Tuesday, April 08, 2008

MARAH


Saya tidak pernah menengking service provider- walau seteruk manapun perkhidmatan yang diberikan. Paling hebat pun saya membebel tapi masih dengan suara dan nada yang sopan. Akan tetapi setelah terlalu lama bersabar dengan legal firm yang menguruskan urusan pembelian rumah kami- legal firm ini dilantik oleh pemaju, jadinya segalanya adalah percuma. SPA, LA dan MOT ada percuma, inilah jadinya. Sudah 3 bulan 1 minggu selepas tarikh saya menandatangani SPA, dan selepas setiap hari saya menelefon pejabat peguam semenjak pinjaman perumahan diluluskan oleh BPP pada 15 Mac 2008 (itu belum termasuk dengan urusan untuk mendapatkan akujanji peguam sebelum borang permohonan dihantar ke BPP tempoh hari) , hari ini barulah mereka mengesahkan dokumen pinjaman perumahan saya sudah dihantar ke BPP. Minggu lepas saya menghubungi pejabat mereka sekali lagi dan mereka maklumkan saya ada lagi dokumen tidak diperolehi dari pemaju. Saya terus menghubungi pemaju, dan pemaju menyatakan bahawa dokumen itu telah diberikan sebelum saya menghantar borang permohonan pinjaman sebulan yang lalu. Nahh...pejabat peguam ni sebenarnya baru beroperasi 2,3 hari lepas ke??? Tidakkah mereka maklum senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk semua proses terbabit?

Pagi ini, saya menelefon 3 kali untuk bercakap dengan peguam yang menguruskan urusan saya tetapi peguam tersebut tidak mahu bercakap dengan saya. Wahhh....ini sudah lebih. Siapa yang memberikan perkhidmatan pada siapa? Saya bercakap bahasa melayu pun tidak mendapat jawapan yang betul, berbahasa inggeris pun sama juga maklumbalasnya...hmm...TARIK NAFAS PANJANG-PANJANG EPEL.

SETELAH SAYA KEHILANGAN KESABARAN dan SETELAH SAYA MENAIKKAN SUARA DAN MEMARAHI kakitangan pejabat peguam tersebut, barulah mereka memaklumkan dokumen telah di hantar semalam. Bukankah lebih mudah memaklumkan sahaja kepada saya ianya sudah dihantar...tidaklah membazir air liur saya bertempik pada kerani (yang saya tahu tidak bersalah sangat dalam urusan ini). Saya kini dalam proses menulis surat aduan rasmi pelanggan kepada pejabat pemaju kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pejabat peguam yang tidak efisien itu. Mahu saja saya siarkan nama syarikat guaman yang beroperasi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur itu di sini. Tidak mengapa, lebih baik saya meneruskan dengan aduan kepada pemaju sahaja.

Yang pastinya, syaitan bersorak dan bertempik riang kerana pada hari ini, epel memarahi orang dengan nada suara yang tinggi (baca: bertempik dengan ayat yang panjang dan tidak bertanda noktah selama hampir seminit-menjerit agaknya paru-paru saya minta saya menarik nafas beroksigen).

Astaghfirullah...ampunkan hambaMu ini Ya Allah....berikanku lebih kesabaran...

1 comments:

alia said...

salam kak..apa nama syarikat peguamnya kak?

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino