Ahad.
Perancangan asalku ingin ke makmal untuk meneruskan kerja yang tertangguh. Apabila kulihat bilik tidur yang tidak pernah berubah kedudukan perabutnya sejak kami berpindah ke rumah sewa ini, aku batalkan niat asalku itu. Aku punggah semuanya ..perabut, pakaian, alat solek (ada ke??), dan aksesori. Wahh..macam kapal karam. Aku tidak membenarkan suamiku masuk bilik sementara aku berkemas kerana kami mempunyai idea berlainan dan sangat bertentangan biasanya.
Semuanya berjalan lancar sehinggalah aku kumpulkan semua aksesoriku yang aku sangkakan sedikit. Rupanya banyak..cumanya aku jarang bergaya sakan kerana aku malas nak padankan tudung ni dengan kerongsang itu. Rantai ini dengan cincin itu. Lagipun aku ada satu sikap yang agak kurang bagus iaitu aku tak suka pakai kerongsang yang batu hiasannya dah tercabut walaupun sebiji. Wahh...lagak orang kaya ye kau epel.

Aku kumpulkan semua kerongsang yang sudah 'kurang upaya' itu dan aku letakkan dalam satu kotak dan terus ke dalam beg tangan. Hajat di hati nak ke Kompleks PKNS nanti, kemudian hantarkan ke kedai aksesori dan suruh mereka baiki dan tambah sahaja batu hiasan yang jatuh. Ermm..mesti mahal tu. Dahlah aku sedang kekeringan ni.
Tiba-tiba..jeng jeng jeng.
Aku dapat idea. Kenapa tidak aku cabut sahaja batu hiasan pada kerongsang yang cedera parah dan tidak mungkin dapat dibaiki, kemudian aku lekatkan pada ruang-ruang kosong kerongsang yang masih ada harapan untuk disembuhkan? Wahh!! Kagumnya aku dengan diri sendiri kerana aku adalah seorang yang sangat tidak kreatif atau berseni jauh sekali seorang yang dapat menghasilkan sesuatu rekaan. Lihatlah dunia..(sambil menayangkan hasil kitar semulaku..hihihihi) mesti suamiku sangat gembira kerana aku berjimat..hehehe
Kerongsang yang atas tu dah kosong, aku cabut semua batu hiasannya dan aku lekatkan kembali pada 3 kerongsang yang sederet di bawahnya. Alhamdulillah padan pula dengan ruang kosong. Kerongsang yang atas tu adalah kerongsang yang aku gunakan di hari pertunangan kami hampir 5 tahun yg lalu. Waahhh!! Sudah lama rupanya...
0 comments:
Post a Comment