Wednesday, May 07, 2008

PASCA


Tahniah saya ucapkan buat Puan Irma yang sudah berjaya melepasi halangan viva untuk ijazah sarjananya semalam. Sudah lama saya tidak melihat senyum lebar milik Puan Irma. Beliau juga memberitahu saya, bahawa saya sudah boleh tersenyum lega kerana saya adalah penjamin beliau bagi biasiswa PASCA..ooohh ye ke? Saya terlupa.
Hari Isnin lalu, Dekan Pasca datang ke fakulti. Antara berita gemparnya- tiada lagi pembiayaan PASCA buat para pelajar pasca siswazah. Saya kasihan melihat wajah-wajah hampa yang mengharapkan pembiayaan PASCA bagi meneruskan kehidupan mereka. Ialah, apabila menyambung pengajian, maka wang adalah merupakan nadi utama untuk keperluan asas..bilik sewa, bil utiliti, tambang bas dan juga makan minum. Banyak saranan alternatif yang dinyatakan. Harapan saya cuma satu- Wujudkan mekanisme untuk keberkesanan penyampaian dan juga perlaksanaan.
Pagi ini pula saya menerima emel dari Sumber Manusia. Permohonan saya ingin menghadiri satu konferensi yang sangat penting untuk saya terutamanya kerana ia berkaitan dengan pengendalian haiwan makmal ditolak. Alasannya kerana pembiayaan hanya dilakukan oleh KPT sekali sepanjang pengajian dan itupun hanya untuk konferensi luar negara dan mempunyai had RM3000.
Di saat ini, saya terbayangkan banyak perkara. Huruf yang melintas dalam fikiran saya secara berulang-ulang ialah huruf ulangan (mengikut turutan abjad) J, M dan S. Hmm...wang terbazir...hasilnya?

2 comments:

tentangseseorang said...

ada la tuh dipermudahkan Nya dekat yg lain-lain. :)

nurazzah8 on Sunday, May 11, 2008 at 7:35:00 PM GMT+8 said...

epelHijau,

byk sungguh perubahan sejak akak sambung belajar dahulu. Zaman akak dulu dpt budget RM8000 utk pembiayaan membentang/menghadiri kertas kerja dalam/luar negara. so, akak guna sepenuhnya... tapi biasa lah mmg liat dia orang nak luluskan.
adalah 4 kali bentang paper dalam negara (itu pun baru pakai dlm RM3000 sahaja - sbb dia orang hanya byr conference fee sahaja, yg lain tanggung sendiri)
tahun akhir pengajian, congak2 adalah lagi berbaki RM5000, dapat tahu kalau kita tak guna dan masuk bekerja semula, budget tu kira burn aje... so , akak pun cepat2 buat kertas kerja kat oversea... bila paper accepted, terus apply bakinya tu... tapi 2-3 kali turun naik tangga pergi pejabat yg menguruskan tu.. bawak surat sokongan supervisor yg ada title "Prof" pun byk soalan dia orang tanya... macamlah kita nak pakai duit dia orang tu... kan itu dah hak kita sebagai pelajar dan mmg dah ada peruntukan...last2 suruh supervisor call sendiri office tu, akhirnya Alhamdulillah di luluskan...

anyway, salah stu cara lagi utk dpat peruntukan ialah supaya supervisor mintak Grant research (FRGS, e-Science ke etc)... sbb bila ada grant mmg kita ada apply dlm permohonan tu budget utk pembentangna kertas kerja...

Selamat Hari Ibu dan Selamat belajar...
Doakan akak juga... masih dalam "mode" menulis...

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino