Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts
Friday, October 24, 2014
Selepas empat tahun, saya buka kembali ruangan ini.
Apabila saya baca kembali posting yang lama, ermm...ok. Saya sedari, mungkin saya sudah lebih mengenali dunia dengan pengalaman berbeza :)
Saya...syukur pada Allah kerana saya telah berjaya menamatkan apa yang saya mulakan dahulu..lama dahulu. Namun, nikmat Allah berikan sangat banyak.
Suami sudah menamatkan pengajian diploma dan sekarang sedang meneruskan perjuangan ke peringkat ISM.
Sudah 10 tahun saya berkhidmat..dengan pengalaman dan kenangan yang menggunung. Mematangkan saya dengan segala macam rencah kehidupan.
Alhamdulillah.
Nanti saya update lagi in shaa Allah.
Sunday, January 02, 2011
2011
Ini tahun ketujuh saya di dalam perkhidmatan, tahun ke 6 dalam perkahwinan dan tahun ke 5 menjadi pelajar semula. Alhamdulillah....semoga tahun ini, saya akan memperolehi keputusan menggembirakan dari borang yang dihantar kepada pihak pentadbiran universiti, kebahagiaan berterusan dan beroleh cahayamata, menamatkan status pelajar secara formal, yaa...kita semua adalah pelajar sepanjang kehidupan... dan dijemput menjadi tetamu Allah saya tidak tahu bagaimana dan bila akan tetapi ini adalah impian saya sejak sekian lama..moga Allah permudahkan ...
Semoga tahun 2011 lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya dan supaya saya menjadi isteri/anak solehah dan hambaNya yang mukminah. Ameen.
Nota 1: Saya perlu fokus. Update akan menjadi sangat kurang. Mohon doakan saya berjaya menamatkan pengajian secepat mungkin. Menghampiri ke penghujung perjalanan, ia menjadi lebih sukar.
Nota 2: Saya menggantung akaun laman web sosial. Ermm..tidak tahu selama mana saya bertahan, namun mengenali diri sendiri, saya tahu saya perlu melakukannya.
Nota 3: Yang pertama sudah ada versi cetak...moga yg kedua, ketiga dan seterusnya akan berjaya dihasilkan....ameen...
Nota 4: Anak-anak saudara saya menginjak dewasatakdelah dewasa sangat..makteh je yg melankolik tak tentu hala...hihihi. Bobot ke PLKN pagi tadi. Mardhiyah dan Amirul ke tingkatan satu, Azri masuk darjah 1. Si cilik Aiman yang petah bercakap pula mula bersekolah di Brainy Bunch yang disebutnya sbg beni bine..aiman ni pelat sedikit...hihihi...moga anakanda semua berjaya di dunia dan akhirat.
Nota 4: Anak-anak saudara saya menginjak dewasa
Tuesday, August 24, 2010
Apabila kura-kura terbalik..KISAH BENAR
Author: Nor Ramli
|
Filed Under:
Keluargaku sayang,
Mak,
Me,
Study,
Suamiku tercinta
|
at
9:15:00 AM
|
kredit foto: http://blog.firstari.com
Pernahkah anda melihat kura-kura terbalik seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas?
Imaginasi anda diperlukan untuk mengetahui mengapa kaki saya bengkak, tangan dan lutut lebam-lebam dan juga kepala saya agak pening.
Tukarkan sahaja imej kura-kura tersebut dengan seorang pelajar pasca siswazah yang dengan penuh semangatnya membuat kerja makmal di dalam bilik bersih dengan kedua-dua tangan memegang schott's bottle berisipadu 1 liter yang sudah terisi dengan strain bakteria, memakai pakaian ala-ala angkasawan dan juga dengan sepenuh jiwa raga cuba menyelamatkan botol kaca tersebut dari pecah. Pecah bermakna- kerja yang sangat banyak kerana di dalam botol ada bakteria ye..bukan bakteria baik seperti yang dijumpai oleh saintis Shirota di Jepun tu ye...ini bakteria tak berapa nak baik...Ngerinya...
Hasilnya seperti yang saya nyatakan di awal tadi, buku lali kanan bengkak, tangan kanan lebam, lutut kiri lebam, belakang saya sakit juga dan kepala pening-pening kerana terhantuk di Biosafety Cabinet atau lebih popular dengan nama BSC. Syukur Alhamdulillah suami saya yang menghantar ke makmal pada hari Ahad yang indah itu...jika bersendirian, bagaimana saya mahu memandu...huhuhu...
Kesimpulannya:
1. Apabila kasut anda tapaknya sudah licin, jangan bertagak-tagak untuk membeli yang baru walaupun ada menyayangi kasut tersebut sepenuh jiwa dan raga.
2. Apabila berada di dalam situasi membuat pilihan, buatlah pilihan yang tepat- pilihan saya menyelamatkan botol bakteria pada hemat saya tepat dan sesuai.
3. Setelah jatuh dan sakit, anda akan memaksa diri anda untuk membeli sepasang sepatu baru tanpa memikirkan gaji belum masuk ataupun jarak kedai kasut dengan rumah anda dan meminta kakak anda beserta 2 orang anaknya yang juga mendapat kasut baru walaupun kaki mereka tidak bengkak akibat jatuh untuk menghantar anda ke kedai kasut tersebut. :D
Nota:
1. Ia telah selamat dihantar. Moga dibukakan pintu hati penilai untuk diterima. Ameen.
2. Mak sudah selamat tiba di Mekah. Moga mak dapat beribadah dengan tenang.
3. Kumpulan pertama mini popia hasil tangan Along sudah siap. Saya sudah memulakan penghantaran.
Friday, August 06, 2010
2 hari lagi 33
Hari ini kepala saya sakit berdenyut-denyut selepas terserempak dengan big bos di pejabat pagi tadi. Soalannya mudah, saya boleh menjawab tapi impak dari bahasa tubuhnya membuatkan saya menjadi hilang punca terus sakit kepala...hahahaha.
Sambil mengedit kertas penyelidikan saya, loceng pintu makmal berbunyi nyaring dan banyak kali pula tu...rupanya makmal kosong. Yelah, terlalu fokus dengan kerja sehingga saya tidak perasan tiada siapapun berada di dalam makmal...Apabila pintu dibuka, terjengul muka EJ di luar pintu dengan kad akses makmal tergantung di leher...ishhh...naik darah juga saya dibuatnya kerana terganggu konsentrasi membuat kerja. Buka sahajalah pintu menggunakan kad akses tersebut. Wajah EJ pelik sungguh dan kemudian saya melihat hampir semua adik-adik lab berada di luar pintu...dan semuanya terjawab apabila saya melihat kotak kek....yang diatasnya tercatat: happy birthday my sweetheart.
Amboi! Suami saya sudah pandai 'menyentuh hati' isterinya ini. Tentulah saya sangat terharu...bukan kerana kek ataupun kejutan...tetapi kerana ingatan. Ulangtahun kelahiran saya 2 hari lagi...kejutan hari ini amat bermakna...terima kasih suamiku.. :)
Moga Allah mengizinkan usia saya dipanjangkan dengan berkat dan rahmat berterusan...diampunkan dosa-dosa saya dan kedua ibu bapa saya. Terima kasih suami...terima kasih mak kerana susah payah membawa saya di dalam kandungan dan melahirkan serta al fatihah utk arwah Apak....Sedih pula rasa di hati :)
Thursday, July 22, 2010
Basuh telefon
3 minggu lepas, saya telah berjaya membasuh telefon bimbit suami saya di dalam mesin basuh buat kali kedua dalam tempoh 2 tahun. Selepas saya tiba-tiba menyedari ada bunyi aneh dari mesin basuh, saya telah melancarkan gerak gempur membuat panggilan ke telefon bimbit suami saya. Seperti yang telah saya jangkakan ianya terus ke peti simpanan suara. Saya pun memberhentikan operasi mesin basuh dan mencari objek yang disyaki- jaket suami saya dan saya memang pandai- ianya berada di dalam poket simpanan sebelah dalam jaket tersebut. Suami menyalahkan saya kerana tidak memeriksa dulu pakaian sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh dan saya menyalahkan suami kerana tidak mengeluarkan dahulu semua harta benda di dalam poket. Hahaha...oleh kerana belum mempunyai cahayamata jadi kami tidak menyalahkan 'dia' yang masih belum muncul itu...kurang sedikit adegan menuding jari..hahaha...kesimpulannya...dua-dua hamba Allah yang lemah dan sangat 'prone to mistakes and carelessness'.
Esoknya kami ke PAS di Shah Alam untuk menghantar telefon bimbit yang telah dikeringkan secara bersungguh-sungguh untuk dibaiki. Langsung tidak saya maklumkan kepada technician tersebut yang telefon bimbit ini mangsa kekejaman rumah tangga...hahaha...si tukang baiki berjanji akan menelefon saya 2 jam lagi untuk memaklumkan harga untuk mengatasi masalah tersebut.
Dipendekkan cerita, RM80 terbang untuk upah membaiki dan juga alat ganti tulen serta RM30 untuk bateri yang ada warranty 6 bulan. Jumlah keseluruhan RM110 untuk kos tersebut. Sehari selepas dibaiki, telefon bimbit itu rosak semula. Saya dan suami terus menuju ke kedai telefon bimbit berhampiran kediaman kami dan membeli telefon bimbit yang sangat asas dengan harga RM105.
Malam tadi, suami saya tiba-tiba mengambil telefon bimbitnya yang telah berendam air sebanyak 2 kali itu dan cuba menghidupkannya dengan menukar kepada bateri yang lama-yang dikatakan rosak itu. Ajaib...ianya berjaya dihidupkan dan boleh dicas semula. Sehingga ke saat entri ini dikeluarkan, telefon tersebut masih boleh digunakan. Alhamdulillah....telefon asas tersebut akan disimpan untuk kegunaan kecemasan.
Nota 1: Saya teringin makan ayam masak kurma yang ada kentang, lobak merah dan tomato...sedapnyaaaaaaaaaaaa!!
Nota 2: Saya juga teringin makan baklawa..sejenis manisan Timur Tengah..
Wednesday, July 14, 2010
Cahaya
Saya sedang marah.
Saya menulis tentang tikus saya di sini. Setelah sangkar dibersihkan dan keseluruhan sistem disanitasikan oleh pihak pembekal sistem sangkar tersebut, saya perlu memohon dari pihak penjaga bangunan untuk memasang sistem ekzos bagi memastikan udara bersih dapat dibekalkan ke dalam sistem tersebut. Sistem ini pada mulanya di Shah Alam dan setelah berpindah hampir 6 bulan dari sana, rupanya masih perlu memohon semula untuk pemasangan. Saya fikirkan, ianya 1 pakej- selepas di buka dari sana dipindahkan dan dipasang semula. Tidak mengapalah, saya akui itu silap saya yang terlepas pandang. Setelah hampir 3 minggu menanti dan menelefon, 2 hari lepas saya menelefon lagi dan mereka memberikan penyelesaian masalah berkenaan. Oklah-saya terima kerana saya memang tidak tahu prosedur teknikal. Mereka beri cadangan, pihak perlaksana/pembekal teknologi setuju, saya kira semuanya ok. Hari ini saya mendapat panggilan telefon dari pembekal teknologi/perlaksana sekali lagi. Cadangan penjaga bangunan tidak boleh dilaksanakan kerana ianya akan menyebabkan masalah pencemaran udara sekeliling dan juga udara di dalam sistem sangkar tikus. Dari sudut teknikal, cadangan penjaga bangunan sama dengan cadangan pembekal...akan tetapi apabila masuk pula unsur perekabentuk bangunan, cadangan itu tidak boleh dilaksanakan kerana akan menjejaskan struktur kosmetik luaran bangunan...Yang membuatkan saya membara kerana saya menjadi orang tengah antara penjaga dan pembekal..tiba-tiba saya rasa marah pada orang yang menggunakan alat solek...sebab luaran sangat tak benarkan sistem tersebut dipasang sebegitu rupa......(maaflah andainya anda yang membaca entri ini tidak dapat memahami butir luahan hati saya...saya memang sangat berserabut...)..Beauty lies on the eyes of the beholder...tiba-tiba sangat..apakah???
Saya tertekan dan sedih..marah bercampur baur....tiba-tiba terbaca tafsir ayat 35 surah An Nur:
Allah (Pemberi) cahaya kepada langit dan bumi. Perumpaan cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang didalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak barkahnya (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya (sahaja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
Ya Allah...berikanlah cahaya itu buatku...buat si penjaga bangunan juga- moga mereka faham keadaanku ini...bersabarlah wahai Cahaya Harapan yang Nyata....
Nota 1: Tahniah buat sahabat-sahabat saya yang telah berjaya melepasi halangan viva utk thesis sarjana dan juga PhD- Ekha, Zab dan juga Dr. Rushdie. Moga Allah memberkati kalian.
Nota 2: Dugaan datang pelbagai cara...namun terlalu banyak nikmat yang Allah berikan...syukur...Alhamdulillah
Nota 3: Saya sedang update/siapkan kajian literatur...doakan saya.....LR biasanya tidak siap sehinggalah thesis sudah hampir siap...tp saya sdg kemaskinikan sehingga tarikh ini...owhh...jangan panik/teruja sangat...thesis saya belum siap..kerja makmal masih berbaris panjang seperti penggemar ayam pakcik bob di pasar malam Puncak Alam berbaris menunggu ayam goreng enak itu...
Nota 4: Hari ini suami saya masuk studio amik gambar...mudah-mudahan berjaya...ameen.
Nota 5: Tiba-tiba saya macam nak pujuk suami belikan saya ketuhar pembakar...saya terasa macam nak buat kek...pizza...roti...ayam panggang...daging panggang...pai ayam...pai epal...ermm...yummy....
Nota 6: Saya nak pergi beli kain untuk baju melayu suami...masih belum sempat/bernafsu untuk pergi memilih kain.
Nota 7: Saya suka makan durian.
Nota 8: Saya akan berhenti sekarang.
Thursday, July 08, 2010
PD 2010
Piala dunia 2010 (PD2010) sedang berlangsung. Banyak peristiwa berkaitan piala dunia yang agak signifikan dengan kehidupan saya. Maklumlah, arwah apak secara tidak langsung telah mendidik saya meminati sukan bola sepak dan badminton. Semenjak kecil, perlawanan bola sepak secara langsung atau rakaman akan kami tonton dengan berani-berani takut untuk menjerit apabila gol kerana takut/segan bersama-sama.
Ketika PD1994 berlangsung saya masih dalam tingkatan lima di MRSMJ. Gigih semangat kami 3 block asrama puteri meminta kebenaran ketua warden untuk menyaksikan perlawanan akhir antara Brazil dan Italy yang diakhiri dengan sepakan penalti disudahi dengan kemenangan pasukan samba yang sumbang sambanya dan tergelincir di suku akhir...kasihan..... Esoknya bengkaklah mata dan sakitlah kepala menahan kantuk yang menyerang...Apa tidaknya, kelas persediaan tamat jam 11 malam, selepas ta'lim jam 11.30 malam barulah dapat melelapkan mata, jam 3.30 pagi ketua blok mengetuk pintu demi pintu yang ahlinya berdaftar untuk menonton perlawanan tersebut di Dewan Selera Puteri...indah kenangan itu kerana sorakan kami yang di luar kawalan menyebabkan berlakunya serangan balas dari pelajar putera di Dewan Selera Putera yang terletak di bawah bukit seberang jalan. Esoknya gamat di dalam kelas para pelajar putera sibuk merisik- siapakah puteri kelas mereka yang menonton perlawanan akhir- untuk disakat dan kononnya 'kurang ayu'...hahahah....
PD1998. Saya berada di tahun kedua pengajian. Seingat saya. Perancis menang dengan mengalahkan Brazil di tanahair mereka buat kali pertamanya...dan Perancis PD2010 ini tidak dapat ke pusingan kedua pun...hahahaha....mengapakah saya gembira sangat ye...bukannya Perancis dikalahkan pasukan Malaysia pun. Ketika ini juga abang ipar saya berjaya ke Perancis sebagai pemenang pertandingan yang dianjurkan syarikat rokok terkemuka jika tidak silap ingatan saya.
PD2002- saya sibuk menguruskan urusan permohonan tempat untuk pengajian peringkat sarjana di tanah ratu..tidak begitu memperdulikan bahang PD ketika itu...
PD2006...saya sudah bertugas sebagai guru di sini, sudah bergelar isteri dan hampir bergelar pelajar...ketika ini, dan memang semenjak mula bekerja pun hubungan saya dan para pelajar baik sarjana muda mahupun diploma amat rapat. Mereka menganjurkan majlis berbuka puasa di rumah sewa saya, menghadiri majlis perkahwinan saya dengan bersemangat-ada yang menaiki kereta, motorsikal dan komuter...cuma bas yang mereka sewa tidak datang pada hari kejadian...hahahah...mejlis hari raya..majlis perpisahan...semuanya di rumah sewa kami yang kecil itu. Untuk perlawanan akhir tersebut, mereka telah datang sekereta- 6 orang rasanya menonton perlawanan akhir menemani suami saya-saya seperti biasa tewas dengan mudah kerana esoknyakan hari kerja...Mereka datang membawa makanan sejuk beku utk dimasak dan membancuh kopi segera sejag besar untuk umpan menahan kantuk...kenangan...manisnya kenangan itu rasanya.
PD2010...saya baru sahaja dikunjungi salah seorang pelajar yang menonton PD2006 di rumah kami sebentar tadi. Beliau baru sahaja melapor diri sebagai pensyarah....cepat sungguh masa berlalu...saya tahu, satu hari nanti bekas pelajar ini akan ada yang memegang jawatan pentadbiran dan saya perlu melapor tugas pada mereka pula. Semoga sedikit ilmu farmasi dan juga nilai yang saya terapkan buat mereka dapat dimanfaatkan dan menjadi bekalan untuk mereka menjadi pendidik pula...ehh...dah menyimpang pula dari cerita PD2010..hahaha...
Pasukan mana yang saya sokong? Owhh..saya tiada pasukan pilihan....cuma saya sangat terkesan apabila Jepun kalah dengan sepakan penalti...begitu juga Ghana...kerana saya merasakan perlawanan akhir piala dunia perlu lebih berwarna-warni....
Saya juga terkilan melihat betapa percayanya segelintir masyarakat dengan sang sotong kurita yang meramal itu dan ini...alahai...pemikiran sempit untuk memberi keyakinan pasukan pilihan mereka layak...dan apabila kalah..dengarnya ada penyokong Argentina yang khabarnya jurulatih mereka si Maradona sedia utk lari tanpa pakaian keliling stadium jika pasukannya menang PD2010-mujur mereka kalah...hahahaha... dan penyokong Jerman yang mahu meratah sang kurita itu atas tilikannya....ermm..manusia...ada kalanya lebih rendah akal dari sang kurita itu ye....
Pasukan mana pun yang menang...setelah tamat kejohanan, kehidupan akan kembali seperti biasa...tiada lagi yang berqiyamullail ber'qiyamubola' lagi...berapa ramai agaknya yang menonton perlawanan pada jam 2.30 pagi itu yang bertahajud? Semoga kita semua mendapat petunjuk ke jalan kebenaran...Ameen...
Monday, June 14, 2010
10 tahun
Semester ke 7 bakal bermula beberapa hari lagi dan sudah menjadi amalan saya setiap semester baru untuk pulang ke kampus awal beberapa hari dari tarikh pendaftaran. 8 Jun 2000 saya telah berada di kampus induk Pulau Pinang dan menumpang di rumah sahabat yang menyewa- saya tidak pernah duduk menyewa di luar kampus sepanjang 4 tahun pengajian peringkat ijazah pertama. Kebetulan pula, peperiksaan forensik (perundangan farmasi) akan di adakan pada hari Isnin minggu kedua semester tersebut. Pulang awal untuk mengulangkaji dan juga berdiskusi soalan-soalan lepas dengan sahabat-sahabat- Yin, Echah dan juga Che Mah. Mereka adalah sahabat 'study group' saya...sahabat susah senang...merempit ke sana ke mari juga bersama-sama. Hihihi....
Hari Ahad sebelum minggu pertama bermula, abang dan keluarganya datang melawat...dan dijamunya saya dengan segala makanan yang ada- Pizza Hut, McD, KFC, pasembur P. Kota dan segala macam jajan dibelikan utk saya. Abang saya memang begitu...berganding pula dengan kakak ipar saya yang memang sangat prihatin...sayalah yang untung. Hihihi...
Kegembiraan saya dengan segala juadah dan juga semester yang baru bermula tidak ke mana kerana Isnin pagi saya mula sakit perut. Sakit keseluruhan perut disertai lawatan ke tandas yang agak kerap. Saya masih menghadiri kelas tambahan untuk peperiksaan forensik yang bakal berlangsung lebih kurang 7 hari lagi. Selasa malam, kesakitan yang dirasakan semakin teruk. Saya juga mula loya dan mual....tidak pernah saya sakit begini. Ditemani Faizah, saya dihantar ke klinik swasta di Gelugor oleh van pusat kesihatan, doktor itu meminta saya dibawa ke HPP. Sampai di HPP, saya dibawa ke Jabatan Kecemasan dan setelah dibiarkan beberapa lama, saya diberikan suntikan oleh doktor pelatih yang bertugas-tanpa mengusik saya atau memeriksa saya sedikitpun...mungkin dia sudah sangat letih...agaknya sudah beberapa hari on call. Lebih kurang pukul 6 pagi, saya dibenarkan pulang ke kampus. Mujurlah kami membawa beg duit dan kad pengenalan kerana van tidak menunggu kami. Saya hanya memakai kaftan dan seluar panjang serta baju panas. Faizah comel sedikit kerana berbaju kurung lengkap...hahahah....Merasalah saya berpakaian seperti itu menahan teksi di hadapan HPP untuk pulang ke kampus. Rabu pagi sepatutnya saya perlu menghadiri kelas pada pukul 11...Yin dan Echah telah bersarapan terlebih dahulu dan dengan baik hatinya telah menghantar sebungkus bubur nasi Harapan (kerana dibeli di kafeteria desasiswa Harapan) untuk saya. Bubur nasi itu sangatlah sedap di tekak kerana saya memang sangat lapar setelah tidak begitu selera menjamah makanan sejak Isnin. Setelah sebahagian bubur itu berjaya saya habiskan, tekak saya kembali loya dan mual dan perut saya memulas-mulas. Segalanya selamat di tandas. Perut saya kembali memulas dan tidak semena-mena badan saya panas dan saya mula menggigil. Sahabat sepengajian saya Nurul yang kebetulan menjenguk saya di bilik telah dengan baik hatinya menawarkan diri untuk membawa saya ke Pusat Kesihatan sekali lagi.
Di Pusat Kesihatan, doktor yang memeriksa- Doktor Syarifah. Beliau mengarahkan saya membuat ujian darah di makmal di PK setelah saya menjerit agak kuat akibat kesakitan semasa beliau menekan perut saya dan keputusan diperolehi 10 minit kemudian.
"WBC naik...you need to go to the hospital young lady...apendisectomy stat!" Saya ternganga mendengar kata-kata pegawai perubatan tersebut. Saya kemudian dikejarkan (macam dalam drama pula...hihihi) ke HPP...kali ini ada siren ye van PK itu.....di dalam van aka ambulan, saya ditemani Nurul. Menitik juga airmata saya kerana teringatkan mak...uwaaaaaaaaa...sedihnya....di dalam ambulans saya menelefon emak memaklumkan perkhabaran saya. Sampai di HPP, saya ditolak masuk ke wad tidak sampai 10 minit-kecemasan sangat gamaknya ye...tapi memang sakit sungguh perut saya. Di wad, saya diperiksa oleh seorang doktor pelatih lagi. Saya solat sambil baring sahaja kerana tidak kuat untuk berwudhu dan bangun untuk solat-sangat sakit dan saya sangat pening. Lebih kurang pukul 4 petang, abang dan kakak ipar saya tiba dari Tronoh-ketika itu kampus kejuruteraan masih di Tronoh. Ketika itu, saya telah diarahkan menukar pakaian untuk pembedahan dan pukul 5.45 petang saya ditolak ke bilik bedah. Saya sangat takut kerana tidak pernah melalui pengalaman sebegitu...tambahan pula bilik menunggu di luar dewan bedah itu sangat sejukkkkk...beberapa ketika menunggu, saya ditolak masuk ke dewan bedah. Ketika ini, seorang doktor- doktor bius menanyakan nama, umur dan berat saya. Tidak lama selepas itu, beliau datang kembali..dan menyuruh saya membaca bismillah, istighfar dan juga mengucap dua kalimah syahadah...isk isk isk...tidak sempat saya nak bersyahdu syahdan...doktor itu menyarungkan topeng oksigen ke muka saya dan beliau mengira...1...2...dan saya terus hilang....Apabila saya sedar, Yin dan Echah berada di sisi katil dan saya dan saya lihat dalam kabur-kabur mereka seperti sedih dan kelihatan sangat bimbang...rupanya semua orang risaukan saya kerana pembedahan yang sepatutnya berlangsung dalam 1 jam dan saya boleh dibawa keluar ke wad selepas 2 jam tidak kunjung selesai sehinggalah hampir tengah malam. Rupanya ada komplikasi sedikit-biarlah saya simpan sahaja ceritanya...yang pentingnya saya selamat alhamdulillah...masih diberikan peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini. Tidak lama selepas di hantar ke wad, saya melihat emak berada di sisi. Saya teringat lagi emak menangis kerana risaukan saya agaknya...dalam keadaan mamai saya cuba menenangkan emak-ok je mak...takde apa ni. Semalaman mak tidur di sisi katil saya di wad tersebut. Owh ya...mak datang menaiki kapal terbang setelah mengetahui keadaan saya. Esoknya, saya telah dimarahi oleh jururawat bertugas kerana tidak larat untuk bangun...seluruh badan saya rasa lemah dan bahagian bawah saya masih kebas tidak berasa apa-apa...Mak dan kakak ipar saya yang memimpin saya ke tandas untuk membersihkan diri. Ingat lagi ayat jurujawat tersebut, " kalau baring-baring macam ni, bila nak sembuh..bangun...jalan-jalan."
Saya bukanlah orang yang sangat alah pada kesakitan, saya agak kuat jugalah...akan tetapi, kesakitan yang dirasai pada luka sepanjang hampir 10 cm di bahagian bawah abdomen itu memang amat tidak tertanggung...bernafas, bersin, batuk...aduhai.....tidak lama kemudian, jururawat yg sama datang semula ke katil saya dan kali ini nadanya berubah. Hairan juga saya...owhh..rupanya kakak saya yang bertugas di HKB telah menelefon dan bertanyakan keadaan saya. Kaklang telah berjanji untuk datang ke HPP dari KB pada keesokan harinya. Pada hari yang sama juga, rakan-rakan sepengajian saya yang sedang sibuk mengulangkaji utk peperiksaan forensik telah datang menziarahi saya. Penuh wad pembedahan wanita HPP pada hari itu yang kebetulannya adalah cuti umum jika tidak silap saya. Saya masih berbelah bagi samada terus berada di kampus untuk menghadiri peperiksaan, pulang ke rumah abang di Tronoh sementara menantikan Isnin untuk peperiksaan atau pulang sahaja ke Seremban. Hari Jumaat, 16 Jun 2000, kaklong saya telah selamat melahirkan Mohd Amir yang telah membuatkan emak dan saya terus pulang ke Seremban setelah saya dibenarkan keluar dari wad pada hari Jumaat petang. Jumaat malam, saya dan mak pulang ke Seremban menaiki pesawat Bayan Lepas-KLIA. Air Asia belum lahir lagi waktu itu....saya menemani kaklong saya berpantang...hihihi....sedap juga lauk orang dalam pantang ni rupanya...
Terlepaslah saya peluang untuk menduduki peperiksaan tersebut dan mengambil peperiksaan bersendirian 6 bulan kemudian- semua sahabat saya lulus peperiksaan tersebut...isk isk isk.....alhamdulillah saya juga lulus cemerlang walaupun menduduki peperiksaan tersebut seorang diri.
Ironinya...hari ini, genaplah 10 tahun peristiwa ini berlaku. Parut pembedahan masih ada di situ dan syukur saya pulih sepenuhnya selepas sebulan (sambung merempit...hehehe)....semoga kita semua dianugerah kesihatan yang baik dan menikmati kehidupan dengan penuh kesyukuran dalam melaksanakan tangungjawab kita...
Saturday, April 03, 2010
Bagaimana saya melepaskan diri dari ketagihan
Saya ingin berkongsi kisah benar sekali lagi. Ini bukanlah sesuatu yang menjadi rahsia sangat. Ianya benar dan berlaku pada saya hampir 2 bulan atau 3 bulan di penghujung tahun lepas. Pada mulanya saya menganggapnya sebagai hanya satu hobi dan menjadi cara melepaskan tekanan. Akan tetapi, lama kelamaan ianya sudah menjadi lebih serius. Sanggup berjaga malam dan bangun awal pagi, dan kadangkala balik kampung pun menjadi tidak tenteram...sehingga suami yang pada mulanya menganggapnya hanya perkara sampingan sudah mula naik tidak selesa dengan perbuatan saya.
Saya juga menjadi orang yang sangat obses....sepanjang masa saya teringatkannya...bak kata pepatah, hati terkenang mulut tersebut...Menu makan tengahari saya juga kadangkala dipengaruhi olehnya...aduhai...runsing hati saya...saya tahu ianya tidak betul...malahan saya tahu juga ianya mendatangkan banyak kemudaratan...ianya lebih saya pentingkan berbanding sepertiga malam yang perlu diisi dengan bermunajat kepadaNya...Moga saya diampunkan Allah atas kelalaian yang saya rasa disengajakan kerana mengikut nafsu....
Akhirnya, selepas membaca artikel penulis idola saya di sini, saya telah berjaya memujuk hati untuk mengurangkan dan seterusnya menghentikan terus tabiat ketagihan tersebut. Hingga kini, sudah hampir 4 bulan saya bebas sepenuhnya dari belenggu tersebut......Syukur pada Allah kerana membukakan hati saya untuk menjauhi perbuatan tersebut...Alhamdulillah...
Ermm..belenggu apa?
Belenggu main farmville di Facebook...
Saya pasti ramai lagi yang terperangkap dengan segala macam bentuk aplikasi permainan di FB ataupun online game. Saya berdoa anda semua akan dapat melepaskan diri dari belenggu dan gangguan tersebut. Hidup indah dan berkualiti tanpa farmville... :D
Owh ye...dan kemudiannya saya telah berjaya mempunyai kebun di alam nyata...hehehe... tidaklah hebat sangat tapi perlu berperang dengan siput yang asyik makan ulam sambung nyawa saya...asyik tinggal batangnya sahaja..
Nota 1: Saya dan suami sedang merancang projek update halaman rumah.
Nota 2: Selamat berjaya dalam peperiksaan akhir tahun 2 buat suami saya. Seperti biasa, suami yang menduduki peperiksaan, saya yang panik dan berulang ke bilik termenung setiap jam. InsyaAllah berbaki 2 tahun lagi...
Nota 3: Sifu saya menyuruh saya mencari masa untuk 'rehat sebentar' setelah ada drama hapuslah airmataku...walaupun setitis cuma...oopss...saya bukan 'permaisuri drama' ye...ianya adalah hasil tindak balas tekanan yang serasa tidak mampu lagi dibendung...
Nota 4: Borang mohon tambah tempoh CB sudah diisi...moga dipermudahkan Allah..

Wednesday, February 10, 2010
Orkid

Saya memasuki darjah 1 di SRK KGV dalam kelas Orkid. Saya sangat bangga dengan kelas saya ketika itu kerana ianya merupakan bunga yang mempunyai kepelbagaian spesis. Hahaha....
Setelah 21 tahun terpisah, saya akhirnya menggagahkan diri untuk memenuhi jemputan BBQ party di rumah seorang sahabat yang menetap dibanglo kuarters di kem Sungai Besi. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke dalam kem tentera. Mengerikan..hahaha...tidaklah ngeri cumanya sayakan memang takut tidak selesa apabila berada berdekatan dengan kawasan yang melibatkan pasukan bersenjata dan beruniform. Mendengar siren bomba pun saya sudah boleh berdebar dan berpeluh.
Pertemuan setelah lebih 21 tahun tidak berjumpa ini amat mengujakan saya. Seronok sungguh mengenang kembali kisah-kisah silam zaman kanak-kanakyang kebanyakannya saya sudah lupa. Mereka menggelar saya ulat buku rupanya. Sesungguhnya pertemuan ini memadamkan segala kisah pedih dan pahit yang saya cuba lupakan memang dah terlupa pun. Juadah yang disediakan amat lazat - ayam dan kambing panggang, udang masala, carbonara pasta, salad, shepherd's pie dan pelbagai lagi yang saya sudah tidak ingat. Saya pula menempah kek cawan cupcakes dari mamafami. Saya amat berpuas hati dengan tempahan tersebut. Keknya sedap...lazat lagi cantik berseri. Walaupun mama fami agak terkejut pada awalnya dengan permintaan saya untuk hiasan bunga orkid di atas kek cawan tersebut...tetapi tetap disambut dengan penuh semangat waja..comelkan kek-kek ini...untuk tempahan silalah layari laman blog mama fami...anda pasti puas hati...hahaha..suka2 je bagi tag line pada blog mama fami ni.
Saya amat berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang baru dijumpai semula. Saya dikatakan hilang begitu sahaja tanpa berjaya dijejak walhalnya saya balik bercuti di rumah bonda juga...tetapi mungkin benar kata mereka..'saya menyorok'....hmmm....betullah tu.
Saya sudah membuang segalanya dan biarlah ianya menjadi sejarah...bukankah sejarah itu yang mendewasakan kita? :)

Setelah 21 tahun terpisah, saya akhirnya menggagahkan diri untuk memenuhi jemputan BBQ party di rumah seorang sahabat yang menetap di

Pertemuan setelah lebih 21 tahun tidak berjumpa ini amat mengujakan saya. Seronok sungguh mengenang kembali kisah-kisah silam zaman kanak-kanak
Saya amat berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang baru dijumpai semula. Saya dikatakan hilang begitu sahaja tanpa berjaya dijejak walhalnya saya balik bercuti di rumah bonda juga...tetapi mungkin benar kata mereka..'saya menyorok'....hmmm....betullah tu.
Saya sudah membuang segalanya dan biarlah ianya menjadi sejarah...bukankah sejarah itu yang mendewasakan kita? :)
Wednesday, December 30, 2009
Pantas berlari
Sungguh benar janji Allah. Masa amat pantas berlalu.
6 bulan lagi sebelum biasiswa berakhir dan saya masih bertungkus-lumus menyiapkan kerja yang saya rasa semakin bertambah di dalam senarai. Kami sudah berada di kampus Puncak Alam. Syukur alhamdulillah segalanya lebih mudah, yang tinggal kini adalah usaha maksimum saya untuk menyiapkan kerja-kerja di makmal dan juga menulis thesis. Saya rasa masih jauh lagi...seakan tidak nampak hujungnya. Moga Allah berikan kekuatan. Seakan baru semalam saya menempuh hari pertama ke sekolah...dan kini Allah berikan rezeki kepada saya perjalanan berliku untuk menamatkan pengajian peringkat ini...yang diidam sejak sekian lama...aik....melankolik sungguh epel malam ini ye...
Dalam perjalanan ke kampus pagi tadi, saya melalui sekolah kebangsaan meru (betul ke ini namanya) dan kelihatan ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk hari pendaftaran di sekolah. Secara automatik, kenangan hari pertama ke sekolah: Januari 1984 terimbas kembali...
Saya dihantar arwah apak untuk mendaftar. Pakaian saya seragam gaun biru berkemeja putih, stokin dan kasut (bata) putih. Beg sekolah kanvas (saya rasa lebih banyak material plastiklah) berwarna kuning. Rambut diikat 1. Saya sangat berdebar dan teruja pada hari itu...hari PERTAMA ke sekolah dan bercampur dengan rakan sebaya. Saya tidak di hantar ke pra sekolah- kesukaran hidup ketika itu. Saya ingat-ingat lupa abjad A-Z yang diajarkan oleh kakcik pada saya. Nama saya ditulis pada belah dalam penutup beg tersebut oleh mak. Hari pertama itu, kami sudah mempunyai buku tulis yang tiada garis didalamnya dan berbentuk segiempat tepat yang rupanya digunakan untuk melukis.
Pada hari pertama itu, guru kelas saya, Puan Alfiah Sarbini mengarahkan kami menulis nama di atas muka surat pertama buku tersebut dan disuruh pula melukis alatan yang berada di dalam kelas tersebut. Arwah apak sudah pulang ketika itu dan saya terketar-ketar menyalin nama penuh yang mak tulis di bahagian dalam beg sekolah saya secara imej cermin. Huruf N, A, R, Z semuanya terbalik. Saya telah melukis papan hijau yang saiznya sebesar sehelai muka surat buku tersebut. Saya kerling sekeliling saya dan saya dapati ramai rakan-rakan yang melukis banyak alatan dalam sehelai muka surat itu.. owhh...saya sungguh risau lebih-lebih lagi apabila guru kelas saya menghampiri untuk meninjau hasil 'keras' tangan saya. Ringkas sahaja ayat pertama guru tersebut, '1 sahaja? Awak ni adik Azam, Aida dan Aza kan?'
Sepanjang di tahun 1, saya sangat keliru dengan persekitaran yang ternyata berbeza dengan persekitaran di rumah. Saya juga menerima tekanan tanpa disedari kerana dikenali sebagai adik kepada ketua-ketua pengawas dan penolong ketua pengawas yang semuanya berjaya ke sekolah berasrama penuh semasa melangkah ke alam sekolah menengah. Saya pendiam tetapi otak saya lancar berjalan berimaginasi. Saya pernah bertumbuk dengan seorang pelajar lelaki nakal yang gemar membuli orang lain. Ianya menjadi kes yang diselesaikan oleh abang pengawas darjah 5...hahahahah...ganas sungguh saya. Sakit sungguh dada saya ketika itu dan pelajar tersebut juga sama. Kejadian berlaku ketika guru sedang bermesyuarat di bilik gerakan. Dimanalah pelajar itu sekarang ye? Selepas hampir 25 tahun...
Hari pertama ke sekolah itu tanpa saya sedari membentuk diri saya sehinggalah sekarang. Survival...saya perlu berdikari untuk belajar...untuk menuntut ilmu. Melaka, Kedah, Pulau Pinang, London, Shah Alam, Puncak Alam....saya bersyukur atas kurniaan Allah buat hamba yang lemah dan lalai ini...yang tidak berdaya melainkan dengan izinNya...Entah mengapa sebak benar saya malam ini...hanya dengan mengingatkan perjalanan yang pernah saya tempuhi demi menuntut ilmu.....ianya sukar...semoga Allah memberkati...
p/s: Saya sedang tertekan....doakan saya meneruskan perjalanan ini dengan tenang.

Monday, December 14, 2009
Hilang
8 malam tidur saya tidak nyenyak
7 hari saya bersusah hati
8 malam saya asyik sesak nafas
7 hari perut saya memulas tidak bersebab
Hari ini
Saya sujud syukur
Atas izinNya saya kembali senyum
Jumpa juga setelah mencari berhari-hari
Kepada yang menjumpainya
Saya terhutang budi
Moga Allah membalas kebaikannya
Malam ini mudah-mudahan saya dapat tidur dengan nyenyak dan aman...
Owhh...apa yang membuatkan saya resah gelisah tidak tenang ye?
Kunci kereta saya hilang pada Selasa lepas....hari ini barulah ada orang yang memberitahu ianya sudah dijumpai sejak hari kehilangan tempoh hari...cuma tidak diketahui siapakah pemilik kunci tersebut...
Hati saya lapang
Fikiran saya tenang
Boleh balik rumah dan berkemas.
Friday, December 11, 2009
LIMA
Akad berwaliIjab bersaksi
Lima tahun hari ini
Janji Yang Esa
Tetap terjadi
Sekujur tubuh tenang bersemadi
Empat tahun hari ini
Atas segala nikmat dan dugaan
Syukur tidak terhingga pada Ilahi
Semoga diberkati dan dirahmati
Tuesday, November 17, 2009
Kotak dan plastik letup-letup
Semasa zaman kanak-kanak, saya dan adik-adik akan berebut untuk bermain dengan 'plastik letup-letup' yang biasanya dilampirkan sebagai penyerap hentakan untuk barang-barang mudah pecah dan juga barangan elektrik yang baru dibeli. Akan tetapi, untuk hari ini, buat masa ini, saya sangat tertekan melihat 'plastik letup-letup' tersebut. Dalam kesibukan kerja makmal yang banyak ini, kami terpaksa membungkus dan memindahkan barang-barang ke makmal baru di kampus Puncak Alam. Jika berpindah rumah sudah dianggap sukar, bayangkan untuk memindahkan segala isi kandungan makmal ini dengan instrument yang besar dan komplikated, radas yang hampir semuanya diperbuat dari kaca, bahan-bahan kimia, tisu dan sel hidup serta TIKUS!!

Ini meja kerja saya yang sarat dengan segala macam kelengkapan berus gigi, ubat gigi dan pencuci muka pun ada dalam beg kecik berwarna hijau itu.
Inilah kotak-kotak dan juga plastik letup-letup yang bergulungan sangat besar. Agaknya, jika gulungan ini dulu kami jumpa semasa masih kanak-kanak mesti satu kampung dapat bermain letup-letup sampai pengsan..hahahaha....
Ermm..memang tertekan.
Akan tetapi, perkara baik disebalik perpindahan ini adalah:
1. Kami tidak perlu lagi bersesak dengan para pelajar yang sangat ramai di kampus induk - ketenteraman minda yang maksimum dengan kedamaian dan kehijauan kampus baru ini nanti.
2. Jarak dengan rumah saya adalah kurang dari kampus induk dan ianya adalah laluan BEBAS TOL...wahhh!! Jimatlah baki kredit kad sentuh danblah pergi saya serta jimat jugalah bateri 'tag pintar' saya.
3. Di sekeliling kampus baru nanti adalah kawasan kampung, ianya agak jauh dari sebarang objek bangunan yang menempatkan pusat membeli belah atau rangkaian restoran yang banyakselamat tinggal SACC, PAS, kompleks PKNS, Plaza Masalam, JJ Bukit Raja..uwaaaaaaaaaaaaa . Oleh itu, diharapkan agar saya lebih menumpukan perhatian kepada tikus, eksperimen dan penulisan journal dan thesis.
4. Saya dengar pilihan makanan di sana tidak banyak, jadi saya akan lebih cekap memasak kerana perlu membawa bekal ini akan saya justifikasikan kemudian hari apabila sudah berpindah, mana tahu situasinya berbeza dengan apa yang saya bayangkan ini.
5. Oh ya!! Sifu menyediakan ruangan pantrilengkap dengan penapis air minuman ye.. dan juga surau untuk kami.
6. Tempat letak kerata adalah berbumbung! Wahhh....selamatlah Vi junior dari panahanbunga-bunga matahari ataupun hujan asid yang lebat.
7. Saya akan melalui kedai jual nanas yang murahhahaha..tiba-tiba sangat..entah apa kaitan nanas dengan saya agaknya
8. Saya akan melalui Jalan Kopi yang kurang kesesakan jalanraya di waktu pagi yang indah dan berkabus.
9. Saya tidak akan balik lewat malam lagi atau jika kerja lewat di makmal, saya akan menumpangkasih tidur di rumah adik-adik yang berhampiran. Oh ya! Hampir 98% pelajar sifu saya berpindah rumah ke Puncak Alam. Sewanya murah. Rumah teres 2 tingkat cuma RM350. Rumah flet pula sewanya RM250- 270 sahaja (termasuk bayaran mantainance).
10. Hmmm...yang paling penting.....di Puncak Alam, saya ada bilik saya sendiri kembali. Subhanallah....
Benarlah janji Allah...pada setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan.
Semoga penghijrahan ini akan membawa kejayaan yang lebih bermakna buat kami semua. Ameen...
Ermm..memang tertekan.
Akan tetapi, perkara baik disebalik perpindahan ini adalah:
1. Kami tidak perlu lagi bersesak dengan para pelajar yang sangat ramai di kampus induk - ketenteraman minda yang maksimum dengan kedamaian dan kehijauan kampus baru ini nanti.
2. Jarak dengan rumah saya adalah kurang dari kampus induk dan ianya adalah laluan BEBAS TOL...wahhh!! Jimatlah baki kredit kad sentuh dan
3. Di sekeliling kampus baru nanti adalah kawasan kampung, ianya agak jauh dari sebarang objek bangunan yang menempatkan pusat membeli belah atau rangkaian restoran yang banyak
4. Saya dengar pilihan makanan di sana tidak banyak, jadi saya akan lebih cekap memasak kerana perlu membawa bekal
5. Oh ya!! Sifu menyediakan ruangan pantri
6. Tempat letak kerata adalah berbumbung! Wahhh....selamatlah Vi junior dari panahan
7. Saya akan melalui kedai jual nanas yang murah
8. Saya akan melalui Jalan Kopi yang kurang kesesakan jalanraya di waktu pagi yang indah dan berkabus.
9. Saya tidak akan balik lewat malam lagi atau jika kerja lewat di makmal, saya akan menumpang
10. Hmmm...yang paling penting.....di Puncak Alam, saya ada bilik saya sendiri kembali. Subhanallah....
Benarlah janji Allah...pada setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan.
Semoga penghijrahan ini akan membawa kejayaan yang lebih bermakna buat kami semua. Ameen...
Thursday, November 12, 2009
Dilema
Saya ingin membeli kasut baru. Akan tetapi saya masih ada kasut yang sudah berumur 2 tahun tapi masih berkeadaan baik. Saya boleh membeli kasut lagi tetapi nanti yang lama ini akan terbiar begitu sahaja. Itulah masalah saya. Saya tidak pandai untuk menggunakan lebih sepasang kasut dalam satu masa. Jika lebih dari sepasang, saya akan terlupa dan lama nanti baru saya ingat kembali. Saya akan membeli kemudian memakainya sehinggalah ia rosak dan barulah ditukar baru. Begitu juga dengan beg tangan. Ya..saya memakainya ke mana sahaja. Majlis rasmi atau tidak, pasar atau hotel lima bintang.. itulah sepasang kasut dan itulah beg tangannya. Kini, saya ingin memiliki sepasang kasut baru yang sudah saya 'eye' agak lama...ermmm....bagaimana ye.....kasihan saya....
Tuesday, November 03, 2009
Azimah
Saya menghadiri majlis konvokesyen para pelajar kelompok keempat, FF pada 28 Oktober yang lalu di DSB. Ianya adalah rutin tahunan saya walaupun sedang cuti belajar kerana mereka pernah menjadi pelajar saya. Walaupun acaranya agak membosankan tetapi berbaloi apabila melihat sendiri mereka bergraduasi....(sayakan emosional orangnya)...hahaha...
Gambar di atas adalah saya dan Azimah...Azimah adalah rakan sekelas saya ketika di Matrikulasi II, USM tahun 1996-97. Azimah merupakan sifu kami terutama bagi subjek Matematik dan juga Biologi. Beliau cerdik dan cepat tangkap...saya? Saya selalu berguru dengan beliau ketika itu. Soalan tidak dapat diselesaikan, beliaulah yang saya cari untuk membantu saya. Selepas matrikulasi, kami terpisah, saya di kampus induk USM manakala Azimah mendapat biasiswa ke UK untuk melanjutkan pangajian dalam bidang perubatan. Tiada khabar berita tentangnya sehinggalah saya mendengar khabar angin Azimah ditimpa ujian dan tidak dapat meneruskan pengajian di UK. Pada tahun 2005, sebelum pengambilan pelajar ijazah pertama dilakukan, saya terserempak dengan Azimah di pejabat am fakulti. Kami sama-sama terkejut. Beliau rupanya ingin memohon memasuki program ijazah sarjana muda farmasi selepas tamat diploma mikrobiologi (mendapat anugerah naib canselor-6 semester memperolehi CGPA > 3.5). Azimah termangu apabila mengetahui saya sudah bekerja dan akan mengajarnya nanti...saya juga termenung panjang.
Akhirnya, Azimah diterima ke program FF. Bermulalah cabaran yang saya kira agak besar dalam kerjaya saya-mengajar rakan sendiri yang dahulunya adalah pakar rujuk saya. Kuliah pertama yang perlu saya sampaikan buat kelompok pelajar yang 'ada Azimah' di dalamnya cukup membuatkan saya serba-serbi tidak kena walaupun ketika itu saya sudah ada pengalaman mengajar. Setiap kali saya perlu memberikan kuliah untuk kumpulan 119 orang pelajar termasuk Azimah, saya akan kembali gementar sehinggalah mereka di tahun ke 3 dan saya mula cuti belajar.
Azimah di peringkat sarjana muda juga cukup cemerlang. Beliau disebut-sebut sebagai calon ANC pertama FF kerana sehingga semester ke 7, beliau sentiasa mendapat anugerah dekan (GPA> 3.5). Belum rezeki beliau dan FF, semester terakhir, saya sangat hampa mendengar perkhabaran beliau tidak berjaya memperolehi AD
Monday, September 28, 2009
Hi tea
Kembali bekerja.
Saya sebenarnya sudah mula bekerja pada Jumaat dan Sabtu lepas. Banyak kerja perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang tinggal. Saya perlu membuat kerja dengan pantas. Tahun ini, kami tidak mempunyai ruang masa yang sesuai untuk majlis khusus rumah terbuka seperti tahun lalu. Kami alu-alukan tetamu yang ingin bertandang dan Sabtu dan Ahad lepas, saya sudah 2 kali memasak hidangan ringkas untuk mak, kakcik, uda dan boboi yang datang rumah dan kemudiannya untuk kak Ita dan abang Muda (sepupu suami) beserta keluarga mereka. Pada tahun ini juga, biskut raya kami hanya ada sejenis iaitu tart nenas...hahahah...saya dengan bersemangatnya telah membawa pulang ke kampung KT dan Seremban 8 bekas kuih raya. Hanya tinggal muruku, kacang dan juga kerepek mache serta tart nenas di rumah kami dan selepas 2 rombongan besar menziarahi kami, bilangannya sudah susut teruk...hahahah. Oleh sebab itu, saya perlu memasak setiap kali tetamu berziarah. Menunya pula...spaghetti bolognese (terima kasih pada kak Hanieliza-> saya mengikut resepi beliau...rasanya lain sikit dan my hubby's taste bud boleh menerimanya...hihihi) dan juga bihun goreng singapura (yang saya belasah je resepinya mengikut imaginasi). Alhamdulillah kedua-dua hidangan dinikmati penuh selera oleh tetamu-tetamu kami.

Pada hujung minggu ini pula, saya insyaAllah akan menghadiri majlis reunion dengan sahabat sekelas semasa di tingkatan 3 Zuhal (bukan 5 Zuhal seperti yang diiklankan ye (tahun 1992- ye, saya sudah berusia 32 tahun...hihihi) hasil usaha keras dan juga kesungguhan Anjang dan Adol. Memang saya sangat menghargai usaha serta kesungguhan mereka dan inilah keratan akhbar yang mengiklankan majlis yang akan diadakan pada 3 Oktober 2009 di Royal Bintang (yang saya tak tahu pun di mana pintu masuknya tu...hihihi). InsyaAllah saya akan menghadirinya -terima kasih pada suami yang memberikan keizinan. Semoga ukhuwah yang terjalin diberkati Allah. Sudah 17 tahun tidak bersua, bagaimanalah agaknya ye...owhh...semasa di Seremban tempoh hari, Anjang dan Najib telah datang beraya bersama keluarga mereka...anak-anak mereka sudah besar..ada yang sudah darjah 4, 5...jauh sungguh saya tertinggal. Hihihi....
Wednesday, September 16, 2009
Selamat Hari Raya..Eid Mubarak
Author: Nor Ramli
|
Filed Under:
Keluargaku sayang,
Masyarakat,
Me,
Suamiku tercinta
|
at
2:48:00 PM
|
Hari ini sudah hari yang ke 26 kita di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Ianya semakin tiba di penghujung. Semoga semua amalan yang kita lakukan diterima Allah dan diberikan ganjaran pahala. Moga juga kita beristiqamah dan menjadi insan yang lebih baik.
Esok insyaAllah saya dan suami akan pulang ke Kuala Terengganu. Tahun ini giliran untuk menyambut 1 Syawal bersama keluarga suami. Kemudian kami akan pulang ke Seremban pula.
Saya dan suami ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua. Mohon maaf andai ada salah silap dari segi penulisan atau apa sahaja kesalahan yang mungkin tidak disedari. Semoga Ramadhan yang bakal berlalu memberikan seribu satu keinsafan dan pengajaran serta berjaya mendidik jiwa dan menggandakan keimanan kita semua.
Friday, August 21, 2009
Ramadhan Mubarak!! Ramadhan Kareem!!

Salam Ramadhan buat semua. Semoga kita mendapat keampunan, keberkatan dan rahmat dalam melalui bulan ujian ini. Semoga dengan melaluinya kita akan dapat meningkatkan keimanan kita padaNya. Mohon maaf atas segala salah dan silap. Saya juga memaafkan semua kesalahan andainya ada.
Apa yang saya mahu..Apa yang dia mahu
Saya banyak bercerita tentang pengalaman suka, duka, gembira dan derita saya ketika di zaman kanak-kanak dan awal remaja. Saya selalu menumpukan penceritaan kepada keluarga kerana saya tidak mempunyai kawan yang sangat rapat atau kawan baik. Apapun perhubungan saya dengan kawan-kawan mempunyai batasan. Ini berlaku di zaman remaja saya. Mungkin atas rasa rendah diri dengan keadaan fizikal dan juga keluarga membuatkan saya menelan kepahitan itu. Ini adalah satu sisi lain yang saya tidak sedar telah lama saya lupakan dan buang dari kotak ingatan saya. Ianya adalah tentang sahabat semasa kanak-kanak dan awal remaja.
Zaman kanak-kanak saya selalu habiskan dengan aktiviti akademik dan kokurikulum di sekolah, membantu emak dan juga berkawan. Saya sudah terlupa saya mempunyai seorang kawan yang rapat dengan saya tetapi kami sering bertelingkah sebenarnya. Saya sekelas dengannya dari darjah 1 sehingga tingkatan 3. Saya sangat terlupa kerana sepanjang 17 tahun lalu setelah mula 'terbang mencari ilmu dan membawa diri' saya sibuk dengan pelajaran, aktiviti bersama keluarga dan juga membina diri dan kerjaya sehingga saya lupa tentangnya. Seminggu lepas saya 'dijejak' oleh seorang rakan sekelas semasa sekolah menengah rendah dan akhirnya saya 'dijumpai' oleh mereka semua yang rupanya masih menjaga silaturrahim antara mereka. Saya tidak tahu perasaan atau fikiran bagaimana yang saya perlu ada. Saya gembira tetapi saya tetap 'reserved'....saya jadi tidak pandai bergaul dengan mereka walhal merekalah warna-warni kehidupan saya zaman itu. Merekalah yang bersama-sama saya melalui suka duka zaman anak-anak. Rata-rata mereka memberikan komen..
'Mana kau pergi...lama aku cari kau. Aku call rumah mak kau, kau takde...kata mereka kau sambung master...'
'Aku selalu lalu depan rumah kau tapi tak pernah nampak kau...MIA lama sungguh.'
'Jomlah jumpa.'
'Kenapa aku tak pernah jumpa kau langsung di Seremban ye...'
Saya tiada jawapan untuk itu. Saya tidak memberitahu mereka bahawa saya tidak begitu menyimpan kenangan bersama mereka kerana saya berjauh hati. Berjauh hati atas pelbagai alasan.
Semalam, saya berbual dengan kawan rapat saya ketika itu...dari zaman darjah 1 sehingga tingkatan 3. Saya tidak tahu mengagak topik yang ingin dibualkan ataupun cara pemikirannya kerana ketika itu, saya adalah budak skema..dia lebih adventureous... Satu perkara yang saya sudah lupa ialah, dia sering datang ke rumah mak, bertinggung dengan khusuknya melihat emak memarut ubi, menguli doh, menggelek tepung karipap dan mengelim karipap yang saya lakukan bersama-sama. Dia kemudian akan buat muka seposen depan mak untuk menikmati karipap yang sudah siap dibuat. Saya kemudiannya yang akan jadi tukang goreng karipap kerana melayan kehendak tuan puteri ini. Saya juga menumpangkannya di pelana basikal saya ketika di sekolah menengah rendah. Sering saya perlu menunggunya di hadapan rumahnya kerana dia lambat bersiap. Jika saya tidak menunggu dia pasti akan lambat dan akan didenda walaupun dia tidak kisah sangat. Dia jugalah kawan pertama yang menelefon saya di rumah mak ketika kami di dalam darjah 1 untuk bertanyakan kerja sekolah. Hmmm...ianya kenangan yang manis...saya bersalah kerana 'pernah membuangnya' dari kotak memori saya. Semua yang saya ceritakan ini adalah hasil ingatannya, bukan saya.
Rupa-rupanya, selama ini, rasa rendah diri dengan kehidupan keluarga saya yang sederhana dan perlu berusaha keras agak tidak kena pada tempatnya. Di saat saya mencemburui deretan baju kurung, seluar panjang, blaus, gaun dan skirt miliknya yang bertambah saban waktu, dia mencemburui baju kurung saya yang hanya bertukar sekali setahun kerana ianya jahitan mak sendiri. Di waktu saya berangan untuk memiliki patung barbie sepertinya, dia lebih ghairah untuk datang ke rumah dan bermain baling selipar atau susun tin bersama saya dan adik-adik. Di saat saya berharap meja makan kami dipenuhi kuih-muih moden beraneka rupa dan rasa tersusun sewaktu sambutan hari raya, dia rupanya mengharapkan agar kuih raya 3,4 jenis cuma di meja makan rumah saya berada di rumahnya kerana ianya hasil air tangan mak sendiri...bukan dibeli. Dia sukakan kehidupan sederhana penuh perhatian seperti yang kami lalui setiap hari dan saya mengimpikan kehidupan serba lengkap dengan penuh kesenangan sepertinya. Dia juga takutkan arwah apak sepertimana saya tetapi dia mahu keadaan harmoni itu kerana padanya apak garang kerana memberikan perhatian atas setiap tingkah laku anak-anak. Saya tidak sedar bahawa kasih sayang dan pengorbanan mak dan apak serta keperitan hidup itu dengan izin Allah telah menyebabkan saya menjadi diri saya hari ini.
Lama saya termenung memikirkan kenangan itu. Ianya seperti kisah novel...tetapi bukankah karya yang terhasil itu bersumberkan realiti kehidupan sebenar?
Mungkin saya perlu memujuk diri saya supaya 'keluar dari persembunyian' dan menjejak serta membaja semula silaturrahim yang saya pernah lupakan sebelum ini. Saya yang melupakan mereka tetapi saya sentiasa subur dalam ingatan mereka. Berdosanya saya...
Ya Allah...berkat Ramadan ini, moga aku ketemu semula dengan sahabat-sahabat warna-warni kehidupanku dahulu.

Subscribe to:
Posts (Atom)