nak panggil warga asing yang selalu lalu-lalang depan rumah ni sambil membunyikan hon untuk menarik perhatian kami malas plak rasanya..ntah kenapa.

Last weekends...
Aku gi rumah kaklong..saja jenjalan. Hubby ada urusan lain. Tengok uda potong rumput kat rumah along guna mesin rumput elektrik. Aku tak tahu pun wujudnya gajet ni.

Lepas uda siap buat kerja, aku pun sengeh-sengeh mintak pinjam mesin rumput ni dari along.
Sampai rumah hubby pun dah balik..terus buat projek pembersihan besar-besaran. Mesin rumput...hubby cuci kawasan letak kereta...sampai bersih sungguh...Alhamdulillah...laman bersih..peluh pun keluar...satu cara menangani stress...heheheh...

Berupa lamanlah sket laman ni kan...kan? kan? kan???

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino