Saya kemaruk menulis agaknya. Hihihi...Urusan dokumen dan pembayaran rumah yang kami beli tertangguh lagi. Terima kasih tidak terhingga buat peguam yang menguruskan dokumen saya kerana terlupa menandatangi dokumen yang dihantar mereka ke BPP dan juga kerana tersilap memasukkan amaun pinjaman sebenar. Saya sudah tidak mahu komen tentang itu. Saya akan berdoa lagi dan lagi dan lagi..tanpa jemu. Mungkin ada kesilapan yang saya lakukan, lantas Allah uji saya supaya saya berfikir dan memperbaiki diri. Ya..saya insaf..kita hanya insan bergelar hamba yang amat lemah. Dirancang, dicatu disukat diukur agar semuanya kelihatan sempurna dan cantik tetapi kehendakNya berlainan maka kita perlu akur dan berusaha memperbaiki diri. Moga redha itu adalah milik saya. Kelmarin kami membeli langsir untuk kediaman baru kerana tingkap dan pintu lungsurnya lebih besar dan banyak biarpun urusan pembayaran oleh BPP kepada pemaju belum selesai. Kami tidak punya banyak wang untuk membeli semuanya sekaligus. Perlu berdikit-dikit. Bulan lepas beli lampu, bulan ini langsir, bulan depan kipas agaknya insyaAllah. Saya leka mengambil gambar langsir yang sudah siap..rupanya ada CCTV dalam kedai dan tidak dibenarkan mengambil gambar. Hihihi...saya simpan kamera saya semula. Saya ingatkan diri saya supaya menghormati peraturan yang ditetapkan tuan kedai. Pasti mereka ada sebab sendiri tidak mahu membenarkan gambar dirakamkan.
Saya hanya perlu ke kedai kedua dari deretan-deretan kedai di Nilai Square yang amat dekat dengan rumah kaklong. Saya tidak mahu rambang mata dan saya juga tidak mahu keletihan melampau. Akhirnya saya memilih warna kegemaran saya untuk ruang tamu dan warna krim polos untuk bilik tidur ketiga, bilik tidur utama dan kedua sudah ada langsir lama yang sesuai. Tidak perlu yang baru- membazir walaupun nafsu saya teringin sangat inginkan yang baru. Sabar epel...sabar...tidak berkeperluan jangan dibeli. Nanti menyesal di kemudian hari menggigit jari. Hihihi...
p/s: Saya hampir-hampir membeli kain bercorak apel hijau yang sungguh comel seperti saya
hihihihi.
3 comments:
tahniah pindah umah baru....
belum pindah..kunci pun belum dapat lagi..ni proses nak siapkan kelengkapan..anyway..tq bro arsaili..
selamatlah pindah nanti ya..comeinya langsir tu...
Post a Comment