2 hari lepas saya menerima notis pemotongan bekalan elektrik buat kali ketiga. Masalah ini sudah berlanjutan semenjak saya berpindah rumah pada 1 Mei 2007 sehinggalah kini. Perbezaan bacaan meter sebenar dengan anggaran berlaku kerana meter terletak di dalam rumah dan tuan rumah saya masih belum mahu mengalihkan meter tersebut ke luar.Masalah berlarutan sehinggalah selama 2 bulan (Oktober dan November 2007) saya terpaksa merekodkan bacaan meter setiap hari untuk membuktikan bahawa, saya dan suami tidak menggunakan bekalan elektrik sebanyak 645 kwh sebulan (purata 22 unit sehari). Alat elektrik apalah yang hendak kami cucukkan ke point bekalan elektrik tu ye. Mari saya senaraikan:
-Mesin basuh 8.5 kg saya gunakan selang sehari atau selang dua hari.
-Periuk nasi yang lebih banyak kosong dari berisi.
-Peti ais 1 pintu yang kecil dan comel.
-Penggosok jenama philips yang saya gunakan maksimum 3 kali seminggu (saya menggosok baju secara pukal)
-Cerek elektrik yang digunakan maksimum 5 kali seminggu (kami tidak menggunakan penapis air, bekalan air yang terlalu kotor membuatkan kami membeli air siap bertapis untuk minuman.
-Komputer riba yang hanya bernyawa waktu malam jika tuannya tidak tidur awal.
-Modem dan suis untuk internet network dalam rumah.
-TV 29 inci.
-Penerima siaran ASTRO.
-Lampu dan kipas.
-Penghawa dingin 1 kuasa kuda yang dihidupkan 3-4 jam pada waktu malam.
Kebanyakan alat elektrik yang tersenarai hanya digunakan pada waktu malam kerana kami bekerja dan kami jarang duduk di rumah pada hujung minggu. Setelah saya melalukan pemonitoran setiap hari, anggaran kegunaan kuasa elektrik yang kami gunakan hanyalah 8-10 kwh sehari yang berjumlah RM 55-60 sebulan.
Laporan demi laporan dibuat kepada pihak TNB samada saya pergi sendiri ataupun saya menelefon mereka nampaknya masih belum membuahkan hasil walaupun mereka pernah datang dan menukar meter lama dengan meter baru tanpa sebarang penjelasan, sehinggalah 2 hari lepas kebetulan saya pulang ke rumah waktu makan tengahari untuk mengambil barang yang tertinggal. Satu pasukan dari TNB utk memotong bekalan elektrik tiba serentak dengan saya. Saya menerangkan serba ringkas masalah yang kami alami dan staf berkenaan menyuruh saya membaca bacaan meter baru yang belum lagi di update di dalam sistem mereka. Di dalam sistem TNB, no meter saya masih no siri meter lama. Lucukan?
Pagi semalam saya sekali lagi menghubungi pihak TNB dan memaklumkan kepada mereka masalah yang saya alami dan pegawai bertugas membuat keputusan untuk ke rumah dan melihat meter baru yang ditukar serta menyelesaikan masalah yang kami alami ini hari ini juga katanya.
Alhamdulillah, pukul 1.20 pm semalam, Encik Wan Aziz telah datang ke rumah saya dan membuat pemeriksaan meter elektrik berkenaan dan saya pula menyerahkan surat aduan beserta dokumen lampiran untuk menyokong semua keterangan saya. Setelah dibuat pengiraan, Encik Wan Aziz mengakui purata bilangan unit elektrik yang kami gunakan sehari adalah 8 unit dan pengiraan semula akan dibuat.
Walaupun bil elektrik kami bermasalah, saya tetap membuat bayaran setiap bulan dengan menjadi pembaca meter tidak bertauliah. Unit yang saya catatkan setiap bulan saya rekodkan dan kemudiannya saya ke laman web TNB dan mengira tarif elektrik yang perlu saya bayar dan saya langsaikan melalui perkhidmatan maybank2u.com.my...hihihi
Malam tadi, lebih kurang pukul 9.15 malam, Encik Wan Aziz menelefon saya dan memberitahu saya bahawa pengiraan dan pelarasan semula telah dibuat dan saya serta tuan rumah hanya perlu membayar RM 212.50 sahaja berbanding jumlah anggaran dan caj tidak munasabah bernilai RM 1748.45. Saya sujud syukur. Alhamdulillah...selesai juga masalah yang menghantui sejak tahun lepas. Hak kami sebagai pengguna...itu yang saya tuntut dan perjuangkan..(cewahh....hihihi). Tuan rumah saya sudah angkat bendera putih pada bulan Januari lalu dan menyuruh saya membayar RM100 setiap bulan dan menolaknya dari jumlah sewa RM800 setiap bulan yang kami bayar. Malam tadi semasa saya menelefon pakcik tuan rumah, dia kedengaran gembira. Berbaloi kesabaran saya..Alhamdulillah...
p/s: Kredit yang besar perlu diberikan kepada suami saya kerana beliaulah yang mengajar saya peri pentingnya menyimpan segala dokumen berkaitan dengan teratur untuk rujukan dan kegunaan di masa yang kita sendiri tidak tahu bila. Nampaknya makin tipislah harapan saya nak buang fail-fail milik suami yang berusia lebih 20 tahun dan tersimpan kemas di dalam rak buku di 'bilik bertenang' kami itu...hihihihi...

0 comments:
Post a Comment