Sudah dua minggu saya cuba mendapatkan keputusan dari eksperimen yang saya jalankan. Sudah dua minggu juga saya hampa kerana ada sahaja yang tidak kena dengan peralatan yang digunakan. Setiap kali ada masalah, saya akan menghubungi pembekal, dia akan datang dan masalah itu diselesaikan dalam jangkamasa tidak lebih dari seminit. Saya mula berfikir macam-macam. Saya ada lebih 20 sampel untuk dianalisis, tetapi masih belum ada lagi keputusan bercetak di atas kertas. Saya agak buntu. Saya perlu berdoa pada Allah, moga Allah permudahkan urusan saya ini. Saya amat berharap. Saya juga perlu ingatkan diri agar membuka cincin emas yang saya pakai ini semasa 'berurusan' dengan merkuri yang menjadi tulang belakang analisis sampel tersebut jika tidak mahu cincin emas kuning ini bertukar jadi cincin emas putih yang bertompok-tompok.
What Does a Man Over 50 Dating Want?
7 months ago
4 comments:
salam epel, epel sedang study dimana ya?
sama-samalah kita, akak pun tgh nak pulun tulis thesis. Doakan agar dapat melalui halangan terakhir ini.
Salam kak..
Epel study di UiTM ni lah..fakulti jiran depan fakulti akak..
InsyaAllah..moga Allah permudahkan akak..ameen
akak tuffahah ku sayam. dulu akak selalu pesan kat ady, 'lillahitaala' mcm mana susah pun tetapkan nawaitu 'lillahitaala'. itu pesan akak dulu :)
terima kasih le ady..
Kdg2 terlupa. InsyaAllah...Kerana Allah Taala..ikhlaskan niat..ameen..
Post a Comment