Syukur Alhamdulillah...
Semalam, saya dapat menghubungi pegawai bertugas di BPP. Saya amat bersyukur dengan kemudahan urusan saya. Sejuk hati saya apabila pegawai bertugas tersebut-tidak menjanjikan urusan saya akan dipercepatkan tetapi katanya akan mencuba, dan pesan pegawai tersebut lagi,
"puan berdoalah ye, sebab cepat atau lambat ini adalah rezeki Allah kurniakan."
MasyaAllah..Subhanallah..setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan. dua hari lepas, Allah uji saya dengan keangkuhan manusia, tetapi kelmarin, Allah uji saya dengan nikmat hubungan baik sesama insan. Alhamdulillah..
Saya harap, saya sendiri akan berdoa dengan lebih bersungguh-sungguh selari dengan usaha yang saya lakukan tanpa mengenal erti jemu. Berdoa agar dipermudahkan dan dipercepatkan urusan kami yang satu ini. Juga diberikan keberkatan buat pegawai tersebut. Ameen.
3 comments:
Salam Epel,
Beli rumah di mana? Akak dah melalui kerenah beli rumah, kerenah peguam, kerenah Perumahan. Kadang-kadang rasa tak tahu apa fungsi peguam. Semua followup, masalah kita yang kena uruskan. Kalau setakat print dokumen dan minta kita sign, baik buat sendiri. Perumahan pula lambatnya... Dokumen nak bergerak dari satu level ke level makan bulan. Nak cari fail pun lamaa..nya. Letih menunggu. Harap-harap perkhidmatan berubah.
Beli kat area klang sentralyg baru tu kak. Tulah..sume follow up epel yang buat. BPP ok dah kak skrg. Dengan kakitangan yg sedikit tp helpful diorg nih..permohonankan banyak sgt kak. Lagipun bule cek online skrg wp diorg update purata 2 kali seminggu tp oklh jugak. Peguam tu..huhuhu...tgk rezeki kak..ni dapat lawyer yg tatau procedure..sume harap kerani..parahlah nampaknya. Akak doakan urusan epel mudah ye.
jarang jumpa pegawai mulut manis macam tu zaman sekarang ni..
semoga dipermudahkan segala urusan ye puan epel..
Post a Comment