Hari ni merupakan hari yang amat bermakna bagi aku dan suami. Buat kali pertamanya selepas hampir 20 tahun bergelar OKU selepas kemalangan jalanraya pada tahun 1987, dia memandu kereta. Mula-mula kami ke stadium shah alam, cari tempat letak kereta yang terbuka palangnya dan kami bertukar tempat duduk. Aku biarkan dia biasa dulu walaupun aku menjangkakan dia takkan amik masa lama nak mahir. Selepas setengah jam, dia dah makin biasa dan mahir mengendalikan stereng dan accelarator dan brek yang dikawal di tangan. Lepas sejam, aku dah boleh tido di tempat penumpang sementara dia berpusing-pusing di mana-mana lorong dan simpang di tempat letak kereta tu. Ada juga 2,3 orang belajar memandu sepertinya. Jam menunjukkan hampir pukul 12.45 pm, aku suarakan hasrat nak pulang dulu kerana kepalaku makin berdenyut. Dia kata..ok..nak drive ke Giant ek? Pastu nak drive sampai rumah. Aku terus bersetuju. Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah tanpa banyak masalah.
Lupa plak nak cite lagi satu kisah. Masa di Giant tadi, kami letak kereta di tempat untuk OKU. Tiba-tiba ada kereta MyVi warna oren kot berhenti and hon. Pemandunya seorang wanita berambut pendek.
"Ni letak kereta kat sini ni, handicap ke?"
Hihihi..aku terpinga-pinga
"Yelah..handicap driver, ada masalah ke?"
Dia mengangguk-angguk dan beredar. Hahaha..mungkin dia takut kami amik parking OKU suka-suka hati kot. Bagus jugak. Public dah ada kesedaran macam tu kan. Teringat plak kereta belum ada sticker OKU. So pinjam jap lah kat blog KS..hihihi..jangan mare aaaa..!!
Nanti nak pi beli sticker ni, lekat kat cermin depan dan belakang kereta. Supaya takde orang marah atau hon bila lambat turn kat simpang.
Untuk suamiku..tahniah. Kita bangga tau. Hikhikhikhik. Semoga lebih rajin belajar and.. Don't speed!!
1 comments:
cepat cepat ler beli sticker ...hihihihi.. bagus la orang yang tegur tu. kalau keshi ngutuk jer dalam hati hehe apola amik tpt parking OKU.. tapi tandas OKu tetap masih lagi ada keinginan nak guna kuang kuang kuang
Post a Comment