Piala dunia 2010 (PD2010) sedang berlangsung. Banyak peristiwa berkaitan piala dunia yang agak signifikan dengan kehidupan saya. Maklumlah, arwah apak secara tidak langsung telah mendidik saya meminati sukan bola sepak dan badminton. Semenjak kecil, perlawanan bola sepak secara langsung atau rakaman akan kami tonton dengan berani-berani takut untuk menjerit apabila gol kerana takut/segan bersama-sama.
Ketika PD1994 berlangsung saya masih dalam tingkatan lima di MRSMJ. Gigih semangat kami 3 block asrama puteri meminta kebenaran ketua warden untuk menyaksikan perlawanan akhir antara Brazil dan Italy yang diakhiri dengan sepakan penalti disudahi dengan kemenangan pasukan samba yang sumbang sambanya dan tergelincir di suku akhir...kasihan..... Esoknya bengkaklah mata dan sakitlah kepala menahan kantuk yang menyerang...Apa tidaknya, kelas persediaan tamat jam 11 malam, selepas ta'lim jam 11.30 malam barulah dapat melelapkan mata, jam 3.30 pagi ketua blok mengetuk pintu demi pintu yang ahlinya berdaftar untuk menonton perlawanan tersebut di Dewan Selera Puteri...indah kenangan itu kerana sorakan kami yang di luar kawalan menyebabkan berlakunya serangan balas dari pelajar putera di Dewan Selera Putera yang terletak di bawah bukit seberang jalan. Esoknya gamat di dalam kelas para pelajar putera sibuk merisik- siapakah puteri kelas mereka yang menonton perlawanan akhir- untuk disakat dan kononnya 'kurang ayu'...hahahah....
PD1998. Saya berada di tahun kedua pengajian. Seingat saya. Perancis menang dengan mengalahkan Brazil di tanahair mereka buat kali pertamanya...dan Perancis PD2010 ini tidak dapat ke pusingan kedua pun...hahahaha....mengapakah saya gembira sangat ye...bukannya Perancis dikalahkan pasukan Malaysia pun. Ketika ini juga abang ipar saya berjaya ke Perancis sebagai pemenang pertandingan yang dianjurkan syarikat rokok terkemuka jika tidak silap ingatan saya.
PD2002- saya sibuk menguruskan urusan permohonan tempat untuk pengajian peringkat sarjana di tanah ratu..tidak begitu memperdulikan bahang PD ketika itu...
PD2006...saya sudah bertugas sebagai guru di sini, sudah bergelar isteri dan hampir bergelar pelajar...ketika ini, dan memang semenjak mula bekerja pun hubungan saya dan para pelajar baik sarjana muda mahupun diploma amat rapat. Mereka menganjurkan majlis berbuka puasa di rumah sewa saya, menghadiri majlis perkahwinan saya dengan bersemangat-ada yang menaiki kereta, motorsikal dan komuter...cuma bas yang mereka sewa tidak datang pada hari kejadian...hahahah...mejlis hari raya..majlis perpisahan...semuanya di rumah sewa kami yang kecil itu. Untuk perlawanan akhir tersebut, mereka telah datang sekereta- 6 orang rasanya menonton perlawanan akhir menemani suami saya-saya seperti biasa tewas dengan mudah kerana esoknyakan hari kerja...Mereka datang membawa makanan sejuk beku utk dimasak dan membancuh kopi segera sejag besar untuk umpan menahan kantuk...kenangan...manisnya kenangan itu rasanya.
PD2010...saya baru sahaja dikunjungi salah seorang pelajar yang menonton PD2006 di rumah kami sebentar tadi. Beliau baru sahaja melapor diri sebagai pensyarah....cepat sungguh masa berlalu...saya tahu, satu hari nanti bekas pelajar ini akan ada yang memegang jawatan pentadbiran dan saya perlu melapor tugas pada mereka pula. Semoga sedikit ilmu farmasi dan juga nilai yang saya terapkan buat mereka dapat dimanfaatkan dan menjadi bekalan untuk mereka menjadi pendidik pula...ehh...dah menyimpang pula dari cerita PD2010..hahaha...
Pasukan mana yang saya sokong? Owhh..saya tiada pasukan pilihan....cuma saya sangat terkesan apabila Jepun kalah dengan sepakan penalti...begitu juga Ghana...kerana saya merasakan perlawanan akhir piala dunia perlu lebih berwarna-warni....
Saya juga terkilan melihat betapa percayanya segelintir masyarakat dengan sang sotong kurita yang meramal itu dan ini...alahai...pemikiran sempit untuk memberi keyakinan pasukan pilihan mereka layak...dan apabila kalah..dengarnya ada penyokong Argentina yang khabarnya jurulatih mereka si Maradona sedia utk lari tanpa pakaian keliling stadium jika pasukannya menang PD2010-mujur mereka kalah...hahahaha... dan penyokong Jerman yang mahu meratah sang kurita itu atas tilikannya....ermm..manusia...ada kalanya lebih rendah akal dari sang kurita itu ye....
Pasukan mana pun yang menang...setelah tamat kejohanan, kehidupan akan kembali seperti biasa...tiada lagi yang berqiyamullail ber'qiyamubola' lagi...berapa ramai agaknya yang menonton perlawanan pada jam 2.30 pagi itu yang bertahajud? Semoga kita semua mendapat petunjuk ke jalan kebenaran...Ameen...