Wednesday, April 30, 2008

Syukur...syukur..


Alhamdulillah.

Allah berfirman;
" Allah akan memberikan kelapangan setelah kesempitan. "
Al-Thalaq : 7

" Kerana sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan. "
Al-Insyirah : 5 - 6

Saya dan suami menghadapi masalah dengan pembelian rumah. Ceritanya ada di sini, di sini dan di sini. Hari ini hari terakhir untuk pembayaran dibuat oleh BPP kepada pemaju dan esok secara automatik surat caj faedah akan dikeluarkan- auto generated. Hari ini saya menghantar surat kepada pemaju dan pejabat peguam; surat komplen terhadap proses dokumentasi yang sangat lembap dan penuh dengan kesalahan di sana sini. Syukur alhamdulillah, saya baru sahaja mendapat panggilan dari pejabat pemaju dan mereka secara verbalnya bersetuju untuk tidak mengenakan caj faedah kepada kami dan saya menunggu dengan penuh harapan persetujuan bertulis akan dikeluarkan secepat mungkin. Kami juga akan diberikan kemudahan untuk membuat pemasangan gril, kabinet dapur dan juga ubahsuai yang berkaitan dengan hanya memaklumkan kepada mereka walaupun bayaran sepenuhnya masih belum dibuat.

Saya bersyukur dan sangat terharu. Allah menguji kami, sehinggakan kadangkala saya merasakan kami membuat keputusan yang salah membeli rumah dalam tempoh pengajian saya, namun, diberinya juga kebaikan (betapa tidak bersabarnya saya...betapa lemahnya saya sebagai hambaNya).

Esok, kami akan pulang 'berehat' sebentar di kampung suami di Kuala Terengganu. Saya mengharapkan semangat baru apabila pulang ke sini nanti. InsyaAllah. Moga Allah memudahkan urusan kami.

1 comments:

Anonymous said...

wahhh tak sabar nak nompang selerakkan rumah nih

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino